Blog Hebat, Pemilik Dihormat – Letakkan Fokus Dalam 3 Tindakan Ini

blog

Siapa yang tidak mahu memiliki blog yang menjadi perhatian orang ramai?

Kerana itu adalah tujuan blog dibina, iaitu bagi membenarkan para pembaca menilai karya-karya kita. Setelah mereka menilai, mereka akan membuat keputusan untuk terus setia bersama kita atau sebaliknya.

Baca juga: Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia

Persoalannya sekarang, apakah faktor kesetiaan pembaca terhadap sesebuah blog? Adakah kita perlu menjadi seorang selebriti? Atau menjadi pencetus kontroversi, kemudian terpaksa menahan tomahan demi tomahan daripada mereka?

Jawapan bagi soalan di atas adalah subjektif. Oleh sebab itu, setiap pemilik blog mempunyai sudut pandang yang berbeza. Namun dalam entri ini kita akan lihat sudut pandang daripada blog Studio Aksara (dot) com.

Sudut pandang ini adalah berdasarkan blog yang bukan sahaja terkenal di peringkat antarabangsa. Tetapi blog ini juga turut menjana pendapatan yang lumayan daripada pelbagai medium. Antaranya adalah pengiklanan, affiliate dan produk sendiri.

Apakah Fokus Mereka? – 3 Tindakan yang Menjadi Faktor Kejayaan

Kajian terhadap blog seperti Smart Passive Income yang menjana lebih $20,000 (RM60,000) setiap bulan menunjukkan, pemilik blog ini mendominasi 3 tindakan yang membawa mereka ke arah menjana pendapatan yang lumayan menerusi blog.

Terdapat 3 tindakan yang beliau amalkan, dan ia wajar ditiru oleh semua pembaca blog Studio Aksara (dot) com, bermula hari ini.

  1. Content adalah kuasa.
  2. Trafik adalah raja.
  3. Soalan adalah kunci emas.

TINDAKAN #1 – CONTENT ADALAH KUASA 

Nilai blog adalah berdasarkan ilmu yang dikongsi oleh pemiliknya. Semakin kreatif dan inovatif gaya fikir pemilik untuk mencorakkan blog, semakin tinggi nilai ilmu yang dikongsikan kepada pembaca. Oleh sebab itu, blog yang hebat dan mempunyai pengaruh yang ramai sentiasa mengamalkan tindakan pertama ini.

Fokus pada penghasilan entri yang berkualiti. Sebagai contoh, blog kita adalah medium perkongsian mengenai topik buat duit dengan blog. Cara untuk menjadi kreatif dan inovatif dalam penghasilan entri berkualiti adalah:

  • Menulis entri yang menerangkan proses (langkah demi langkah) bagaimana kita melakukannya.
  • Berkongsi sumber pendapatan kita menerusi statistik pendapatan setiap bulan.
  • Berkongsi strategi yang ingin kita implimentasikan untuk buat duit dengan blog. Kemudian kongsikan jurnal perjalanan kita melakukannya.

Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan entri blog, dapat menjenamakan diri kita dan meninggalkan para pesaing yang lain.

TINDAKAN #2 – TRAFIK (PROMOSI) ADALAH RAJA

Wujudkan pelan perancangan bagi membawa pelawat baru masuk ke dalam blog kita setiap hari. Pelawat yang ramai dapat meningkatkan lagi peluang untuk kita menjana pendapatan dengan blog.

Bagi meningkatkan pelawat, luangkan masa kita untuk melakukan aktiviti di bawah, sekurang-kurangkan 2 hingga 5 kali sehari:

  • Komen di blog orang lain.
  • Berkongsi ilmu di forum (gunakan fungsi signature).
  • Berkongsi ilmu di Facebook.

TINDAKAN #3 – SOALAN ADALAH KUNCI EMAS 

Sentiasa peka bagi memantau keperluan pembaca blog. Apabila mereka meninggalkan komen di blog, lihat sama ada terdapat soalan yang bermain di fikiran mereka atau tidak. Sekiranya ada, tulis satu entri khas bagi menjawab persoalan mereka.

Dengan cara ini, kita bukan sahaja akan dihormati. Malah para pembaca akan lihat diri kita sebagai pemerhati dan pendengar yang baik. Blog yang berpengaruh adalah blog yang hebat dalam penyampaian ilmu, dan pemiliknya sentiasa dihormati.

Comments

  1. Satu perkongsian yang amat menarik bro..
    Konten adalah power saya amat setuju sekali. Jia entri yang kosong siapa nak baca..betul tak?

    Trafik adalah raja…tu yag oenat tu…kena blogwalking selalu untuk memperomosi blog kita. Tapi itu asaskan…mahutak mahu kena buat ..hahahahaha

    Thanks for info.
    Salam kenal
    Hanif recently posted..Buffet Di Hatten Square MelakaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.