gagal menulis

5 Sebab Anda Berhenti Menulis Bulan Seterusnya

In Blog, Penulis Jemputan, Siri Penulisan Blog by zeo28 Comments

Artikel sumbangan penulis jemputan, Khairul Zamri

Melihat kepada kewujudan dan kebanjiran blog-blog pada masa kini, berkemungkinan persoalan mengenai haluan sesebuah blog boleh di sentuh dalam artikel kali ini.

Terutamanya yang berkaitan dengan kegagalan seorang penulis blog meneruskan langkah dalam dunia penulisan blog.

Kita harus perlu berani bicara tentang kegagalan kerana punca utama seorang penulis blog berhenti separuh jalan adalah kerana takut berbicara tentang kegagalannya mengendalikan blog.

Kualiti kejayaan lebih bernilai selepas daripada kegagalan…”

5 Sebab Anda Berhenti Menulis Bulan Seterusnya

Struktur sebuah blog bukanlah sebuah struktur yang kosong, bagaimana anda melambangkan diri anda, komitmen anda dengan blog, begitulah rupa blog kita anda terhasil kelak.

Gagal Merancang Blog Anda

Definisi gagal merancang blog anda disini tertumpu bagaimana kesalahan dalam pemilihan niche blog anda sendiri dengan jenama dan isi kandungan blog yang bakal diterbitkan kelak. Kenali kemampuan diri anda dan rangkakan matlamat serta hala tuju blog mengikut kesesuaian diri anda sendiri.

Tiada waktu perdana bagi anda sendiri untuk menerbitkan sesebuah artikel menyebabkan anda sekadar menulis sekilas pandang. “Waktu perdana penulisan” mampu memberikan anda satu hasil dan teknik penggayaan penulis secara efektif, jadi pilihan masa itu bergantung pada diri sendiri.

Update Setiap Hari

Kekerapan update setiap hari sebenarnya akan memberikan anda satu tahap dimana anda akan berhenti seketika kerana tiada lagi idea yang ingin ditulis setiap hari. Buat “counting back” terhadap penulisan anda, mengapa dan wajibkah anda menulis setiap hari atau sekadar terikut-ikut dengan gaya dan rentak blogger lain.

Menulis setiap hari adalah bagus buat mereka yang benar-benar tegar dalam penulisan dan perkongsian, lebih-lebih lagi yang mampu menulis 300 patah perkataan setiap hari.

Terlalu Ghairah Bermain Keyword

Keadaan ini membahayakan anda dan blog anda sendiri, terlalu ekstrem dalam permainan keyword sehinggakan hampir semua keyword anda ingin rankΒ kan dan perangkap trafik masuk ke blog anda.

Kesilapan ini akan membuatkan anda merasa “mood-down” apabila usaha anda tidak memberikan hasil yang memberangsangkan. Adalah sebaiknya anda menulis secara biasa tapi berkualiti berbanding terlalu mengejar SEO tanpa memikirkan jangka hayat panjang untuk sebuah blog.

Blog Terlalu Personal

Inilah yang dikatakan kesilapan anda dalam pemilihan niche, penulisan blog untuk terlalu personal akan menyebabkan anda menjadi salah seorang yang mengalami “Writer-block”.

Sekerap manakah anda mampu menulis tentang diri anda di dalam blog?

Kebanyakan blog yang terlalu personal mempunyai dua keadaan iaitu; apabila mempunyai cerita menarik 5 kali sehari akan update, manakala apabila tidak mempunyai cerita peribadi sehari sekali ataupun tiada langsung.

Kembali kepada point pertama iaitu kenali diri anda dan jangan terikut-ikut dengan gaya orang lain. Cari kepelbagaian dalam penulisan jangan terlalu tertumpu kepada satu jenis penulisan sahaja, ubah dan bina penggayaan penulisan mengikut peredaran semasa secara strategi bijak.

blogging

Malas Dan Kedekut Masa

Sikap malas mungkin sudah ramai kenali bagaimana ramainya blogger dikalangan kita mula merasa malas selepas sebulan atau dua bulan menulis blog. Tinggal hanya beberapa orang sahaja yang masih lagi kekal dengan momentum yang mereka cipta dan tingkatkan sendiri.

Malasnya kita menjenguk blog-blog lain, malasnya kita sertai beberapa kontes rakan blogger, malasnya kita melihat perkembangan terkini mengenai blog. Halangan terbesar buat seorang penulis blog adalah masa, sehinggakan ada yang digelar “kedekut masa” secara tidak langsung.

Masa sangat bernilai buat seorang penulis blog, di mana perlu dibahagikan seperti berikut:

  • Carian maklumat dan info sebelum menulis
  • Masa sesuai dan tempoh masa untuk menulis
  • Masa untuk menyemak kembali penulisan yang lepas
  • Masa untuk menyelenggara blog sendiri
  • Masa untuk melihat maklum balas / komen di blog
  • Masa untuk memberikan kunjungan balas ke blog-blog lain

Jadikan 5 Penyebab Untuk Terus Menulis

Jangan jadikan 5 sebab ini untuk anda terus berhenti menulis, sebaliknya jadikan 5 penyebab ini untuk anda teruskan menulis.

Tukarkan masalah kepada punca penyelesaian…”

Rangka dan struktur kembali penulisan anda supaya menepati niche dan matlamat blog anda sendiri agar tidak cepat putus asa dalam penulisan. Semoga perkongsian saya disini sedikit sebanyak memberikan halangan kepada mereka yang ingin berhenti menulis dan kembali ke arena penulisan.

Kredit Gambar: Writer’s Block dari ShutterStock

[box]Artikel sumbangan penulis jemputan, Khairul Zamri. Seorang blogger yang banyak berkongsi idea dan cerita dalam blog peribadi beliau – Khairul Zamri.Β Setiap pandangan dan maklumat dalam artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis.[/box]

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

    1. kena faham betul-betul bro, point disitu ialah kenapa perlu update setiap hari?
      – adakah kita terikut-ikut gaya orang lain
      – atau kita ada target kita sendiri – maknanya kita mampu update hari-hari

      ramai yang terikut-ikut dan sampai satu masa dah tak ada idea nak tulis apa – itu mengikut apa yang saya pernah buat sedikit research laa, mungkin bro ada pendapat bro sendiri hehe πŸ™‚
      Khairul Zamri recently posted…Tips Rumah TanggaMy Profile

  1. nice tips..aku lebih suka menulis time idea tu terpacul dari minda dan fikiran..dan kekadang tanpa dirancang..ada juga post yang dirancang..dan ianya memang menjadi..kajian dibuat untuk memastikan post tersebut lama di search engine..dan menduduki tangga pertama atau kedua..:D

  2. Saya cuba buat sasaran mingguan. Dalam seminggu at least 4 artikel. Agak susah nak buat sasaran harian.

    Bab blogwalking pulak tak konsisten. Kadang naik kadang turun sebab bila blogwalking biasanya akan baca betul-betul, jadi ambil masa.

    Lepas baca pulak kena komen, kalau tidak sedikit rugi. Jadi kenalah baca dan fahamkan penulisan sebelum komen….memang betul masa tak ada…kononnya sibuk!

    Apapun, entri yang cukup bagus untuk sasaran menjadi blogger tegar!
    Mohd Shubhi recently posted…Tips pengurusan pelanggan yang sedang marahMy Profile

    1. Setuju dan respek dengan cara penjadualan bro lakukan itu bermakna kita lebih serius dalam menaikkan artikel penulisan kita bukan sekadar taip dan publish.

      Tahniah dan selamat berjaya bro – saya nampak penulisan bro juga memberangsangkan πŸ™‚
      Khairul Zamri recently posted…Contest SEO EridyMy Profile

Leave a Reply to neu Cancel reply

CommentLuv badge