Bagaimana Hendak Memulakan Kerjaya Sebagai Freelance Writer

penulis bebas malaysia
 

Blog dan internet telah mengubah landskap dunia penulisan blog iaitu dari penulisan yang lebih bersifat personal ke suatu kerjaya yang lebih serius sekiranya anda tahu apa yang anda lakukan. Dunia penulisan blog juga telah mencipta beberapa peluang baru untuk menghasilkan pendapatan dari internet sama ada melalui pengiklanan, adsense, review dan sebagainya.

Penulis Bebas, Freelance, Freelancer atau Freelance Writing mungkin sesuatu yang baru di arena blog tempatan namun di luar negara “freelance writing” merupakan satu kerjaya yang boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Bagaimana pula dengan arena blog tempatan, adakah penulisan bebas dijadikan sebagai satu kerjaya?

Sudah lama saya ingin menghasilkan artikel mengenai freelance writing namun asyik tertangguh. Namun hari ini berkesempatan juga untuk berkongsi sedikit tips mengenai freelance writing.

Bagaimana Hendak Memulakan Kerjaya Freelance Writing

Sebenarnya untuk memulakan sesuatu kerjaya yang berkaitan dengan dunia internet dan blog anda perlu mempunyai minat terhadap subjek tersebut. Begitu juga dengan bidang penulisan bebas. Anda perlu mempunyai minat terhadap bidang penulisan dan anda kreatif mengenai sesuatu topik.

Sebagai contoh, untuk menjadi seorang penulis bebas dalam topik SEO, maka anda perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap topik tersebut. Walaupun anda bukan seorang pakar SEO, sudah memadai jika anda mempunyai minat dan berkebolehan untuk mengadaptasi dan belajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan topik tersebut.

Ini kerana melalui minat yang mendalam terhadap topik tersebut anda akan mula mempelajarinya melalui pembacaan anda mengenai topik tersebut. Pembelajaran secara tidak formal ini merupakan satu kelebihan kepada anda.

Bagaimana Hendak Mencari Peluang Sebagai Penulis Bebas.

Satu tips yang boleh dikongsikan di sini ialah, anda perlu mencari, mencari dan mencari peluang tersebut. Ini kerana sukar untuk peluang datang kepada anda dengan sendirinya.

Saya mendapat peluang sebagai penulis bebas disebabkan saya tanpa segan silu mencuba. Email di hantar dan temuduga secara online dilakukan sebelum berjaya di terima sebagai salah seorang penulis tetap sebuah syarikat yang berpengkalan di luar negara. Nampak seperti mudah, namun anda perlu menunjukkan anda berkeupayaan untuk melakukan apa yang anda katakan. Tambahan pula ramai lagi penulis di luar sana yang mungkin lebih baik dari anda.

Tips saya – tunjukkan anda boleh lakukan walaupun anda tidak tahu mengenai sesuatu topik. Tetapkan pendirian anda, tunjukkan kebolehan anda dan tidak takut untuk menyahut cabaran baru. Maka anda akan berjaya sebagai seorang freelance writer.

Freelance Writing – Halangan Bahasa

Menulis menggunakan bahasa melayu, bahasa ibunda anda adalah amat mudah. Bahasa Melayu makanan harian anda, namun berapa banyak syarikat Malaysia yang berkeupayaan untuk menggunakan penulis bebas. Tidak banyak rasanya. Jika ada pun, mungkin jarang-jarang.

Jadi luaskan skop anda, target anda mungkin syarikat luar negara yang berkeupayaan untuk mengupah anda sebagai seorang penulis bebas.

Di sini timbulnya masalah Bahasa – disebabkan untuk menjadi seorang penulis bebas syarikat yang tidak berpengkalan di Malaysia anda perlu mempunyai sedikit kebolehan berbahasa Inggeris. Bukan bahasa anda, sedikit sukar, gementar dan sebagainya.

Namun jika ada kemahuan, anda akan berjaya. Untuk pengetahuan anda, kebolehan berbahasa Inggeris saya juga tidak bagus namun saya tetap mencuba. Tetapi apa yang saya lakukan ialah “mengakui bahawa bahasa tersebut bukan bahasa pertuturan saya” sebelum saya menerima tawaran sebagai seorang penulis bebas. Jadi, “Boss’ anda akan memahami situasi anda jika terdapat sedikit kesalahan bahasa atau grammar.

freelance writer

Berapa Banyak Yang Boleh Di Jana Melalui Penulisan Bebas

Jika itu persoalannya, maka jawapan saya ialah semuanya bergantung kepada anda. Berapa yang anda boleh jana melalui penulisan bebas bergantung kepada tahap pengalaman anda dan kepakaran anda. Bergantung juga sejauh mana anda mahu menjana pendapatan dari penulisan tersebut.

Selalunya bayaran untuk penulisan bebas adalah bergantung kepada tahap kepakaran anda. Ini yang menjadi pengukur utama.

Oleh itu sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak, usah letak tanda harga yang terlalu tinggi untuk perkhidmatan anda. Sedangkan anda masih baru dalam dunia tersebut.

Pernah sekali saya menghubungi seorang penulis dan bertanyakan mengenai harga untuk mendapatkan servis penulisan artikel dari beliau. Jawapan yang saya terima ialah RM60 untuk setiap artikel yang dihasilkan Harga mungkin berpatutan bagi beliau namun persoalannya ialah – Kualiti kandungannya bagaimana? Artikelnya original atau artikel rewrite sahaja?

Tahukah anda – dengan $5-7 saya boleh mendapatkan khidmat freelance writer terbaik. Jadi apa tanda harga anda? Tak percaya cuba anda jenguk sebentar ke iwriter.com dan lihat aktiviti penulisan di sana.

Jadi Bagaimana Hendak Memulakan Kerjaya Sebagai Freelancer

Rasanya tips bagaimana hendak memulakan penulisan bebas di negara kita agak kurang kerana tidak ramai yang menceburi bidang ini. Di bawah ingin saya kongsikan sedikit tips untuk memulakan kerjaya sebagai seorang freelance.

Semai Tabiat Menulis Yang Baik – Berkenaan dengan bagaimana anda menulis. Jenguk kembali entri lama anda, jika anda jenis yang tidak kisah dengan jenis bahasa yang anda gunakan semasa menulis entri blog anda maka penulisan bebas bukan jenis yang boleh di pandang mudah.

Ini kerana untuk menulis dengan baik maka anda perlu perbaiki skill penulisan anda. Bahasa, tatabahasa, berperenggan, ayat dan contoh perlu diberi perhatian.

Sentiasa Kreatif dalam Penulisan Anda – Kreatif dalam penulisan anda adalah sesuatu yang perlu. Untuk menjadi kreatif anda perlu mencuba sesuatu yang baru dalam persembahan penulisan anda. Keluar dari ruang selesa anda untuk mencuba sesuatu yang lebih kreatif. Ini penting untuk pembinaan skill penulisan anda.

Yakin dengan Penulisan Anda – Pedulikan kritikan, pedulikan komen yang tidak membina dan letak ketepi segala komen negatif mengenai penulisan anda. Anda perlu yakin dengan penulisan anda sendiri, katakan bahawa penulisan anda yang terbaik dan berusaha untuk memperbaiki teknik penulisan anda dari masa kesemasa.

Freelance Writing atau Penulisan Bebas – Kata Anda

Akhir kata, apa yang dikongsikan di atas hanya sedikit dari pengalaman peribadi saya sebagai seorang penulis bebas. Sebenarnya untuk menjadi seorang penulis bebas yang baik adalah bukan mudah. Banyak yang perlu dipelajari terutamanya jika topik penulisan tersebut baru bagi anda.

Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin saya telah kongsikan Bagaimana hendak memulakan kerjaya sebagai freelance writer berdasarkan pengalaman saya. Anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin saya akan panjangkan senarai ini berdasarkan komen anda. Selalunya lelaki kacak akan meninggalkan komen.

Jadi anda perlu belajar, belajar dan belajar.

 

Comments

  1. says

    aku uga byk lagi nak belajar, ada juga jadi penulis jemputan di blog rakan2 blog sekadar untuk memeriahkan mencuba nasib hehehe….:) tapi tanpa bayaran hehehe…:)

  2. says

    Ini adalah part yang paling sukar didalam dunia blogging bg pandangan saya.Ini kerana bukan semua orang mampu menulis dengan baik seperti saudara.Maka langkah untuk menjadi penulis yang baik memerlukan jangkamasa yang agak lama.Pendek kata tatabahasa juga menjadi peranan dalam menyusun ayat supaya sedap dibaca.Tak gitu saudara?
    lepakk.com recently posted..Video Suasana Gangnam Raya masuk metroMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.