Baca Blog Sendiri – Perlu atau Tidak
Perlukah Anda Membaca Blog Anda Sendiri? Mungkin pertanyaan ini sesuai untuk semua rakan blogger di luar sana. Adakah anda baca blog anda? Anda baca apa yang anda tulis atau tidak? atau, anda hanya menulis…menulis..dan tulis sahaja. Tidak pernah memandang kebelakang disebabkan anda hanya ingin menulis, update blog dan mempersembahkan segala idea anda.
Hmmmm…Tak Pernah Baca Pun Bro, Aku Tulis Untuk KAU Baca saja…
Jika itu jawapan anda, maka…
Menghasilkan penulisan yang baik kadang kala memenatkan, ini kerana anda perlu memberi yang terbaik dalam setiap penulisan anda. Manakala jika anda ingin menghasilkan pendapatan dari blog, anda perlu melakukan lebih dari sekadar “menulis”, menulis sahaja tidak cukup untuk menjana pendapatan dari blog – anda perlu lebih luar biasa dari itu.
Pernah juga saya tertanya-tanya apa yang membuatkan laman ini dikunjungi pembaca – saya tahu tidak ramai, namun saya pasti ada. Saya boleh membuat andaian yang pembaca yang datang dari enjin carian, singgah di sini kerana mereka mencari sesuatu maklumat – secara logiknya, itu andaian saya.
Baca juga: Mengapa Anda Perlu Blog Berniche
Namun satu lagi persoalan saya ialah ada atau tidak rakan blogger yang singgah ke sini? Mungkin ada mungkin tidak. Ini sukar untuk di jawab. Adakah anda tahu…
Sebenarnya Blogger Sukar Membaca Penulisan Blogger Lain Tanpa Sebab…
Ya, itu fakta – “blogger susah membaca penulisan blogger lain tanpa sebab”. Jadi apa sebab blogger selalu singgah, rujuk dan baca blog lain. Mungkin ini sebabnya;
- Mencari penyelesaian kepada masalah mereka
- Tertarik dengan topik penulisan
- Tertarik untuk meluahkan pendapat
- Ingin meninggalkan komen
- Ingin meninggalkan link
- Ingin berkongsi pendapat
- Trafik
- …senarai ini boleh dipanjangkan lagi…
Di atas antara sebab utama mengapa blogger membaca dan mengunjungi sesebuah blog, mungkin kena dengan anda, mungkin juga tidak. Sebagai seorang blogger, saya begitu, saya akan singgah kesesebuah blog atas pelbagai alasan – alasan di atas paling utama. Jika anda mempunyai alasan lain sila kongsikan di ruangan komen.
Namun bagaimana anda ingin menarik minat pembaca dari golongan blogger atau bukan untuk kembali membaca blog anda secara sukarela. Hanya menunggu anda update artikel terbaru untuk mereka datang dan membaca seterusnya berkongsi pendapat dengan anda. Ini kerana pembaca dari golongan blogger sukar untuk kembali untuk kali kedua atau kali berikutnya jika blog yang mereka lawati tidak dapat menarik minat mereka untuk membaca.
Baca juga: Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda – Baca Ini Dahulu
Jadi, bagaimana anda ingin kekal menghasilkan penulisan yang “ingin” di baca oleh pengunjung anda (blogger atau tidak)
Mungkin tips ini boleh di cuba. Tinggalkan sebentar kerja anda, duduk, tenangkan diri dan cuba buka laman web anda. Lihat satu persatu apa yang anda hasilkan. Bagaimana rupa artikel anda, tajuknya bagaimana, huraiannya menarik atau tidak, relevankah “cerita-cerita” yang anda kongsikan dengan pembaca anda. Dari segi “design” laman anda pula bagaimana, navigasi blog anda bagaimana, iklannya di sudut mana yang sesuai dan lain-lain yang berkaitan dengan blog anda perlu diperhatikan.
Letak sebentar diri anda di tempat duduk pembaca dengan membaca blog anda sendiri – cuba lihat blog anda dari sudut pandangan orang ketiga. Mungkin anda akan jumpa satu keistimewaan blog anda yang selama ini tidak diketahui oleh anda. Atau pun anda akan temui kelemahan yang sebelum ini tidak berjaya di kesan selama anda menulis blog. Bagi saya, itu caranya untuk anda menjadi lebih baik – kenali kekuatan dan perbaiki kelemahan.
Ramai yang mengatakan “content is king”. Ya, kandungan sememangnya “raja” bagi sesebuah blog. Namun, jika anda masih baru dalam dunia penulisan bagaimana anda ingin menghasilkan penulisan yang benar-benar baik dan memberi inspirasi kepada pembaca anda, sedangkan anda baru sahaja bermula. Jawapannya mudah, mulakan dengan elemen kecil seperti yang saya sebutkan di atas. Selepas itu baru mula menghasilkan penulisan terbaik anda setelah anda selesa dengan apa yang anda lakukan.
Jadi Perlukah Kita Membaca Blog Sendiri?
Jawapan saya mudah – buat apa yang anda rasakan baik untuk anda dan juga pembaca anda. Dengan membaca blog sendiri anda bukan sahaja mengajar diri anda untuk menghargai setiap apa yang anda tulis. Malah lebih dari tu anda akan dapat mengenali kelemahan dan kelebihan anda, sama ada dalam penulisan dan sebagainya. Ambil sedikit masa untuk membaca apa yang anda kongsikan tidak merugikan anda tetapi mengajar untuk anda menjadi lebih baik.
Tidak ingin menghurai panjang, mungkin anda boleh mencuba apa yang dikongsikan di sini. Februari 2013, Google telah update Pagerank buat kali pertama untuk tahun 2013. Jadi bagaimana dengan blog anda? Dapat perkhabaran gembira dengan update kali ini? Lihat ramai juga rakan yang berjaya meningkatkan PR masing-masing dan ada juga yang masih mencuba. Bagi saya bukan senang hendak senang, jadi perlu banyak bersabar dan berusaha untuk mencapai sesuatu.
Kongsikan pendapat dan komen anda di bawah.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013
Twitter: tokputih
satu entri yg betul2 membuka mataku
tq bro…
auc recently posted..Tukar Domain dan Hosting ke ServerFreak
meraban ja tu bro…..
(dofollow)
neu recently posted..Bagaimana Hendak Buat Duit, Berjaya, di Kenali dan di Iktiraf
Saya biasanya akan membaca entri yang dikarang. Saya menulis apa yang tahu dan tidak mahu mengambil risiko menulis yang bukan bidang.
akubiomed recently posted..Blogger perlu membaca ini semua poyo
Saya akan baca kembali entri lama blog saya. Setiap kali baca, akan kata dalam hati… aku lebih suka gaya penulisan dulu lebih dari sekarang. Tapi dulu rasa gaya itu tak cukup baik lagi. Pelik-pelik…
PR blog masih tetap PR1 mungkin sebab tak buat backlink dan entri pun tak cukup baik untuk ornag link back.
Fahmi Raazali recently posted..Nota Lama – Simpan Atau Buang?
Twitter: azrijohann
saya selalu baca entri blog sendiri…
bukan sekali, malah berkali-kali.. edit sikit2, takde yang perasan kot..
azrijohan recently posted..Cendol – Makan Atau Minum?
Itu terbaik bro – setiap yang kita baca kita akan nampak kesilapan kalau ada.
(dofollow)
neu recently posted..Baca Blog Sendiri – Perlu atau Tidak
aku pun masih meningkatkan gaya penulisan di blog aku….thanks berkongsi idea.
budak felda recently posted..Motivasi dan Usahawan, Apa Kaitannya?
hai bro.. sebuah entry menarik.. saya biasanya baca dan edit artikel berkali-kali (malah banyak kali) sebelum di publish untuk memastikan artikel yang kita hasilkan itu setimpal dengan usaha yang kita buat, entry yang buat pembaca teruja dan memukau pembaca untuk terus kembali lagi.
donnyien recently posted..Semarakkan nilai-nilai murni setiap masa
Twitter: hairulamran
Memanglah sangat perlu membaca blog sendiri. Kita nak bandingkan penulisan kita dengan penulisan orang. Kalau ada yang tak menarik macam tulisan orang bolehla kita ubah sana-sini gaya penyampaian kita.
Irul recently posted..Cerita Hot, Bajet Hot
bohong kalau tak pernah baca.
titan recently posted..Komisen ke 5 dari PanduanBajuKurung.com
Ok, ni mungkin off topic sket. Saya tak menulis dalam blog saya. Semua post adalah image. Ada nasihat untuk blog2 sebegini? Memang kalau boleh saya taknak menulis sebab saya hanya suka melukis.
Ahmedfani recently posted..The Most Entertaining Drama Series