Blog, Blogger, SEO dan WordPress

Blog, Blogger, SEO dan WordPress

In Blog, SEO by neu14 Comments

Blog, Blogger, SEO dan WordPress

SEO dan WordPress - Makan Masa

Apakah Blog? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan blog, Siapakah Blogger? Dunia blogging merupakan antara salah satu fenomena yang banyak merubah landskap penyampaian sesuatu maklumat dari penyampaian tradisional menggunakan media massa ke penyampaian maklumat yang lebih menyeluruh mengunakan internet.

Penyampaian maklumat seperti berita serta informasi semasa merupakan antara fungsi utama blog. Namun blog bukan setakat itu sahaja, blog kini telah menjadi madah perjuangan politik, pentas menyuarakan pendapat dan pelbagai lagi fungsi yang hanya dibataskan oleh kreativiti kita. Ada boleh fikirkan 101 alasan untuk anda menulis blog.

Blog merupakan ledakan teknologi maklumat, blog berevolusi, blog merentas budaya dan sempadan politik dengan blog anda boleh menjadi terkenal. Selagi dunia mempunyai capaian internet, selagi itu blog akan berevolusi. Blog tidak mempunyai sempadan hinggakan kebanyakan dari kita ingin memiliki sebuah blog.

Manakala blogger pula lebih ditakuti dari seorang Wartawan pada hari ini. Semuanya adalah disebabkan oleh kuasa Blog dan Blogger itu sendiri. Kuasa seorang Blogger – pembaca setia, penyokong, rangkaian network blogger dan pelbagai lagi faktor banyak memberi kelebihan kepada seorang blogger dari wartawan. Jadi anda seorang Blogger?

ANDA SEORANG BLOGGER

Blogger, penulis blog, pro blogger professional blogger atau otai blog (terma yang popular di Malaysia) jadi anda dalam kategori mana untuk melayakan anda dikenali sebagai seorang “blogger”. Tiada definisi yang tepat untuk mengatakan anda seorang blogger dan bukan seorang blogger. Namun sudah cukup sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di bawah;

Sebenar dengan hanya mempunyai blog dan anda mempunyai keupayaan untuk menulis sudah cukup untuk anda dikelaskan sebagai seorang blogger.

Namun secara umumnya berikut antara ciri-ciri seorang blogger yang mungkin menerangkan apa yang anda lakukan sekarang.

  1. Seseorang yang mempunyai blog dan menulis di waktu lapang serta berjaya menghasilkan sedikit pendapatan dari blog tersebut.
  2. Seseorang yang menulis hanya untuk mengisi masa lapang – tiada monetization tetapi hanya menulis disebabkan minat.
  3. Penulis sepenuh masa yang hanya menulis untuk sebagai sumber pendapat utama.
  4. Penulis “freelancer” yang berkemahiran menulis dan menulis untuk blog yang lain.

Jadi apa yang anda faham mengenai “blogger” dan adakah anda termasuk dalam senarai yang disebutkan di atas. Jika tidak apa kategori anda sebagai seorang blogger.

APAKAH BLOG – STATISTIK TERKINI PENGGUNA BLOG

WordPress Statistik

 

Angka di atas merupakan statistik terkini pengguna blog yang menggunakan WordPress.com sebagai platform penulisan. Tidak termasuk blog WordPress.org, Blogspot, Tumblr dan sebagainya. Secara puratanya 500 000 blog post dihasilkan sehari dengan lebih dari 400 000 komen keseluruhan. Angka tersebut menunjukkan betapa popularnya blog.

Blogger

Blogger - Tidak Personal

APAKAH BLOG – BLOG TIDAK SEMESTINYA BERSIFAT PERSONAL

Blog perlu lebih bersifat personal merupakan antara persepsi umum yang sebenarnya kurang tepat mengenai blog.

Persepsi sebegini timbul setelah blog dikaitkan dengan online diary dimana penulis blog boleh berkongsi pendapat, menulis kisah peribadi dan hal-hal yang berkaitan dengan diri penulis. Definisi sebegini mengenai blog telah memberi gambaran yang kurang tepat mengenai blog.

Sebenarnya definisi tersebut boleh disesuaikan dengan apa yang anda boleh lakukan dengan sebuah blog atau pun dengan lebih tepat fungsi sebuah blog. Melalui blog anda boleh menulis sesuatu yang bersifat personal, anda boleh menulis kisah hidup anda dan dengan blog juga anda boleh berkongsi pandangan dengan rakan anda yang lain. Namun untuk mendefinisikan blog sebagai sesuatu yang bersifat personal perlu dikikis.

Kini blog merupakan antara medium komunikasi yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat, blog boleh digunakan untuk melakukan pelbagai perkara. Ambil contoh, banyak syarikat multinational menggunakan blog untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.Media cetak seperti akhbar dan majalah mempunyai ruangan blog khas yang diwujudkan sebagai rangkaian penyampaian alternatif mereka. Manakala individu professional pula menggunakan blog untuk berkongi kepakaran mereka.

Blog ini juga digunakan oleh saya untuk menawarkan servis SEO Malaysia, bukan hanya untuk berkongsi maklumat serta informasi dengan anda. Banyak bukan fungsi blog, jadi apakah yang dimaksudkan dengan blog.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BLOG

Sebenarnya tiada definisi tepat mengenai blog atau apakah blog. Namun blog secara asasnya boleh didefinisikan sebagai sebuah laman web sepertimana sebuah forum atau laman sosial dengan keupayaan untuk menyampaikan maklumat secara pantas. Dengan mengambil kira aspek teknikal bagaimana sesebuah blog berfungsi (tidak mengambil kira kandungan blog tersebut) pula blog boleh dikatakan sebagai;

  • kandungan disiarkan secara kronologi (masa dan tarikh tertentu)
  • kandungan boleh dikemaskini
  • interaksi berlaku antara penulis dan pembaca – ruangan komen
  • interaksi berlaku antara penulis dan penulis – trakbacks serta link
  • syndikasi kandungan melalui RSS feed

Diatas merupakan perkara asas yang dimiliki oleh sesebuah blog tidak kira sama ada menggunakan platform WordPress, Blogspot, Tumblr, Posterous dan sebagainya.

BLOG – DEFINISI ANDA

Seperti yang telah yang jelaskan di awal penerangan, blog merupakan suatu fenomena dan blog akan sentiasa berevolusi. Perlu diingatkan bahawa evolusi akan berlaku secara perlahan-lahan mengikut perubahan masa dan kesesuaian. Maka untuk memberi definisi yang tepat adalah amat sukar.

Definisi atau penerangan dalam artikel ini merupakan pendapat peribadi saya, huraian dan maklumat yang sampaikan tentang apakah blog merupakan kupasan peribadi. Mungkin dipersetujui oleh sesetengah pihak dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini.

Kembali kepada anda, apakah yang anda maksudkan dengan blog dan apakah definisi anda. Teringin untuk mendengarnya. Apakah Blog – berdasarkan pandangan anda.

BLOG DAN WORDPRESS

Bercakap mengenai blog tidak lengkap rasanya jika tidak menyentuh mengenai WordPress sebagai platform penulisan blog yang terbaik dan berupaya melaksanakan pelbagai perkara kreatif yang boleh difikirkan oleh anda. WordPress sesuai untuk dijadikan jurnal peribadi, photoblog, online store, portfolio dan sebagainya.

Blogger jenis manakah anda?

SEO DAN WORDPRESS

Apabila bercakap mengenai SEO dan WordPress – WordPress merupakan yang terbaik dari segi fungsi SEO dan keupayaan blog yang di jana oleh WordPress untuk mendominasi enjin carian adalah tidak terbatas.

Dari segi fungsi dan features anda boleh mengoptimasikan laman blog anda untuk enjin carian sama ada melalui optimasi on-page entri yang dihasilkan, optimasi pages, kategori dan juga tags untuk membolehkan enjin carian crawl laman anda. Dengan WordPress anda boleh tentukan bagaimana enjin carian mengindex blog anda – cuba semak bagaimana hendak menggunakan nofollow atau dofollow untuk kebaikan blog anda.

SEO dan WordPress secara mudah boleh dioptimasikan dengan pelbagai cara sama ada menggunakan .htaccess, struktur permalink, robot.txt, sitemap, pinging serta blogroll. Bukan itu sahaja dengan kewujudan pelbagai SEO Plugin untuk WordPress yang dihasilkan oleh pihak ketiga banyak membantu proses SEO WordPress.

Kepelbagaian themes serta plugin percuma atau bebayar banyak membantu anda sebagai seorang blogger – lakukan carian Plugin SEO untuk WordPress dan lihat hasilnya, terlalu banyak untuk disebutkan di sini.

Berikut antara plugin SEO untuk WordPress yang popular dan perlu di beri perhatian oleh untuk meningkatkan lagi keupayaan SEO blog anda. Antaranya ialah;

WordPress SEO dari Yoast

Merupakan salah satu dari plugin SEO WordPress terbaik untuk mana-mana blogger – anda boleh cuba plugin SEO ini sama ada anda blogger newbie atau advanced. Proses setting dan penggunaannya ada lebih mudah dari mana-mana plugin SEO yang dibangunkan. Saya menggunakan plugin ini untuk kerja-kerja SEO blog ini. Secara ringkasnya anda boleh menggunakan plugin SEO dari Yoast ini untuk mengoptimasikan setiap artikel yang dihasilkan dan juga blog anda.

HeadSpace 2 SEO

Mungkin sebahagian dari kita tidak menggunakan plugin HeadSpace 2 SEO disebabkan kesukaran untuk setting setiap option dan modul yang disediakan oleh plugin ini. Bermula dari Global setting ke Login Pages setting, setiap modul kategori perlu di beri perhatian oleh anda. Di sini sedikit tricky sekiranya anda tidak memberi perhatian dalam proses setting plugin HeadSpace 2 SEO.

All In One SEO Pack

Merupakan plugin SEO WordPress yang paling popular satu ketika. Saya pernah menggunakan plugin ini secara peribadi sebelum saya mencuba Yoast dan Headspace 2. Mungkin anda menggunakan plugin ini, kongsi pengalaman anda di bawah. Cuba lihat features All in One SEO Pack plugin, mungkin plugin ini sesuai untuk anda.

Untuk maklumat lengkap mengenai Plugin SEO WordPress terbaik, pastikan anda habiskan membaca entri sebelum ini.

SEO WordPress – SEO Anda Yang Perlu Laksanakan

SEO untuk WordPress merupakan proses perlaksanaan yang perlu anda lakukan secara berterusan sekiranya ingin melihat hasilnya. Walaupun anda memasang seberapa banyak Plugin SEO WordPress Terbaik, plugin tersebut tidak dapat membantu anda sekiranya anda tidak memainkan peranan utama. Terbaik cuba anda;

Struktur SEO Theme yang Baik – anda perlu memastikan blog anda menggunakan theme yang mempunyai struktur SEO yang baik. Atas pengalaman peribadi – saya pernak menggunakan theme yang cantik untuk mata memandang namun struktur SEO theme tersebut agak tidak baik sehingga setiap post yang saya hasilkan tidak di index.

Kualiti Kandungan – Pastikan apa yang anda hasilkan mempunyai kualiti. Terutamanya kandungan anda – jika anda berkongsi pastikan anda berkongsi sesuatu maklumat yang berguna, mendidik dan berinformasi.

Tulis Untuk Pembaca – Mengapa? Secara ringkasnya anda perlu ingat bahawa di penghujung hari, manusia, pelawat serta pembaca yang akan membaca dan menghargai kandungan blog yang anda hasilkan. Interaksi, reaksi, komen dan sebagainya bermain di persekitaran manusia. Ini merupakan kepentingan jangka panjang blog anda.

Kandungan, Links dan Tajuk Mengambarkan Kandungan – Ini yang terbaik anda perlu lakukan, sekiranya anda menulis tentang sesuatu perkara, pastikan Kandungan, Links dan Tajuk Mengambarkan Kandungan anda. Mengapa – cuba fikir sejenak bagaimana enjin carian berfungsi?

Blog, Blogger, SEO dan WordPress

Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Blog, Blogger, SEO dan WordPress, mungkin anda mempunyai pengalaman menggunakan WordPress lebih dari apa yang saya kongsikan di sini, kongsikan pendapat dan kata anda di ruangan komen.

Anda antara lelaki kacak sekiranya meninggalkan komen di sini…

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. wahh, panjang lebar dah huraian ni.. memang style penulisan Neu. Macam baca blog Ariff Shah pon ada 🙂 thanks info pasal SEO WordPress tu.. insyallah nanti nak cuba try kat blog sendiri

    1. Author

      paling penting cara setting – pakai yoast jg bole kurangkan pemakaian plugin lain sbb dgn Yoast mudah unt setup sitemap & bole submit ke google webmaster..yoast jg bole edit file htaccess & robot.txt..

  2. Salam saya nak tanya beza dan kelebihan antara blogspot dan wordpress, terutama utk kegunaan blog bisnes, mana yg lebih baik. Byk x faham ni, baru nak belajar:)

    1. Author

      maaf lewat reply – terbaik guna WordPress. Fungsi CMS WordPress terbaik untuk business @ corporate website

    1. Author

      blog onlajer dah bagus tu bro – kejap saja naik. penting usaha kita nak ke depan. itu penting

  3. Assalam..Saya Kak Anie yang baru mencuba dunia blogging..bermula dengan niat nak sharing ilmu yang diperolehi dari kelas kelas pengajian di Yayasan Restu ,Syah Alam. Rugi ilmu yang diperolehi disimpan dan guna sendiri.Juga untuk personal journel.Ilmu yang dapat ditopik ini sangat sangat berguna untuk newbie macam kak anie.Ini akan jadi bahan rujukan. syukran.
    kak Anie recently posted…Persahabatan Hingga ke JannahMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge