6 Langkah Mudah Untuk Menulis Dengan Pantas sesuatu yang ingin saya kongsikan, sebahagian darinya mungkin anda pernah baca atau praktikkan untuk pembinaan blog anda. Sekiranya anda pernah membaca tips sebegini, mari kita segarkan sedikit ingatan anda. Sebelum itu, jika anda belum membaa artikel terbaru mengenai Eyriqazz vs Denaihati, pastikan anda berbuat demikian, banyak yang saya cuba kongsikan di sana.
Baca juga: Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia
Sekiranya anda diberikan satu ujian yang memerlukan anda menulis sebuah artikel sepanjang 500 patah perkataan? Anda mempunyai kurang dari 30 minit untuk menghabiskan artikel tersebut? Bolehkah anda menyiapkan mengikut jadual masa yang diberikan? Sekiranya tidak boleh, Berapa lama masa yang anda perlukan untuk menghasilkan dan menghabiskan artikel tersebut. 45 minit, 2 jam atau sehari. Apa jawapan anda.
Ada yang mengatakan bahawa sekiranya anda berjaya menulis dengan pantas maka anda telah setkan diri anda untuk berjaya dalam dunia Internet. Manakala “Masa itu Emas” merupakan ungkapan yang seringkali kita ungkapkan semasa di bangku sekolah. Jadi berapa lama yang anda habiskan untuk menyiapkan sesebuah artikel yang anda tulis. Apapun jawapan anda simpan dahulu, kongsikan di ruangan komen nanti.
6 Langkah Mudah Untuk Menulis Dengan Pantas
Berikut antara tips yang anda boleh gunakan untuk menulis dengan pantas namun masih mengekalkan kualiti artikel yang anda hasilkan. Bagaimana menulis artikel yang berkualiti, itu saya tinggalkan untuk anda fikirkan.
Sesuaikan Masa Menulis Anda
Merupakan faktor paling utama yang anda perlu ambil kira. Sekiranya anda ingin menulis dengan pantas dan menghasilkan sebuah artikel yang baik maka anda perlu tahu masa yang terbaik untuk anda menulis. Dengan kata lain anda perlu tahu masa produktif anda.
Lain orang lain caranya, saya sendiri mempunyai masa menulis yang tidak tetap. Namun sebelah malam merupakan masa produktif saya – setelah isteri dan anak di rumah tidur. Anda bagaimana pula, ada masa produktif anda. Jika tiada anda perlu setkan satu slot untuk anda menulis dengan lebih baik.
Minimakan Interaksi
Sewaktu anda ingin menulis, terbaik anda meminimakan interaksi. Sebagai contoh anda mempunyai masa selama 2 jam untuk menulis, terbaik pada waktu ini anda kurangkan interaksi anda sama ada interaksi melalui telefon dan sebagainya. Khususkan masa tersebut untuk anda menulis dan menyiapkan artikel anda. Awas – jangan pula offkan telefon ada, berkemungkinan waktu kecemasan anda memerlukannya.
Antara lain yang anda boleh cuba ialah menyediakan zon untuk anda menulis seperti sebuah bilik khas atau meja khas yang hanya tiada gangguan lain di atasnya. Sedikit privasi boleh memberi keselesaan untuk anda menulis dengan lebih baik sudah semestinya anda dapat menyiapkan artikel anda dengan lebih pantas.
Melangkah keluar dari Zon Halangan
Anda perlu tentukan apakah halangan kepada anda untuk menghasilkan sesebuah penulisan yang baik. Sekiranya anda banyak menghabiskan masa di rumah, apakah halangan anda untuk menulis. Mungkin tugas memasak, tugas menjaga anak, tugas untuk membuang sampah dan sebagainya. Anda perlu tahu halangan-halangan tersebut dan sesuaikan dengan masa anda untuk menulis. Sekiranya anda seorang suri rumah, jangan sesekali anda menulis pada jam 12 tengahari – secara logiknya itu merupakan masa memasak anda. Sebaiknya selesaikan tugas rutin anda sebagai seorang suri rumah dahulu.
Sediakan Outline
Sekolah mengajar kita banyak perkara, terutamanya yang melibatkan penulisan. Antara salah satu tips untuk menghasilkan sebuah artikel penulisan yang baik ialah dengan menyediakan outline atau rangka kerja kepada penulisan tersebut.
Untuk menghasilkan rangka penulisan anda tidak perlu kepada sesuatu yang kompleks terutamanya untuk menulis sebuah blog artikel sepanjang 500 patah perkataan. Anda hanya memerlukan notepad kemudian taip dahulu tajuk serta isi utama yang ingin anda sampaikan. Selepas itu anda boleh menghuraikan isi-isi tersebut satu persatu. Sesuatu yang amat mudah sekiranya dipraktikkan.
Kepentingan utama rangka penulisan ialah untuk memastikan anda tidak tertinggal untuk menyenaraikan isi-isi utama artikel anda. Disamping anda boleh mengekalkan rentak penulisan anda dan memastikan setiap isi penting mempunyai kesinambungan.
Semua di atas tidak sesuai untuk anda, mungkin anda jenis yang…..
Menulis Bila Anda Rasakan Anda Perlu Menulis
Tips ini kena dengan cara saya. Tidak perlu jadual, tidak perlu masa tetentu untuk menulis dan sudah semestinya saya akan menulis bila saya mahu. Mungkin anda akan rasa lebih bebas untuk menulis dengan cara sebegini, tiada kongkongan. Anda bagaimana? Jangan anda…..
Edit Penulisan Anda Selagi Anda Belum Habis
Habiskan apa yang anda ingin sampaikan melalui penulisan anda. Jangan anda berhenti untuk edit setiap perenggan yang anda hasilkan hanya untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa atau penggunaan ayat yang anda lakukan. Anda boleh menjimatkan banyak masa dan menulis dengan lebih pantas sekiranya anda tidak melakukan ini.
Terbaik siapkan keseluruhan artikel anda, save dan kemudian preview. Di sini anda boleh membaca dan edit mana-mana bahagian yang anda rasakan mempunyai kekurangan dan padam mana-mana bahagian yang anda rasakan tidak sesuai.
Kata Anda
Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. 6 Langkah Mudah Untuk Menulis Dengan Pantas – kongsi sedikit tips anda. Terbaca bagaimana hendak menjadi penulis blog yang bagus, tertarik kepada point blogger perlu kreatif. Tahukah anda yang blogger boleh menjadi kreatif melalui penulisan. Kreatif melalui peniruan (copywriting) dan sebagainya. Ada masa nanti kita kongsikan.
Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin saya telah kongsikan 6 Langkah Mudah Untuk Menulis Dengan Pantas, anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin saya akan panjangkan senarai ini berdasarkan komen anda.
Cabaran SEO Lelaki Kacak telah berlangsung dan saya menyertainya untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun tidak sesekali saya akan “korbankan” nilai blog SEO ini dengan pelbagai artikel serta entri yang tidak berkaitan dengan niche blog ini.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013

agak2nya entri ko ni berapa lama ko amik masa nak buat?bukan apa bro,cuma berminat nak tau je.sebab entri ko semua panjang2 dan susunan ayat pulak macam cikgu BM kat sekolah aku.tu yang aku berminat nak tau tu.hehe
aku menulis mmg pantas ttp nak siapkan sesebuah artikel tu yg mengambil sedikit masa – entri cam ni hampir 1 jam aku gunakan masa untuk siapkan semuanya..dr draf, isi, headline, pemilihan gambar dsbnya.
hahaha. sama la. kalau entri saya panjang tu memang paling kurang la satu jam.tapi kalau banyak gambar lagi.internet slow lagi. memang kena2 dua jam lebih juga la. biasanya saya buat di ms word dulu.
sya pun draf kat notepad dulu – senang sbb kalau tak siap bole sambung bila free
hoho.. halangan aku mse nak tulis entri ialah:
1. tutup facebook awal2
2. tutup gmail awal2
3. tutup youtube awal2
then, barulah bleh buat entri baru yang best dengan senang hati~
FD sama cam aku – meminimakan sedikit halangan sblom cara terbaik unt menulis entri yg best
amacam trial spm ok ker
hoho.. taklah teruk n taklah baik sngt.. hua hua hua~
trial just unt uji ko jer bro janji ko buat yg terbaik masa spm sebenarnya nnti ok – pastu bila dah dpt keputusan ko buat entri yg super bagus fasal tu haha
entri super bagus eh? lol.. hahaha
Saya menulis apabila di rasakan perlu…dan tidak dalam keadaan letih.Tapi, bila idea tu datang…masa tu jugak rasa nak menulis,takut idea hilang.
Paling best bila idea tu dtg mencurah2,dah jarang dapat macam ni…selalunya kena perah otak sikit baru boleh..tulis beberapa perenggan.
azman recently posted..Bila blogger berbuka puasa@Enak KL
menulis bila dirasakan perlu – selalunya kalau dpt buat entri selalunya kita akan beri yg terbaik kan tambahan pula idea byk waktu tu
Saya tidak mempunyai draf entri kerana mempunyai masa terhad. Biasanya saya akan peruntukkan masa 1 jam untuk menyiapkan entri. Menulis dengan pantas adalah satu kekurangan yang ada pada saya.
akubiomed recently posted..Perletakkan jawatan Steve Job sebagai CEO Apple
unt draf bro boleh buat dkt WP dashboard tu atau guna notepad – tp kalau entri yg bersifat peribadi tak perlu draf rasanya sbb idea mmg dah ada dlm kepala kan
Sediakan Outline. Sama macam menulis karangan. Bila dah ada idea baru buat percambahan idea dan sediakan outline.
Adam Roslan recently posted..Toksid, Toksik atau Toksin?
Sebenarnya ak lebih suka tulis secara bebas (point dari tajuk) tanpa rangka.

Sebab itu lebih mudah dan mesra.
Just bgi pendapat
nizamghazi recently posted..Untuk Menjadi Best Programmer, Matematik Perlu Power ?
tiap dari kita belainan nizam
aku main hentam aje..haha.. lain kalau tulis review untuk pertandingan atau job. Itu aku rangka sikit. hehe..
titan recently posted..Ramadan 2011 – Evolusi Duit Raya
hentam pun aku tengok entri ko panjang-panjang belaka, kalau ko draf betul-betul mesti berjela-jela karangan ko buat haha
ko hentam ada isi, xda hal
biasa bermodalkan gambar aje. dari gambar tu..baru datang isi nak tulis apa..hehe..
sayacomel recently posted..Comel Sangat – Penat puasa.
blog sayacomel xpayah byk menuliskan – just letak gambar sj
Tips untik menulis blog ni banyak orang kongsi dekat blog mereka. Aku cuma boleh aplikasikan beberapa tips yang mereka kasi.
Elakkan gangguan itu boleh diaplikasikan dalam banayk perkara termasuk jika nak siapkan assignment. Key point dekat situ ialah fokus
Fahmi recently posted..Selamat Tinggal Adsense
tips untuk menulis mmg banyak dibicarakan & hanya dibezakan dgn cara penyampaian shj – tp yg penting disini kita kena applikasikan keatas blog unt dptkan result yg terbaik unt blog kita
saya jarang buat draft sebab menulis time tuh je. selalunya bila dpt idea saya just tulis tajuk je dalam note hp. cuma kekangan line internet je buat slow sikit.
draf dan sebagainya mungkin sesuai unt penulisan atikel blog yg sedikit serius – serius di sini saya maksudkan dgn kandungan yg cuba disampaikan melalui artikel tersebut – selalunya artikel yg bersifat informative mungkin memerlukan anda menhasilkan sedikit draf supaya isi dpt disampaikan
zon halangan tu susah nak elak.
Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Maaf Zahir Batin..
juanita recently posted..Jelita Dihari Raya
kena cuba elakkan
selamat hari raya aidilfitri
banyak lagi yang kena belajar nih..huhu..
ohcikgu recently posted..Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Ohcikgu.com
cikgu selalu jumpa menda ni dlm pembelajaran – xda masalah rasanya
menulis dengan pantas takda masalah bila semua idea tersusun dengan rapi.yes.outline membantu penulisan yg pantas dan tepat…artikel serius perlukan outline supaya tak lari daripada tajuk
beli buku 555 lah pasni.catat idea yg tetiba datang.hahha
izwannizam recently posted..Misi 12 Bulan
buku 555
terpulang kepada anda bro
hehe kadang2 penat buat kerja dekat ofis.sambil rehat idea datang..so catat dulu yg mana ada…
erm dah lama fikir mana datang nama multees ni.ringkas,unik..senang ingat..tengah cari domain name ideas gak nih
bercakap fasal domain ni bro – semalam dah set nak beli 1 domain .my kat exabytes tp hajat tehenti bila dia minta company registration – number tu plak ada kat umah mak
tp pagi td saya contact support dia cakap xpayah company registration letak IC number pon bole – ni dalam proses setup .my punya domain..untuk projek terbaru kalau ada masa
bro nak domain baru untuk projek seterusnya ker
yup. domain .my just perlukan IC no jek.. kalo .com.my tu yg perlukan co registration number.huhu
yup.nak cari domain ideas yg ringkas,catchy…ada idea mcm mana boleh dpt something yg catchy?haha guna nama sendiri ni kadang2 susah nak potray apa yg kita plan dengan domain tu huhu
ko kena sesuaikan dgn domain tu dgn projek ko bro – dah cuba domain name generator cam domainr xpun ko try nameboy sbg alternatif – terbaik ko fikirkan sendiri bro
tq 4 de sharing
) mmg betol sbb waktu memainkan peranan yg penting …tambah2x dgn ade bayi kecil di rumah…huhuhuhu, cabarannya, MasyaAllah
betul gak kan, buat ouline dulu..
dah lama tgglkan sekolah nie…hehe
hahahah..ini saya main ikut hati ja. macam tips menulis bila rasa mahu. saya lagi suka buat cara santai. kebiasaanya, masa mula nak menulis tu, memang lambat, nak mula macam mana kan. tapi dah dua tiga ayat. mula la tak sedar rupanya panjang dah. hahaa
Don Baru belajar menulis dengan kemas dan teratur, sebelum ni memang banyak yang merapu tak tentu pasal
merapu ada isi tak mengapa – lagi baik jika menulis dgn teratur & kemas – sejuk mata memandang
anyway thank you ngan tips mantap bro.
biasa shj – TQ sbb sudi komen
jika wat draf..penulisan leh wat entri kelihatan kemas dan tersusun..
Twitter: AkmaOmar
sy pulak bila menulis tu cepat, once draft mmg x suka edit dulu..tapi kalau menulis x boleh berhenti dan sambung balik blank terus. Kelemahan saya bila dah publish baru nampak byk kena edit balik, terpaksa lah kerap update