Blog Sebagai Kerjaya

Blog Sebagai Bisnes Kerjaya

In Blog, Tips Affiliate by zeo41 Comments

Sewaktu mula menghasilkan blog tidak pernah terlintas di hati atau fikiran untuk saya meneruskan kerjaya ini sepenuh masa.

Apa yang pasti, blog juga bukan kerjaya pertama pilihan saya. Saya pernah melakukan pelbagai kerja. Sebelum secara serius terjun ke bidang ini.

Saya mula menghasilkan blog pada lewat 2007, dorongan untuk menulis amat kuat disebabkan saya melihat kejayaan beberapa individu lain yang berjaya menghasilkan pendapatan melalui blog.

Dalam hati merasakan golongan ini cukup hebat. Mereka punya kerjaya, yang hanya dilakukan dari rumah…

BLOG SEKADAR HOBI VS BLOG SEBAGAI KERJA

Blog Sebagai Kerjaya

Kebanyakan penulis dan blogger yang baru hendak bermula mengatakan mereka menulis bukan disebabkan duit.

Kebanyakan memberi alasan yang dorongan menulis adalah disebabkan hobi dan hanya ingin mengisi kelapangan.

Sematnya alasan ini membuatkan golongan ini tidak kisah sama ada blog mereka menghasilkan pendapatan atau tidak.

Persoalannya sekarang ialah..

Benarkah golongan yang mengatakan menulis sekadar hobi ini tidak kisah mereka berjaya menghasilkan pendapatan dari blog atau tidak?

Atau hanya “cakap penyedap hati” sahaja

Apa pun jawapanya, tinggalkan kepada anda persoalan ini.

BUAT DUIT DENGAN BLOG

Bagi saya tiada masalah jika anda hendak mengatakan anda menulis sekadar hobi, namun, WANG bukanlah musuh anda.

Oleh itu, jika berpeluang menghasilkan duit dan menjana pendapatan dari blog maka adalah lebih baik anda menggunakan kesempatan tersebut.

Ia merupakan strategi, lebih terkenal dengan strategi…

Serampang Dua Mata

Maknanya anda boleh sampaikan idea sambil menjana pendapatan.

BAGAIMANA MENJADIKAN BLOG SEBAGAI KERJAYA

Untuk menjadikan blog sebagai kerjaya maka anda perlu bijak mencorakkan hala tuju blog anda.  Sudah tentu ia memerlukan perhatian serius apabila anda ingin menjadikan sesuatu bidang yang “tidak pasti” arah tujuannya sebagai satu kerjaya tetap.

Arah tuju yang bagaimana diperlukan – adakah dengan menghasilkan pendapatan dari blog? adakah dengan menjadi terkenal dengan blog? adakah dengan mempunyai komuniti disekeliling anda?

Jadi arah tuju mana menjadi dorongan anda.

Kenali arah tuju tersebut dan tidak mustahil anda dapat menjadikan hobi penulisan sebagai alat menjana pendapatan.

BUKAN PERKARA SENANG

Menjadikan blog sebagai kerjaya bukanlah satu perkara senang. Ia pasti sukar jika tidak kena dengan caranya, tiada kesabaran dan cepat berputus asa.

Buat Duit Dengan Blog

Mustahil untuk menghasilkan pendapatan dari blog dengan hanya “menulis” perkara-perkara yang berkaitan dengan “dunia anda” tanpa memberi “nilai” kepada individu lain disekeliling anda.

Untuk menghasilkan pendapatan dari blog anda perlu melakukan lebih dari itu.

Paling utama ialah anda…

PERLU MENJADIKAN BLOG ANDA SEBAGAI SATU BISNES

Ini penting, jika anda menganggap blog anda sebagai satu perniagaan, maka tidak mustahil anda boleh menghasilkan pendapatan dari blog.

Ya, perniagaan selalunya menguntungkan. Tiada yang ingin menceburi perniagaan hanya untuk rugi.

Tidak ingin mengambil individu lain sebagai contoh, inilah apa yang saya lakukan sekarang. Saya menganggap kesemua blog saya sebagai satu perniagaan.

MODAL YANG DIPERLUKAN

Jika berniaga anda tentu mahukan yang terbaik untuk perniagaan anda – modal, untung, rugi, pekerja, pengiklanan dan sebagainya akan anda lakukan untuk menarik minat pembeli.

Modal akan anda keluarkan untuk menjana keuntungan perniagaan. Maka, jika anda ingin berjaya dengan blog anda, anda perlu menganggap ianya sebagai satu perniagaan.

Modal sebagai mana hendak dilaburkan ke atas Blog?

Cuba anda fikirkan, lihat blog sekeliling anda yang berjaya menghasilkan wang. Bagaimana rupa blog mereka. Tiada mentor, pandang blogger luar, bagaimana rupa blog mereka.

Kebanyakan berjaya menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan blog apabila mereka menganggap blog sebagai satu bisnes.

BUAT BETUL-BETUL!!!

Menjadikan blog sebagai bisnes dan kerjaya memerlukan usaha keras. Perlu dilakukan secara teliti, perlu ada sistem pengurusan yang baik dan perlu pengorbanan masa tenaga. Menukar rentak blog biasa ke perniagaan bukan usaha 1 hari.

Buat betul-betul maknanya percaya dengan apa yang dilakukan. Maju ke hadapan dan cari sistem memaksimakan pendapatan sebagai seorang blogger.

Paling utama, sebaik mana anda menjana pendapatan dengan blog. Anda sebagai seorang blogger perlu sediakan plan alternatif atau plan kecemasan. Tidak selamanya kudrat terdaya menulis 🙂

APA KATA ANDA?

Entri ini hanya ingin berkongsi-kongsi rasa dan pengalaman. Kepada yang serius dengan penulisan dan blogging ada sesuatu untuk anda di luar sana.

Sekarang apa kata anda? Gunakan sebaik mungkin ruangan komen di bawah untuk kongsikan pendapat anda.

p/s – Akhirnya dapat juga hasilkan entri pembuka tahun 2015…

Kredit image: ShutterStock

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Afiq

    Saya menulis blog untuk duit. Sebab dari awal kenal blog itulah yang saya cari. Dengan blog saya impikan pendapatan pasif. Denga blog saya impikan hartanah maya yang nilainya boleh setanding nilai hartanah semasa.

    Saya berminat untuk serius jadikan blog sebagai bisnes. Tahun ini permulaan saya 🙂
    Afiq recently posted…RANKED: Malaysia Best Blog 2015My Profile

  2. Anuar

    Saya menulis blog pada mulanya sekadar untuk berkongsi pengalaman saya sekeluarga ketika berada di Mukah Sarawak… Dalam masa yang sama mengharap juga sekiranya boleh buat side Income melalui blog…

    Syukur Alhamdulillah… Objektif pertama dah tercapai… Dan Objektif kedua dalam perjalanan menuju ke destinasinya… In Shaa Allah…
    Anuar recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  3. Ikhwan Fahmi
    Twitter:

    bukan satu perkara yang mudah untuk memulakan aktiviti blogging, perlu dapatkan panduan dan rujukan yang betul.

    Kalau tak ada perancangan pasti blog yang dibina akan bersawang dan terbiar begitu sahaja.

  4. Syahril Hafiz
    Twitter:

    Cantik…teringin nak komen sini jugak..haha
    Setuju sangat tu blog senang buat duit tapi bukan dalam masa singkat kalau tak berusaha lebih. Aku buat blog pun yang sekarang ni dah jadi medium bisnes kecilan secara online. Target orang ada duit ( sederhana ) memang banyak karenah jugak nak layan.. 😀

    Tahun ni nak try pulak buat duit dengan affliate dengan SEO method. Mailing list memang kelaut lah..huhu
    Syahril Hafiz recently posted…Rahsia Tarik Targeted Follower Di Instagram. Panduan Penting Untuk Berniaga OnlineMy Profile

  5. Danial Abdul Rahim
    Twitter:

    Ini namanya entri ‘geli-geli’.

    Hehehe. 🙂

    Suka-suka, itu lain dengan minat.

    Kalau minat mimpi pun tidur blog. Betul betul?

    Blog sekadar media untuk jana trafik.

    Kalau kita serius nak buat duit dengan blog, kena belajar ilmu sales funnel (atau rujuk blog Yaro Starak).

    Macam mana tu? Bergurulah dengan Tuan Zeo Unic.

    Sebab beliau dah generate 6 figure/year dengan blog. (Saya doakan tuan berjaya generate 7 figure/year dengan mudah)

    Dan berpengalaman luas. 🙂
    Danial Abdul Rahim recently posted…Eksperimen: Trafik Mencanak 259% Dalam 17 Hari Selepas Buang Tarikh Dalam Carian GoogleMy Profile

  6. AlamHati
    Twitter:

    Dari awal tulis blog niat nak buat duit.. Haha

    Tapi belum rezeki lagi nak capai 4-5 angka sebulan, benar buat blog bukan kerja satu hari apatahlagi bukan pandai sangat menulis with good content

    InsyaAllah..

    Tapi makin lama menulis makin seronok, walaupun idea tak selalu datang dan tak adalah dpt duit dari blog kaw-kaw lagi

  7. suhiminain

    mula-mula saya pun fikir macam tu, blogging ni sekadar suka-suka. akibatnya blog hidup segan mati tak mahu. Alhamdulillah, akhir tahun lepas saya mula buka mata. tapi sya masih belum bermula, buat masa ini berminat menjadi commenter tegar. hehe… slow2 sedang develop themes wordpress sendiri, walaupun blum ada hosting. hehe 🙂
    suhiminain recently posted…[E-Book] Panduan Beli Domain Serendah RM5.99*My Profile

  8. atie hilmi

    saya selalu kering idea kalau nak buat entry.. puas gak la kerah.. hee~ berblogging pun perlukan minat.. kalau tak minat mana mau dok berjam jam carik bahan..

  9. Permatamama

    Terima kasih Atas perkongsian.. Ilmu yang boleh membantu meningkatkan skill penulisan saya.. Boleh saya jadi kan blog tuan sebagai rujukan..

  10. Coway Malaysia

    Kerjaya sebagai bolgger nampak macam best tapi hakikat sebenar untuk mencari idea menulis tu memang agak mencabar..saya sangat respek kepada mereka yang boleh bertahan menjadi fulltime blogger hingga ke hari ini 🙂
    Coway Malaysia recently posted…Penapis Air Coway MalaysiaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge