75 Perkara Yang Aku Pelajari dari Blog

3 Cara Menjadi Pakar Industri & Buat Duit Di Internet Lebih Banyak

In Penulis Jemputan by Firdaus5 Comments

Ingin dibayar sekurang-kurangnya RM1,000 untuk memberikan 1 jam konsultansi kepada pelanggan?

Semua itu tidak mustahil apabila kita dikenali sebagai pakar dalam industri. Umumnya, seorang pakar adalah mereka yang mempunyai darjat dan penghormatan tertinggi dalam sesuatu perkara.

Contohnya, seorang doktor dibahagikan kepada beberapa perkara. Doktor pakar jantung, pakar sakit puan, pakar sakit diabetes dan banyak lagi. Pengkhususan ini dapat melabelkan diri mereka sebagai orang penting.

Selain daripada itu, ia juga boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada kita.

Dr. Azizan Osman (Pengasas Seminar Marketing Power) merupakan pakar dalam pemasaran dan pengiklanan. Dalam satu perkongsian dalam seminar, beliau menyatakan bayaran konsultansi beliau mengenai industri ini mencecah sehingga RM10,000 untuk tempoh 1 jam.

Seronok bukan? Dibayar dengan harga yang mahal hanya sebab kita dikenali sebagai pakar.

Soalnya sekarang, bagaimana untuk menjadi seorang pakar industri?

Terdapat tiga cara mudah yang boleh kita lakukan untuk memperoleh sejumlah pendapatan seperti Dr. Azizan Osman. Antaranya adalah:

#1 – Mulakan Dengan Blog

Baik, kenapa blog?

Bermula tahun 2010, blog memperoleh kehormatan daripada industri penerbitan informasi Malaysia kerana kekuasaannya untuk menakluki para pembaca dari dunia maya. Blog mampu menjadikan seorang itu pakar, dan blog juga mempunyai kemampuan untuk menjadikan seseorang itu sebagai penjenayah.

Situasi ini jelas menunjukkan memiliki blog adalah satu kemestian untuk kita memulakan proses, sebelum dilabel sebagai seorang pakar. Contohnya, jika kita mahu dikenali sebagai pakar masakan tempatan, maka mulakan blog yang bercerita mengenai masakan tempatan.

Jadikan blog kita sebagai wadah informasi untuk orang lain. Pelbagaikan artikel blog kita dengan meletakkan kategori artikel dari pelbagai sudut. Antaranya adalah:

  • Berita terkini.
  • Ulasan produk, aksesori dan sebagainya.
  • Kajian industri.
  • Pendapat peribadi.

Selain daripada itu, blog juga boleh dimulakan dengan kos yang rendah. Kita bebas untuk memilih platfom blog percuma seperti Blogger, atau melaburkan wang serendah RM100 (seperti kos makan malam bersama kekasih) untuk membeli domain dan hosting.

Pilihan terletak di tangan kita. Jika kita mahu dibayar sebanyak RM1,000 untuk tempoh konsultansi 1 jam bermula bulan hadapan, mengapa tidak melaburkan sedikit wang untuk membina blog yang mempunyai nama kita sendiri.

Seperti AqifAzizan.com.

#2 – Menulis Di Akhbar atau Majalah

Psikologi manusia, apabila rencana atau artikel kita muncul di media cetak seperti akhbar atau majalah, kita akan dilabel sebagai seorang yang hebat. Hebat dari segi persembahan ilmu dan kemampuan untuk mempengaruhi penerbit bagi memaparkan artikel kita.

Oleh sebab itu, untuk menjadi pakar, salah satu daripada caranya adalah mengambil seberapa banyak peluang untuk menulis di akhbar atau majalah yang bersesuaian.

Artikel-artikel yang diterbitkan dapat dijadikan sebagai portfolio, untuk kita meyakinkan pelanggan bagi mengambil servis konsultansi dan sebagainya.

Jika dibandingkan dengan blog, cara menulis di akhbar dan majalah lebih pantas dan efektif.

#3 – Mengadakan Ceramah Di Universiti dan Kol

Ceramah adalah salah satu daripada cara yang mudah untuk kita dilabel sebagai pakar industri. Namun begitu, terdapat beberapa peraturan yang perlu diambil kira sebelum kita menggunakan cara ini.

Kebanyakan kolej dan universiti sentiasa membuka peluang kepada para penceramah baru, untuk menyampaikan ilmu kepada para mahasiswa dan mahasiswi. Tetapi rata-rata penceramah masih gagal untuk mengambil peluang ini.

Untuk mengurangkan risiko kegagalan dan diterima sebagai penceramah, gunakan poin-poin di bawah:

  • Pilih kolej dan universiti yang tidak terlalu gah di mata masyarakat.
  • Tulis dengan jelas tentang tujuan kita ingin mengadakan ceramah.
  • Nyatakan kita tidak mengambil pembayaran untuk kali pertama.
  • Sertakan apa sahaja portfolio yang berkaitan dengan industri kita jika ada.

Dari Tiga, Mana Satu yang Sesuai Dengan Jiwa?

3 cara telah ditunjukkan kepada kita tentang bagaimana untuk menjadi pakar industri. Usah tamak, pilih satu sahaja yang sesuai dengan diri dan kemampuan kita.

Jika selesa berblogging, maka pilih platfom blog. Jika selesa menulis di majalah atau akhbar, maka boleh pergi ke kedai buku sekarang untuk mencari majalah yang bersesuaian dengan industri.

Apakah pendapat tuan dan cikpuan mengenai artikel ini? Adakah tuan dan cikpuan menggunakan teknik yang sama untuk membina label ‘pakar’?

Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang sediakan di bawah.

kredit gambar: bondidwhat

Comments

  1. Membina reputasi penting sebelum menawarkan perkhidmatan kepada umum. Sesetengah orang mahu melihat bukti sebelum mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

  2. saya lebih suka cara pertama..berblogging..cara kedua tidak sesuai kerana cara penulisan saya yang agak santai dan kadang2 menggunakan bahasa kampung mungkin menyebabkan ia kelihatan tidak profesional..cara ketiga juga tidak sesuai bagi saya kerana saya jenis orang yang malu untuk bercakap dihadapan khalayak ramai.
    hafizrahim recently posted…Top 6 Gitaris Pujaan HatiMy Profile

  3. Salam..saya lebih suka cara yg pertama…yg kedua saya rasa memerlukan cara penulisan yg formal dan profesional tatabahasa kena selalu jaga, rumit juga tu, yg ketiga kebranian kena ada, bercakap in public dan menulis satu perkara yg berbeza, bukan semua org boleh lakukan…erkkk betul ke tuan firdaus hehehe.
    Akmaomar recently posted…Dapat Komen Terpanjang Buat Kali PertamaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge