Adakah SEO Penting Untuk Blog Anda

SEO dan WordPress

Seperti yang kita tahu, trafik blog atau laman web didorong oleh enjin carian utama seperti Google, Bing, Yahoo dan media sosial untuk menjana trafik ke laman web anda.

Walaupun begitu, masih ada 1001 cara lagi yang boleh mendorong trafik ke laman web anda.

Akan tetapi, enjin carian adalah kaedah utama bagi kebanyakkan pengguna internet untuk mencari maklumat dengan pantas.

Bagi blogger, ia amat berguna jika dapat menguasai enjin carian untuk tujuan mempromosikan blog, perkhidmatan, produk dan maklumat.

Enjin carian berfungsi untuk crawl dan mengindeks berbilion dokumen, laman, fail, berita, video dan media di web dunia.

Apakah Maksud SEO

SEO adalah satu kaedah memperbaiki dan mempromosikan laman web atau blog anda. Strategi, teknik dan taktik digunakan untuk meningkatkan jumlah pelawat ke laman web dengan mendapatkan ranking yang tinggi dalam halaman enjin carian – SERP

Tujuan SEO adalah untuk membolehkan sesuatu website/blog mesra enjin carian. Website/blog yang mengabaikan ciri-ciri ini akan menyebabkan website/blog tersebut berada di kedudukan yang tidak baik di enjin carian seperti Google.

Mengapa Sesebuah Blog Memerlukan SEO

Setiap perkataan yang pengguna taip di dalam kotak carian mampu membawa nilai yang luar biasa.

Anda dapat lihat ramai pakar yang mempraktikkan dalam blog-blog mereka kerana mereka tahu teknik SEO antara salah satu cara menarik pengunjung berkualiti ke laman web atau blog untuk tujuan publisiti, hasil dan pendedahan.

Ini adalah salah satu strategi pemasaran. Ia mampu memberikan kadar pulangan yang luar biasa kepada sesebuah blog atau laman web berbanding dengan lain-lain jenis pemasaran dan promosi.

Pentingnya kita memantapkan blog terlebih dahulu untuk menarik pembaca. Apabila ranking blog kita meningkat secara automatik trafik juga datang secara semulajadi.

Kaedah SEO Untuk Membina trafik

SEO adalah sesuatu yang agak kompleks, tetapi kebanyakan orang boleh memahami asas-asas SEO ini.

Tidak mustahil pengetahuan yang sedikit mampu membawa perbezaan yang besar. Anda boleh pelajari panduan asas SEO melalui internet.

Anda juga boleh cuba pelajari SEO dengan menyertai Contest SEO. Dari situ anda akan didedahkan dengan keadaan sebenar dan peluang untuk menimba pengalaman.

Macam sekarang sedang berlangsung Contest SEO Eridy. Ini satu medan yang sesuai untuk anda mencuba.

Ini kerana, mengoptimumkan laman web untuk enjin carian memerlukan banyak unsur-unsur yang unik.

Kebiasaan pengamal SEO mempunyai fokus yang sangat khusus dalam mengoptimuman dan strategi untuk sesebuah laman web atau blog.

Anda perlu bijak dalam melakukan backlink, penulisan artikel, penggunaan kata kunci, sasaran pembaca dan banyak cara lain.

Ia bertujuan untuk menaikkan authoriti blog, menjana trafik ataupun tujuan pengiklanan. Bergantung kepada niche sesebuah blog itu. SEO juga antara kaedah yang perlu ada untuk membina trafik. Yang unik adalah teknik SEO mampu menarik trafik yang tinggi.

Kebanyakan pengguna internet mencari sesuatu yang mereka mahu melalui internet. Mereka akan menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat.

Jika laman web anda tidak boleh dijumpai oleh enjin carian atau kandungan anda tidak boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data enjin carian, anda akan terlepas peluang untuk menjana trafik yang tinggi.

Ini adalah sangat merugikan terutama laman web yang mempromosikan produk atau perkhidmatan.

Teknik SEO Membuat Duit Secara Online

Menggunakan teknik SEO memang diperlukan sekiranya blog anda bernichekan perniagaan seperti menjual produk, perkhidmatan, review, advertorial, affiliate dan sebagainya.

Ianya bukan mudah seperti yang anda sangkakan. Banyak kaedah-kaedah yang perlu anda pelajari.

Teringat nasihat seorang rakan blogger saya:

Duit kalau terlalu dikejar, mesti dia akan lari. Jadi, kita kena tahu cara bagaimana nak bagi duit tu yang akan kejar kita.

Apa yang anda faham dengan kata-kata diatas?

Ramai kalangan blogger sama ada baru atau lama yang terlalu mengejar membuat duit dengan blog tanpa tahu asas yang betul.

Hasilnya mengecewakan.

Jika ranking blog kita bagus, trafik laman web atau blog kita meningkat maka kita berpeluang buat duit secara online dengan mudah. Peluang buat duit dengan blog datang dengan sendiri.

Pengiklan dengan mudah akan mencari blog anda kerana blog anda memenuhi kriteria yang mereka perlukan iaitu ranking blog tinggi, trafik yang baik dan blog yang berauthoriti.

Sebab itulah mengapa saya menulis sesebuah blog memerlukan SEO. Ianya adalah dari pengalaman saya sendiri. Pengalaman saya tidaklah terlalu banyak tetapi saya tidak nafikan blog saya berjaya buat duit secara online.

Pendapat Peribadi Saya

Saya agak tidak berapa suka untuk fokus menulis tentang tip-tip SEO di blog saya. Saya lebih gemar membaca daripada menulis tentang SEO ni.

Bukan tidak mahu berkongsi cuma agak terlalu awal untuk saya menulisnya. Kepakaran saya dalam teknik blogging dan SEO masih limit lagi dan takut apa yang saya kongsi bercanggah. :)

Pada saya, sebaiknya praktikkan dalam blog kita sendiri dahulu sebelum menulis tentang sebarang tip-tip blogging.

Kebanyakkan tip-tip yang saya baca di blog Malaysia tidak menulis secara terperinci, hanya asas sahaja. Berbeza dengan blog luar.

Anda kena faham bukan semua mahu berkongsi teknik-teknik yang mereka gunakan kerana itu adalah senjata penting mereka dalam permainan SEO di alam maya ini.

Ada yang bertanya saya bagaimana hendak membuat sesebuah blog itu “Mesra SEO”.

Nasihat saya untuk belajar SEO anda tidak boleh terus melompat melakukannya tanpa tahu apa itu SEO (Search Engine Optimization). Kena sabar, rajin dan mulakan satu persatu. Untuk belajar sekaligus amat mustahil kerana SEO ni agak komplek.

Pada blogger yang biasa bermain dengan SEO, mereka sudah faham caranya tetapi pada blogger baru untuk terus melakukannya agak sukar kerana banyak asas yang anda perlu baca, faham dan belajar dahulu.

Rajin-rajinkan diri mencari di Internet dan fahami dahulu fungsi SEO ini. Ambil masa anda dan buat research, mulakan dari asas sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

Kaji dan fahamkan bagaimana pengiat SEO melakukannya di blog mereka. Percayalah anda akan dapat ilmu sedikit demi sedikit.

Namun, tempat yang sesuai untuk pelajari SEO adalah dengan menyertai Contest SEO yang dianjurkan oleh rakan blogger, cubalah yer…

Kesimpulan

Bagaimanapun… komitmen, masa dan kesediaan untuk belajar antara salah satu yang perlu ada pada setiap blogger.

Ia terpulang kepada anda untuk meningkatkan blog anda sama ada untuk bergerak ke hadapan atau sebagai blog yang hanya bertujuan memeriahkan dunia blogging sahaja.

Sama-sama kita belajar ya… ;)

Image: Source

Comments

  1. says

    Dua-dua boleh..Tools SEO boleh guna tapi kena hati2 jangan blast melampau sangat boleh jahanam blog.. bak kata orang guna dengan cara berhemah..tak caya tanya Zeo Unic hehe

  2. says

    Alhamdulillah, testimoni saya untuk blog ini dan selalu ke blog Akma Omar, apa yang dapat saya simpulkan ialah pembelajaran SEO yang makin hari makin mantap dan saya amat teruja untuk belajar lagi. :)

    Syukur dengan teknik dan tips yang ditulis di blog Multees ini memberi saya cara bagaimana nak ber-SEO di blog saya. Saya selalu praktikkan untuk SEO blog selepas melayari blog ini dan blog Akma Omar.

    Cuma persoalan, apakah plugin yang sesuai untuk digunakan dalam blog?

    Bagaimana optimasi PENTING di plugin tersebut jika ada cadangan untuk saya dan rakan blogger @ follower blog Multees ini? ..

    - Asyrof Asri -

    • says

      Plugin apa yang sesuai digunakan dalam blog Asyrofasristudio? Pertama sekali fikirkan kesesuaian plugin untuk kegunaan blog bro – pasang plugin yang nak digunakan sudah.

      Optimasi penting – berkait dgn apa sebenarnya? Jika plugin SEO. Yang paling penting bagaimana bro setting plugin SEO tersebut. Kena fikirkan bagaimana hendak setting plugin SEO tersebut supaya tiap TAGS, KATEGORI, POST dan sebagainya yang akan digunakan nanti menjadi UNIK supaya tiada masalah dalam index dan tiada masalah duplicate entri nanti.

      Contohnya – tiap TAGS yang digunakan dalam blog perlu berbeza dengan tiap KATEGORI yang diwujudkan dalam blog. Semua perlu disetting dengan sebaik mungkin.

  3. says

    Memang masih banyak yang saya perlu pelajari berkaitan teknik SEO ni dan kebanyakan kaedahnya saya belajar melalui internet je.

  4. says

    Huhu. Pening baca. Haha… ni sebab baca gelap-gelap. Bagi saya, kalau nak kuasai SEO, belajar dari pakar. Seperti Neil Patel dan Rand Fishkin. Kalau di Malaysia yang saya kenal ialah Tuan Hasbul ‘Aqill.

    Selalunya, mengikut pengalaman saya, SEO ini banyak teknikal.

    Tak gitu akak Akma Omar? ;)

    • says

      sebenarnya ramai yg bijak dlm SEO ni – bezanya menonjol atau tidak sahaja. ramai yg suka begerak underground & tidak hype ttg kebolehan.

      p/s – Si akma juga bagus dlm SEO, kalau tidak dia tak menang kebanyakan contest – rasanya susah nak challenge dia kalau kefahaman SEO ni kurang

  5. says

    Seo menurut saya sangat penting bagi sebuah blog namun jangan terlalu difokuskan sebab SEO itu tidak mudah untuk dilakukan. Selain melalui seo untuk mendapatkan trafik saya juga mencari cara lain dengan berpromosi melalui blogwalking, forum, dan jejaring sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>