Teknik Asas Kuasai SEO

6 Teknik Asas Kuasai SEO Secara Praktikal

In Blog, Penulis Jemputan, SEO, Siri Penulisan Blog, Tips by zeo42 Comments

Artikel Sumbangan Penulis Jemputan, Khairul Zamri.

6 Teknik asas kuasai SEO secara praktikal sedikit coretan daripada saya untuk penulisan kali ini buat mereka yang betul-betul berminat ingin mempelajari teknik SEO yang halal dan inilah jawapannya.

Ramai yang telah menghantar soalan pertanyaan kepada saya apakah teknik yang saya lakukan sehinggakan ada artikel saya tulis berada di laman pertama Google dan atas.

Bagi saya tiada rahsia besar melainkan melakukan secara praktikal dan berterusan. Lagipun hanya sesetengah sahaja artikel saya berada di laman pertama Google.

Teknik Asas SEO

Ilmu Kuasai SEO

Bagaimana anda mampu mengaku anda telah hebat dalam SEO sedangkan Google Algorithm sentiasa berubah dari masa demi masa bagi menghalang teknik Black Hat oleh sesetengah pengguna internet memanipulasikan carian enjin.

Sudah tentu mereka lebih bijak dalam menangani isu ini untuk menaikkan laman-laman yang lebih berkualiti yang layak berada di carian paling depan sekali di halaman Google.

Jadi kita anda menggunakan teknik backlink untuk menaikkan laman anda contohnya seperti yang sering berlaku dalam Kontes SEO itu bukanlah satu teknik yang praktikal kerana ia tidak kekal untuk tempoh masa yang panjang.

Jadi mengapa memilih sesuatu yang hebat untuk jangka masa yang pendek sedangkan kita membina laman kita untuk jangka masa yang panjang?

6 Teknik Asas Kuasai SEO Secara Praktikal

Perkara utama sebelum anda baca 6 Teknik ini beberapa kebolehan yang anda harus kuasai sebelum mengamalkan teknik ini secara konsisten:

  • Mampu menulis 300 – 500 patah perkataan tanpa ragu-ragu
  • Mampu mengulas isi-isi penting secara jelas dan terang
  • Terapkan penulisan perkataan penuh
  • Mengamalkan penulisan berbentuk “Why and How”
  • Gunakan olahan sendiri serta gaya penulisan yang original

Saya juga masih dalam proses pembelajaran konsep ini sambil mengamalkan teknik-teknik ini maka tidak sampai  6 bulan beberapa artikel sudah mendapat tempat di laman pertama dalam masa 12 jam artikel tersebut dikeluarkan.

Seperti biasa jangan terlalu bias dengan penulisan orang lain, anda harus pergi ke beberapa laman luar yang lain dan perhatikan teknik penulisan mereka.

Ketahui Asas SEO

Antara pemula dalam terjun ke bidang SEO anda harus kenal asas SEO itu sendiri bagaimana ia berfungsi dan rupanya apabila anda lakukan terhadap laman anda.

SEO juga boleh jadi satu perkara teknikal yang mudah jika kita fahami secara satu persatu dan tidak perlukan modal yang tinggi sekalipun cuma yang perlu ialah kerajinan.

  • Bina tajuk yang unik serta bertepatan dengan artikel anda
  • Gunakan meta “description” sebaiknya

Kegagalan membina tajuk yang unik membuatkan kita lihat kepercayaan pembaca untuk ke laman kita begitu juga dengan konsep tajuk yang tepat dengan kandungan penulisan tersebut.

Senarai semak pertama anda adakah anda tahu fungsi Title Tag itu sendiri serta Search Description?

Bonus Semak -> The anatomy of a search result

Meningkatkan Struktur Laman Anda

Untuk kuasai SEO anda harus perbaiki secara keseluruhannya termasuklah laman anda sendiri bukannya artikel semata-mata.

Mungkin bahagian meningkatkan struktur laman dilihat sedikit teknikal namun ianya tidak perlu dioptimasikan kerap kali anda harus ketahui dan lakukannya sekali sahaja.

  • Perbaiki struktur laman web anda
  • Pilih atau bina laman serta theme yang mudah untuk dinavigasi atau dilayari oleh pelbagai browser

Pilih url artikel anda yang mudah dibaca oleh enjin carian dan adalah lebih baik jika url anda hampir sama dengan tajuk artikel anda sendiri.

Elakkan penggunaan kategori pada url artikel anda – namun ianya satu pilihan tidak menjadi perkara wajib sekalipun jika anda ingin meletakkan kategori pada Url artikel anda sendiri.

Selain itu juga diperkatakan bahawa penggunaan breadcrumb untuk memudahkan pembaca pergi dari sebuah laman yang lebih umum kepada sebuah laman yang lebih spesifik.

Senarai semak kedua anda pula ialah kenalkah dengan dynamic urls, 404, XML Sitemap301 redirect dan rel=”canonical”?

Menyentuh halaman 404, semua laman mempunyai potensi tinggi untuk menghadapi situasi ini apabila pengguna menerima URLs tidak penuh atau menaip URLs artikel secara tidak penuh maka isu halaman 404 akan terjadi.

Kesannya pengguna akan serta merta meninggalkan laman anda atau anda berpeluang mengalih pandangan pembaca anda dengan meletakkan struktur halaman 404 anda dengan artikel atau laman tertentu.

Bonus Semak -> Creating Google-friendly URLs

Optimumkan Kandungan Laman Anda

Kandungan laman web atau blog kita tidak tertumpu kepada jumlah yang banyak sahaja, adakalanya artikel yang pendek juga cukup untuk memukau pandangan pembaca di laman pertama di Google jika kena pada caranya.

Begitu juga termasuk pada artikel sempoi sekalipun jika laman anda sudah cukup optimasi bukan sahaja artikel yang berinfo artikel lepas batuk sekali pun turut terperangkap.

Saya ada terbaca statement seseorang mengatakan kalau update blog setiap hari artikel akan mudah mendapat tempat di Google. Bagi sesetengah orang ia langsung tidak menjamin apa-apa sekalipun kerana ramai yang hampir setiap hari update blog setiap hari tapi tidak mendapat tempat di laman pertama Google, jadi macam mana?

Kuncinya pada ilmu dan teknik yang betul.

  • Hasilkan kandungan yang berkualiti dan bermanfaat
  • Tulis anchor teks yang lebih baik
  • Optimasikan imej atau photo yang dimuatnaikkan ke dalam artikel anda
  • Gunakan heading tag yang tepat dan berpatutan

Saya andaikan anda sudah ketahui kenapa kandungan atau artikel yang berkualiti sangat penting dari segi SEO kerana kalau diulas satu persatu sangat panjang atau jadikan ini isi penting untuk anda selongkar lebih lagi kalau anda masih belum mengetahui.

Senarai semak yang perlu anda titik beratkan seperti menulis dengan susunan yang mudah difahami, susun atur ayat dan mainan isi penting berdasarkan topik, pastikan jangan lari topik asal. Ciptakan konsep kenapa dan mengapa.

Ramai juga yang berkongsikan tentang penggunaan photo yang bersesuaian dengan topik artikel kita serta saiz yang sepadan ini bagi memastikan pembaca lebih tertarik dengan penulisan kita serta loading laman kita tidak terlalu berat.

  • Semak saiz yang bertepatan dengan theme yang anda gunakan
  • Pilih photo yang berperanan penting menghidupkan artikel anda
  • Tetapkan alt text serta namakan photo mengikut rupa asal

Penggunaan Heading tag juga berperanan untuk highligh-kan isu atau isi yang ingin anda ketengahkan. Semuanya telah tersedia dibahagian paparan penulisan artikel anda, mengapa tidak gunakan sebaiknya?

Bonus Semak -> Keyword Tools

Menangani Crawler Sebaiknya

Antara bahagian yang terpenting dalam optimasi laman web atau blog kita untuk lebih SEO ialah crawler dan kebanyakkan daripada kita sendiri termasuk saya juga masih keliru dengan robot.txt ini.

A “robots.txt” file tells search engines whether they can access and therefore crawl parts of your site

Jadi adalah yang terbaik kita tentukan artikel manakah yang kita tidak mahu diindeks atau crawled kerana kita semdiri akui kadang-kadang kita ada terlepas menulis artikel yang tidak bermanfaat sekalipun atau sekadar suka-suka.

Google Webmaster sendiri ada menyediakan tools untuk kita kecualikan artikel untuk tidak di crawl malahan di dashboard WordPress sendiri punyai fungsi ini.

Saya sendiri masih belum mahir dalam bab ini serta masih lagi dalam proses pembelajaran untuk lebih jelas lagi.

Selain itu juga penggunakan tag nofollow seperti yang telah ditulis oleh tuan laman ini sendiri. Google mendefinisikan bahawa untuk mengelakkan rank atau status laman kita jatuh kita harus susun dengan baik sistem nofollow kepada URLs laman-laman yang tertentu.

Terpulang kepada anda sendiri bagaimana ingin tentukan laman mana anda ingin lakukan dofollow atau nofollow.

Bonus Semak -> Block or remove pages using a robots.txt file

Optimasikan Laman Untuk Pelayar Telefon

Ini juga satu perkara asas yang perlu kita tetapkan untuk laman web atau blog kita pada permulaan lagi selepas pemasangan theme.

Kita bina blog atau laman web berasaskan internet jadi pengguna internet hari ini datang daripada telefon juga semakin meningkat. Bagi mereka yang menggunakan theme premium ini tidak menjadi masalah namun bagi yang tidak harus menambah sedikit beberapa fungsi atau mengubah suai untuk memudahkan pelayaran melalui telefon.

  • Navigasi laman kandungan dengan mudah
  • Pastikan kandungan versi dekstop sama dengan versi telefon

Bonus Semak -> Cloaking

Promosikan Laman dan Semak Berkala

Sudah bina dan susun dengan sebaiknya dan teknik terakhir yang betul-betul perlukan kerja secara praktikal dan konsisten ialah promosikan laman atau blog anda.

Tempoh untuk promosi sebenarnya tidak menjanjikan pulangan yang hebat dalam jangka masa yang pendek sekalipun dan fasa inilah ramai yang gagal untuk lakukan secara berterusan.

Walaupun anda sudah setahun atau tiga tahun sekalipun pastinya anda belum habis promosi laman anda jika anda tidak menggunakan medium yang ada sebaiknya untuk promosikan.

Senarai semak anda terakhir, ketahui fungsi media sosial untuk promosi laman anda, bagaimana mengatasi laman yang mempunyai niche sama dengan anda, gunakan Webmaster Tools dengan sebaiknya serta sentiasa semak Google Analytic untuk laman web atau blog anda.

Bonus Semak -> Google Trifecta

Relevan Teknik Asas Kuasai SEO

Dimanakah relevan teknik untuk kuasai SEO? Seperti yang diterangkan bahawa hari ini ia sudah bertukar kepada lebih subjektif.

Teknik yang saya kongsikan ini adalah teknik asas dan permulaan sahaja yang dicadangkan oleh Google sendiri jadi bukannya saya memandai-mandai membina formula sendiri serta saya sendiri telah amalkan dan hasilnya sangat berkesan dalam masa beberapa bulan sahaja.

Banyak lagi diluar sana Teknik SEO lebih Advanced dan saya nasihat kepada anda untuk lebihkan lagi pencarian ilmu tentang SEO ini. Untuk mereka yang sudah otai dalam SEO saya pasti anda lebih advanced dalam menyusun atur laman anda untuk lebih SEO.

Saya alu-alukan anda kongsikan ilmu SEO yang ada miliki di ruangan komen secara berhemah.

Kredit Gambar: SEO Doodle/ShutterStock

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. algorithm terbaru ni agak pelik skit tapi mmg menguntungkan bagi user internet dan kite sbagai blogger atau webmaster, kene implementasikan cara terbaru, konfem mantap seh..

    dan 6 asas ni memang bagus untuk yg baru nak belajar.. kene korek lagi dalam kalo nak menonjol dalam bab seo..
    Farzli recently posted…Kenapa aku berblog ?My Profile

    1. Berbalik kepada diri sendiri juga ada yang telah lama berkecimpung juga tidak mampu kuasai sepenuhnya teknik asas ini sebaiknya.

      Algorithm terbaru bukan pelik tapi bersikap adil untuk menghukum mereka yang memanipulasi sistem SEO itu sendiri.

    1. Sememangnya apa pun berbalik kepada kandungan. Tidak kisah kandungan itu panjang, pendek, ringkas atau kandungan yang hanya dihasilkan untuk suka-suka. Semua itu sebenarnya terarah kepada SEO dan itu prosesnya. Tinggal lagi bagaimana kita optimasikan kandungan tersebut untuk “kelebihan” laman sendiri.

      Masalahnya ramai yang tidak faham konsep SEO. Yang difahami SEO itu hanya untuk ranking. SEO itu hanya untuk berada di halaman pertama sahaja.
      neu recently posted…Blogging: Pencapaian Sepanjang 2013 dan Harapan Tahun 2014My Profile

  2. Sebelum saya publish sesuatu artikel, saya gunakan Yoast SEO… selagi tak jadi butang hijau saya akan ubah ayat dan supaya lebih menarik dan kena dengan keyword

  3. Dahulu semasa mengenali dunia blogging , apabila melihat SEO ni macam susah je,tapi bila dah banyak belajar dan buat rujukan sendiri sebenarnya ia amat mudah dan perlu mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa
    wazy recently posted…Aura Beauty PerfectMy Profile

  4. Teknik SEO terbaik selain drpyg disenaraikan adalah content yg bagus. Memang kena tulis berdasarkan teknik why and how. Cuba menulis utk pembaca. Bkn menulis utk diri sendiri

  5. Penjelasan yang cukup mantap …. banyak lagi teknik SEO yang perlu tahu, lagi2 bab SEO ni sering sahaja berubah, sesuai dengan perubahan algorithma Google itu sendiri. Namun, kebanyakkan blogger hanya menumpukan teknik dalam Google, sedangkan enjin carian ada banyak … termasuklah Yahoo dan Bing.

    Jika dapat optimasikan semua ini, memang meletop la …
    hasrulhassan recently posted…Belajar Kesabaran Pemancing Udang GalahMy Profile

  6. Informasi yang sangat padat tentang SEO walaupun baru 6 perkara asas tentang seo ni. Saya juga ingin belajar dengan lebih lagi mengenai SEO. yang saya faham, mesti rajin dan sentiasa belajar cara yang betul nak tulis artikel yang berkualiti.

  7. Tips yg bagus bro. Memang tak da jalan singkat dalam membina kreadibiliti blog masing-masing, semua perlukan kesabaran dan panduan yang betul.

    saya baru mula ambil berat tentang SEO ni awal tahun ni, start buka mata dengan dunia blogging ialah hujung tahun lepas. perhatikan sahaja otai2 main blog. kadang-kadang rasa macam menyesal tulis secara membabi buta selama. hehe…
    suhiminain recently posted…Easy Social Share Buttons, Plugin Pilihan DenaiHati.ComMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge