Bagaimana Menggunakan Pinterest

Rasanya ramai yang telah pun menggunakan Pinterest, jika anda masih belum mendaftar, sila berbuat demikian di sini (Jika belum ada akaun dan memerlukan invite sila tinggalkan email di ruang komen). Artikel dan entri kali ini hanya ingin menceritakan tentang Pinterest dan secara ringkas bagaimana hendak menggunakan Pinterest.

Sebelum ke artikel utama berikut merupakan artikel berkaitan yang menarik untuk anda – mengapa anda perlukan blog nichelangkah-lagkah mudah untuk menulis dengan pantastheme atau plugin – keutamaan SEO blog dan juga mengapa anda perlu fokus dalam penulisan.

Apakah Pinterest

Bagaimana Menggunakan Pinterest

Secara ringkas Pinterest boleh dikategorikan sebagai “Online Pinboard”. Yang mana anda sebagai pengguna boleh mengurus, menghasilkan dan berkongsi imej serta gambar menarik yang anda temui di ruang internet. Sebagai pengguna anda boleh menghasilkan pelbagai jenis pinboard, melakukan aktiviti Pinned, LIKE, komen serta berkongsi imej tersebut dengan rakan anda.

Jika dilakukan secara teratur Pinterest merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan – lihat Pinboard anda jika anda tidak percaya. Penuh dengan imej serta gambar menarik yang boleh memberi inspirasi.

Jika anda masih mencari tips Pinterest terbaik, saya cadangkan anda membaca penulisan CopyBlogger mengenai Pinterest Marketing, rangkuman ringkas yang memberi banyak idea untuk anda menggunakan Pinterest dengan sebaik mungkin.[divider]

Bagaimana Menggunakan Pinterest

Sebagai blogger terdapat pelbagai cara untuk menggunakan Pinterest untuk menarik trafik, mendapatkan backlink, menambahkan follower anda dan sebagainya. Di bawah antara cara paling asas yang boleh dipraktikkan.

Menggunakan Gambar Yang Menarik

Yang paling asas ialah anda perlu hasilkan entri blog dan disertakan gambar menarik di dalam entri tersebut. Gambar menarik disini bermaksud gambar yang boleh menarik minat pengguna Pinterest yang lain untuk berkongsi gambar tersebut, mendapatkan LIKE dan memberi komen. Walaupun anda menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penulisan anda.

Ini kerana Pinterest merupakan perkongsian gambar, maka penting untuk anda menggunakan gambar yang benar-benar menarik, unik, berunsur humor dan sebagainya. Itu sudah cukup untuk membuat gambar anda dikongsikan oleh pengguna Pinterest yang lain.

Dimulakan oleh anda

Pengguna Pinterest di Malaysia rasanya tidak aktif dan tidak seramai pengguna Pinterest yang yang lain. Oleh itu jika anda baru sahaja melakukan aktiviti di sana, maka setiap Pinned yang anda lakukan sebaiknya dimulakan dahulu oleh anda. Tiada batasan untuk anda berkongsi gambar menarik dari laman blog anda. Yang penting setiap Pinned yang anda hasilkan perlulah disertakan dengan deskripsi ringkas yang dapat memberi penerangan terhadap gambar tersebut.

Namun……
Kuala Linggi by vedd edd
Pinterest Bukan Tentang Anda Sahaja

Apa yang dimaksudkan dengan “Pinterest Bukan Tentang Anda Sahaja” ialah setiap Pinned yang anda lakukan sebaiknya tidak hanya menjurus kepada perkongsian gambar yang di ambil dari laman web atau blog anda sahaja. Terbaik anda perbagaikan sumber untuk membuatkan setiap aktiviti Pinboard anda menarik. Fikirkan followers anda, “bosan” jika mereka hanya disogokan dengan benda serupa dari laman anda.

Perbagaikan PinBoard Anda

Apa yang menarik mengenai Pinterest ialah anda sebagai pengguna boleh menghasilkan pelbagai Pinboard yang berlainan untuk disesuaikan dengan gambar-gambar yang akan anda Pinned nanti. Sebagai contoh anda boleh menghasilkan Pinboard yang dinamakan dengan “Gambar Kreatif”, “Gambar Menarik”, “Technologi” dan sebagainya. Anda boleh sesuaikan pula jenis imej dan gambar yang akan dimuatkan di dalam setiap pinboard tersebut.

Jangan juga lupa untuk sertakan sekali deskripsi setiap Pinboard yang anda hasilkan.

Gunakan Tag dan #Kategori Sebaik Mungkin

Seperti mana Facebook dan Twitter, anda juga boleh menggunakan fungsi Tag (@username) untuk tag pengguna yang lain. Gunakan juga tanda Hashtag (#) untuk mengkategorikan gambar anda. Jadi gunakan dengan sebaik mungkin.

Kredit Sumber

Gambar yang yang anda letakkan dalam entri anda bukan kepunyaan anda. Sebenarnya bukan satu masalah besar jika anda memberi kredit kepada gambar tersebut ke sumber yang tepat terutamanya jika melibatkan gambar yang di ambil dari laman photography popular seperti 1px.com atau 500px.com. Anda masih boleh menggunakan gambar mereka, namun sumber perlu dikreditkan.

Gunakan selagi anda kreditkan sumber, seperti anda yang sukakan publisiti dan promosi percuma, mereka juga begitu. Namun perlu berhati-hati walaupun anda memberi kredit.[divider]

Bagaimana Menggunakan Pinterest – Cara Aku

Sebenar Pinterest amat menarik bukan hanya untuk kepentingan blog anda, lebih dari itu anda dapat berkongsi sesuatu dengan followers anda. Sesuatu yang menarik, sesuatu yang memberikan inspirasi dan sesuatu yang yang boleh dikongsikan bersama. Satu tips penting ialah jangan hanya berkongsi seuatu perkara yang hanya menceritakan tentang anda.

Bagaimana anda menggunakan Pinterest, jika ada ingin dikongsikan, sila buat di ruang komen di bawah. Anda boleh follow Pinterest saya di sini Pinterest – Neulabs. Mungkin ada yang menarik dapat dikongsikan bersama.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.