1001 Komen – Sudah Berjayakah Anda Sebagai Penulis Blog atau sebaliknya. Artikel ini sebenarnya tidak akan membincangkan tentang tips penulisan blog atau bagaimana hendak membina blog anda. Ia juga mungkin tidak akan memberi sebarang informasi sekiranya anda hanya “sekadar membaca”. Ini kerana anda akan mendapati lebih banyak persoalan yang saya utarakan berbanding jawapan yang akan anda temui sepanjang penulisan artikel ini, yang ditujukan khas kepada anda sebagai “pembaca”. Persoalan yang anda perlu fikirkan sendiri jawapannya.
Berapakah purata komen yang diterima oleh blog anda setiap hari? Jumlah komen tertinggi yang anda pernah terima? Pernah atau tidak anda menjumpai atau melihat sesebuah artikel yang ditulis mempunyai komen melebihi 1001 komen? Jikalau pernah sila kongsikan di ruangan komen di bawah. Sebenarnya komen tertinggi yang pernah diterima oleh sesebuah blog mungkin rekodnya dipegang oleh CopyBlogger. 1001 komen mungkin kelihatan mengarut, mungkin juga lebih kepada mitos blog….hmmm…bagaimana pula jika ianya boleh dicapai, kerana dalam dunia blog tiada yang mustahil…Tetapi…..
Apa Faedahnya Mempunyai Jumlah Komen Yang Tinggi
Mungkin anda akan mengatakan dengan jumlah komen yang sebegitu tinggi, anda sudah famous dan popular. Mungkin juga. Namun bolehkah jumlah komen yang tinggi mengembirakan hidup anda? Sebenarnya sekiranya penulisan anda dapat mengembirakan sebahagian populasi dunia atau menyelesaikan masalah sesebuah negara, maka anda boleh mengatakan bahawa ianya dapat mengembirakan hidup anda. Selain dari itu, komen yang banyak tidak membawa sebarang makna selain dari apa yang sebutkan di awal penulisan ini. Benarkah….
Ianya Tidak Membawa Sebarang Makna – Artikel Aku Ada 1001 Komen
Anda perlu melihat dari sudut ini, di luar sana terdapat pelbagai penulisan blog yang memberi tips untuk meninggalkan blog komen atau mengajar anda bagaimana meningkatkan blog komen. Tetapi penulisan tersebut tidak pula menyebut tentang kepentingan jumlah komen yang di tinggi kepada sesebuah blog?
Mungkin sebahagian dari kita sudah mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut. Antaranya anda boleh mengatakan dengan jumlah komen yang tinggi blog anda sudah popular atau anda telah menjadi blogger popular atau dengan komen yang banyak blog anda nampak professional atau anda boleh mengatakan…..
Dengan Komen Yang Banyak Blog Aku Nampak Menarik, Dari Sudut Pandangan Mata Aku…
Apa pun jawapan anda, kita tidak boleh menidakkan bahawa jumlah komen yang banyak sebenarnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Apa kelebihannya? Dengan kata mudah, jumlah komen sebenarnya sedikit sebanyak telah…
Jumlah Komen – Ia Memberi Motivasi Kepada Anda Untuk Terus Menulis
Sebenarnya dengan melihat jumlah komen yang diterima untuk sesebuah artikel yang dihasilkan oleh anda, sedikit sebanyak ianya memberi motivasi kepada anda untuk terus menulis. Menulis dan terus aktif menghasilkan artikel yang terbaik untuk pembaca anda. Melalui komen juga anda boleh melihat bagaimana reaksi pembaca anda setelah anda menghasilkan sesebuah artikel.
Tetapi berapa banyak dari kita yang benar-benar ambil peduli sama ada penulisan yang dihasilkan mendapat perhatian dari pembaca, menerima komen, penghargaan dan sebagainya. Ada yang tidak peduli saya rasa.
Sebagai contoh blog ini menerima pelbagai jenis komen dari rakan blog dan pembaca luar sana. Komen yang diberikan sama ada bersetuju atau berlawanan dengan topik yang saya sampaikan…dan anda percaya atau tidak…
Kadang-kala Saya Tidak Tahu Bagaimana Hendak Membalas Komen Anda.
Mungkin ini kekurangan saya, kerana tidak tahu untuk memanjangkan maklum balas anda. Atau komen yang diterima hanya sekadar komen, komen hanya untuk trafik dan sebagainya. Ini tidak termasuk komen mencaci dan komen yang berunsur kebencian yang saya terima hampir setiap hari – hanya tidak dipaparkan disini sahaja untuk tatapan anda. Itu mungkin cara segelintir pembaca di luar sana. Atau itu memang sudah lumrah pembaca blog yang “sejenis dengan saya”.
ANDA TIDAK TERMASUK DALAM GOLONGGAN INI – INI KERANA ANDA SEDANG MENGHABISKAN ARTIKEL INI.
Meletak saya di tempat anda sebagai pembaca, dahulunya memang saya akan meninggalkan komen di mana-mana blog yang saya jejakkan kaki. Tidak mengira niche atau bahasa yang digunakan, selagi saya faham apa yang disampaikan, saya akan meninggalkan komen atau jejak. Pada waktu itu, saya komen hanya untuk trafik dan backlink – untuk kepentingan sendiri. Itu saya buat dahulu, sekarang tidak lagi, selalunya saya hanya akan memberi komen jika topik yang anda bincangkan berjaya menarik perhatian saya untuk meninggalkan pendapat.
Namun saya tidak akan memberi sebarang maklum balas sekiranya entri penulisan tersebut bersifat terlalu personal, pembincangan tidak berjaya menarik minat saya dan sebagainya. Cukup dengan melawat, membaca apa yang ingin disampaikan dan berlalu pergi..Dengan kata mudah saya akan komen sekiranya saya ingin komen dan sebaliknya. Jadi…..
Soalan Saya Kepada Anda Semua Ialah…..
Apa Reaksi Anda Jika Anda Melihat Sebuah Artikel/Entri Yang Mempunyai Jumlah Komen Yang Banyak? Adakah Anda Akan Berasa Teruja dan Adakah Anda Baca Isi Artikel Tersebut. Atau Anda Hanya Jenis Yang Tidak Ambil Peduli dan Mengatakan Komen Artikel Ini Terlalu Banyak, Tiada Siapa Akan Peduli Akan Komen Yang Aku Tinggalkan.
1001 Komen – Sudah Berjayakah Anda Sebagai Penulis Blog
Jumlah komen, jumlah pelawat atau nilai pagerank blog anda mungkin boleh menjadi alat ukur keupayaan blog anda sama ada anda telah berjaya membina blog tersebut atau tidak. Namun adakah hanya itu yang menjadi alat ukur untuk menentukan kejayaan sesebuah blog, atau ada faktor lain yang perlu diambil kira. Faktor seperti tanggungjawab sosial yang anda lakukan melalui blog anda, nilai yang anda berikan kepada pembaca melalui blog anda, sumbangan anda kepada negara melalui blog dan sebagainya mungkin perlu di ambil kira untuk menentukan kejayaan sesebuah blog.
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan tentang 1001 Komen – Sudah Berjayakah Anda Sebagai Penulis Blog . Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagaimana anda mengukur kejayaan blog anda?
Jangan lupa kepada soalan di atas…..
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
saya belum lagi berjaya sebagai penulis blog, secara umum penulisan saya sangat sangat lah kurang, idea masih lagi cetek, pasal komen ya ia memberi semangat untuk terus berblogging
Juan recently posted..Jangan Pentingkan Diri Sendiri
blog ko dah ok bro – aku selalu jenguk ke blog ko tp jarang komen sbb masa tak mengizinkan sangat – sibuk bukan main aku, nak buat entri blog pon kadang kala tertangguh
(dofollow)
neu recently posted..Bagaimana Menyemai Tabiat Menulis Blog
biasanya memang aku akan rasa sedikit rasa kagum bila tengok ada entri yang mempunyai komen tertinggi,especially yang lebih dari 100++ komen.mana taknya,aku punya komen pun cuma setakat 20 hingga 30 komen je.tu pun termasuklah yang aku reply komen orang.
bagi aku komen yang banyak selagi ianya berkualiti akan memberi imej yang baik bagi blog tersebut.sekurang2nya dapat menaikkan semangat si owner untuk terus mengarang dan pembaca lain untuk terus melanggan.bayangkan kalau kita buat entri panjang lebar tapi tiada satu komen pun diberikan.bukankah akan wujud pertanyaan,’teruk sangat ke penulisan aku?’.kekadang hanya dapat belasan komen pun aku tetap akan terfikirkan persoalan yang sama…
panjang pulak komen aku kali ni :p
komen panjang kalau berisi xper bro xda masalah kepada pembaca lain…
(dofollow)
neu recently posted..Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda
Banyak faktor untuk mengukur kejayaan sesebuah blog.Susah nak taksirkan jika kita memandang hanya dari sudut 45 darjah.Sebaiknya kena pandang dari sudut 360 darjah itu pun, kekadang kayu pengukur kita tidak dapat mengukur dgn tepat.So kejayaan yang sebenar sukar di hujahkan dengan kata-kata
Senang cerita “tau punya olang tau laa”
azman recently posted..Persatuan Veteran Tentera Melayu demo di Pejabat Pas
betul komen ini boleh dianggap motivasi bila mana entri yang ditulis mempunyai respon drpd pembaca..:)
sememangnya memberi motivasi, tak rasa penat sgt menuliskan
(dofollow)
neu recently posted..Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda – Baca Ini Dahulu
yap. aku dah lama dapat 1k komen. Tengah hunt untuk 100k komen pulak. Entah bila leh dapat. hehe..
titan recently posted..Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
neu recently posted..Buat Duit Dengan BuySellAds – Pengalaman Peribadi Aku
betul tu bro. komen bukan la satu2 kayu pengukur kreativiti. tp komen bgs untuk suntikan semangat untuk terus enulis.then komen boleh menggembirakan si penulis. tp tidak la perlu sangat kejar komen.. ikut hala tuju dan motif blog tu didirikan. sbb sy ada 1 blog sy buat komen form pon untuk dummy
apa lg eik, xde apa dah. setuju ngan artikel ni
Nice
shah blogger recently posted..Contest Seo Aku Anak Malaysia Merdeka
thanks sebab sudi singgah & komen
masih berusaha ke arahnya..yehh..
moga-moga tercapai..
ohcikgu recently posted..Pelita Jaya beri lampu hijau kepada Safee Sali
kena berusaha ke arah itu
(dofollow)
neo recently posted..Ribbun SEO Services
saya suka respons daripada pembaca.lagi2 kalau ada yg dapat tolong jawab persoalan yg diutarakan sesama pembaca.kadang2 pandangan atau input kita ada berbeza.wujud interaksi yg berpanjangan itu seronok
agak masih jauh…
Saya suka menunggu komen yang mempunyai nombor unik dan selepas itu buat penghargaan kepada komentator yang mendapat komentar nombor unik. Sebagai blogger tentulah kita bimbang kalau blog tidak ditinggal komen.
kalau yang mempunyai meter earning, komen bukanlah parameter yang dikira sebaliknya jumlah trafik diukur untuk earning sebab itu jangan terkejut kalau ada blog mempunyai komen yang rendah atau hampir tiada tetapi jumlah trafik sangat tinggi.
akubiomed recently posted..Komentar yang mesra di blog AkuBiomed bulan Ogos
untuk mengukur blog yg baik, komen, traffik, pagerank tu semua kena dinilai – kandungan jg perlu dilihat.
rendah atau tinggi komen sebenarnya dapat memberi motivasi kepada kita unt terus menulis, itu sahaja bezanya
p/s takder komen pun saya akan terus menulis
(dofollow)
neu recently posted..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Traffik
Artikel yg betul2 hebat.
Gaya penulisan yang extraordinary. – eh bape lama nk siapkan 1 artikel ni??
Sebenarnya ak lebih suka kalau komen tu memberi idea utk ak terus maju
Kalau komen yg tak berkenaan pun ak tetap terima
Betol jugak tu, x semestinya komen yg banyak, artikel dia baik
Dan artikel ni seharusnya dapat 1001 komen. Superb I LIKE
Ak maish belum berjaya jadi writer yg disegani
nizamghazi recently posted..Bermain Dengan Child Theme Untuk Override Color Yang Minimalis
masa nak siapkan lebih dari sejam lol itu termasuk dgn gangguan anak..
ada bermacam jenis komen bro, ada menghentam, ada yg menjatuhkan dan ada yg membina..tp biasa la kan dah lumrah org kita. unt baca komen begitu kita kena positif, senyum jer…
(dofollow)
neu recently posted..Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda
OIC, lebih dari sejam tu bermaksud ko betul2 membuat analisis yang baik
sebelum menulis dan membuat ayat. Susah nk jumpa blogger yg macam ni.
Neway mmg ak salute dgn penulisan ni
nizamghazi recently posted..Bermain Dengan Child Theme Untuk Override Color Yang Minimalis
blog yang mempunyai komen yang banyak mungkin ada beberapa sebab – artikel itu baik or pembaca terpanggil untuk menyumbangkan pendapat..benar komen yg tinggi akan memberi motivasi kpd penulis.
Twitter: azuanrazi
Emm, pernah terjumpa beberapa blog yg dia sudah edit paparan jumlah komen menjadi puluhan ribu, bila buka post tu, tak ada pun komen… adui.. itu mcm pun ada ker…
Azuan recently posted..Aku Anak Malaysia Merdeka
ada ker azuan sbb belum pernah jumpa lagi…lol bijak dia menipu
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Perlu Kepada Pengubahsuaian
Twitter: azuanrazi
Ada.. sbb sy dah pernah jumpe…
Azuan recently posted..Aku Anak Malaysia Merdeka
Kalaulah aku dah buat 1001 komen di blog orang lain kerana entry diorang kaw kaw, tentulah orang dah buat komen 0000 di blog aku kerana entry blog aku cow cow….
saya suka komen yang responsif. maknanya saya boleh lihat dia ni baca ke tak? ada blogger, komen sangat lain dari topik yang ditulis. buat saya tergelak sendirian. terburu-buru nak tinggalkan backlink agaknya. sedikit mengganggu perspektif hormat saya terhadapnya.