
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Meta Description Tag tidak membawa sebarang pemberat dalam proses SEO blog. Meta Description Tag juga bukan faktor utama dalam menentukan ranking sesebuah laman web, pages, kategori atau artikel.
Adakah benar kenyataan tersebut? Perlu atau tidak anda menggunakan Meta Description Tag? Ini antara persoalan yang berkait rapat dan sering kali menjadi pertanyaan.
Apakah Meta Description Tag
- Sebenarnya Meta Description Tag ialah summary, ringkasan atau rumusan ringkas yang menunjukkan apa yang dibincangkan oleh anda dalam sesebuah post, artikel, pages atau kategori.
- Ringkasan ini pula hanya mengandungi 160 patah perkataan yang perlu anda gunakan sebaik mungkin untuk menerangkan kepentingan sesebuah post, artikel, pages atau kategori laman web anda.
- Ringkasan 160 patah perkataan yang anda gunakan ini pula perlu menerangkan secara unik dan mengandungi perkataan penting yang perlu telah pun atau akan anda optimasikan. Ia lebih kepada pemilihan keywords.
Kepentingan Meta Description Tag
- Menerangkan kepentingan sesebuah artikel, post, kategori serta pages.
- Optimasi keywords melalui pemilihan perkataan yang berkaitan.
- Meningkatkan high click through – salah satu cara kreatif yang boleh digunakan oleh anda untuk meningkatkan kadar klik ke laman web anda.
Bagaimana Menggunakan Meta Description Tag
- Bijak memilih perkataan atau keywords yang boleh dioptimasikan sebagai sebahagian dari perkataan yang akan anda gunakan dalam Meta Description Tag.
- Ianya perlu ringkas namun menerangkan isi kandungan artikel, post atau pages anda.
- Ringkas tetapi membawa objektif tetentu.
Perkara Yang Perlu dielakkan
- Keywords Stuffing
- Keywords Spamming
Contoh – Meta Description Tag
<head> <meta name=”description” content=”Ini hanya contoh Meta Description Tag. Blog Ini Merupakan Blog Muda Berjaya yang diiktiraf sebagai blog POWER SEO. Search engine guna meta ini untuk index blog muda berjaya ini.”> </head>
Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
Selalu tgk dalam blog,tentang meta tag tak pernah ambik tahu sgt fungsinya.Penting juga rupanya.
azmanisma recently posted..Ragam Kaki Nombor
Bagi saya meta description macam resume kita. Tidak ramai yang ambil berat tentangnya kerana ia perkara paling asas perlu ada pada sesebuah laman web dan blog.
akubiomed recently posted..Jururawat terjun dressing merawat luka
Dulu tak tahu apa pun meta description ni. Thx for this post, amat-amat menolong orang yang masih baru dalam dunia blogging ni. Sekarang dah clear skit pasal meta description.
Yus recently posted..The Grey – Movie Yang Harus Anda Tengok
Masih tidak faham / blurr dengan ‘meta description tag’ sebab banyak benda yang perlu belajar step by step.
Saya masih kurang fahami berkiatan SEO.
Mohon saudara terangkan / buat tutorial ringkas berkaitan hal ini.
(dofollow)
Asyrof Asri recently posted..Menangi Hadiah Tanah Arab Dengan Promosi Kontes