blogging idea

Neu atau Neulabs merupakan nama yang saya gunakan di ruangan internet. Saya merupakan seorang blogger professional dari Malaysia, dan ini laman peribadi saya untuk menulis, berleter dan ruangan yang saya gunakan untuk bercerita tentang dunia blog – terutamanya dunia blog Malaysia.

Lebih dikenali sebagai Zam dikalangan teman rapat dan rakan. Lelaki Kacak dan Suami kepada seorang Ibu yang memahami, Merupakan seorang bapa kepada anak yang amat bijak, pencinta minimalist dan seorang yang romantik. Bercinta dan berkahwin dengan isteri tersayang dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sebelum memulakan kerjaya dengan blog, saya telah mencuba pelbagai kerja. Pernah menguruskan peniagaan makanan, pernah menjadi pemungut besi buruk, pernah menjual burger, pernah bekerja sebagai “budak hotel”, pernah menjual pakaian, pernah menjual ubat kurus dan pelbagai kerja lagi saya lakukan.

Namun, mungkin rezeki saya sudah ditetapkan dengan blog. Maka, blog merupakan kerjaya sepenuh masa saya buat masa sekarang.

ASAS DI INTERNET

Asas saya bermula di internet adalah sebagai seorang peniaga ebay, sehingga kini saya masih lagi teruskan perniagaan online saya, namun lebih terarah kepada jualan secara borong atau wholesale.

Minat untuk menulis blog timbul setelah saya membaca penulisan JohnChow dan ProBlogger bagaimana mereka boleh menghasilkan pendapatan melalui blog. Terdetik di hati mengatakan saya juga boleh menghasilkan sesuatu melalui Internet. Mengapa tidak pada waktu itu masa lapang banyak dihabiskan di ruangan internet.

Bermula dengan sebuah blog percuma saya memberanikan diri menghasilkan sebuah lagi laman untuk saya menulis, kali ini saya jatuh cinta dengan WordPress. Disebabkan saya seorang yang bukan teknikal, saya telah mendapatkan khidmat pemasangan servis blog melalui seorang kenalan.

Pada waktu itu saya merasakan amat mudah untuk menjana sedikit pendapatan dari blog. Apa yang anda perlukan hanya sebuah blog yang mempunyai Pagerank yang baik dan sedikit trafik dari enjin carian. Kini situasi telah berubah, anda perlu menghasilkan sebuah blog yang lebih baik untuk menjana sedikit pendapatan dari blog.

Ini antara sedikit coretan yang saya boleh kongsikan bersama.

multees

MENGAPA BLOGGING

Blogging merupakan kerjaya sepenuh masa dan minat mendalam terhadap blog telah mendorong saya menghasilkan pelbagai jenis blog dalam pelbagai niche. Minat mendalam terhadap blogging menyebabkan saya menyukai kerjaya ini begitu mendalam.

Bermula dari satu blog, saya memberanikan diri menghasilkan blog yang lain. Sehingga kini saya sudah membangunkan 16 blog dalam pelbagai niche berbeza. Mempunyai lebih dari 50 domain yang menunggu masa untuk di bangunkan dan berharap saya mempunyai masa secukupnya untuk membangunkan domain-domain tersebut.

KENAPA MULTEES

Pertama sekali ingin saya nyatakan bahawa ini merupakan blog peribadi pertama yang saya tulis dalam bahasa melayu, bahasa ibunda saya. Sebagai seorang yang gemarkan pembacaan dan perkongsian ilmu, saya berharap blog ini dapat menjadi platform yang sesuai untuk saya berkongsi dengan pembaca dan rakan blog lain mengenai apa yang saya baca.

Minat saya lebih terarah kepada pembinaan blog dan juga tips-tips penulisan terutamanya yang melibatkan tips untuk menulis blog. Melalui pembacaan, trial & error yang saya lakukan dan sudah semestinya saya telah mengaplikasikan tips-tips tersebut sebelum saya kongsikan di sini.

Apa jua tips serta penulisan yang saya hasilkan dalam blog ini merupakan pandangan peribadi saya. Segala pandangan ini saya coretkan sebagai perkongsian sahaja. Anda sebagai seorang pembaca sila tentukan baik serta buruk maklumat yang saya sampaikan.

MENGAPA BLOG

Blog menjadi pilihan saya atas beberapa sebab antaranya:

  • Saya gemar menulis dan gemar untuk berkongsi setiap apa yang saya baca sebagai bahan penulisan blog ini.
  • Perkongsian tips merupakan sesuatu yang menarik untuk dilakukan, selalunya apa yang saya telah applikasikan akan saya kongsikan di sini, untuk rakan blog dan pembaca saya.
  • Saya sudah berjaya menghasilkan pendapatan dari blog – itu antara motivasi saya untuk terus menulis.
  • Saya berjaya mencipta rakan baru hanya dengan menulis blog.
  • Saya sudah menghasilkan dan memiliki lebih dari 10 blog yang berlainan niche. Semuanya atas minat mendalam menghasilkan blog.

APA YANG SAYA HARAPKAN

Ini antara fokus dan matlamat saya, antaranya ialah:

Di sini saya akan menulis apa yang terlintas di fikiran saya. Tentang dunia blog Malaysia, tentang tips, tentang penulisan dan tulisan ringkas yang menyentuh tentang dunia blog. Jika anda suka topik sebegitu, laman ini mungkin sesuai untuk anda 🙂

Ingin menghasilkan beberapa artikel bersiri khasnya sebagai bahan rujukan penulis blog baru di luar sana. Anda boleh membaca siri Artikel Penulisan Blog yang sedang saya usahakan.

Untuk mengenali saya anda boleh menghubungi saya secara terus atau melalui komen di blog ini.

Laman ini akan saya kemaskini dari masa ke semasa, bergantung kepada keperluan.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic