Bagaimana Hendak Buat Duit, Berjaya, di Kenali dan di Iktiraf

Entri Ini Memerlukan Pembacaan Serius

Ini Cerita Saya…

Sewaktu saya mula menulis blog tidak pernah terlintas di hati atau fikiran untuk saya meneruskan kerja ini sepenuh masa. Saya mula menghasilkan blog pada lewat 2007, dorongan untuk saya menulis amat kuat disebabkan saya melihat kejayaan beberapa individu lain berjaya menghasilkan pendapatan melalui blog. Iri hati pun ada waktu itu, terfikir pula…

wah pandai benar mereka menulis ya

Untuk mencuba nasib saya mula menulis. Masalah pula timbul dengan set soalan berikut bermain di kepala;

bagaimana aku hendak buat blog ni? apa itu hosting? apa topik blog aku nanti? siapa yang hendak baca?

Belum lagi menulis, dah berbagai masalah difikirkan, mungkin anda juga sama seperti saya sewaktu hendak bermula dulu. Tidak mengapa, letak ketepi dahulu masalah tersebut. Ini kerana aku ingin menulis blog.

Walaupun pada waktu itu…

“BLOG” merupakan satu perkara baru bagi saya – kekurangan ilmu teknikal blog, ilmu penulisan dan sebagainya mungkin merupakan antara halangan awal. Namun itu bukan halangan disebabkan saya merasakan ilmu tersebut boleh di cari – ya, Google tempat yang palng sesuai untuk belajar.

Percubaan saya dengan blog pertama saya berjaya menghasilkan sedikit pendapatan, tidak banyak yang dihasilkan, namun, rasa puas berjaya saya penuhi. Jadi memang betul, anda boleh menjana pendapatan dengan blog jika kena caranya.

Menulis Sekadar Hobi

Banyak penulis dan blogger mengatakan mereka menulis bukan disebabkan duit, lebih kepada hobi jadi mereka tidak kisah sama ada blog mereka menghasilkan pendapatan atau tidak. Jadi benarkah golongon yang mengatakan menulis sekadar hobi ini tidak kisah mereka berjaya menghasilkan pendapatan dari blog? Anda pula bagaimana?

Bagi saya tiada masalah jika anda hendak mengatakan anda menulis sekadar hobi, namun, WANG bukanlah musuh anda. Oleh itu, jika anda berpeluang menghasilkan duit dan menjana pendapatan dari penulisan blog adalah baik anda menggunakan kesempatan tersebut.

Pada pendapat saya, dengan cara sebegini, idea dapat anda sampaikan dan pendapatan juga boleh di jana. Namun anda perlu ketahui dengan bijak kemana hala tuju blog anda sekiranya anda serius dengan blog. Ini perlu disebabkan anda perlu mempunyai arah tuju untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

Arah tuju yang bagaimana diperlukan – adakah dengan menghasilkan pendapatan dari blog? adakah dengan menjadi terkenal dengan blog? adakah dengan mempunyai komuniti disekeliling anda? jadi arah tuju sebagaimana yang menjadi dorongan anda. Kenali arah tuju tersebut dan tidak mustahil anda akan berjaya dengan blog anda.

Kekangan Menghasilkan Wang dari Blog

Untuk menghasilkan wang dan menjana pendapatan melalui blog bukanlah satu perkara senang. Ianya satu perkara sukar jika tidak kena dengan caranya, anda tiada kesabaran dan anda cepat berputus asa. Mustahil untuk anda menghasilkan blog dengan hanya “menulis” perkara-perkara yang berkaitan dengan “dunia anda” tanpa memberi “nilai” kepada individu lain disekeliling anda.

Untuk menghasilkan pendapatan dari blog anda perlu melakukan lebih dari itu. Jadi apa yang perlu saya lakukan? Apa tips buat duit yang perlu digunapakai? Apa yang istimewa sangat engkau?

Ini tips saya…

Anggap Blog Anda Sebagai Satu Perniagaan(Business)

Ini penting, jika anda menganggap blog anda sebagai satu perniagaan, maka tidak mustahil anda boleh menghasilkan pendapatan dari blog. Ya, perniagaan selalunya menguntungkan. Tiada yang ingin menceburi perniagaan hanya untuk rugi.

Tidak ingin mengambil individu lain sebagai contoh, inilah apa yang saya lakukan sekarang. Saya menganggap kesemua blog saya sebagai satu perniagaan.

Jika berniaga anda tentu mahukan yang terbaik untuk perniagaan anda – modal, untung, rugi, pekerja, pengiklanan dan sebagainya akan anda lakukan untuk menarik minat pembeli. Modal akan anda keluarkan untuk menjana keuntungan perniagaan. Maka, jika anda ingin berjaya dengan blog anda, anda perlu menganggap ianya sebagai satu perniagaan.

Modal sebagai mana hendak dilaburkan ke atas Blog? Cuba anda fikirkan, lihat blog sekeliling anda yang berjaya menghasilkan wang. Bagaimana rupa blog mereka. Tiada mentor, pandang blogger luar, bagaimana rupa blog mereka.

Pandai Bercakap, Mana Buktinya

Rakan saya ada menulis, dunia blog perlukan bukti. Bagi saya bukti sebagaimana yang perlu ditunjukkan? bukti sebagaimana perlu diceritakan? dan bukti sebagaimana perlu didedahkan? Saya jarang menunjukkan bukti disebabkan saya suka dengan cara “low profil” yang saya bawa sekarang, namun sepertimana kata rakan saya;

Bagi saya ia amat-amat perlu bagi membuktikan kemampuan atau kredibiliti bagi sesebuah blog. Dan bukan sekadar menunjuk-nunjuk. Ada bukti dan anda pamerkan, secara tidak lansung blog anda akan diyakini.

Yang selalu singgah di sini, yang selalu bertanya khabar dan yang selalu berchatting (ooops)dengan saya tentu amat kenal dengan saya. Mereka ini kenal saya dan tahu bagaimana saya bekerja. Bagaimana saya jana wang dan bagaimana saya melayan setiap blog saya.

Jadi tidak perlu sangat ditunjukkan “bukti” untuk membuktikan setiap apa yang saya perkatakan. Ini kerana terlalu banyak bercakap mengenai kehebatan sendiri boleh pula di salah erti sebagai blogger syok sendiri.

Tidak di Kenali, Bukan Masalah

tanda anda gembira

Siapa kau yang selalu memberi tips? aku tidak kenal engkau? engkau siapa? Menulis secara serius dan menganggap blog sebagai kerja membezakan kita. Bagi saya tidak perlu dikenali untuk berjaya dengan blog, namun pengiktirafan dari teman rapat adalah amat penting. Bagi saya pengiktirafan individu lain adalah lebih dari saya bercerita mengenai kehebatan sendiri.

Siapa yang iktiraf engkau? Oops ada juga yang masukkan saya dalam list 10 blogger terbaik Malaysia pilihan mereka. Cuba terjah entri karangan mereka. Terima kasih kepada Akma Omar dengan senarai 10 blogger terbaiknya dan si Titan dengan cerita 10 Blogger terbaiknya. Ini pengiktirafan kecil bagi saya dan menunjukkan pengiktirafan sebegini tidak perlu di minta kerana ianya akan datang kepada anda. Sabar dan usaha kuncinya.

Seperti kata teman saya “kadang kala kita perlu expose”, ya, saya faham maksud beliau. Tapi di kalangan ramai “blogger bijak pandai” adalah lebih baik untuk kita berdiam diri dari bercakap.

Jadi Bagaimana Hendak Buat Duit, Berjaya, Di Kenali dan Di Iktiraf

Apa yang pasti tiada cara senang, apa yang saya kongsikan di atas sebahagian dari apa yang saya lakukan dan sebahagian dari pemerhatian saya. Cara dan gaya anda dengan saya adalah berbeza, lakukan apa yang anda senangi dengan blog anda.

Kepada yang komen di blog ini dan tidak di balas, saya minta maaf banyak-banyak, kadang kala saya terlepas pandang dan kadang kala soalan pertanyaan anda terlalu basic, yang saya rasakan terdapat banyak tempat lain yang boleh di rujuk.

Saya bukan blogger sombong sebenarnya…

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.