
me and my monkey
Blog yang mempunyai niche tetentu merupakan blog yang fokus kepada sesuatu topik penceritaan sahaja. Dengan kata yang lebih mudah, setiap topik yang dihasilkan dalam sesebuah blog berniche selalunya bekaitan antara satu sama lain dan kekal terhadap topik tersebut.
Sebagai contoh, seseorang blogger yang menulis mengenai tips blog atau tips SEO hanya akan kekal dan fokus kepada topik penceritaan yang mempunyai kaitan dengan niche tersebut. Walaupun beliau bercerita mengenai topik di luar kebiasaan, namun topik penceritaan akan tetap fokus terhadap topik tersebut.
Jika anda perhatikan kategori terbaru blog ini, saya telah wujudkan kategori LELAKI KACAK – tiada langsung perkaitan dengan kategori lain blog ini. Namun saya cuba kekalkan rentak penulisan dengan cuba kaitkan dengan topik-topik berkaitan dalam blog ini. Terbaik itu yang perlu dilakukan untuk mengekalkan rentak penulisan.
Ramai mengatakan blog yang mempunyai niche tetentu mudah untuk mengekalkan minat segolongan pembaca dan menarik minat pembaca baru. Benarkah begitu? Saya tinggalkan persoalan tersebut kepada anda, namun berikut antara langkah mudah untuk menghasilkan dan menulis blog berniche.
3 Langkah Menulis Blog Berniche
Pilih Topik Blog Yang Anda Minati
Blogger yang menulis blog berniche tetentu adalah blogger yang menulis mengenai sesuatu topik yang mempunyai segmen penceritaan yang kecil. Ini bermakna jika anda ingin menghasilkan sebuah blog berniche tertentu anda perlu mempunyai idea mengenai topik tersebut dan boleh mengeluarkan pendapat yang berkaitan dengan topik tersebut.
Pilih Topik Yang Boleh Anda Mahir dan Kuasai
Selalunya blogger yang mempunyai blog berniche adalah blogger yang sememangnya mahir di dalam bidang tersebut. Golongan ini merupakan pakar dalam bidang tersebut. Bagaimana pula anda yang bukan seorang pakar?
Namun jika anda bukan seorang pakar dalam sesuatu bidang, anda tetap boleh menghasilkan sebuah blog berniche. Semuanya bergantung kepada minat. Jika anda berminat mengenai sesuatu perkara, banyak membaca dan melakukan kajian terhadap topik tersebut, maka anda boleh menghasilkan sebuah blog berniche. Tidak semestinya anda perlu menjadi seorang pakar untuk menulis.
Pilih Topik Penceritaan Yang Kecil dan Kekal Fokus
Niche bermaksud fokus kepada sesuatu perkara. Ini membolehkan anda menghasilkan sebuah blog berniche yang baik apa yang boleh anda lakukan ialah. Pilih satu topik penceritaan yang kecil dan kekal bercerita mengenai topik tersebut.
Sebagai contoh, jika anda ingin memberi tips dalam bidang penulisan blog (penulisan blog, kategori yang agak besar) anda boleh mencuba niche yang lebih kecil iaitu “Penulisan Freelancer” dan sebagainya.
7 Sebab Anda Perlu Blog Berniche
- Persaingan antara blog yang wujud, anda perlu menghasilkan blog yang benar-benar boleh menarik perhatian pembaca. Jika tidak anda hanya menghasilkan sebuah lagi “Just Another WordPress Blog”.
- Pengisian kandungan lebih mudah – blog anda mempunyai niche tertentu, kategori anda spesifik maka pengisian kandungan blog anda akan lebih mudah. Penulisan anda akan lebih terarah kepada kategori serta topik pilihan anda.
- Penulisan anda akan lebih fokus.
- Kewujudan blog baru, anda blogger lama perlu maintain – sebagai seorang blogger untuk mengekalkan pembaca dan pelawat merupakan satu perkara yang agak sukar. Anda perlu memberi yang terbaik dalam setiap penyampaian anda. Namun jika blog anda mempunyai niche yang jelas maka tidak sukar untuk mengekalkan minat pembaca anda. Di sini bermainnya persoalan mengapa anda perlu menulis untuk pembaca.
- Kategori blog yang spesifik, anda boleh menjadi pakar dalam bidang tersebut.
- Niche dan kategori blog anda, sedikit sebanyak berkaitan dengan matlamat anda menulis blog.
- Jika anda memerlukan panduan dalam setiap aspek kehidupan, maka blog anda juga memerlukan panduan. Sebagai seorang penulis anda boleh meletakkan hala tuju blog anda dengan memberi panduan serta guideline bagaimana blog anda bergerak. Sekiranya blog anda mempunyai niche serta kategori khusus, anda sebenarnya telah memberi panduan kepada blog anda.
Blog Niche – Kata Anda
Saya mula menulis pada tahun 2007 – pelbagai blog telah saya baca dan mempunyai ramai rakan dari kalangan blogger. Pelbagai niche rakan blogger yang saya kenali (walaupun tidak rapat) telah saya baca, namun ramai yang gagal dan tidak dapatmengekalkan rentak penulisan blog berniche tetentu.
Masalah utama mungkin timbul dari kesukaran untuk mengekalkan pembaca, mendapatkan trafik dan menghasilkan pendapatan dari blog tersebut. Ada yang memberi tips penulisan blog namun selepas beberapa ketika rentak penulisan telah berubah – penulisannya telah bercampur aduk, pelbagai kategori pula telah diwujudkan. Poin utama saya ialah – sukar untuk menulis blog berniche dan kekal dengan niche tersebut.
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan tentang blog niche dan kepentingannya. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Blog Niche – Mengapa Anda Perlu Satu – kongsi sedikit kata anda.
[Artikel ini sebahagian dari Siri Artikel Penulisan Blog, pastikan anda baca artikel saya yang lepas jika anda belum sempat berbuat demikian. Kredit gambar - me and my monkey]
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013
Yup aku byk tgk blog niche tertentu hilang arah.Tagline dah cantik but….entri copypaste dari berita lak he3..
biasa la tu bro kering idea
Twitter: azuanrazi
Perkongsian yang menarik ni bro.. Tp aku sendiri tak pasti blog aku yg ni berniche kan apa.. hehe..
Kena pulak ada lagi pertambahan domain ni, lagi lah tak tahu nak letak dlm niche apa lak..
Hye Neo.
(niche blog aku) lebih kepada keunikan lain dari yang lain. So aku cuba lari dari konsep asal.
Blog ni aku dah tahu apa niche nya
BTW tak semua yang mampu menulis seperti ko
lama tak melawat blog ko mmg nampak kelainan pun blog ko skg
aku yang ada berpuluh ni..pening nak handle blog tu semua. kekadang, terlepas. banyak yang dah terkubur tanpa update. Nasib baiklah ada gak yang rajin datang..
untuk 2012 ni baru post aku yg ke 3 atau ke 4
biasa bila byk akan ada yg tertinggal
Pada awal membina blog perlu menetapkan Niche blog sebaik-baiknya. Macam blog saya adalah blog peribadi jadi saya mahu tidak mahu terikat dan kebebasan menulis.
saya susah nak buat blog niche tertentu sebab ikut mood juga. kadang-kadang nak cerita ini. kadang-kadang nak cerita itu. jadi itu la sebabnya tagline blog saya. perkongsian tanpa batasan.