Antara Set Soalan Yang Bermain di Fikiran….
Bagaimana menghasilkan penulisan yang baik? Apa yang perlu aku tulis hari ini? Kena atau tidak topik ini dengan niche blog aku? Kenapa dia boleh berjaya dengan blog, kenapa aku tidak?
Di atas merupakan senarai persoalan yang boleh bermain dalam fikiran seorang blogger, yang mana persoalan tersebut boleh dipanjangkan lagi.
Kenapa aku tidak boleh menulis dengan baik? Banyak komen di blog sana, kenapa tiada komen di blog aku? Kenapa beliau famous, kenapa tidak aku? Aku dah gagal ke?
Sebagai penulis blog tentu anda juga pernah memikirkan tentang perkara ini bukan. Bagaimana menghasilkan penulisan yang baik? Bagaimana hendak buat duit dari blog? Bagaimana menarik pelawat dan pembaca? Pelbagai lagi persoalan bermain di fikiran. Namun ia tidak dapat menukar kenyataan “sukar untuk membina blog yang baik”.
Untuk menghasilkan “Kejayaan” atau “Blog yang Berjaya” sesuatu yang nampak sukar jika kita tidak berusaha ke arah itu. Menulis, memerah idea, promosi, networking, link building dan sebagainya hanya usaha yang sia-sia tanpa minat dan fokus yang tepat untuk membina kejayaan blog anda.
Set Tindakan – Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Baik
Satu perkara yang pasti kejayaan sesebuah blog bermula dengan pengisian dan penghasilan penulisan yang baik. Kejayaan blog tidak terletak kepada design, jumlah pengikut Twitter yang ramai, jumlah share Facebook yang banyak atau jumlah komen yang mengisi ruangan komen blog anda. Perlu ada sebab yang kukuh mengapa blog anda mempunyai jumlah share atau tweets atau komen yang banyak.
Penulisan yang baik merupakan penulisan kandungan yang dapat memberi nilai kepada pembaca dan pelawat. Nilai yang di beri pula mempunyai perbezaan antara individu dan apa yang disampaikan. Berikut antara tips untuk menghasilkan penulisan yang baik, sedikit huraian untuk rakan-rakan di luar sana.
Rancang Penulisan Anda
Mulakan dengan brainstorm mudah – perhatikan apa yang membawa pengunjung ke blog anda? kata carian yang digunakan oleh pelawat untuk sampai ke blog? apa minat pembaca anda? dan ketahui apa yang ingin di baca oleh pelawat blog anda? Ini merupakan antara set persoalan yang anda boleh gunakan dalam mencari idea sebelum menghasilkan apa-apa penulisan.
Apa yang anda perlu lakukan ialah kumpulkan data-data tersebut dan mula menulis kandungan dan artikel yang berlegar-legar di ruang minat tersebut.
Tips yang ada boleh cuba gunakan ialah dengan:
- Menggunakan tajuk yang baik dan kreatif
- Menukarkan persoalan kepada jawapan
- Mencipta permasalahan dan cuba menyelesaikan permasalahan tersebut
- Memberi tips, penerangan dan akhirnya cuba untuk…
- Membuat rumusan
Tanyakan kepada diri anda – Bagaimana hendak menghasilkan penulisan yang baik?
Tajuk Artikel
Tajuk artikel yang baik dapat menerangkan apa yang ingin disampaikan dalam sesebuah artikel. Manakala tajuk artikel yang kreatif pula akan menarik minat pembaca dan pelawat yang sampai ke blog anda membaca isi kandungan setiap entri yang anda hasilkan.
Dalam menghasilkan apa jenis penulisan, anda perlu memberi penekanan kepada pemilihan tajuk artikel anda. Ini kerana tajuk merupakan perkara pertama yang diperhatikan oleh pelawat sebelum membuat keputusan untuk klik dan seterusnya membaca.
Sebaiknya cuba hasilkan tajuk artikel yang kreatif dan mempunyai isi kandungan yang baik untuk menguatkan lagi tajuk tersebut. Ini kerana tajuk artikel yang kreatif sahaja masih tidak mencukupi jika apa yang anda cuba ceritakan tidak sampai kepada pembaca.
Format Penulisan Anda
Penulisan yang baik seelok-eloknya mempunyai beberapa format tertentu. Apa yang anda boleh cuba lakukan adalah mengunakan perenggan, penggunaan tanda baca, penggunaan align text dan cuba meminimakan kesalahan dalam penulisan tersebut.
Antara tips yang anda boleh cuba ialah…..
Walau apa jua jenis penulisan yang anda hasilkan sebaiknya penulisan yang anda hasilkan perlulah berperenggan, blog juga tidak terkecuali. Sebaiknya untuk blog anda menghasilkan perenggan yang ringkas serta pendek. Ini kerana pembaca boleh terus ke isi yang anda hendak sampaikan.
Untuk mencantikan lagi penulisan anda maka anda boleh mencuba align penuh (Alt+Shift+J) atau cukup hanya dengan align ke kiri (Alt+Shift+L).
Penggunaan Gambar Yang Baik, Cantik Mata Memandang
Cuba hasilkan artikel yang baik dan “cantik untuk di pandang”, selalunya apa yang cantik untuk dipandang akan dapat menarik minat pembaca untuk meneroka dengan lebih jauh.
Cuba anda ambil sedikit masa untuk meletakkan gambar dan imej dalam setiap artikel yang anda hasilkan, gunakan gambar thumbnails jika perlu dan format gambar tersebut agar dapat disesuaikan dengan penulisan anda.
Jadikan Artikel Anda Ringkas
Kita hidup dalam zaman yang serba canggih dan “masa” merupakan sesuatu yang amat berharga. Begitu juga pembaca yang datang ke laman blog kita, mereka datang untuk sesuatu, namun mereka mahukan maklumat secara cepat dan pantas.
Selalunya pelawat yang datang ke sesebuah blog hanya menghabiskan 2-3 minit membaca sesuatu bahan bacaan. Selalunya pelawat sebegini mahukan maklumat dengan pantas. Mungkin juga sudah menjadi tabiat mereka untuk membaca secara cepat dan scan isi penting yang ingin disampaikan.
Jadi sebagai penulis anda boleh cuba untuk menulis dengan pendek artikel anda. Gunakan fungsi bullet serta poin jika perlu. Ini memudahkan mereka untuk terus kepada isi yang ingin kita sampaikan dan memudahkan mereka untuk mencari sesuatu maklumat.
Tidak semua artikel anda hasilkan perlu digayakan dengan tulisan yang ringkas serta pendek, sekiranya artikel itu memerlukan anda untuk menulis dengan panjang – silakan berbuat begitu.
Elakkan Jargon
Tidak semua dari kita mempunyai latar pendidikan yang sama. Sekiranya blog anda banyak memperkatakan tentang gadget serta teknologi seboleh-bolehnya anda elakkan dari meggunakan jargon atau perkataan yang boleh memeningkan kepala pembaca anda. Terbaik hanya menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami dalam penyampaian artikel anda.
Selitkan Hiburan Jika Perlu
Jenaka sedikit sebanyak dapat memberi hiburan kepada pembaca anda disamping mereka membaca isi kandungan artikel anda yang sedikit serius. Untuk berjenaka tidak perlu keterlaluan, anda perlu bijak untuk menyelitkan jenaka tanpa menganggu pembacaan mereka.
Jangan Terlalu Personal
Dalam menghasilkan apa jua artikel, anda boleh menyelitkan sesuatu yang bersifat personal seperti siapa anda, latar pendidikan anda dan sedikit tentang keluarga anda. Sebenarnya ini untuk memberi gambaran yang lebih jelas siapa anda kepada pembaca anda.
Tetapi jangan pula dalam setiap artikel anda bercerita tentang diri serta keluarga anda. Sekiranya anda bersifat terlalu personal berkemungkinan anda akan membuat pembaca anda tidak selesa.
Menulis Menggunakan Gaya Anda, Jangan Meniru Gaya Orang Lain
Amat sukar rasanya untuk menghasilkan Penulisan Yang Baik dan dapat memuaskan hati kebanyakan pembaca. Namun untuk anda bertahan lama dalam dunia penulisan blog maka anda perlu mencipta identiti sendiri melalui penulisan anda.
Menulis dengan gaya tersendiri sememangnya penting dalam dunia blogging. Tambahan pula dengan dunia blog Malaysia semakin rancak dengan kebanyakan dari kita ingin menghasilkan blog. Kenapa anda perlu menulis dengan gaya tersendiri. Jawapannya mudah, anda perlu menulis dengan gaya tersendiri kerana ingin membezakan anda dengan penulis yang ramai di luar sana.
Sebaiknya jadilah diri anda, usah menjadi ProBlogger yang kedua atau JohnChow yang ke-4. Memadai anda menjadi diri anda. Ini kerana pembaca dan pelawat akan lebih mengingati anda dari nama yang saya sebutkan tadi.
Gunakan Idea Terbaik Anda
Sesebuah artikel atau entri yang dihasilkan tidak akan menjadi popular semalaman tanpa satu alasan yang kukuh. Kecuali apa yang ditulis berjaya menjadi penyelesai masalah kebanyakan pembaca atau penulisan tersebut berjaya memberi nilai kepada masyarakat.
Namun untuk menghasilkan penulisan yang baik, sebaiknya anda cuba untuk menggunakan idea terbaik anda dalam setiap penulisan yang dihasilkan.
Ketengahkan idea terbaik anda dalam penulisan jika anda merasakan apa yang anda hasilkan belum pernah di ulas oleh mana-mana penulis.
Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Baik – Kata Anda
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan tentang bagaimana hendak menghasilkan penulisan yang baik. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.
Penulisan merupakan satu subjek yang amat luas manakala baik atau buruk sesuatu perkara terhasil dari penilaian individu lain. Baik merupakan satu subjek yang amat subjektif dan baik juga berbeza penilaiannya antara individu. Apa kata anda, bagaimana menghasilkan penulisan yang baik?
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013


Menjadi diri sendiri ada lah lebih baik kerana kita mempunyai control apa yang kita mahukan. Belajar dengan melawat blog-blog sahabat. Kaji apa kekuatan dan dapatkan formula tapi kalau boleh janganlah ikut format mereka bulat-bulat nanti pengunjung bosan. Saya tidak mempunyai masa untuk menulis draft biasanya apabila bukan new post terus menaip dari situ mengalirnya idea.
itu yang terbaik bro. perhatikan bagaimana rakan lain buat, cuba dan praktikan kat blog sendri – tp yang penting cuba menulis cara sendiri
Menulis di blog tak mudah. Pada awalnya aku dulu mmg tak tau apa. pereranggan x pakai. Align x pakai. Warna ewarnia lak aku pakai. Skang ni lak aku mmg menulis guna perenggan je semua…Tp tu la, masih di akui sukar dan aku amek masa berejam juga la menulis smbl bnykl release
. xnak hard2, biar idea tu dtg fresh masa relase
. Nic e srticle Neo. Pastinya menulis ni best
biasa la tu shah..diawalnya aku pun mcm tu. tak tahu apa nak menulis & takut kena kutuk bila apa yang ditulis tu tak betul..tapi apa pun dah lama buat, menda ni jadi biasa – tp kena pastikan kita tahu apa yang ditulis. kalau tak mmg tak jadi
aku hentam aje. haha..
idea tu kadang2 datang dengan tiba2.bila tengah datang tu memang tak reti jari ni nak menaip.hehe
masih banyak kena belajar untuk hasilkan artikel yang baik dan menarik orang. Hemm..
mmg info yang menarik. cam aku yg dah berjinak dlm blogging sejak dr tahun 2005 lagi dah mcm2 jenis blog aku jumpe. jd dr sendr lg baik dr tiru org