
101 alasan mengapa anda perlu menulis blog, mengapa anda perlu berblog atau apakah kelebihan menulis blog. Sekiranya kita bercerita tentang blog, maka pertanyaan atau persoalan mengapa anda menulis blog bermain-main di kotak minda. Bagi aku sebagai blogger serta penulis ada satu persamaan umum mengapa kita menulis blog iaitu kita mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Menulis blog merupakan satu “perjalanan” kita untuk belajar, memberi dan berkongsi idea tentang sesuatu perkara.
Penulis, ahli politik, penyanyi, pelakon dan pelbagai lagi individu yang yang mempunyai latar belakang yang berbeza mempunyai blog, cuba bercerita dan berhubungan melalui media ini. Mungkin agak “hype” namun itu realitinya. Blog celebriti, tips menulis blog, blog motivasi dan sebagainya mempunyai kelompok pembacanya yang tersendiri.
Bagi aku semakin ramai yang menceburi bidang ini, terdapat juga yang yang telah “give up” – mungkin motivasi untuk mereka menulis sudah pudar atau mereka sudah tidak ada lagi alasan untuk menulis. Di bawah antara 101 alasan mengapa anda perlu menulis blog.
101 Alasan Mengapa Anda Perlu Menulis Blog – Perlu Alasan Ke
Melalui Blog Anda Boleh
1. Belajar sesuatu perkara baru
2. Belajar untuk menjadi penyampai yang baik
3. Menjadi pembaca yang baik
4. Anda dapat memperbaiki teknik penulisan anda
5. Anda dapat memperbaiki skill komunikasi anda
6. Menentukan bagaimana anda berinteraksi
7. Anda boleh mencambahkan kreativiti anda
8. Menjadi lebih kreatif dan kritis
9. Bertemu rakan – baru, lama atau yang telah lama terpisah
10. Membina rangkaian
11. Meluaskan jaringan
12. Belajar sesuatu yang sedikit teknikal
13. Berkarya
14. Bebas menulis
15. Mencipta jurnal peribadi
16. Menghasilkan personal dairi
17. Cipta album kenang-kenangan dengan photoblog anda
18. Update tentang diri anda
19. Mencipta peluang kerja
Anda Berpeluang Untuk
20. Melakukan kesalahan dan belajar memperbaikinya
21. Memperbaiki diri
22. Buat duit
23. Bekerja dari rumah
24. Memberi servis
25. Mengiklan
26. Menjual produk
27. Memaparkan hasil kerja anda
28. Menjalankan peniagaan
29. Menerima pembayaran
30. Meluaskan jaringan peniagaan
31. Bertemu pelanggan
32. Melakukan promosi
33. Berinteraksi dengan pekerja anda
34. Menjawab soalan
35. Menjadi lebih teratur serta lebih organize
36. Memberi pertolongan
37. Memberi khidmat bantuan
38. Mencipta nama
39. Mencipta jenama sendiri – blog branding
40. Mendapat pengiktrafan
41. Menjadi pakar dalam bidang anda
42. Mencipta autoriti
43. Menjadi terkenal
44. Menjadi superstar
45. Mencipta komuniti blog anda
46. Mempunyai pengikut
47. Mecipta kelompok pembaca anda
48. Meluahkan pendapat secara bebas
49. Memberi pendapat professional
50. Mencerna maklumat baru
51. Memberi dan menerima
52. Mencipta sejarah sebagai penulis
53. Memberi inspirasi
54. Berkongsi maklumat
55. Menyebarkan maklumat
56. Memberi panduan
57. Berkongsi informasi
58. Memberi pandangan
59. Membuat analisa
60. Penyampai berita
61. Mengenengahkan Idea
62. Mencipta perbualan
63. Menyelesaikan permasalahan
64. Berekperimen
65. Berpolitik
66. Mencipta momentum
67. Memberi kepercayaan
68. Mencipta ruang pendebatan
69. Menjadi ketua
70. Mencipta sesuatu yang baru serta bernilai
71. Menjadi diri sendiri
Blog Merupakan Tempat
72. Bertemu, berinteraksi, berkongsi dan belajar sesuatu yang baru
73. Luahan perasan sebagai penulis
74. Mencipta kepercayaan
75. Menyiarkan karya agung anda
76. Mendengar dan belajar dari maklumbalas pembaca anda
77. Melakukan eksperimentasi serta kajian
Dengan blog anda akan
78. Berjadual dalam pembacaan serta penulisan – baca, komen, tulis artikel
79. Belajar menguruskan masa
80. Belajar menghargai pendapat
81. Teratur dalam penulisan
82. Belajar menghargai penulisan
83. Merupakan kembara peribadi anda
84. Berasa enjoy dan gembira
85. Mengajar mendisiplinkan diri
86. Mengajar adab serta sopan
87. Belajar mengenai etika
88. Mengajar tentang kesabaran
89. Anda merupakan boss
90. Belajar untuk memberi yang terbaik…
91. Mengasah bakat menulis anda
92. Merekod peristiwa
93. Mengenal betapa indahnya hidup
Dengan blog, anda juga boleh
94. Mencipta kontroversi
95. Mencipta konflik
96. Menjadi orang lain
97. Self promotion
98. Copy, Paste & make money
99. Maklumat palsu
100. Scam
101. Menghasut
101 Alasan Mengapa Anda Perlu Menulis Blog – Kata Anda
Apa pun yang mendorong anda untuk menulis blog anda perlu mempunyai minat dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan sesebuah blog yang berkualiti dan di senangi pembaca anda.
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai mengapa anda perlu menulis blog. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagaimana? Anda ada 101 alasan mengapa anda perlu menulis blog.

wah…banyak alasan nak tulis blog ni.hmm…aku masih mencari alasan yang sesuai sebab buat blog ni.nanti dah dapat aku bagitau
Twitter: neulabs
menunggu jawapan ko pacifista, teringin jg membaca jgn lupa link ke post aku tau
alasan aku berblog yang paling jitu tu, no 2, belajar untuk menjadi penyampai yang baik.moga2 la menjadi penyampai yang baik
wah lengkap 101.hehe.saya setuju part kita dapat belajar aspek teknikal.macam kes saya yg bro dah bantu selesaikan.kalau tak jadi mcm tu,rasanya saya tak belajar.daripada zero pasal wordpress,kini dah tahulah sikit2.cuma jgn malu nk bertanya dan berhubungan.komuniti blogger ini menarik.walaupun tak pernah bertemu tapi masing2 ibarat saudara yg sentiasa ingin membantu
izwannizam recently posted..Jodoh Tak Panjang
Twitter: neulabs
xda hal izwan – silap settng jer blog ko tu
masih ada beberapa komen dia x masuk.yg lain dah okay.ho3
Twitter: wanjuan85
setuju sangat dengan entry ni, bnyk yg saya dapat, banyak membaca, banyak maklumat yg saya tahu, bnyk perkara yg saya dapat dari awal sebab network blogging ni besar
Juan recently posted..Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M | Wanwidget.com
Banyak gak alasan tu. Kawe cuma perlu satu jer – MINAT! Tapi alasan2 lain boleh guna jwp boss.
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Susahnya Jadi Pengadil Bolasepak!
Paling mencabar kalau yang buka blog mengunakan hosting sendiri kerana semua perlu belajar dari zero kemudian perlahan-lahan memperbaiki rumah blog yang dibina. Bagi saya menulis blog dapat menajamkan otak supaya lebih aktif berfikir maklumlah hendak menulis entri semua aspek perlu diambil kira bukan setakat SEO, teknik penulisan dan pelbagai lagi. Apabila yang salin bulat-bulat membuat saya kecewa kalau membacanya sekurang-kurang buatlah ulasan atau komen
Saya tulis sebab minat, dan suka berkongsi.
Adam Roslan recently posted..Bagaimana Dapatkan Emas daripada Barangan Elektronik?
Twitter: neulabs
nak buat apa pun memerlukan minat & kesabaran…apa pun thanks sbb sudi singgah
itu yg pentingkan
Salam.


Kalau nak buat blog tu tak perlu alasan, buat je kot….
Tapi entry yang menarik…
Baju Kurung Budak recently posted..Baju raya harga borong
Twitter: neulabs
TQ
suke no 53
sbb sy pun cari no.53 dri blog org lain
nizamghazi recently posted..Cabaran Blogger | Satu Hari di Hari Raya
Yang negatif perlu dijauhi supaya tak membawa kepada bahaya terhadap diri sendiri. Walaupun ianya antara satu alasan untuk berblog.
Twitter: neulabs
terbaik begitu TQ sbb sudi singgah dan komen
Alasan 102…kalaulah aku boleh bagi alasaan kenapa aku perlu menulis blog….?
Twitter: hafizmdrahim
setuju dengan semua point yang diberi..paling setuju untuk alasan no.1..ilmu tiada penghujungnya..rajin atau malas je nak cari.
hafiz recently posted..Pencabar WhatsApp Yang Lebih Hebat