Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda

bagaimana meningkatkan tahap pembacaan blog anda
bagaimana meningkatkan tahap pembacaan blog anda

Black & White II by Orzz

Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda – apa yang anda lakukan. Blog merupakan laman web anda dan juga dairi peribadi anda yang memuatkan segala maklumat, gambar, video dan sebagainya. Segala umumnya segala data yang anda masukan ke dalam blog anda adalah tersusun – mempunyai tarikh, masa dan siapakah penulisnya. Interaksi antara anda dan pembaca akan berlaku melalui aktiviti komen, maklum balas, pertanyaan dan sebagainya. Untuk membawa interaksi antara pembaca maka sebagai penulis blog anda perlu melakukan sesuatu.

Penat Menulis + Tiada Pembaca – Mengapa

Sebagai penulis blog, anda perlu memikirkan sesuatu supaya berlakunya interaksi antara pembaca – anda dan pembaca – pembaca. Sekiranya anda baru sahaja memulakan aktiviti menulis blog sebagai sebahagian dari kegiatan masa lapang anda maka anda perlu memikirkan bagaimana hendak menghasilkan kandungan yang berkualiti dan seterusnya meningkatkan tahap pembacaan pembaca blog anda. Berikut antara asas bagaimana anda boleh meningkatkan tahap pembacaan blog anda.

Kepentingan Pandangan Pertama

Sekiranya anda mempunyai blog yang menarik maka tidak mustahil anda dapat menarik minat pelawat serta pembaca untuk menjadikan blog anda sebagai tempat persinggahan buat kali kedua dan berikutnya. Pandangan pertama pelawat sesuatu yang penting dan sesuatu yang perlu di ambil kira. Oleh itu, pemilihan theme yang sesuai, kategori yang tersusun, navigasi yang mudah antara satu kategori ke kategori yang lain dan bagaimana anda menghasilkan entri banyak mempengaruhi pandangan pertama pelawat apabila sampai ke blog anda.

Blog yang menarik tidak semestinya berkaitan dengan design atau layout blog anda sahaja. Tidak guna sekiranya anda mempunyai design serta layout yang menarik tetapi pembaca merasa sukar untuk membaca artikel atau entri yang hendak anda sampaikan.

Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda

Apa kepentingan anda meningkatkan tahap pembacaan blog anda. Jawapannya mudah – sekiranya anda meningkatkan tahap pembacaan blog anda, anda telah berusaha untuk menghasilkan kualiti penulisan yang baik disamping memudahkan pembaca untuk mengesan dan memahami apa yang cuba anda sampaikan.

Untuk meningkatkan tahap pembacaan blog anda, pelbagai faktor perlu di ambil kira – secara asasnya berikut boleh dijadikan panduan. Mungkin anda telah mempraktikkannya.

Pembahagian Perenggan dan Text Align

Walau apa jua jenis penulisan yang anda hasilkan sebaiknya penulisan yang anda hasilkan perlulah berperenggan, blog juga tidak terkecuali. Sebaiknya untuk blog anda menghasilkan perenggan yang ringkas serta pendek. Ini kerana pembaca boleh terus ke isi yang anda hendak sampaikan. Untuk mencantikan lagi penulisan anda maka anda boleh mencuba align penuh (Alt+Shift+J) atau cukup hanya dengan align ke kiri (Alt+Shift+L).

Tidak sesuai untuk anda align center kecuali anda mempunyai sebab untuk melakukannya.

Pemilihan Font

Sekiranya anda menghasilkan artikel yang bersifat informasi maka anda perlu memastikan tajuk artikel anda mempunyai font yang tidak terlalu fancy yang boleh menghalang pembacaan. Terbaik anda menggunakan font standard yang sesuai untuk semua jenis pelayar moden – cuba Google Web Fonts. Manakala untuk penulisan anda boleh mencuba font yang simple seperti Georgia atau Verdana.

Italic sebahagian perkataan yang membawa maksud tertentu, bold perkataan yang anda ingin tekankan maksudnya. Untuk lebih formal anda boleh underline tajuk artikel anda. Sebolehnya anda mencuba pelbagai gaya penulisan standard yang lain yang bersesuaian dengan konsep penceritaan anda.

Text serta Warna Latar

Gunakan warna latar (background) yang cerah manakala pemilihan warna text yang lebih gelap. Kontra antara kedua elemen merupakan suatu yang perlu diberi perhatian. Elakkan menulis dengan text berwarna merah, walaupun ianya merupakan warna kesukaan anda.

Fungsi Headings (gunakan H1, H2, H3 dengan sebaiknya)

Kadang kala, sesebuah artikel memerlukan anda untuk menghurai sesuatu perkara dengan lebih teliti. Ini boleh menyebabkan anda menghasilkan artikel yang sedikit panjang. Di sini anda boleh mencuba untuk menggunakan headings untuk menerangkan apa yang ingin anda huraikan dalam artikel anda. Penggunaan heading yang baik boleh memberi penerangan kepada pembaca tentang apa yang hendak anda sampaikan dalam artikel tersebut.

Heading – Bukan Untuk SEO Sahaja

Penggunaan heading yang baik bukan hanya untuk tujuan SEO sahaja, heading perlu dalam setiap penulisan yang anda hasilkan. Heading berfungsi untuk membezakan tajuk, pendahuluan, isi dan juga penutup dalam setiap artikel yang anda hasilkan.

Blog – Perkara yang Perlu diberi Perhatian

Sebelum anda menghasilkan blog banyak perkara asas perlu di ambil kira. Pemilihan theme, layout, font dan sebagainya antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh anda – disamping artikel yang berkualiti. Pandangan pertama pembaca setelah sampai ke blog anda ialah perkara yang disebutkan tadi.

Dengan meningkatkan tahap pembacaan blog anda, interaksi antara pembaca – penulis dan sebaliknya akan berlaku. Berkemungkinan pelawat yang hanya singgah di blog anda yang hanya untuk mencari maklumat akan menjadi pembaca setia blog anda.

Kata Anda….

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan sedikit mengenai tips untuk meningkatkan tahap pembacaan blog. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda – kongsi sedikit tips anda.

About neu

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. Pacifista says:

    hmm…banyak betul idea ko buat penulisan macam ni ek.tak terfikir pulak aku nak buat macam ni.hehe…
    aku lebih senang nak baca entri yang font dia besar.macam blog ko ni kira ok la.sebab tu blog aku tu font nak kena besar.kalau tak asyik berkerut je dahi aku nanti.hehe…

    p/s: bro ada typo (allign = align). ke aku yang salah?huhu…

  2. huraian yang menarik dan terperinci.. mudah nak faham..kalau ikut betul2 ni memang tip top kualiti entri..


  3. Twitter:
    aku x tau nk komen mcm mana, sebab pasal penulisan ni kurang nak ambil berat, setuju dengan artikel diatas, blog aku nak bagi menarik aku selalu letak gambar dan gambar mesti center
    Juan recently posted..Apple Pie McdonaldsMy Profile

  4. Semua di atas memang memainkan peranan untuk menarik minat pembaca datang ke blog kita,saya juga pantang blog yg ada tulisan berwarna warni dan tulisan yg macam ni “mAkAnan sAyA suKa”kalau terjumpa mmg terus button x :)
    azman recently posted..24 tol beri diskaun sempena raya 2011My Profile

  5. setuju dgn idea ini,bagi W.R background mainkan peranan penting dalam persembahan penulisan. umpama kita membuat slaid :)

  6. Memang setuju sgt dengan artikel ni.
    Semuanya memainkan peranan dan mungkin ini salah satu cara nak
    dapat tarik visitor terutama pada non-blogger
    nizamghazi recently posted..Kepentingan Theme Kepada BloggersMy Profile

  7. nice sharing.setuju sangat part tulisan tu.bukan setakat kena tersusun dan penggunaan warna yang sesuai,bahasa juga haruslah mudah difahami.kalau kisah peribadi tu bolehlah guna bahasa pasar tapi kalau cuba nak terangkan isu semasa,tak sesuai nak guna bahasa mcm tu.dan tulisan yg ada blink2 tu.penat mata nak lihat.makin bertambah power spectacles saya nak tangkap apa maksud dia.hahaha
    izwannizam recently posted..Untuk Anda Yang Sentiasa KenyangMy Profile

  8. tq bro.. mmg nice info.. mmg bagus dipraktikkan oleh semua blogger nie…
    Hairul Hissam recently posted..Resepi buat tepung goreng pisang paling rangup. Jom pelbagaikan lagi hidangannyaMy Profile

  9. Izzuddin Fauzi says:

    Hmmm.. Betul sangat2… Kadang2, bukak blog sesetengah orang sakit hari n sakit mata nk baca… Sy punya apa macam??? Ok x???

  10. aku lebih pada kaedah cuba dan hentam aje. Haha..alhamdulillah, dah ada pembaca tetap setiap hari. Terma kasih kerana kekal kacak melayan aku merepek kat blog aku. hoho..
    titan recently posted..Komisen ke 81 dari TNXMy Profile


    • Twitter:
      kaedah cuba & hentam pun boleh asal ada org nak baca…lg 1 ko dah berapa lama menulis bro aku rasa dah lebih dari setahun – kalau ko ada pembaca mmg patut pun :)

      lain ler aku yg baru nak mencuba

      • lama tu takdelah. sekejap aje..aku start tulis blog dari tahun 2004-2005. Serius, masa 2006. So..sekarang.dah 2011.. campur tolak darah bahagi..cincailah. dah dekat 5 tahun. Ehh, lama la..
        titan recently posted..Ramadan 2011 – Awek Kad raya.My Profile


        • Twitter:
          kalau 5 tahun cincai bro tu mmg perlu ada pembaca & pelawat sendiri ler bro – kalu xder mmg bermasalah sikit la :)

          sbb bukan senang nak cipta pembaca blog yg setia dgn kita – mesti dalam 5 tahun tu ada blogger yg dah give up kan. aku first post yg aku buat pakai blogspot, sampai skrg blog tuh ada & still maintain lg

  11. bagus entry nie :D
    nizam ijam recently posted..Kisah Orang Gila Tidur Lepas Asar…My Profile

  12. Cik Kuntum says:

    This entri betul2x buat saya fikir balik apa yang telah saya buat pada blog saya…i think i lost somewhere and need to fix it..thanks for the great booster..

  13. Penulisan blog ni bukan takat create blog dan tulis ajer kan? Ia lebih dari itu. Plus, kalu ada blog sure kita mahu ada yang membacanya kan. Lebih syok bila ada feedback. Tips2 di atas byk yg kawe apply gak. Jadi blogger kena peka dgn kehendak berblogging dan berusaha memperbaiki lagi teknik dgn tips-tips yang ada. Perkongsiaan yg baik. Keep it coming.
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Di Mana Anda Di Pagi Raya?My Profile

  14. Format header memang sudah menjadi amalan yang lain-lain berserah sahaja. Pemilihan tajuk yang catchy mampu menarik minat untuk orang membacanya. Menulis ini ibarat Nasi Lemak tidak akan sama rasanya antara satu sama lain walaupun sama nama :-)
    akubiomed recently posted..Misi makan ais krimMy Profile

  15. kebiasaannya menarik minat orang untuk membaca lebih sukar daripada menulis..
    selain daripada teknikal.. mungkin kena juga beri tumpuan pada penggunaan bahasa dalam penulisan.. tapi tu pun bergantung pada jenis penulisan tu juga
    kulanz recently posted..Bulan Tidak Mengelilingi KaabahMy Profile


    • Twitter:
      penggunaan bahasa yg sesuai perlu unt sesuatu genre penulisan, terbaik sesuaikan dengan jenis artikel yg hendak kita hasilkan
      enrti yg berunsur humor perlu sedikit humor didalam penyampaian, begitu jg dengan entri berunsur nasihat yg memerlukan penggunaan bahasa yg tetentu

  16. Baguslah admin ni.. Semua tentang blogger.. Suka aku baca…he3.. Thanks for the sharing info.. Bab penulisan aku memang fail, tulis macam rojak je…he3.. Masih dalam proses pembelajaran..
    Jai recently posted..Rebat Tol PLUS Cuti Hari Raya Dan MerdekaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.