bagaimana menyemai tabiat menulis blog

Bagaimana Menyemai Tabiat Menulis Blog

In Blog, Siri Penulisan Blog by neu30 Comments

Tabiat Menulis Blog atau Minat Menulis Blog? Sekiranya blogging merupakan suatu perniagaan maka anda perlu memberikan 100% perhatian kepada perniagaan tersebut. Blogging memerlukan komitmen anda, blogging memerlukan anda serius, blogging memerlukan kesabaran dan sudah semestinya memerlukan minat. Saya berani mengatakan itu antara asas untuk membina blog yang baik. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Cuba anda bayangkan kita mengetepikan keempat-empat nilai tersebut dalam kehidupan seharian kita – terumbang-ambing atau tidak.

Untuk menghasilkan blog yang baik anda tidak boleh cepat mengalah, cepat hilang minat atau cepat berputus asa. Mengalah kerana tiada pelawat ke blog anda, burn out kerana minat sudah hilang atau berputus asa disebabkan anda tidak memperolehi hasil dari blog anda. Jadi untuk memastikan anda tidak cepat mengalah dan putus asa untuk menulis anda perlu menanam minat untuk menulis menjadi tabiat anda.

Mengapa Perlu Menyemai Tabiat Untuk Menulis Blog.

Untuk menjadi blogger yang baik atau penulis yang baik bukan mudah dan ianya bukan kejayaan yang boleh dicapai dalam satu malam dan bukan kerja mudah yang dapat dilakukan seharian – indah kalau boleh dilakukan dalam satu malam sahaja. Sebenarnya, setiap individu mempunyai laluan yang berbeza untuk berjaya dalam dunia blog, sama ada berjaya secara pantas atau sebaliknya. Ramai mengatakan untuk berjaya dalam dunia blog dan penulisan anda memerlukan bakat serta talent atau perlu mempunyai idea untuk “menjual”. Bagi saya bakat atau talent merupakan nilai tambah untuk lebih berjaya, apa yang penting ialah minat mendalam dan anda bersedia untuk berjaya.

Berkemungkinan ada yang tidak bersetuju dengan saya, mungkin ada yang akan menjawab aku menulis hanya untuk suka-suka. Walaupun anda menulis hanya untuk suka-suka atau hanya untuk mengisi masa lapang, sekiranya anda tidak selitkan sedikit nilai yang saya sebutkan di atas maka mustahil untuk anda menghabiskan artikel anda. Bagi saya banyak bezanya “suka menulis” dengan “suka-suka menulis”, apa pun terserah kepada anda.

Minat + Usaha + Sabar

Percaya atau tidak banyak blog dari luar berjaya disebabkan mereka mempunyai minat yang mendalam untuk menulis serta berkongsi kepakaran mereka, mereka telah menyemai minat serta tabiat untuk menulis menjadi sebahagian dari aktiviti harian mereka. Oleh itu mereka telah melakukan sedikit pengorbanan kecil untuk membina blog mereka. Blog yang terkenal seperti problogger, Chris Brogan, CopyBlogger dan sebagainya berjaya membina kredibiliti dan menjenamakan blog mereka dengan tabiat suka menulis. Tidak percaya sila anda baca tentang kejayaan problogger, dari awal penglibatan beliau sebagai penulis – mungkin boleh menjadi sumber inspirasi anda.

Manakala untuk berjaya juga anda perlu melakukan sedikit pengorbanan. Pengorbanan tidak semestinya melibatkan wang ringgit tetapi lebih kepada pengorbanan anda untuk mencipta blog yang baik dan dapat diterima oleh kebanyakan pembaca. Oleh itu, bagaimana hendak menyemai tabiat menulis blog. Terdapat pelbagai cara untuk melakukannya, namun apa yang paling penting ialah ianya dapat di bina melalui proses pengulangan dan pembelajaran berterusan. Ini merupakan kunci utama untuk menyemai tabiat menulis blog. Suka atau tidak anda kepada sesuatu perkara sekiranya dilakukan secara berterusan dan berulangan maka aktiviti tersebut akan menjadi tabiat anda.

tabiat menulis blog

Tabiat Menulis Blog

Biasakan Diri Anda Dengan Membaca Blog
Salah satu cara untuk menyemai tabiat menulis blog ialah dengan membiasakan diri anda membaca blog, selesakan diri anda dipersekitaran blog tersebut dan cuba bacaan baru setiap hari bersesuaian dengan minat anda. Jadikan inspirasi bagaimana sesebuah blog berjaya, bagaimana kandungannya di tulis dan apa cerita disebalik blog tersebut yang boleh membuatkan ia berjaya. Dengan membiasakan diri anda di persekitaran blog tidak mustahil anda tidak boleh menulis dengan baik dan lama kelamaan dunia blogging akan menjadi sebati dengan anda.

Terbaik yang saya boleh kongsikan di sini ialah cuba anda menjadi pembaca blog anda sendiri, baca blog serta artikel yang anda tulis dari sudut bacaan orang ketiga atau sebagai pelawat. Bagaimana tulisan anda, gaya penulisan blog anda, susunan isi dan sebagainya – cuba anda buat sedikit analisa untuk pembaikan. Pernah anda baca blog anda sendiri dari sudut bacaan orang ketiga.

Berapa banyak blog anda lawat dan baca dalam sehari, ada benda baru yang anda pelajari, atau anda hanya lawat blog tersebut semata-mata ingin meninggalkan komen atau untuk membina backlink sahaja. Selain dari blog berbahasa Melayu ada tak blog dari luar negara yang anda baca, komen dan berinteraksi dengan penulisnya. Bagaimana pula anda memberi blog komen, approve atau tidak komen tersebut?Β  Tinggalkan persoalan ini untuk anda. Sebenarnya ada sebab mengapa anda perlu komen di blog yang mempunyai niche yang berbeza dari blog anda.

Tentukan Kekerapan Menulis
Apa yang dimaksudkan disini ialah anda perlu tetapkan kekerapan anda menulis. Sesuatu perkara yang dilakukan secara kerap dan berulangan akan menjadi sebahagian dari rutin seharian kita. Sekiranya anda kerap menulis adalah tidak mustahil anda dapat menyemai tabiat menulis dalam diri anda. Tidak semestinya anda perlu update blog anda dengan bahan baru setiap hari, terbaik setkan sebahagian dari masa terluang anda setiap hari untuk menghasilkan sesebuah artikel yang berkualiti. Berapa lama anda siapkan terpulang kepada masa yang anda bahagikan untuk menulis.

Sebagai penulis baru, saya banyak menulis di sebelah malam, mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sesebuah artikel. Jadi bagaimana anda menentukan kekerapan menulis anda, ada tips untuk dikongsikan, mungkin juga anda mempunyai jadual penulisan tersendiri. Terserah kepada anda menentukannya.

Bermula Dengan Artikel Yang Ringkas
Sekiranya blog anda masih baru dan anda juga masih tercari-cari rentak untuk menulis maka anda boleh cuba untuk menulis artikel yang ringkas dahulu. Selepas itu baru baru mencuba gaya penulisan baru, hasilkan artikel yang lebih berkualiti dari sebelumnya sehinggalah anda temui rentak penulisan anda sendiri. Tidak perlu untuk anda berasa excited untuk menulis. Kadang-kadang bermula dengan langkah kecil boleh membawa kejayaan yang tidak disangka-sangka kepada sesebuah blog.

Sebenarnya saya tidak pandai menulis dengan ringkas, namun saya cuba juga – jadi hasilnya artikel 101 Alasan Mengapa Anda Perlu Menulis Blog saya hasilkan. Mungkin menulis secara berbunga-bunga sewaktu menyiapkan karangan Cikgu Bakar (sekolah menengah) terbawa-bawa ke penulisan blog. Dengan ayat yang berbunga-bunga, sedikit sexy blog ini.

Bermain Sedikit Dengan Statistik dan Angka
Saya tidak maksudkan blog statistik (jumlah pelawat atau pageview) di sini namun dari sudut pencapaian blog anda berdasarkan aktiviti yang anda lakukan dengan blog anda. Statistik dan angka di sini ialah cuba anda track progress blog anda bedasarkan aktiviti yang anda lakukan seharian. Jumlah komen dan pelawat yang anda terima sekiranya anda menghasilkan artikel baru dengan jumlah pelawat sekiranya anda tidak menghasilkan artikel baru. Jadi anda boleh mengetahui apa yang menarik minat pembaca dan pelawat ke blog anda.

Untuk pengetahuan anda, saya selalu memerhatikan statistik dan angka blog ini untuk pembangunan blog ini. Walaupun ada yang tidak bersetuju tetapi anda boleh lakukan sekiranya untuk pembangunan blog anda.

Motivasi Anda Menulis
Mustahil untuk anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi sekiranya anda tidak selitkan dengan minat dan motivasi dalam bidang tersebut. Begitu juga dalam bidang penulisan blog. Tanya diri anda mengapa anda menulis blog. Untuk kepuasan, untuk menjadi terkenal atau untuk menjana pendapatan. Walau apa jawapan yang anda berikan jadikan ia sebagai motivasi anda untuk terus menulis.

Tetapkan Matlamat
Sekiranya anda menetapkan matlamat dengan mudah anda boleh fokus dan dimotivasikan oleh matlamat tersebut. Sekiranya anda mempunyai matlamat untuk menjadikan blog anda sebagai sumber rujukan bagi blogger baru dengan menyedia pelbagai artikel yang berkaitan dengan tips untuk menulis blog, maka anda perlu tetapkan matlamat ke arah itu. Dengan adanya matlamat anda akan cuba untuk menulis dengan lebih baik agar maklumat, tips blog atau apa jua informasi yang anda ingin sampaikan dapat di terima dengan baik oleh pembaca. Apa matlamat anda menulis blog – menjadi kaya, menjadi terkenal, menjadi yang terbaik atau hanya untuk memuaskan hati anda. Ada jawapan kongsikan dengan saya di ruangan komen.

Matlamat blog ini – Saya tidak mahu menjadi yang terbaik dalam negara kerana sudah ramai blog terbaik di luar sana, cukup aku menjadi terbaik untuk diri aku. Tetapi suatu bonus sekiranya aku boleh mengangkat blog ini menjadi sebuah blog yang menjadi sumber rujukan rakan dan teman terdekat.

Fokus
Untuk mengadaptasikan sesuatu perkara baru menjadi habit dan tabiat tidak susah sekiranya anda fokus dalam perkara tersebut. Dahulu saya merasakan terlalu sukar untuk membahagikan masa untuk menulis, keluarga, kerja dan pelbagai lagi – namun ianya berjaya di atasi dengan sedikit fokus. Sekiranya anda menulis, jangan sesekali amalkan tabiat multi-task, kurangkan aktiviti online anda yang lain semasa sedang anda menghasilkan artikel. Beri perhatian sepenuhnya untuk anda menghasilkan artikel yang baik dalam setiap penulisan anda.

Elakkan Perkara yang Boleh Menggangu Anda
Berkait rapat dengan point di atas, sedikit gangguuan sebenarnya boleh mengganggu tumpuan anda untuk menulis blog. Gangguan boleh menyebabkan idea anda hilang, apa yang hendak anda sampaikan terganggu dan sebagainya. Sebolehnya anda cuba elakkan semasa menulis artikel perkara seperti berikut – cek email, chatting, Facebook atau TV sehinggalah anda selesai menghasilkan artikel tersebut.

Jadikan Menulis Sebagai Satu Perkara Yang Mengembirakan Anda
Sebaiknya anda menjadikan aktiviti penulisan dan blogging suatu aktiviti yang mengembirakan. Anda perlu enjoy dalam menghasilkan sesebuah artikel.

Bagaimana Menyemai Tabiat Menulis Blog – Kata Anda

Apa pun yang mendorong anda untuk menulis blog anda perlu mempunyai minat dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan sesebuah blog yang berkualiti dan di senangi pembaca. Konsep blog anda perlu di ambil kira, apa fokus anda di sebalik penulisan tersebut dan sebagainya mungkin menjadi faktor penentu bagaimana anda menulis.

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai Bagaimana Menyemai Tabiat Menulis Blog. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagaimana andaΒ Menyemai Tabiat Menulis Blog.

Kepada rakan-rakan yang selalu melawat blog ini tentu anda notice saya telah telah meletakkan Google+ profile saya dibahagian footer blog ini, manakala Twitter profile saya di bahagian author box. Boleh add saya di kedua-dua rangkaian tersebut, teringin juga hendak mengikuti aktiviti Google+ dan membaca tweets anda.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

    1. Author

      baca blog sendiri bkn sbb syok sendiri, just unt pembangunan blog – kalau unt SS lain cerita pula

  1. setuju dgn bro, cuma ada sesetgh bg part time blogger adalah kekangan masa bersama blognya..:)
    itu la yang saya sedang hadapi hihihi…
    wrizuan.net recently posted…Blogger Double SMy Profile

        1. Author

          yup WR, aku mana dgn niaga lg, kerja lagi, ada blog lg – hahahha gila nak syok sendiri kot

  2. sama bro aku waktu sibuk mmg busy sgt2 tpi bila lapang mmg aku pulun hihii..:)
    insyallah ada latu rezeki nanti hihihi..:)
    wrizuan.net recently posted…Blogger Double SMy Profile

  3. Jadi semangat pulak bila dah baca artikel ni.
    Jadi berkobar2 nak tulis artikel tanpa henti. πŸ˜‰
    BTW very nice entry so far yg sy baca,
    Susunan ayat yg jelas dan mempunyai point.
    Overall mmg terbaik !

    p/s antara blog yg sgt kemas dan theme yg cantik
    nizamghazi recently posted…Cabaran Blogger | Satu Hari di Hari RayaMy Profile

    1. Author

      ni lah bila dah ada masa πŸ™‚ artikel yg panjang begini kena buat bersiri, kalau tak amik 2 minggu nak diabiskan

  4. okay.berjaya baca sampai habis tanpa gigit kuku.haha btw nice sharing.and yes,benda ni kena ada latihan.kena kerap menulis barulah dapat sentuhan terbaik sesuai dengan diri sendiri.problogger pun bukan dapat semua tu dalam satu malam.so tak payah risau sangatlah ho3
    izwannizam recently posted…Tip Jimat Untuk Blogger Mencuba WordPressMy Profile

    1. kalau bab percaturan ayat ni aku suka blog ko izwannizam.cara penyampaian ko memang menarik minat aku.entri yang paling best tu entri berkenaan dengan hutang tu.ko sampaikan dengan analoginya sekali.terbaik bagi aku πŸ˜€
      Pacifista recently posted…Contest: Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

  5. Biarlah penulisan kita teruk pada mulanya, at least kita belajar cara menulis dengan baik secara perl;ahan2.. πŸ™‚

    1. Author

      sbg blogger kita semua dlm proses pembelajaran, tiada yg terus pandai menulis blog πŸ™‚ –
      TQ sbb singgah

    1. Author

      sebaiknya begitu, ambil balik mood unt menulis – saya mempunyai masalah kekangan masa, jadi sukar unt update blog secara tetap

  6. Kalau ikutkan mahu menulis lebih kerap tapi kesuntukkan masa. Biasanya entri yang saya tulis adalah yang segar. Saya memang tidak menyimpan draf. Blog bukan aktiviti sepenuh masa. Saya menulis blog kerana mahu menajam fikiran supaya ligat berfikir dan terapi untuk mengurangkan tekanan kerja πŸ™‚ Kalau meraih sesuatu darinya saya anggapkan bonus.

    1. Author

      terbaik begitu bro, kalau dengan menulis boleh menghasilkan sesuatu terbaik kita anggap sbg bonus

      p/s draf penting jg sekiranya kita jenis yg menangguhkan kerja, maklum lah ada real life jg πŸ™

  7. Pingback: Kepentingan Matlamat Blog

Leave a Comment

CommentLuv badge