Apakah Blog – Definisi Anda

apakah blog - definisi

apakah blog - definisi

Apakah Blog? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan blog, dunia blogging merupakan antara satu fenomena yang banyak merubah landskap penyampaian sesuatu maklumat dari penyampaian tradisional menggunakan media massa ke penyampaian maklumat yang lebih menyeluruh mengunakan internet. Penyampaian maklumat seperti berita serta informasi semasa merupakan antara fungsi utama blog. Namun blog bukan setakat itu sahaja, blog kini telah menjadi madah perjuangan politik, pentas menyuarakan pendapat dan pelbagai lagi fungsi yang hanya dibataskan oleh kreativiti kita. Terdapat 101 alasan mengapa anda perlu menulis blog.

Blog merupakan ledakan teknologi maklumat, blog berevolusi, blog merentas budaya dan sempadan politik dengan blog anda boleh menjadi terkenal. Selagi dunia mempunyai capaian internet, selagi itu blog akan berevolusi. Blog tidak mempunyai sempadan hinggakan kebanyakan dari kita ingin memiliki sebuah blog.

APAKAH BLOG – STATISTIK TERKINI PENGGUNA BLOG

Angka di atas merupakan statistik terkini pengguna blog yang menggunakan WordPress.com sebagai platform penulisan. Tidak termasuk blog WordPress.org, Blogspot, Tumblr dan sebagainya. Secara puratanya 500 ooo blog post dihasilkan sehari dengan lebih dari 400 000 komen keseluruhan. Angka tersebut menunjukkan betapa popularnya blog.

APAKAH BLOG – BLOG TIDAK SEMESTINYA BERSIFAT PERSONAL

Blog perlu lebih bersifat personal merupakan antara persepsi umum yang sebenarnya kurang tepat mengenai blog.

Persepsi sebegini timbul setelah blog dikaitkan dengan online diary dimana penulis blog boleh berkongsi pendapat, menulis kisah peribadi dan hal-hal yang berkaitan dengan diri penulis. Definisi sebegini mengenai blog telah memberi gambaran yang kurang tepat mengenai blog.

Sebenarnya definisi tersebut boleh disesuaikan dengan apa yang anda boleh lakukan dengan sebuah blog atau pun dengan lebih tepat fungsi sebuah blog. Melalui blog anda boleh menulis sesuatu yang bersifat personal, anda boleh menulis kisah hidup anda dan dengan blog juga anda boleh berkongsi pandangan dengan rakan anda yang lain. Namun untuk mendefinisikan blog sebagai sesuatu yang bersifat personal perlu dikikis.

Kini blog merupakan antara medium komunikasi yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat, blog boleh digunakan untuk melakukan pelbagai perkara. Ambil contoh, banyak syarikat multinational menggunakan blog untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.Media cetak seperti akhbar dan majalah mempunyai ruangan blog khas yang diwujudkan sebagai rangkaian penyampaian alternatif mereka. Manakala individu professional pula menggunakan blog untuk berkongi kepakaran mereka.

Banyak bukan fungsi blog, jadi apakah yang dimaksudkan dengan blog.

APAKAH BLOG – GAMBARAN YANG LEBIH JELAS;

Tahun 2008 boleh dikatakan zaman ledakan teknologi maklumat yang telah sampai ke kemuncaknya. Bergerak seiring dengan ledakan teknologi maklumat, dunia blog mula berevolusi, menjadi lebih menarik dengan wujudnya rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter, jaringan pengiklanan dan dari cara penyampaian kandungan telah banyak berubah.

Untuk gambaran yang lebih jelas mengenai blog, lihat gambarajah di bawah.

Melihat kepada empat jenis laman web di atas, fungsi asas sebagai penyampai maklumat tidak banyak berbeza – ini kerana anda boleh mengunakan mana-mana laman web di atas sebagai medium penulisan anda.

Yang berbeza ialah kesesuaian laman tersebut dengan kehendak anda dan fungsi penggunaan setiap laman web tersebut. Sebagai contoh, seseorang individu yang ingin menghasilkan laman Questions & Answers secara online tentu lebih sesuai menggunakan forum, di mana ahlinya dapat berinteraksi dengan lebih dekat dalam aktiviti forum tersebut. Namun begitu, beliau juga boleh menggunakan laman static atau blog untuk perkara yang sama.

Jadi bolehkah kita memanggil forum dan Wiki sebagai blog. Jawapannya mudah, forum dan Wiki tidak boleh dipanggil blog disebabkan terdapatnya perbezaan fungsi dan ciri yang amat ketara walaupun mempunyai ciri yang hampir sama sebagai penyampai maklumat.

JADI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BLOG

Sebenarnya tiada definisi tepat mengenai blog atau apakah blog. Namun blog secara asasnya boleh didefinisikan sebagai sebuah laman web sepertimana sebuah forum atau laman sosial dengan keupayaan untuk menyampaikan maklumat secara pantas. Dengan mengambil kira aspek teknikal bagaimana sesebuah blog berfungsi (tidak mengambil kira kandungan blog tersebut) pula blog boleh dikatakan sebagai;

  • kandungan disiarkan secara kronologi (masa dan tarikh tertentu)
  • kandungan boleh dikemaskini
  • interaksi berlaku antara penulis dan pembaca – ruangan komen
  • interaksi berlaku antara penulis dan penulis – trakbacks serta link
  • syndikasi kandungan melalui RSS feed

Diatas merupakan perkara asas yang dimiliki oleh sesebuah blog tidak kira sama ada menggunakan platform WordPress, Blogspot, Tumblr, Posterous dan sebagainya. Ini kerana forum atau Wiki boleh menggunakan RSS feed untuk syndikasi kandungan, namun ianya tetap akan dikenali sebagai forum.

BLOG – DEFINISI ANDA

Seperti yang telah yang jelaskan di awal penerangan, blog merupakan suatu fenomena dan blog akan sentiasa berevolusi. Perlu diingatkan bahawa evolusi akan berlaku secara perlahan-lahan mengikut perubahan masa dan kesesuaian. Maka untuk memberi definisi yang tepat adalah amat sukar.

Definisi atau penerangan dalam artikel ini merupakan pendapat peribadi saya, huraian dan maklumat yang sampaikan tentang apakah blog merupakan kupasan peribadi. Mungkin dipersetujui oleh sesetengah pihak dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini.

Kembali kepada anda, apakah yang anda maksudkan dengan blog dan apakah definisi anda. Teringin untuk mendengarnya. Apakah Blog – berdasarkan pandangan anda.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. Kodet

    Aku pun dulu ada fikir yang blog ni untuk personal saja. Tapi blog yang letak banyak post campur2 tu sirius tak best bagi aku tambah – tambah yang suka copypaste surat khabar on9 sepanjang masa dan tak pernah tulis dari mana dia copy. Lepas tu senang – senang dia dapat duit beribu2. Dan rasa dia blogger yang hebat. Tapi dia tak hebat di pandangan aku.

    PS : Karangan PMR , SPM bro mesti mantap , tengok saja entri post punya pnjang . Kebanyakkan blogger tak boleh buat macam ni sebab tak pandai nak kembangkan idea dengan point – point yang ada. Bro boleh jadi writter yang bagus. Maksud saya mungkin dekat majalah .

Pingbacks

  1. Berapa Banyak Plugin Yang Anda Perlukan Untuk Sesebuah Blog

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.