Apakah Content Curation, Kurator dan Scoop.it

content curation

kurator

Artikel di bawah secara ringkas akan membincangkan tentang Apakah Content Curation, Kurator dan Scoop.it. Untuk yang berminat mengetahui tentang Apakah Content Curation, Kurator dan Scoop.it, anda boleh habiskan artikel ini.

Kebanyakan blog yang baik dikagumi dengan isi kandungannya yang menarik dan penulisan yang baik, apa yang disampaikan, nilai yang di bawa dan aspek tersebut akan menyumbang kepada berlakunya interaksi dalam sesebuah blog. Komen, cadangan, perkongsian (share) dan sebagainya akan berlaku secara automatik.

Manakala untuk menghasilkan sesebuah penulisan yang baik dan dihargai oleh pembaca merupakan satu cabaran kepada mana-mana blogger atau penulis.Percaya atau tidak banyak yang mengatakan mereka telah menulis yang terbaik dalam setiap penyampaian artikel mereka. Adakah itu benar?

Manakala ada sebahagian dari kita mengatakan bahawa untuk menghasilkan penulisan yang baik adalah suatu tugas yang sukar.

MUNGKIN….

Jika anda sebahagian dari penulis yang merasakan sukar untuk untuk menghasilkan penulisan yang baik, namun anda berminat untuk untuk menjadi sebahagian dari komuniti online. Maka anda boleh mencuba “content curation”. Atau menjadi seorang kurator rangkaian media sosial.

Content curation mungkin asing untuk sebahagian dari kita, mungkin ada yang tidak mengetahui tentang content curation, atau mungkin ada yang sedang menggunakannya namun masih tidak memahami konsep tersebut.

Jadi…..

APAKAH “CONTENT CURATION”

Content curation antara lain boleh dikatakan sebagai;

Seorang individu yang bertindak sebagai kurator kepada sesuatu perkara. Individu yang mencari, mengumpul, menghimpun dan berkongsi sesuatu perkara yang spesifik untuk komuniti online.

Apa yang dilakukan mungkin berguna untuk individu tersebut sebagai seorang kurator, berguna kepada sekumpulan individu atau berguna untuk keseluruhan pengguna.

Perkara yang dikonsi pula mungkin boleh terdiri dari maklumat, himpunan informasi, gambar, isu semasa dan sebagainya. Bergantung kepada minat seseorang itu yang di panggil kurator.

APAKAH KEPENTINGAN “CONTENT CURATION”

Sebenarnya untuk bercakap tentang kepentingan, ianya melibatkan skop yang amat luas. Ada yang melakukan content curation secara sukarela kerana minat, manakala ada yang melakukannya kerana ingin berkongsi sesuatu yang ditemui secara online dengan rakan yang berkongsi minat yang sama.

Namun, ianya mempunyai kepentingan yang sama iaitu berkongsi maklumat, menyebarkan informasi dan bertukar-tukar pandangan mengenai apa yang dikongsikan.

PERNAHKAH ANDA MENJADI SEORANG “KURATOR”

Jika anda antara individu yang menghabiskan kebanyakan masa di ruang internet, di dinding Facebook dan di ruang sibuk Twitter. Maka anda boleh dikelaskan sebagai seorang content curator atau kurator. Mungkin hanya anda tidak menyedarinya.

Tambahan pula apa yang anda lakukan – share, tweets, thumb-up dan bookmark tidak kelihatan dengan jelas. Hanya berlegar di ruangan profil dan halaman personal anda sahaja.

Mungkin anda hanya sekadar berkongsi tentang sesuatu perkara, tidak lebih dari itu anda tidak pernah menghargai apa yang anda kongsikan.

Namun sekiranya, kesemua maklumat yang anda kongsi mempunyai kesan visual yang jelas mungkin anda akan mengatakan anda merupakan seorang kurator kandungan yang baik.

BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG KURATOR YANG BAIK

Tumpukan kepada topik yang spesifik.

  • Share, Tweets, dan kongsikan subjek, perkara serta kandungan yang anda minat. Bina network serta hubungan dengan individu yang mempunyai minat yang sama dan mula berkongsi dengan mereka.

Jadi yang pertama melaporkan.

  • Menjadi yang pertama melaporkan sesuatu perkara dalam kumpulan anda adalah satu perkara yang amat baik. Yang pertama melaporkan menunjukan autoriti anda dalam topik tersebut.

Kongsikan hanya maklumat yang terbaik.

  • Sebagai seorang blogger, tentunya kalangan teman media sosial anda terdiri dari kalangan blogger juga. Mahu atau tidak anda perlu kepada mereka – networking, sharing dan interaksi berlaku di sekitar ruang ini.
  • Oleh itu, untuk menjadi seorang kurator yang baik di kalangan mereka, anda perlu berkongsikan maklumat yang terbaik sahaja. Tidak terlalu personal dan memberi faedah kepada mereka.

Lakukan secara berterusan.

  • Penyampaian maklumat secara online banyak berubah dengan wujudnya blog dan rangkaian media sosial – penyampaian maklumat kini lebih mudah dan setiap perkara yang berlaku boleh dikongsikan secara pantas.
  • Untuk menjadi seorang kurator yang baik anda perlu melaporkan sesuatu perkara, isu atau permasalahan yang berlaku secara berterusan. Agar apa yang anda sampaikan sentiasa diikuti oleh rakan anda, yang mungkin ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara.

ANTARA FACEBOOK DAN TWITTER….

Facebook dan Twitter merupakan antara dua laman sosial popular, kebanyakan dari kita mempunyai rangkaian rakan di laman tersebut.

Tidak terkecuali saya antara pengguna kedua laman tersebut. Namun persoalan yang bermain di fikiran ialah, adakah apa yang anda kongsi, share, tweets, retweets dan sebagainya dihargai oleh rakan-rakan anda?. Tidak pun, adakah anda menghargai tiap apa yang anda kongsikan di dinding Facebook atau Twitter anda?

Jawapan yang mungkin anda berikan, YA atau TIDAK. Sebenarnya mungkin ini kelemahan kedua laman sosial ini, untuk menjadi seorang kurator yang baik, di mana setiap apa yang anda kongsikan dihargai dan boleh digunakan sebagai rujukan mungkin kedua laman popular ini tidak sesuai (tidak mengatakan ianya tidak boleh).

Kecuali anda share dan kongsi mengenai sesuatu topik dalam sesebuah group – di mana perbincangan boleh berlaku. Tetapi masih ada kelemahan, topik perbincangan anda mungkin akan tenggelam lama-kelamaan, apabila pelbagai topik lain dikongsikan.

Jadi untuk menjadi seorang kurator laman sosial yang baik, laman bagaimanakah yang sesuai. Di mana rakan, sahabat dan teman rapat anda boleh menggunakan bahan yang anda kongsi sekiranya diperlukan di masa depan.

Mungkin…..

UNTUK MENJADI SEORANG KURATOR – CUBA SCOOP.IT

Scoop.it mungkin masih baru bagi kebanyakan dari pengguna dari Malaysia. Jika anda masih lagi belum mengenali apa itu Scoop.it, cuba anda ke jenguk sebentar apa yang laman tersebut tawarkan. Selepas itu, kembali habiskan artikel ini.

Scoop.it secara ringkasnya merupakan sebuah laman sosial, di mana ia membenarkan pengguna berkongsi pelbagai jenis maklumat, di mana maklumat ini dikumpulkan dalam satu tempat yang anda sendiri tentukan tajuk, kandungan dan apa yang anda ingin kongsikan.

Dengan lebih mudah, Scoop.it membenarkan anda menghasilkan “majalah” versi anda secara online. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih topik dan mula melakukan tugas sebagai seorang “editor”.

Sebagai salah seorang pengguna beta, banyak perubahan telah dilakukan oleh laman ini, yang saya rasakan perlu untuk rakan di luar sana mencuba.

Apakah Content Curation, Kurator dan Scoop.it

KELEBIHAN MENGGUNAKAN SCOOP.IT

Berikut antara sebahagian dari kelebihan Scoop.it yang perlu anda cuba sendiri.

  • Topik ditentukan oleh anda
  • Tiada tapisan kandungan
  • Sokongan penggunaan yang mudah
  • Sokongan kandungan secara RSS Feed
  • Syndication boleh dilakukan oleh anda ke laman popular lain seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Tumblr dan WordPress.com
  • Capaian ke “majalah” anda secara terus, setiap topik yang anda hasilkan mempunyai URL yang berbeza
  • Apa yang anda kongsikan boleh digunakan semula, sama ada sebagai sumber rujukan dan sebagainya

Sebenarnya banyak lagi kelebihan laman ini, apa yang saya sebutkan di atas merupakan sebahagian dari yang saya terfikir semasa menghabiskan artikel ini.

APA KATA ANDA – ADAKAH ANDA SEORANG KURATOR

Sebenarnya apa yang anda lakukan memerlukan minat dan fokus untuk berjaya. Menulis blog tidak terkecuali, malahan di arena media sosial sekalipun, sekiranya anda mempunyai minat untuk menjadi seorang kurator yang baik dengan berkongsi pelbagai maklumat anda akan berjaya.

Percaya atau tidak ada sekumpulan individu kecil yang berjaya menjadi kurator rangkaian media sosial yang mana mereka berjaya mencipta pendapatan dengan hanya melakukan tweets dan berkongsi informasi di ruang Twitter dan dinding Facebook mereka.

Apa kata anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.