Review Blog – Kelebihan dan Bagaimana Mendapatkan Review Yang Baik

Blogger

Artikel ini hanya akan membincangkan mengenai review blog dan apakah kelebihannya serta bagaimana hendak mendapatkan review blog yang baik. Habiskan artikel ini dan kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah.

Apa Sebenarnya Review

Persoalannya benarkan boleh “menjual” melalui review. Sebelum kebahagian utama, apa yang perlu anda tahu ialah review terbahagi kepada beberapa bentuk yang mungkin boleh dipecahkan kepada:

Review Produk

Sememangnya sesuai dengan konsep menjual kerana anda boleh memilih produk tetentu yang ingin anda promosikan. Apa yang perlu dilakukan ialah menghasilkan review ringkas dan sertakan link yang berkaitan ke produk tersebut. Selalunya review produk mempunyai affiliate link tetentu ke produk tersebut.

Review Website

Review website atau laman blog pula lebih kepada kepentingan SEO. Selalunya dalam setiap review, penulis akan letakkan beberapa link bersama anchor text berkaitan yang telahpun diberikan sebelum sesuatu artikel atau review dihasilkan.

Kedua-dua jenis review di atas mempunyai kepentingan yang tersendiri namun konsepnya tetap sama iaitu menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

Bagaimana Hendak Mendapatkan Review yang Baik

Sekiranya anda ingin mendapatkan review dari mana-mana blog, terdapat beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian, antaranya ialah;

Kenalpasti Blog Sasaran Anda

Perlu kenalpasti target sasaran anda, blog dan blogger niche sebagaimana yang perlu anda dekati perlu di ambil kira. Sekiranya anda hanya mempunyai blog yang mempunyai niche umum seperti blog ini, maka terbaik anda mendapatkan review dari blog yang mempunyai niche yang hampir sama dengan blog anda.

Apa yang perlu anda ingat ialah setiap review yang ingin anda dapatkan perlulah mengambilkira “hasil yang akan diperolehi” oleh anda setelah review dilakukan.

Tidak sesuai sekiranya anda mempunyai blog yang membicarakan tentang tips-tips penulisan blog untuk mendapatkan review dari blog berniche hiburan. Tidak mengatakan bahawa anda TIDAK BOLEH mendapatkan review dari blog sebegitu, namun fikirkan jenis pembaca dan trafik yang akan anda perolehi. Ini kerana pembaca blog hiburan selalunya hanya ingin mendapatkan maklumat dan informasi pantas mengenai dunia hiburan.

Dapatkan Review dari blog yang benar-benar tahu melakukan review.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah anda perlu mendapatkan review dari penulis yang benar tahu bagaimana hendak melakukan review. Penulis yang baik akan dapat menghasilkan review yang nampak natural dan tidak menganggu minat pembaca untuk membaca.

Penulis review yang baik juga dapat menarik minat pembacanya untuk turut sama berkongsi pendapat, mencipta perbualan dan berkongsi idea mengenai “topi” yang di review.

Berikan Maklumat Tepat

Sekiranya anda ingin mendapatkan review, maka sebolehnya anda memberi sedikit maklumat yang dapat membantu blogger memberikan review yang tepat mengenai anda, produk anda, servis anda dan apa jua yang ingin anda dapatkan review. Sebagai contoh anda ingin mendapatkan review website, maka anda boleh memberi maklumat ringkas mengenai website anda, siapa anda, apa niche dan kategori blog anda. Supaya blogger yang memberi review mendapat maklumat asas mengenai laman web anda.

Gunakan Anchor Text Yang Anda Ingin Cuba Rankkan

Review selalunya berkaitan dengan backlink, dan apabila berkaitan dengan backlink anda perlu fikirkan penggunaan anchor text atau keywords yang anda cuba rankkan melalui review tersebut. Terbaik anda mempunyai set keywords yang anda cuba terget atau rankkan untuk digunakan di dalam review tersebut.

Tipsnya: Cuba rankkan taget keywords yang anda cuba tonjolkan dalam review tersebut, sama ada produk, servis atau hanya link ke website anda.

Jadi senang untuk blogger tersebut meletakkan keywords tetentu dalam reviewnya. Ingat anda perlu memilih keywords yang tepat, tambahan pula selepas era Google Panda dan Penguin. Jadi sekiranya anda mempunyai blog yang membicarakan mengenai tips blogging atau tips penulisan blog, maka terbaik anda menggunakan keywords yang mempunyai kaitan dengan keywords tersebut.

Kepentingan dan Kelebihan Mendapatkan Review

Backlink

Untuk mendapatkan backlink dari sesebuah website yang lain kadang kala satu tugas yang sukar jika tidak kena cara anda melakukannya. Anda boleh mendapatkan backlink dengan mudah sekiranya anda mendapatkan review dari blogger lain. Jadi pilihlah blog yang mempunyai autoriti, pagerank yang baik dan mempunyai komuniti pembacanya yang tersendiri sebelum anda mendapatkan review.

Tips: Gunakan tool seperti MozRank untuk mendapatkan informasi mengenai kekuatan sesebuah laman web atau blog. Jika blog mempunyai MozRank melebihi 5 ke atas maka anda boleh mendapatkan review dari blog tersebut, walaupun PageRanknya rendah.

Trafik dan Jualan

Review yang baik sebenarnya boleh meningkatkan trafik dan juga jualan sekiranya website anda menjual sesuatu produk atau servis.

Branding dan Promosi

Hampiri blogger yang mempunyai komuniti pembaca yang tersendiri dan cuba dapatkan khidmat review darinya. Berkemungkinan besar blogger tersebut akan dapat memperkenalkan dan mempromosikan blog anda, produk anda dan juga servis anda melalui review yang dilakukan.Ianya merupakan salah satu cara penjenamaan yang bagus sekiranya anda masih lagi tercari-cari cara yang berkesan untuk melakukannya.

Membina Hubungan

Review merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menjalinkan hubungan dengan blogger lain. Minta bantuan rakan blogger anda untuk review blog anda, produk anda atau perniagaan anda. Berikan sedikit imbuhan yang sesuai dengan usahanya melakukan review. Jika kena cara anda lakukan, anda sebenarnya telah berjaya membina hubungan baru dengan blogger lain. Rasanya hubungan yang terjalin akan memudahkan anda bekerjasama dengan blogger tersebut untuk projek terbaru anda.

Jadi Bagaimana Anda Menulis Review

Bagaimana anda menulis sesuatu review terpulang kepada anda, penyampaian dan bagaimana anda menggayakan review tersebut bergantung kepada anda. Terbaik buat cara anda, review secara jujur, elakkan berlebih-lebihan dan usah mencipta sesuatu yang tiada hanya kerana anda diberikan ganjaran.

Ini kerana pembaca dan pelanggan anda akan lebih mengingati apa yang anda lakukan secara jujur. Sebagai contoh saya telah mendapatkan khidmat review dari saudara Titan sebanyak 2 kali dan berpuas hati dengan apa yang beliau lakukan. Walaupun penyampaianya agak santai, tetapi beliau benar-benar tahu bagaimana hendak melakukan review. Review yang ikhlas dan tidak pula berlebihan walaupun beliau boleh melakukan demikian.

Saya cadangkan anda dapatkan review dari saudara Titan, hanya RM30, namun rasanya berbaloi.

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan sedikit tips untuk anda Review Blog – Kelebihan dan Bagaimana Mendapatkan Review Yang Baik. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Review Blog – Kelebihan dan Bagaimana Mendapatkan Review Yang Baik – kongsi sedikit cara anda.

Comments

  1. says

    memanglah tak dinafikan semua tu memang menyumbang kepada kredibiliti dan juga backlink blog tu juga..tu sebab kekadang satu review tu bleh mencecah ratusan ringgit..rasanya ribuan pun ada :D

  2. says

    Hari tu ada tengok kat blog mana, yoast tak silap, review website beribu juga. Tapi itu memang betul-betul review. Review kod, SEO. Saya pun nak juga try kena review ni, tapi biarlah tunggu saya siap edit blog, puas hati dan tak tahu apa lagi yang perlu di perbaiki baru la cuba minta orang lain review.

  3. says

    Menarik artikel yang dikongsi saudara Neu. ;)

    Agaknya, bilakah blog saya akan di-review saudara Neu ya. ;)

    Moga Allah permudahkan urusan saudara me-review blog saya. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>