
Membina link atau link building merupakan salah satu cara terbaik yang boleh digunakan oleh blogger untuk menarik pelawat, meningkatkan autoriti blog dan yang paling penting meningkatkan ranking blog di enjin carian. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membina link atau backlink. Anda perlu sedikit kreatif dan berfikir di luar kotak untuk melakukannya. Di bawah merupakan antara 30 cara yang anda boleh lakukan untuk membina link secara percuma.
30 CARA MEMBINA LINK SECARA PERCUMA
- Anjur peraduan, contest atau giveaway – cara yang paling mudah untuk menarik perhatian pembaca, pelawat, blogger dan juga link.
- Cipta Award – anda boleh cipta bermacam award dan berikan kepada blogger pilihan anda, sekiranya anda melakukan dengan baik, tidak mustahil anda dapat menarik minat blogger tersebut untuk memberi link kepada anda.
- Beri insentif – saudara Ilham melakukan ini dengan baik, memberi insentif untuk setiap traffik yang dijana oleh rakan blogger ke blog beliau.
- Interview – hasilkan interview dengan mengunakan blogger pilihan anda sebagai subjek, publish di blog anda dan maklumkan kepada blogger tersebut. Tidak mustahil beliau akan link ke artikel anda.
- Guestpost - merupakan cara baru untuk menarik pembaca, traffik dan seterusnya membina link. Untuk menjadi guestpost yang baik anda perlu menjadi pakar dalam bidang anda.
- Trackbacks – gunakan dengan baik, sebolehnya link ke artikel yang mempunyai kaitan dengan artikel yang anda hasilkan. Tarik minat blogger lain melalui kaedah ini untuk menjenguk blog anda. Mana tahu linkbait anda mengena.
- Link Out – bukan sahaja trackbacks namun link yang sebenar ke sesebuah blog pilihan anda, link perlu tanpa nofollow untuk memperlihatkan hasil. Merupakan link karma yang mungkin baik dapat dipraktikan oleh blogger. Jangan takut untuk share link love dengan rakan blogger anda.
- Link ke “page” blog anda. Bill Hartzer mempunyai penerangan yang baik tentang mengapa anda perlu link ke page blog anda. Kalau begitu sila baca tentang service yang saya tawarkan dan siapakah di sebalik blog Malaysia SEO.
- Forum signature – memerlukan anda sedikit aktif. Bertanya dan menjawab pelbagai persoalan.
- Melalui pembelajaran - sekiranya anda seorang Guru, maka tips ini untuk anda. Cuba selitkan sedikit maklumat pembelajaran ke blog peribadi anda. Minta pelajar anda ke laman blog anda untuk penerangan lanjut. Sekarang sudah 2011, kebanyakan pelajar mempunyai blog sendiri yang memungkinkan mereka link blog anda.
- Gambar yang kreatif – Gunakan flickr dengan sebaiknya bagi kebanyakan photoblogger di luar sana. Gunakan Creative Commons’ Attribution (or Attribution-ShareAlike) dengan sebaiknya.
- Donation. Sekecil sumbangan anda mungkin bermakna kepada sesetengah pihak.
- Cipta kontroversi – anda berani maka kontroversi untuk anda.
- Cipta “Hype” – berkesan untuk pemasaran produk yang bakal dilancarkan.
- Berikan Testimonial – cuba baca personal testimonial yang diberikan oleh saya kepada pihak serverfreak, mungkin anda akan mendapat sedikit idea.
- Buat review.
- Edar sticker – offline marketing. Blogger Fahmi Razaali mempunyai idea yang baik untuk menghasilkan sticker helmet percuma untuk diedarkan. Sticker + URL blog = link marketing.
- Berikan sesuatu dengan percuma tetapi bersyarat – Social Media Icon, Twitter Icon, blog header (ada sesiapa hendak sponsor blog saya) atau Ikon Bendera Malaysia sempena bulan Kemerdekaan. Ada blogger yang nak buat icon bendera Malaysia sempena bulan Kemerdekaan tahun in, boleh inform saya ok.
- Artikel directori – Ezine Articles, GoArticles atau mana-mana artikel directori yang anda suka. Artikel saya di ezine dan goarticle yang saya hantar pada 2007 masih aktif hingga sekarang. Apa yang saya buat ialah edit kembali artikel tersebut dan selitkan URL blog baru saya.
- Blog direktori – cuba blog direktori percuma seperti Blogged atau Blog Catalog. Anda hanya perlu notepad, email, password dan sedikit ringkasan mengenai blog anda. Dengan pendaftaran mudah anda boleh submit blog anda ke direktori tersebut. Terbaru gunakan Squidoo lenses atau HubPages. Nak yang lagi mudah apa kata anda cuba submit blog secara percuma di sini (gunakan Top 50 link sahaja). Lihat hasilnya sendiri.
- Blogroll exchange – Bina hubungan, email blogger lain dan minta secara baik untuk bertukar blogroll. Saya mudahkan kerja anda untuk Blogroll exchange melalui link ini. [suggest a blogroll reciprocal link]
- Hasilkan blog lain – Cuba hasilkan blog baru menggunakan servis blog percuma yang disediakan oleh WordPress.com atau blogspot. Linkkan URL blog anda di sana. Saya masih lagi update 4 blog yang saya hasilkan menggunakan kedua platform percuma ini.
- Gunakan plugin – WPSyndicator plugin contoh terbaik yang dapat viralkan link anda. Sekiranya anda menggunakan plugin ini, anda boleh submit blog URL anda ke sepuluh web 2.0 secara viral menggunakan keywords pilihan anda.
- Blog komen – maaf saya tidak pasang commentluv plugin, mungkin ada cara lain saya boleh reward kaki komen blog saya. Ada di sini yang mahu SEOPressor plugin percuma.
- Rangkaian Media Sosial – Aktif, link, Tweets, update Status dan sebagainya. Kenapa tidak anda cuba tips mendapatkan backlink percuma dari LinkedIn.
- Cipta blog yang dapat memberi nilai kepada pembaca. Secara automatik blogger lain akan link blog anda.
- Jenamakan blog anda untuk menarik minat blogger lain supaya link blog anda. Malaya Media tidak membawa apa-apa makna kepada saya, hanya tertarik kepada keywords tersebut.
- Hasilkan killer artikel
- Hasilkan artikel yang viral.
- Hasilkan artikel yang dapat menarik natural link. Beri nilai, beri manfaat, beri pengetahuan kepada pembaca, tidak mutahil mereka akan link anda. Content is King, ini selalu saya baca.
Apa kata anda, bagaimana anda membina link atau backlink blog anda. Ada tips lain, ruangan komen untuk anda.
Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
Banyak perkara hendak dibuat tetapi buat selangkah demi selangkah.
sebenarnya tak perlu buat semua, buat mana yang kita mampu dah lebih dari mencukupi…
tip yg perlu dicuba oleh kebanyakan dari kita…TQ
berkenaan trackbacks , kalau artikel yg bersiri contohnya , macam mana nak susun semua link tu ,supaya tak nampak berserabut .cara terbaik guna tajuk dia jugak atau bahasa lain yang mengambarkan artikel yg lepas ?
unt trackbacks – selalunya ko just link sj bro ke blog post tersebut – jika blog tersebut enable trackbaks maka dia akan notice blog post ko
kau boleh guna tajuk post tersebut atau keywords ko sendiri untuk link.
buat aje semua tu. Insya-Allah, ada hasilnya untuk jangka masa panjang.
bkn tugas yg boleh dihabiskan dalam masa sehari, untuk blog ini – boleh dikatakan aku hanya menjayakan beberapa tips sahaja. ada lagi kerja offline yg lebih penting dari menghadap lappy ni
perlu masa juga untuk membina link.
Twitter: azuanrazi
Perkongsian yg menarik.. blh di jadikan panduan.. slow2 follow..
Uish, banyak tu… Pelan2 la buat..
nampaknya separuh tu aku dah buat..tinggal separuh lagi..aish…:D
kalau dah buat ko mmg bagus bro, untuk blog ni aku blom bekesempatan lg..ada masa insya’allah aku akan buat…
sbb yg aku tak buat – domain ni aku beli untuk projek webstore t-shirt aku – tuh yg domain dia mulTEES – projek ada masalah jd aku guna unt menulis ler domain ni.
TQ sbb sudi drop sini bro
SEO Pressor percuma?
Macam mana nak dapat tu?
MaxMonic recently posted..6 in 1 Heat Press Machine reviews
wow.. banyak strategi, tq berkongsi…
Nice .. kebanyakan aku dah buat
.. harap blogger yg x link building dari list di atas boleh manfaatkan list diaras untuk lebih kukuh dalam persaingan SERP.! !
shah blogger recently posted..Backlink Comment – Dofollow High PR
Maklumat yang berguna untuk blogger newbie macam aku ni. Thx bro. Baru buat pasal trackback dengan linkout je. Yang lain tu insyaallah dari semasa ke semasa.
Yus recently posted..Dapatkan Genesis Framework + Child Theme Secara Percuma
Bro, mohon jelaskan tentang commentluv tu? Ada keburukan ke?
Terima kasih.
(dofollow)
Firdaus Latib recently posted..3 Tip Membuatkan Pemilik Blog Lain Mahukan Entri Guest Blogging Kita
Takda keburukan, sebenarnya pada masa menulis artikel tu blog ni tak pasang commentluv plugin sebenarnya.
Tips ini sangat membantu.
Terima kasih.
Asyrof Asri recently posted..I Want To Go Back Home This Year