Blogger Blogging Tips Blog

Blogger, Blogging dan Tips Blog

In Blog by zeo35 Comments

Blogger, Blogging dan Tips Blog – agak umum artikel kali ini, yang hanya ingin menyentuh mengenai beberapa perkara dalam penghasilan dan penulisan blog. Bagi kebanyakan, topik sebegini agak lapuk, dah banyak mengenai tips sebegini dan topik sebegini sebenarnya kurang menarik.

Tidak mengapa, jika artikel mengenai Blogger, Blogging dan Tips Blog kurang menarik apa kata anda lawat salah sebuah blog network saya di sini – Design Magazine.

Blogger, Blogging dan Tips Blog – Hala Tuju Blog Sebegini

Sebenarnya tidak banyak yang mempunyai blog yang hanya membicarakan topik sebegini. Mungkin topik sebegini kurang mendapat minat dari pembaca, sukar untuk menjana pendapatan dari blog, topik boring dan sebagainya boleh dijadikan alasan.

Bukan bercakap kosong tetapi atas pemerhatian – banyak sudah blog yang dihasilkan namun kecundang di tengah jalan – Fokus Blogger antara blog yang mempunyai niche sebegini namun kini tinggal nama. Jom lawat Fokus Blogger kat sini http://fokusblogger.com/

Tabiat Menulis Blog atau Minat Menulis Blog? Sekiranya blogging merupakan suatu perniagaan maka anda perlu memberikan 100% perhatian kepada perniagaan tersebut. Blogging memerlukan komitmen anda, blogging memerlukan anda serius, blogging memerlukan kesabaran dan sudah semestinya memerlukan minat. Saya berani mengatakan itu antara asas untuk membina blog yang baik.

Tanpa minat dan kesabaran membina sesuatu blog (tidak mengira niche) maka blog anda tidak akan kemana. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Cuba anda bayangkan kita jika anda tiada minat dalam hidup, bagaimana rupa kehidupan seharian anda – terumbang-ambing atau tidak.

Untuk menghasilkan blog yang baik anda tidak boleh cepat mengalah, cepat hilang minat atau cepat berputus asa. Mengalah kerana tiada pelawat ke blog anda, burn out kerana minat sudah hilang atau berputus asa disebabkan anda tidak memperolehi hasil dari blog anda. Jadi untuk memastikan anda tidak cepat mengalah dan putus asa untuk menulis anda perlu menanam minat untuk menulis menjadi tabiat anda.

…Menjadi Blogger Yang Baik…

Bagaimana? Ada caranya atau tidak? Boleh atau tidak…..

Untuk menjadi blogger yang baik atau penulis yang baik bukan mudah dan ianya bukan kejayaan yang boleh dicapai dalam satu malam dan bukan kerja mudah yang dapat dilakukan seharian – indah kalau boleh dilakukan dalam satu malam sahaja. Sebenarnya, setiap individu mempunyai laluan yang berbeza untuk berjaya dalam dunia blog, sama ada berjaya secara pantas atau sebaliknya.

Ramai mengatakan untuk berjaya dalam dunia blog dan penulisan anda memerlukan bakat serta talent atau perlu mempunyai idea untuk “menjual”. Bagi saya bakat atau talent merupakan nilai tambah untuk lebih berjaya, apa yang penting ialah minat mendalam dan anda bersedia untuk berjaya.

Berkemungkinan ada yang tidak bersetuju dengan saya, mungkin ada yang tidak bersetuju. Ini kerana definisi berjaya merupakan satu definisi yang luas – mungkin berbeza tafsiran dan berbeza cara kita berjaya. Tambahan pula, berjaya sebagai blogger.

Bagi saya, anda seorang blogger yang baik dan berjaya jika anda sudah mencapai sesuatu dengan blog anda. Sama ada mempunyai kelompok pembacanya yang tersendiri, berjaya menghasilkan pendapatan dari blog dan berjaya mencipta nama melalui blog anda. Jadi bagaimana anda tafsirkan kejayaan anda? Kongsikan di ruang komen.

Berikut antara sedikit pendapatan saya dari blog. Tidak banyak namun, SAYA BERJAYA menghasilkan sesuatu dari blog.

Blog Multees

Tidak ingin mengulas panjang mengenai hal tersebut, tetapi lebih berminat untuk mengulas bagaimana anda boleh menjadi seorang penulis yang baik walaupun anda bukan dilahirkan sebagai seorang penulis. Anda caranya, asalkan anda mempunyai minat.

Menjadi Penulis Blog Yang Baik

Biasakan Diri Anda Membaca Blog

Salah satu cara untuk menyemai tabiat menulis blog ialah dengan membiasakan diri anda membaca blog, selesakan diri anda dipersekitaran blog tersebut dan cuba bacaan baru setiap hari bersesuaian dengan minat anda. Jadikan inspirasi bagaimana sesebuah blog berjaya, bagaimana kandungannya di tulis dan apa cerita disebalik blog tersebut yang boleh membuatkan ia berjaya. Dengan membiasakan diri anda di persekitaran blog tidak mustahil anda tidak boleh menulis dengan baik dan lama kelamaan dunia blogging akan menjadi sebati dengan anda.

Terbaik yang saya boleh kongsikan di sini ialah cuba anda menjadi pembaca blog anda sendiri, baca blog serta artikel yang anda tulis dari sudut bacaan orang ketiga atau sebagai pelawat. Bagaimana tulisan anda, gaya penulisan blog anda, susunan isi dan sebagainya – cuba anda buat sedikit analisa untuk pembaikan. Pernah anda baca blog anda sendiri dari sudut bacaan orang ketiga.

Baca Blog Anda Sendiri Dari Sudut Bacaan Orang Ketiga

Berapa banyak blog anda lawat dan baca dalam sehari, ada benda baru yang anda pelajari, atau anda hanya lawat blog tersebut semata-mata ingin meninggalkan komen atau untuk membina backlink sahaja. Selain dari blog berbahasa Melayu ada tak blog dari luar negara yang anda baca, komen dan berinteraksi dengan penulisnya. Bagaimana pula anda memberi blog komen, approve atau tidak komen tersebut?

Tinggalkan persoalan ini untuk anda. Sebenarnya ada sebab mengapa anda perlu komen di blog yang mempunyai niche yang berbeza dari blog anda.

Tentukan Kekerapan Menulis

Apa yang dimaksudkan disini ialah anda perlu tetapkan kekerapan anda menulis. Sesuatu perkara yang dilakukan secara kerap dan berulangan akan menjadi sebahagian dari rutin seharian kita. Sekiranya anda kerap menulis adalah tidak mustahil anda dapat menyemai tabiat menulis dalam diri anda.

Tidak semestinya anda perlu update blog anda dengan bahan baru setiap hari, terbaik setkan sebahagian dari masa terluang anda setiap hari untuk menghasilkan sesebuah artikel yang berkualiti. Berapa lama anda siapkan terpulang kepada masa yang anda bahagikan untuk menulis.

Sebagai penulis baru, saya banyak menulis di sebelah malam, mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sesebuah artikel. Jadi bagaimana anda menentukan kekerapan menulis anda, ada tips untuk dikongsikan, mungkin juga anda mempunyai jadual penulisan tersendiri. Terserah kepada anda menentukannya.

Untuk pengetahuan saya jarang update blog ini, disebabkan fokus saya lebih kepada blog saya di sini – WordPress Premium Themes Magazine, Star Spangle Magazine, pr.my dan beberapa lagi blog baru. Jika anda ada masa, sila lawat blog saya dan boleh tinggalkan komen sekiranya anda mahu.

Tetapkan Niche Blog Anda

Niche memainkan peranan yang penting dalam pembinaan blog yang baik. Tips yang saya gunakan sebelum menghasilkan apa-apa blog ialah menetapkan niche atau jenis blog yang ingin saya hasilkan. Dengan ini saya boleh meletakkan hala tuju blog tersebut, bagaimana kandungannya dan apa yang ingin di capai selepas itu.

Untuk mewujudkan blog berniche yang baik ialah jangan sesekali anda campur adukkan penulisan anda. Jika anda membicarakan tentang tips SEO blog maka kekal dengan niche tersebut. Ada masanya blog anda akan dihargai.

Bermula Dengan Artikel Yang Ringkas

Sekiranya blog anda masih baru dan anda juga masih tercari-cari rentak untuk menulis maka anda boleh cuba untuk menulis artikel yang ringkas dahulu. Selepas itu baru baru mencuba gaya penulisan baru, hasilkan artikel yang lebih berkualiti dari sebelumnya sehinggalah anda temui rentak penulisan anda sendiri. Tidak perlu untuk anda berasa excited untuk menulis. Kadang-kadang bermula dengan langkah kecil boleh membawa kejayaan yang tidak disangka-sangka kepada sesebuah blog.

Sebenarnya saya tidak pandai menulis dengan ringkas, namun saya cuba juga – jadi hasilnya artikel 101 Alasan Mengapa Anda Perlu Menulis Blog saya hasilkan. Mungkin menulis secara berbunga-bunga sewaktu menyiapkan karangan Cikgu Bakar (sekolah menengah) terbawa-bawa ke penulisan blog. Dengan ayat yang berbunga-bunga, sedikit sexy blog ini.

Motivasi Anda Menulis

Mustahil untuk anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi sekiranya anda tidak selitkan dengan minat dan motivasi dalam bidang tersebut. Begitu juga dalam bidang penulisan blog. Tanya diri anda mengapa anda menulis blog. Untuk kepuasan, untuk menjadi terkenal atau untuk menjana pendapatan. Walau apa jawapan yang anda berikan jadikan ia sebagai motivasi anda untuk terus menulis.

Saya menulis dan menghasilkan blog untuk pelaburan jangka panjang, saya lebih fokus dengan konsep jual – beli blog.

Tetapkan Matlamat

Sekiranya anda menetapkan matlamat dengan mudah anda boleh fokus dan dimotivasikan oleh matlamat tersebut. Sekiranya anda mempunyai matlamat untuk menjadikan blog anda sebagai sumber rujukan bagi blogger baru dengan menyedia pelbagai artikel yang berkaitan dengan tips untuk menulis blog, maka anda perlu tetapkan matlamat ke arah itu.

Dengan adanya matlamat anda akan cuba untuk menulis dengan lebih baik agar maklumat, tips blog atau apa jua informasi yang anda ingin sampaikan dapat di terima dengan baik oleh pembaca. Apa matlamat anda menulis blog – menjadi kaya, menjadi terkenal, menjadi yang terbaik atau hanya untuk memuaskan hati anda. Ada jawapan kongsikan dengan saya di ruangan komen.

Matlamat blog ini – Saya tidak mahu menjadi yang terbaik dalam negara kerana sudah ramai blog terbaik di luar sana, cukup aku menjadi terbaik untuk diri aku. Tetapi suatu bonus sekiranya aku boleh mengangkat blog ini menjadi sebuah blog yang menjadi sumber rujukan rakan dan teman terdekat.

Fokus

Untuk mengadaptasikan sesuatu perkara baru menjadi habit dan tabiat tidak susah sekiranya anda fokus dalam perkara tersebut. Dahulu saya merasakan terlalu sukar untuk membahagikan masa untuk menulis, keluarga, kerja dan pelbagai lagi – namun ianya berjaya di atasi dengan sedikit fokus.

Sekiranya anda menulis, jangan sesekali amalkan tabiat multi-task, kurangkan aktiviti online anda yang lain semasa sedang anda menghasilkan artikel. Beri perhatian sepenuhnya untuk anda menghasilkan artikel yang baik dalam setiap penulisan anda.

Elakkan Perkara yang Boleh Menggangu Anda

Berkait rapat dengan point di atas, sedikit gangguan sebenarnya boleh mengganggu tumpuan anda untuk menulis blog. Gangguan boleh menyebabkan idea anda hilang, apa yang hendak anda sampaikan terganggu dan sebagainya.

Sebolehnya anda cuba elakkan semasa menulis artikel perkara seperti berikut – cek email, chatting, Facebook atau TV sehinggalah anda selesai menghasilkan artikel tersebut.

Namun gangguan tidak dapat dielakkan dalam menyiapkan artikel ringkas ini.

Jadikan Menulis Sebagai Satu Perkara Yang Mengembirakan Anda

Sebaiknya anda menjadikan aktiviti penulisan dan blogging suatu aktiviti yang mengembirakan. Anda perlu enjoy dalam menghasilkan sesebuah artikel.

Blogger, Blogging dan Tips Blog – Kata Saya

Apa pun yang mendorong anda untuk menulis blog anda perlu mempunyai minat dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan sesebuah blog yang berkualiti dan di senangi pembaca. Konsep blog anda perlu di ambil kira, apa fokus anda di sebalik penulisan tersebut dan sebagainya mungkin menjadi faktor penentu bagaimana anda menulis.

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai Blogger, Blogging dan Tips Blog. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. akubiomed

    Tanniahlah kepada bro kerana berjaya menghasilakan pendapatan dengan blog. Saya masih tercari-cari formula mungkin ia sudah didepan mata tetapi tak nampak. 🙂

  2. Aelfi

    Padat!saya pun masih baru belajar dalam memperbaiki penulisan.bab fokus tu saya setuju.selalu bila start menulis saya akan pastikan semua ditutup.facebook,IM dan tv punca utama artikel siap separuh jalan. 😀

  3. Affan

    1. Itu dia, sekali update terus panjang berjela.
    2. Ko antara blogger yang aku respek dalam blog niche. Banyak blog aku tengok kecundang sebab terlalu mengejar trafik tanpa hala-tuju. Akhirnya, jadilah blog-hiburan-entah-apa-apa. Dari blog personal, dah tak personal. Semua entry SEO die pergi sumbat. Bagi aku, blog peribadi ni adalah untuk catatan peribadi yang boleh dikongsi dengan orang lain. Kalau dah entry pun tangkap muat je, nak baca entry sendiri pun mesti takde feel. Haha.
    3. Pasal fokusblogger tu aku sangat setuju. Masa fokusblogger baru naik, aku pnh offer nak beli untuk Woot Media, tapi ditolak. Sekarang ni memang aku takmau la. Haha~

    ps: Aku dah agak ko ada banyak blog 😆

    1. neu
      Twitter:

      TQ bro

      1 – sekali sekala menulis mmg cam tu
      2 – tak nak komen sbb mmg dah banyak blog jadi cam tu
      3 – berapa Woot offer – aku ada blog nak lepas – pm unt details 🙂

      blog dlm dev mmg byk bro – mainly WordPress Themes punya niche…untuk jual kalau ada rezeki

  4. titan
    Twitter:

    haha. aku tulis ikut suka hati aku kalau kat blog personal. blog niche..tulislah benda yang patut. dah blog tu lubuk duit, kena pepandai jagalah. banyak yang aku tak cite kat blog. yang aku cite tu pun, tempias aje. harap ada orang leh nampak hint-hint yang aku bagi..hoho..

    tak banyak blogger kita yang berani main market luar. kalau ramai berani main, tak mustahil ada yang setanding dengan darren, john chow, john cow dan lelain lagi..hoho..

    betul. fokus blogger dah fokus kat benda lain dah. tapi itu pilihan dia. kita tak leh kata apa dahhh..niche market kat malaysia tak berkembang kuat macam market luar. mungkin 10-20 tahun lagi kot..tapi kalau niche personal..dah bersepah. yang melekat kat hati aku..berapa ketul aje yang best-best..haha

  5. Malaysia Coin

    Salam.
    Waaaaah…, pertama kali membaca blog bahasa melayu bercerita berkenaan blogging di dalam satu post dengan panjang lebar, bukan mudah nak buat ni jika tidak ada pengalaman kan?
    Tahniah bro kerana berjaya mendapat hasil dari blog tapi lain orang lain caranya kan? atau semua cara untuk mendapat duit dari blog itu adalah sama?
    Malaysia Coin recently posted…Duit Syiling lama MalaysiaMy Profile

  6. Pingback: Kalau Dah Minat Belasah Aje — Akma Omar

  7. Afiq Aimannaaim

    Fokusblogger – blog yang aku bangunkan dulu kini bukan sahaja tinggal kenangan, malah tak tinggal apa-apa langsung. Ada orang nak beli artikel-artikel yang pernah diterbitkan di sana dulu, tapi salah aku tak buat backup, langsung takda backup 🙁

    Terima kasih untuk post ini & teguran ini. Tahun 2014 mula nampak hala tuju, cuma kena push lebih sikit 🙂
    Afiq Aimannaaim recently posted…Plugin Wajib Untuk WordPressMy Profile

  8. Hasrul Hassan
    Twitter:

    Aku jarang baca entri panjang dari awal sampai habis, tapi kali ini … aku terpaksa baca sebb banyak ayat2 menarik yang mencairkan. Serius, jika ramai blogger baca entri ni, akan buka mata akan peluang yang ada, dan bagaimana nak jadikan blog sebagai satu perniagaan.

    Aku pun secara tak sengaja dididik oleh Joe, blogger dari Satun, Siam untuk jadikan blog satu perniagaan. Alhamdulillah, ada la sikit2 dapat … walaupun ada perkara-perkara BESAR aku tak terbuat lagi.

    Aku akan tulis juga benda ni untuk pembaca blogspot aku, dan suruh mereka rujuk entri ini … jika aku dah leleh baca awal sampai habis, aku fikir mereka pun patut begitu.
    Hasrul Hassan recently posted…Jangan Jadi Blogger Jika Tak Minat Menulis!My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge