Apabila Semua Ingin Menulis Blog

Tips Blogging Yeah

Semua Ingin Menulis Blog…

Orang perseorangan, ahli perniagaan, syarikat korporat, budak sekolah, penganggur, yang tiada kerja dan pelbagai golongan lagi ingin mempunyai blog. Semuanya ingin menulis dan semuanya ingin capai kumpulan sasaran, pembaca dan pelawat melalui blog.

Manakala blog mengenai tips blogging sahaja muncul di mana-mana, memberi nasihat, tips dan “kata keramat” kepada blogger lain untuk menghasilkan blog yang lebih baik melalui tips yang dikongsikan. Ini satu fenomena yang bagus untuk dunia blog Malaysia, namun ianya mempunyai kekurangan apabila…

…wujud pelbagai jenis tips, pelbagai variasi bagaimana hendak menjana duit dari blog, bagaimana hendak meningkatkan trafik atau bagaimana hendak mencipta blog yang tiada kesahihan dalam maklumat yang disampaikan.

Semakin hari, fenomena blog berkembang, manakala seiringan dengan perkembangan ini, blog-blog yang memberikan tips blogging tadi bercambah – wujud dengan amat pantas sekali. Tidak percaya, perhatikan persekitaran blog anda. Benar atau tidak apa yang disampaikan di sini.

Ada yang mempunyai blog blogspot memberi tips blogging kepada blog WordPress, dan sebaliknya…anda pernah jumpa atau tidak? Jika tidak rajinkan diri meneroka blog-blog baru di luar sana. Tidak salah tetapi tidak kena caranya apabila blogger yang menulis menggunakan platform blogspot memberi tips WordPress.

Content Overload..

Terlalu banyak blog yang membincangkan mengenai tips menulis blog? Terlalu banyak tips? terlalu banyak maklumat? Jadi persoalannya ialah – tips blogging yang sebagaimanakah yang hendak kita ikuti, amalkan atau praktikkan. Apabila terlalu banyak yang memberi maklumat, kita disogokkan dengan pelbagai “ilmu”, yang kita sendiri tidak pasti kesahihan ilmu tersebut.

Masalah timbul apabila wujud terlalu banyak blog yang memberikan tips hinggakan pembaca kadangkala terpaksa menanggung beban pembacaan yang pelbagai terutama yang berkaitan dengan tips blogging.

Mana satu tips yang benar, mana satu yang hendak diikuti, mana satu yang terbaik untuk aku – kadang kala itu terjadi kepada saya. Apabila pelbagai versi tips blogging saya baca – pening dan muak pun ada kadang kala.

Baru Menulis Semalaman, Namun….

…tips blognya mengalahkan orang yang sudah lama menulis. Banyak yang tidak sedar tentang hal ini, baru semalam mengenali blog, terus sahaja menulis mengenai topik tips penulisan, SEO, pembangunan blog dan sebagainya. Mana ilmu dicedoknya pun tidak diketahui namun sudah menulis topik mengenai tips berblog.

Nasihat saya yang baru hendak menulis dan menghasilkan blog sebegini ialah – kenali dahulu bagaimana blog berfungsi barulah anda cuba menulis mengenai tips-tips blog.

Begitu juga tips mengenai SEO, cara buat duit dan cara meningkatkan trafik. Begitu banyak di luar sana. Tidak salah namun sekiranya anda benar-benar ingin menulis topik sebegitu pastikan anda memberi maklumat yang betul, sahih dan berguna. Moga anda tidak membawa ajaran sesat ke dalam dunia blogging Malaysia.

Sayang jika ramai yang menulis tapi tidak betul faktanya…

Tidak Bolehkan Menulis Mengenai Tips Blogging

Kepada blogger yang baru semalaman menghasilkan blog, saya tidak mengatakan “tidak boleh”, namun perhatikan sekeliling anda. Rasanya sudah ramai blogger yang menulis blog jenis begini. Yang menulis pula sudah dikenali dalam bidang dan topik tersebut namun kadang kala masih lagi melakukan kesilapan dalam memberi tips dan sebagainya. Kadang kala yang lama juga terlatah dan cenderung memberi tips songsang, bayangkan pula anda.

Inikan pula anda yang baru menulis dan menghasilkan blog semalam. Selalunya yang memberi tips adalah orang yang berpengalaman. Jadi nasihat saya cari dahulu pengalaman anda, baru anda kongsikan pengalaman dengan dunia blog di luar sana. Jangan hanya berkongsi bahan bacaan anda atau ilmu yang hanya anda baca dari blog lain untuk dijadikan sebagai sebahagian dari kandungan blog anda.

Atas alasan semata-mata ingin menghasilkan blog “tips blogging” anda.

Jadi Ada Ruang atau Tidak Untuk Blog dan Blogger Baru Dalam Dunia Penulisan

Ruang untuk anda blogger baru menceburkan diri untuk menulis dan menghasilkan blog tetap ada, walaupun saya katakan tadi bahawa semua kelompok masyarakat ingin menulis dan menghasilkan blog. Tetapi anda perlu pastikan anda menghasilkan blog yang benar-benar berkualiti, boleh bersaing dengan blogger lain, mencari peluang menempatkan diri dalam kelompok blog tersebut dan anda perlu bersabar untuk mendapatkan tempat tersebut.

Kenapa Kau Berleter, Apa Masalah Kau?

Ini bukan artikel biasa yang selalu saya hasilkan, tapi dunia blog Malaysia telah berkembang, dikenali dan diperhatikan. Adalah lebih baik jika kita semua cuba menghasilkan blog yang terbaik. Tidak hanya blog yang hanya tahu mencari kesalahan orang, menyebarkan benda yang tidak betul dan membuka aib orang.

Sudah banyak blog tersebut di negara kita. Usah anda cipta blog yang sama “jenama” atas alasan anda ingin menghasilkan blog.

Comments

  1. says

    Suatu penulisan yang bagus mengenai tajuk yang dibicarakan. Saya sudah 2-3 tahun menulis blog tetapi masih memerlukan tips untuk memperbaiki pencapaian blog saya – dari segi sambutan pembaca dan bagaimana ia memberi manafaat kepada pembaca. Saya ingin supaya blog saya mendapat sambutan yang baik. Akhirnya saya mahu supaya ia memberi “pulangan” yang baik bagi saya. Saudara, teruskan menulis dan teruskan maju ke hadapan!
    Mohamad Mariti Bin Siran recently posted..Speaking Test October 2011- Beginning Tuesday 11 October 2011My Profile

    • says


      Twitter:
      Terima Kasih cikgu sudi singgah…Blog cikgu mmg bagus, jarang orang buat blog niche sebegitu – MUET satu mata pelajaran yang sukar dan tak ramai yg berani menulis. saya cadangkan cikgu terus menulis apa yang cikgu minat. Pembaca datang kemudian. Insya’allah
      neu recently posted..Apabila Semua Ingin Menulis BlogMy Profile

  2. says

    Dimana kesahihan ? itu perlunya bukti yang spatutnya admin pamerkan..untuk menyakinkan pembaca. semua org akan menulis dgn yang sama cuma bagaimana gaya penulisan yang mampu menarik minat untuk membaca itu penting – SKILL

  3. says


    Twitter:
    Banyak juga saya lihat yang menulis tips sebegitu..pada saya setiap individu apabila menulis tips lebih baik praktikkan dulu sama ada berkesan pada blog sendiri atau tidak. Kalau sekadar menulis & membaca dari sumber yg subjektif sahaja…pada saya lebih baik mendiamkan dari tunjuk pandai..the solution ” prove and write” saya setuju dgn neu ;)
    AkmaOmar recently posted..Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.