Artikel kali ini hanya ingin mengulas mengenai 5 Idea Penulisan Kreatif Yang Boleh Anda Cuba – untuk blogger, freelancer dan sesiapa sahaja yang mengemari penulisan. Pastikan anda habiskan artikel berikut dan kongsi pendapat anda di ruang komen di bawah.
Tiada Idea Untuk Menulis – Mungkin Anda Boleh Cuba…
Apa saya cuba kongsikan dalam artikel ini mungkin sesuai untuk digunakan oleh mana-mana penulis, tidak mengira niche atau kategori blog anda, dan mungkin hanya akan dibezakan oleh cara penyampaian kita. Blog yang mempunyai topik umum mungkin kelihatan sukar untuk mendapatkan idea penulisan berbanding blog hiburan, politik atau informasi teknologi terkini. Yang mana umum mengetahui blog sebegitu mempunyai “sumber” berita yang tidak terbatas.
Tidak semestinya anda perlu mencuba cara ini dalam penghasilan setiap artikel blog anda. Jika anda kreatif anda boleh cuba menyampaikan sesuatu perkara yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana penulis blog sebelum ini.
Jika anda tiada idea menulis, maka anda boleh menggunakan cara yang saya sebutkan di bawah.
Bincangkan Isu Tersebut
Setiap hari, blog seperti TechCrunch dan Mashable akan menghasilkan beberapa siri artikel terbaru untuk pembaca mereka – sesuatu yang berlaku dan mempunyai hubungkait dengan dunia internet selalunya akan dilaporkan oleh kedua blog ini.
Jika anda tiada idea, cuba jenguk kedua blog ini – lihat berita yang disampaikan oleh penulis, ada yang menarik minat anda – sekarang anda cuba menulis kembali artikel yang mempunyai kaitan dengan berita tersebut. Caranya ialah dengan memberi ulasan anda, quotes pendapat penulisnya dan anda sampaikan sekali lagi berita tersebut. Jadikan berita tersebut sebahagian dari entri blog anda dengan membincangkan mengenai perkara tersebut dengan pembaca anda.
Anda ada blog yang berkaitan dengan teknologi – kedua blog tersebut mungkin boleh dimanfaatkan oleh anda untuk mendapatkan sesuatu berita mengenai dunia teknologi dengan pantas.
Cuba Laman Media Sosial
Sekiranya anda kaki laman media sosial seperti Twitter atau Facebook. Saya sebut dua nama sahaja di sini kerana kedua laman ini merupakan laman yang popular dimana pengguna boleh berkongsi berita dan maklumat. Sebenarnya anda boleh menggunakan maklumat yang anda perolehi dari laman tersebut dan dijadikan entri blog anda. Mungkin anda pernah buat.
Aku Lebih Mengemari Reddit
Di sini saya lebih mengemari Reddit kerana laman tersebut lebih santai, mempunyai entri yang lebih ringan serta sedikit jokes dan tempat tersebut mempunyai penggunaan bahasa yang sedikit “lucah”. Tempat yang kebanyakan penggunanya mempunyai idea dan pendapat yang saya boleh kategorikan sebagai “gila-gila”. Cuba anda ke sana, Reddit penuh dengan berita yang dikongsi oleh pengguna seluruh dunia yang anda boleh jadikan idea menulis entri blog anda.
Untuk kepentingan SEO blog anda atau anda ingin meningkatkan trafik dari enjin carian anda boleh cuba cara ini. Lihat berita yang berada di muka depan Reddit – pilih satu tajuk dan cuba anda ulas mengenai isu terbabit.
Berita, Tips atau Maklumat Penulis Tersebut Salah…
Cuba anda lihat RSS reader anda atau Google reader anda – teliti beberapa artikel, cari artikel yang anda kurang bersetuju dengan pendapat penulisnya. Tidak susah rasanya untuk mencari artikel yang anda tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh penulisnya. Dah jumpa topik yang anda kurang bersetuju, cuba anda tulis kembali mengenai isu tersebut, selitkan sedikit isi yang dikemukan oleh penulis terdahulu dan quotes kembali penulisan tersebut. Namun kali ini anda perlu…..
Terangkan Di Mana Silap Penulis Tersebut!!!
Namun kali ini anda boleh memberi sedikit penerangan dan penjelasan mengapa anda tidak bersetuju dengan pendapat penulis tersebut. Mengapa anda tidak bersetuju dan di mana silapnya artikel tersebut. Kena cara anda lakukan, autoriti blog anda mungkin dapat ditingkatkan.
Awas!!! bergantung kepada cara penyampaian – anda boleh mencipta rakan baru atau menambahkan senarai musuh anda dalam dunia internet. Jika anda jenis yang tidak kisah maka ini mungkin jawapan anda;
Aku Tak Kisah Mencipta Musuh – Janji Aku Sudah Betulkan Kesalahan Kau!!!
Topik Lama, Olahan Baru
Blog seperti ProBlogger, CopyBlogger atau DailyBlogTips merupakan antara sumber maklumat mana-mana penulis blog. Silap sekiranya anda tidak membaca blog-blog tersebut. Banyak informasi mengenai dunia blog, penulisan, tips untuk menulis blog dan sebagainya dikongsikan oleh mereka. Anda hanya perlu luangkan masa dan membaca beberapa artikel untuk menambahkan ilmu penulisan anda.
Namun jika anda berfikir lebih dari itu cuba anda ke bahagian Archives mereka, lihat mana-mana artikel yang berjaya menarik minat anda dan cuba anda tulis kembali artikel tersebut. Olahkan artikel tersebut mengikut kreativiti anda, menggunakan cara anda dan cuba sampaikan dengan lebih baik dari mereka untuk pembaca anda. Walaupun topik atau isu terbabit sudah lama, namun jika anda dapat memberi nafas baru maka tidak mustahil artikel itu akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Bagaimana melakukannya? Terbaik anda quotes sebahagian dari penulisan tersebut, beri kredit kepada sumber dan seterusnya anda boleh mula mengolah artikel tersebut di perenggan seterusnya. Jika boleh cuba kaitkan dengan isu-isu terkini yang berkemungkinan sesuai dengan artikel tersebut.
Sesuatu yang pasti sekiranya anda menggunakan cara ini, anda bukan sahaja berjaya mencipta entri baru untuk blog anda. Namun lebih dari itu anda telah memberi nafas baru kepada penulisan artikel tersebut melalui olahan terbaik anda.
Sumber Terbuka
Anda masih tiada idea, anda boleh mencuba kandungan dari sumber terbuka. Blog seperti Leo Babauta dari Zen Habits dan Tyler Tervooren dari Advanced Riskology telah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis untuk menyiarkan kandungan blog mereka. Kandungan blog mereka adalah “Uncopyrighted”. Anda boleh menggunakan kandungan blog yang saya sebutkan tadi untuk menghasilkan entri terbaru blog anda.
Penulisan Blog – 5 Idea Penulisan Kreatif Yang Boleh Anda Cuba
Sebenarnya bagaimana anda menulis, apa jenis penulisan anda, bagaimana gaya bahasa begantung kepada anda. Bagaimana pula anda mencari idea untuk sebagai entri blog anda juga bergantung kepada jenis, niche dan kategori blog anda. Jadi tiada alasan untuk anda mengatakan bahawa anda tiada idea untuk menulis.
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan sedikit tips untuk anda mendapatkan idea menulis blog. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. 5 Idea Penulisan Kreatif Yang Boleh Anda Cuba – kongsi sedikit cara anda.
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
Twitter: tokputih
hmmm memang kreatif
auc dot com recently posted..Senarai Pemenang 10 Entri Terbaik Denaihati
Asas formula 5W amat berkesan untuk mengembangkan bahan penulisan.
akubiomed recently posted..Membidik gambar dengan DSLR di pekan Kuala Kubu Bharu
Kita mampu menghasilkan entri yang relevan kepada pembaca dengan melihat perbincangan yang berlaku di media sosial. Komen-komen mereka itu merupakan signal atau idea yang boleh dikembangkan lagi.
(dofollow)
Firdaus Latib recently posted..5 Tindakan Kritikal Untuk Menjual Produk Di Facebook
bagus jugak idea ni. Boleh dijadikan rujukan.
Hazmin Hamudin recently posted..Semak Senarai Calon PLKN Sesi 2013 Secara Online dan SMS
bermanfaat .. boleh try kesemua 5 ni.
muazfaris recently posted..Doktor Neurologi masuk Islam selepas kaji saraf di otak
thanks for sharing.. but i prefer to go out to the crowd.. trying to catch randomized idea. little difficult but.. that is the way i like most..
best regard, and keep the spirit to write..
naib parvez recently posted..Tujuan Hidup
Keren ni mas bro tips2nya, akan aku pergunakan ni untuk mencari ide dlaam menulis postingan
thanks
Ramzi recently posted..Cara Membuat Artikel Terkait / Related Post di Blog