Bagaimana Anda Meninggalkan Blog Komen?

blog komen

Bagaimana anda meninggalkan blog komen? Banyak tips blogging mengatakan yang meninggalkan komen merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menarik pelawat ke blog. Betul atau tidak mungkin anda sendiri pernah melaluinya. Namun, apa yang anda harapkan dari blog komen – pelawat, membina backlink, traffics, komen balas, mencari rakan atau hanya sekadar ingin membina hubungan.

Berapa lama anda habiskan masa anda hanya untuk meninggalkan komen di blog lain, adakah komen anda membawa apa-apa nilai dalam perbualan tersebut.

Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan mengenai blog komen, antaranya ialah;

Adakah anda komen hanya untuk ini:

  • Untuk jadi yang pertama meninggalkan komen
  • Komen hanya untuk meninggalkan jejak
  • Komen hanya untuk mendapatkan commentluv linkjuice
  • Komen hanya untuk untuk membina backlink
  • Komen sebagai satu aktiviti online dengan harapan ada pelawat ke blog anda selepas itu
  • Aku kaki blogwalking – jadi aku komen
  • Memberi komen untuk balasan

Adakah pula anda komen kerana:

  • Aku ada idea bernas untuk di kongsi
  • Penulis tertinggal sesuatu, jadi aku tolong ingatkan
  • Penulis salah memberi fakta, jadi aku ingin perbetulkan
  • Tiada aktiviti di blog ini, jadi aku komen untuk mencipta perbualan
  • Aku pakar dalam topik ini jadi perlu untuk aku komen.
  • Artikel ini makanan harian aku – aku pakar dalam niche ini. Jadi aku perlu komen.

Namun adakah anda:

  • Memberi komen yang berasas serta mempunyai dengan artikel tersebut.
  • Komen anda “stay on topic”.
  • Memberi komen yang membina
  • Memberi komen yang dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan
  • Komen aku dapat membina hubungan
  • Komen aku setidak-tidak mempunyai “nilai”.

Adakah perlu komen sebegini

  • Selitkan emosi dalam komen
  • Anda ego semasa memberi komen
  • Komen anda semata-mata ingin menjatuhkan kredibiliti penulis
  • Komen anda bersifat peribadi
  • Komen merapu
  • Komen atas komen – rujuk gambar di bawah
  • Komen aku perlu panjang
  • Terlalu ringkas – “nice”, “i like”, “best ler”
  • Tidak perlu membaca keseluruhan artikel, namun perlu untuk aku komen
  • Tiada nilai – “terima kasih”, “wow”.
  • Tidak periksa komen anda sebelum siarkan
blog komen

Ini rupa komen atas komen

Bagaimana Anda Meninggalkan Blog Komen

Bagaimana anda memberi komen terpulang kepada anda. Ada tips untuk berkongsi bagaimana anda meninggalkan blog komen, ruang komen artikel ini untuk anda. Mari kita berkongsi idea dengan sexykan blog aku melalui komen anda. Sedang aku habiskan artikel ini, saudara Titan juga ada menyebut tentang bagaimana hendak meninggalkan komen dalam artikel terbaru beliau.

Kepada yang pertama meninggalkan komen untuk artikel ini, ada hadiah misteri untuk anda.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. izwannizamruslim

    saya suka baca entri sampai habis dan barulah komen.cuba untuk beri komen yang berisi lah..kadang2 terlajak berbual kosong pulak.mungkin sebagai orang baru dalam dunia blogging , proses persahabatan perlu dilakukan.

    tak dinafikan comluv plugin yg ada menarik trafik ke blog.

  2. Pacifista

    kalau macam kat atas tu,dah memang giler komen dah tu.boleh menang apa dia komen banyak2 macam tu.rasanya ada sorang mamat rajin buat macam ni kat blog denaihati.aku malas nak tegur…

  3. neu Author

    @pacifista kalau nak komen panjang pon xsalah sbb WP dah cantik dibangunkan, susah theme nak break hanya disebabkan oleh komen. kalau dah menjawab komen sendiri mmg tak patut dilakukan.

    kat blog denaihati ker ko jumpa mamat ni..

  4. Kalau bagi komen rasanya elok habis baca entri dulu. Lepas tu bolehlah komen yg relate dengan diri sendiri. Kalau setakat komen, ‘saya suka blog awak’..macam tak best la.

  5. hahaha. yang gambar komen atas komen tu bodo giler. (lawak) hahahah

    banyak great points kat sini. letak komen adalah bagus supaya dua-dua antara penulis dan pembaca saling mengenal dan engaging. namun, letak lah komen yang seperti disarankan oleh Neu ini- lebih menambah semangat kepada blogger yang menulis post yang berkualiti selepas itu.

Pingbacks

  1. Kejamnya Dunia Blog
  2. 1001 Komen - Sudah Berjayakah Anda Sebagai Penulis Blog

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.