Jana Pendapatan Melalui Blog

Bagaimana Saya Buat Duit Dengan Blog

In Blog, Tips Affiliate by zeo17 Comments

Bagaimana Menghasilkan Pendapatan Dalam Dunia Maya Secara Konsisten?

Itu antara komen dan pertanyaan dari Akubiomed. Komen yang sama juga dari OnLajer.

Pendapatan dari Blogging

Jawapannya: cara blogger menghasilkan pendapatan adalah BERBEZA.

Berbeza dari segi cara, berbeza dari segi kepelbagaian blog dan berbeza dari segi pendekatan.

Saya mengatakan berbeza juga disebabkan cara saya menghasilkan pendapatan dan cara saya buat duit dari blog MUNGKIN tidak SAMA dengan ANDA.

MENGAPA TIDAK SAMA

  1. Tidak akan cuba buat duit dari blog baru.
  2. Tiada iklan dari syarikat pengiklanan tempatan.
  3. Promosi program affiliate tetentu, tetapi bukan “tangkap muat” kesemua program affiliate di pasaran.
  4. Bentuk satu blog niche namun hanya monetize dengan program yang sesuai dengan niche blog tersebut.
  5. Beri juga servis, usah terlalu bergantung dengan satu sumber. Kepelbagaian dalam pendapatan blog satu yang perlu.

BAGAIMANA PULA HENDAK MENGHASILKAN PENDAPATAN SECARA KONSISTEN

Hanya sedikit hendak dikongsikan, antaranya ialah;

BINA BLOG YANG BAIK

Bina blog yang baik “di mata pengiklan”. Fikirkan kandungan, kategori, SEO sehinggalah ke pemilihan theme yang baik. Yang boleh “di jual” kepada pengiklan. Ingat blogger tidak menjual produk tetapi lebih kepada menjual blognya. Fikirkan yang terbaik untuk anda dan pengiklan.

BINA BLOG YANG ADA KEKUATAN TETENTU

Bina blog yang mempunyai kekuatan tentu. Sama ada baik pagerank, baik alexa rank, bagus kedudukan SEOnya dan kekuatan lain yang berkaitan. Punyai blog yang mempunyai gabungan perkara di atas merupakan bonus. Pengiklan melihat kesemua perkara di atas untuk mengiklan dengan anda.

PERLU BLOG LAIN SEBAGAI SOKONGAN

Bina blog lain sebagai sokongan, jadikan sebagai rangkaian blog anda. Untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama maka ini perlu. Tidak boleh terlalu bergantung kepada satu blog sahaja.

Ini kelebihan mempunyai beberapa blog sebagai sokongan, sudah tentu peluang menjana pendapatan boleh disebarkan ke blog lain. Bukan sahaja satu review, malahan 13 review serentak.

Buat Duit Dari Blog

SISTEM PENGIKLANAN MANA BERKESAN

Kaji sedikit sistem pengiklanan yang di sukai pengiklanan tempatan atau luar negara. Bina blog ke arah itu. Bukan bina blog untuk anda sahaja yang baca. Lakukan lebih sedikit dari itu, berikan “nilai” tetentu. Tidak nanti menjadi blogger syok sendiri. Jika menjana pendapatan secara konsisten merupakan target anda.

Tips kecil: Bina satu blog untuk menjana pendapatan dan satu blog untuk anda syok sendiri seperti blog Multees.

WUJUDKAN PELUANG PENGIKLANAN DI BLOG

Wujudkan peluang pengiklanan melalui blog anda. Sediakan laman khas yang menyatakan anda sedia menerima bayaran untuk melakukan sesuatu. Ini pentingnya laman khas advertising.

Jana Pendapatan Melalui Blog

CARI PELUANG PENGIKLANAN, JANGAN MALAS

Bijak mencari peluang pengiklanan melalui blog anda. Usah tunggu pengiklan datang, berani hampiri mereka. Email mereka menyatakan anda mempunyai blog yang baik dan sedang membuka peluang pengiklanan di blog anda.

Hantar email sebegini:

Pendapatan Dari Blog

HUBUNGAN BAIK DENGAN PIHAK KE 3

Wujudkan hubungan yang baik dengan “sumber” anda. Untuk pengetahuan, sumber utama pendapatan blog saya adalah melalui direct ad, iaitu melalui pengiklanan terus yang datang dari pihak ke-3. Jadi, cari sumber tersebut, wujudkan hubungan yang baik dengan mereka dan tawarkan sesuautu yang mereka tidak boleh tolak untuk terus datang mengiklan dengan anda.

Jika kena gayanya, setiap bulan anda akan mendapat email sebegini dari individu yang sama:
Buat Duit Dari Blog

TIDAK SEMUA BLOG SESUAI UNTUK AFFILIATE

Blog personal tidak sesuai untuk kesemua program affiliate. Ini khas untuk blogger yang menyukai program affiliate, ya, tidak semua blog sesuai dengan program affiliate, jadi sekiranya anda menginginkan pendapatan secara konsisten dengan blog anda. Maka wujudkan blog khas yang anda boleh bercerita hanya tentang affiliate.

Contoh, sekiranya program affiliate berkaitan kerjaya merupakan target anda, maka wujudkan blog khas tentang kerjaya. Muatkan kesemua program affiliate kerjaya yang berkaitan, lakukan promosi. Tidak mustahil ada hasilnya.

Buat Duit Dari Blog

Untuk makluman, Multees juga mempunyai 4 blog kerjaya yang berlainan. Yang dihasilkan khas untuk affiliate kerjaya sahaja.

BERIKAN JUGA SERVIS

Guna kelebihan lain yang ada, cuba beri servis berkaitan dengan blog. Servis juga merupakan salah satu punca pendapatan saya melalui blog.

BERANI MENCUBA YANG BARU

Laman jual beli Flippa merupakan antara laman yang anda boleh cuba untuk menghasilkan pendapatan. Melalui Flippa, saya telah menjual 2 blog utama. Jadi tiada yang mustahil jika anda benar-benar ingin menjana pendapatan dari blog.

Duit Dari Blog

PELBAGAI LAGI CARA

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara untuk buat duit dengan blog yang hanya menunggu anda. Ingat, jika anda hanya “mengikut” maka hasilnya akan hanya setimpal dengan usaha anda. Jadi, anda perlu buat lebih dari mengikut-ikut atau mencuba-cuba hasil dari peniruan dan perkongian rakan anda dalam ebook yang anda baca sahaja.

Anda perlu cuba sendiri, jadi persoalan bagaimana hendak buat duit dari blog akan berjaya anda selesaikan sendiri :).

BUAT DUIT DENGAN BLOG – CARA ANDA

Sudah dikonsikan sedikit bagaimana saya buat duit dengan blog. Jadi, bagaimana dengan anda? Kongsi sedikit jawapan anda di ruangan komen di bawah.

UPDATE: Daftar program terbaru dari Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) untuk belajar dengan lebih lanjut cara buat duit dari internet. Pendaftaran melalui link di bawah.

[+] http://jvsecurepay.com/access/61qc/24?camp_id=1244

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Masih jauh lagi. Kepelbagaian blog yang mempunyai niche belum ada lagi. Boleh dikatakan khidmat sokongan dari blog lain belum ada.

    Nampa bro sudah memasang strategi yang ampuh.

  2. Pingback: Blogging: Pencapaian Sepanjang 2013 dan Harapan Tahun 2014

Leave a Comment

CommentLuv badge