Berapa Banyak Pendapatan Yang SAYA Jana Dengan Blog?
Ini merupakan satu persoalan yang saya jarang cerita serta ungkapkan dan tidak pernah saya kongsikan secara nyata berapa banyak pendapatan saya telah jana dengan blog setiap bulan.
Bukan tidak mahu berkongsi, namun saya lebih suka kepada sikap merendah. Saya jenis yang suka membaca tanpa mengeluarkan komen. Lebih suka diam dari bercakap. Ini kerana saya risau jika saya bercakap ianya akan menjadi satu “hype” yang amat tidak digemari oleh saya.
Tetapi jika anda teman rapat saya mungkin anda akan mengetahui berapa setiap bulan saya jana dengan hanya menulis blog. Tinggal lagi mereka percaya atau tidak dengan cerita saya.
Kejayaan tidak datang dengan sendirinya dan menjana pendapatan dengan blog bukan sesuatu yang mudah. Bagi saya ia amat sukar tanpa pengorbanan – pengorbanan masa, wang, tenaga dan sebagainya. Anda perlu memberi 100% dalam tiap tindakan anda.
Bagi saya bukan senang untuk menjadi senang dan begitulah sebaliknya, tanpa pengorbanan dan kerja keras dari anda sendiri.
Berbalik kepada tajuk entri saya, Berapa Banyak Pendapatan Yang SAYA Jana Dengan Blog? Mungkin deretan ayat di bawah dapat menjawab dan memberi sedikit motivasi kepada rakan di luar sana untuk turut sama menghasilkan sesuatu dari blog.
Untuk pengetahuan semua….
Saya Sudah Menjana Pendapatan 5 Angka Dengan Blog
Alhamdulillah. Syukur. Amin
Ya saya sudah pun menjana pendapatan 5 angka dengan blog, itu berkat kerja keras saya selama ini. Satu pencapaian besar diri ini sepanjang memulakan langkah awal menceburkan diri sepenuh masa dalam bidang penulisan dan juga blog. Satu kejayaan yang tidak pernah saya fikirkan walaupun saya tahu ada cara untuk mendapatkan pendapatan sedemikian dengan hanya berblog.
Satu kejayaan bagi saya seorang suami, ayah dan juga rakan yang berjaya membuktikan bahawa blogging sememangnya dapat menghasilkan sesuatu, apabila kita benar-benar inginkannya.
Ia juga membuktikan yang kisah-kisah blogger luar negara menjana pendapatan 5-6 angka sebulan bukan satu omongan kosong. Bukan satu “hype”, dan bukan satu cerita dongeng. Ianya boleh dilakukan sekiranya anda tahu caranya dan saya telah berjaya mencapainya.
Saya berkongsi kejayaan saya menjana 5 angka dengan blog bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk mengatakan bahawa sememangnya blog boleh menjana wang jika dilakukan secara betul. Boleh dicapai sekiranya anda mempunyai perancangan, boleh dicapai sekiranya anda mempunyai kemahuan.
Mungkin kejayaan saya berkait rapat dengan perkara berikut…
Blogging Merupakan Perniagaan Saya (Kerjaya Saya)
Saya menganggap blog sebagai satu perniagaan dan blogging merupakan kerjaya saya, maka saya telah berikan 100% perhatian kepada “perniagaan” tersebut.
Blogging memerlukan komitmen anda, blogging memerlukan anda serius, blogging memerlukan kesabaran dan sudah semestinya memerlukan minat. Saya berani mengatakan itu antara asas untuk membina blog yang baik.
Tanpa minat dan kesabaran membina sesuatu blog (tidak mengira niche) maka blog anda tidak akan kemana. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Cuba anda bayangkan kita jika anda tiada minat dalam hidup, bagaimana rupa kehidupan seharian anda – terumbang-ambing atau tidak. Saya berpegang kepada konsep ini.
Sabar..sabar…sabar dan banyak bersabar
Akhir sekali anda perlu sabar, sabar dan sabar. Tidak kira dalam apa jua pekerjaan yang anda ceburi. Kejayaan tidak akan dapat di capai dalam satu malam, ianya bukan satu perkara mudah. Sukai apa yang anda lakukan walaupun anda hanya menulis blog.
Comments
benda kalau kita minat dan amek serius mmg mendatangkan hasil yg memberansangkan. nice entri bro.. boleh membakar yg lain utk berjaya..
fariq recently posted…Belajar WordPress Secara Offline
Twitter: wazy84
Setuju sangat-sangat,sabar dan tidak mudah putus asa menjadi pendorong untuk menjana pendapatan di blog
wazy recently posted…Seminar Buat Duit Dengan Blog
Minat dan kerja keras tak nafikan bro seorang yang berjaya. Tanniah.
akubiomed recently posted…Kenduri kahwin datang lagi
Twitter: tokputih
Tahniah bro 5 angka tu setiap bulan dan terima kasih berkongsi ilmunya
sabar, sabar, sabar dan usaha, usaha, usaha dan TAWAKKAL 🙂
auc recently posted…Hati Dah di Langkawi
Twitter: neulabs
Purata saya jana 4 angka setiap bulan bro – bulan ini rezeki melimpah sehinggakan berjaya jana lebih dari itu hanya melalui blog. Tidak termasuk hasil dari servis yang saya buat atau dari jualan produk.
betul ..kejayaan xakan datang bergolek..kene ade usaha yang luar biasa kalau nak hasilnya luar biasa..selebihnya kene bertawaakal kapada Allah.InsyaAllah jalan untuk berjaya itu ada…
afif recently posted…Permohonan Program Khas Mara Lepasan Spm 2012
Twitter: titaniumhijau
jadi, sila ajar gua buat duit dengan blog. gua masih tak pandai-pandai lagi nih..
titan recently posted…IRIS 2 – Not bad.
Twitter: neulabs
heh…patut aku minta petua dr affiliate hunter – ni tebalik
neu recently posted…Blog Hebat, Pemilik Dihormat – Letakkan Fokus Dalam 3 Tindakan Ini
Twitter: yusofkhaidir
macam mana nak buat duit dengan blogging ni ek??? sape plak yang nak baya kita punyer gaji??? mohon beri penjelasan dengan lebih terperinci. apa kelayakkan untuk buat duit dengan blogging ni???
Pingback: Blogging: Pencapaian Sepanjang 2013 dan Harapan Tahun 2014