Blogger Insan Terpilih

blogger insan terpilih
 
Artikel sumbangan penulis jemputan, Reezluv.

Memilih untuk menjadi seorang blogger merupakan satu langkah besar bagi sesetengah individu di luar sana. Namun, sebaliknya memilih untuk menjadi blogger mungkin sudah tidak menjadi masalah bagi sebahagian dari kita.

Apa pun pandangan anda, setiap dari kita mempunyai haluan yang berbeza. “Jika”, menjadi seorang blogger tujuan utama.

Tetapi bagi aku yang menulis blog sejak 2006 lagi, baru sekarang aku dapat rasakan yang ada pelbagai jenis gaya penulisan, tujuan berblogging, Teknik SEO untuk blog tempatan dan luar negara dan sebagainya lagi.

Kesemuanya perlu sesuai dengan tujuan dan matlamat blogging itu sendiri.

Blogger Insan Terpilih

Blogger Insan Terpilih?

Bukan semua orang boleh menjadi blogger…ops..adakah itu satu kenyataan yang amat bercanggah? Ya..memang semua orang sebenarnya boleh jadi blogger dengan hanya beberapa klik sahaja. Anda sudah layak menjadi seorang blogger.

Tetapi adakah semua orang sedar, menjadi seorang blogger merupakan langkah pertamanya ke dunia yang lain dari yang dibayangkan.

Dalam artikel ini, perkongsian aku lebih terarah terhadap beberapa fasa dalam dunia blog melalui pemerhatian peribadi selama menulis. Dan, huraian aku, tidak lebih dari itu.

Fasa Pertama Menjadi Seorang Blogger

Pada permulaan, sudah tentulah, apa yang selalu difikirkan oleh seorang yang baru mengenal apa itu blog, amat asing baginya mengenal perkataan-perkataan seperti on page seo,off page seo, backlink dan banyak lagi.

Pada fasa ini seseorang blogger hanya menulis mengikut gerak hatinya dan pemilihan tema atau rupa bentuk blognya menjadi kriteria utama.

Fasa Kedua Blogger

Pada tahap ini, blogger sudah mula mencari alternatif atau teknik yang berkesan untuk orang kenal blognya dan sudah pastilah mendapatkan pembaca yang sesuai bagi blognya itu. Dirasakan perlu untuk belajar dari blogger-blogger yang lama sebagai rujukan dan panduannya sebagai seorang blogger.

Pada fasa ini juga blogger tersebut harus berhati-hati agar tidak hanya berguru dengan guru yang satu. Ilmu di dunia internet amatlah luas. Tiada salahnya untuk blogger mencari maklumat di ruang yang lebih luas seperti forum blogging secara khususnya.

Fasa Ketiga Blogger

Blogger yang mempunyai matlamat jelas dan matang, sedar yang blog harus mempunyai arah tujuannya yang tersendiri.

Disinilah ada yang akan berpatah kembali kepada fasa pertama yang mana blogger ini baru sedar yang kesalahannya yang pertama adalah matlamat bloggingnya kurang jelas.

Berapa ramai blogger yang menukar gaya penulisannya semasa awal berblogging dahulu?

Sudah tentu ada yang berubah..:D

Pada masa inilah wujudnya rasa ghairah blogger untuk menjana pendapatan dari blog. Ini disebabkan oleh peningkatan mendadak bilangan pembaca dan juga trend masa kini yang mana ramai yang sudah mula membaca blog.

Waktu ini juga, terdapat banyak golongan blogger yang membawa arah masing-masing, sama ada cara yang betul buat duit dengan blog, atau pun melalui cara yang dirasakan betul olehnya..tetapi dipandang serong oleh blogger yang lain. Mungkin konsep etika blogger itu perlu diterapkan.

Oleh sebab itulah, blogger harus mantap pada Fasa Kedua terlebih dahulu untuk mematangkan lagi dirinya sebagai blogger.

Fasa Keempat Blogger

Fasa ‘advance’ bagi seorang blogger ini. Matlamatnya sebagai seorang penulis yang berpengaruh. Pada tahap inilah blogger tersebut ada yang memilih jalan yang berlainan sebagai seorang blogger.

Blognya sudah menjana wang secara automatik disebabkan oleh laluannya yang telah ditempuh. Maka pada tahap ini blogger tersebut akan mula menjadi seorang usahawan dari blognya. Blogger ini akan menggunakan segala peluang yang ada untuk memaksimakan keuntungan dari blognya yang bukan sahaja dari jualan iklan..tetapi lebih dari itu.

Begitulah sedikit bayangan tahap-tahap yang harus dilalui oleh seorang blogger..Jika anda bukan seorang yang rela melaluinya…anda bukan Blogger Insan Terpilih itu.

Apa yang penting adalah tapak awal seseorang blogger itu bermula. Jika akarnya teguh, maka hasilnya nanti akan menjadi murni dan berseri…

Kredit Gambar: Tropical Beach/ShutterStock

Artikel sumbangan penulis jemputan, Reezluv. Beliau merupakan seorang Wedding Photographer hensem di Fotocinta.Pemilik blog Mohd Fairiz yang amat sukakan pink tu kan. Setiap pandangan dan kupasan dalam artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis.

 

Comments

  1. says


    Twitter:
    Hmm. perkongsian yang menarik mengenai fasa seorang blogger. Pada pendapat saya, hala tuju sebenar seorang blogger bermula pada fasa kedua. Ini kerana pada fasa ini, bila ilmu sedang berkembang, ada blogger jadi keliru jalan yang yang hendak dituju. Jika lepas fasa kedua ini, Insya Allah boleh jadi blogger berjaya. (saya rasa saya dalam fasa kedua kot, hehe)
    Fadhil Husin recently posted..Pengalaman di Wad Hospital PutrajayaMy Profile

  2. says


    Twitter:
    Setuju part pandang serong tu, sebenarnya bukan satu benda baru lagi. sikap tu memang ada pada ‘orang kita’ , sepatutnya kita perlu lebih supportive.

    Thanks bro untuk fasa-fasa ini, boleh refresh balik buat yang dah tahu dan boleh jadi satu ilmu baru buat blogger baru cam den :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.