Blogger – 5 Post Paling Popular

Blogger - 5 Post Paling Popular

Blogger – 5 Post Paling Popular? Entri Bagaimana yang Popular? Berapa banyak blog anda baca dalam sehari, tidak kira blog berbahasa melayu atau English. Berapa banyak blog yang anda lawat, drop komen dan beredar pergi. Serius aku jawab, aku membaca pelbagai jenis blog – ada yang membincangkan hal-hal personal, ada yang memberikan tips dan sebagainya. Blog ini aku lawati atas pelbagai alasan, terutamanya yang berkaitan dengan pembangunan blog. Ada yang aku tinggalkan jejak dan ada yang aku hanya jenguk dan berlalu pergi.

Kebanyakan blog yang aku lawati ini pula hampir mempunyai persamaan dari segi artikel serta entri yang dihasilkan. Kenapa aku cakap kebanyakan entri yang dihasilkan hampir serupa. Ini kerana mereka banyak membincangkan perkara yang hampir sama – kebanyakannya topik perbincangan berkisar kepada:

Blogger – 5 Post Paling Popular

Cara Buat Duit
Ini antara topik yang paling popular yang dibincangkan oleh blogger  tempatan atau luar negara. Kebanyakan blog yang aku lawati mempunyai entri mengenai cara buat duit dari internet atau cara buat duit dari blog. Mungkin untuk memotivasikan diri, memberi panduan kepada pembaca atau hanya untuk show off.

Untuk menghasilkan entri sebegini tidak susah, yang penting anda sememangnya telah berjaya buat duit dari blog anda. Jadi sedikit sebanyak anda boleh kongsikan cara anda buat duit, pengalaman dengan advertiser tersebut dan sebagainya. Sekiranya blog anda masih baru, jangan sesekali cuba topik sebegini.

Juara Komen
Antara cara kreatif yang boleh dilakukan oleh penulis blog untuk berkongsi kredit dan memberi sedikit link love kepada pembaca setia. Ada yang menulis post untuk highlight juara komen blog dan tidak kurang yang memberi insentif kepada top commenters. Bagi aku cara ini berkesan untuk meningkatkan interaksi antara penulis dan pembaca setia – dari satu pihak memberi backlink berguna kepada pembaca.

Top Post
Selalunya pada akhir bulan atau hujung minggu, sesebuah blog akan menghasilkan entri sebegini, lebih kepada recap kepada post-post yang telah dihasilkan. Sedikit kreatif mereka telah interlinks artikel lama untuk menghasilkan rantaian link yang baru kepada post tersebut. Melalui cara ini, pelawat atau pembaca yang ketinggalan boleh membaca semula apa yang mereka telah tertinggal. Terdapat beberapa sebab anda perlu link artikel-artikel lama anda. Bill Hartzer mempunyai penerangan yang baik tentang mengapa anda perlu link ke page blog anda.

Anda buat sebegini tak?

Blog Giveaways
Antara yang popular, kebanyakan blog berlumba-lumba mengadakan giveaway. Arena blog tempatan juga tidak kurang hebatnya mengadakan blog giveaway – cara ianya dianjurkan serta syarat mungkin membezakan antara sesebuah blog giveaway. Post sebegini antara cara yang paling banyak digunakan oleh blog berorientasikan design. Mengapa? Mungkin pembaca blog sebegitu suka akan benda-benda free.

Cara Meningkatkan Traffik serta Pelawat
Topik ini merupakan antara yang popular aku rasa (aku suka baca tips sebegini), kebanyakan mempunyai tips tersendiri yang dibincangkan mengenai cara meningkatkan traffik serta pelawat ke blog. Selalunya tips yang digunakan dikongsi bersama pembaca. Sebenarnya ianya merupakan cara terbaik untuk meningkatkan interaksi antara pembaca dengan penulis melalui entri sebegini. Mengapa tidak, pembaca juga ingin berjaya sepertimana blog tersebut – mungkin tips anda boleh diguna pakai.

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat aku olahkan mengenai Blogger – 5 Post Paling Popular. Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagi aku apa jua entri yang anda hasilkan bergantung kepada kemampuan anda, apa yang hendah anda sampaikan dan yang paling penting artikel tersebut dapat menarik minat pembaca atau tidak. Pernah atau tidak anda menghasilkan entri sebegini, Blogger – 5 Post Paling Popular.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.