blogger kreatif

Blogger: Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda

In Blog by zeo15 Comments

Dalam satu temubual, Warren Buffett (pelabur yang paling berjaya sepanjang masa) ada menyebut bahawa salah satu prinsip utama untuk mencapai kekayaan dan kejayaan adalah dengan mempelbagaikan pelaburan anda dari masa ke masa.

Prinsip ini bukanlah sesuatu yang baru dan kebanyakan dari kita menyedari tentang hal tersebut. Pesan orang-orang tua, “usah letak telur dalam satu bakul”. Ada benarnya bukan, jika bakul terjatuh tidak kesemua telur anda akan rosak.

Begitu juga dengan perniagaan dan pelaburan. Usah hanya tumpu kepada satu perkara, terbaik kita sediakan pelan kecemasan. Mempelbagaikan pelaburan dan sumber pendapatan mungkin boleh diaplikasikan terhadap blog.

Bagi saya, seorang blogger perlu bijak untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Ini kerana pendapatan sebagai seorang blogger adalah agak terbatas, tidak tetap dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Sementara membacanya artikel tersebut saya menyedari bahawa kebanyakan kita (termasuk saya sendiri) lupa untuk melaksanakannya, walaupun agak kerap membaca mengenai tips mempelbagaikan pelaburan. Jadi sebagai blogger bagaimana hendak mempelbagaikan sumber pendapatan melalui blog.

Kurangkan Kebergantungan

Sebagai seorang blogger sebaiknya anda tidak bergantung kepada rangkaian pengiklanan tunggal atau aliran pendapatan yang tunggal, seperti hanya bergantung kepada pengiklanan dari sesebuah rangkaian pengiklanan sahaja. Dari masa ke semasa cuba mencari sesuatu yang baru agar pendapatan bulanan dapat di tambah dan dipelbagaikan.

Dalam menguruskan blog, saya mencuba pelbagai bentuk pengiklanan, sebagai eksperimen dan ada juga sekadar untuk mencuba. Lihat berapa banyak yang boleh dihasilkan dengan satu-satu program pengiklanan dan juga untuk melihat baik dan buruk pengiklanan tersebut. Dari percubaan saya akan kekalkan program pengiklanan yang baik dan akan tinggalkan program pengiklanan yang tidak memberikan hasil.

Sebagai blogger, ini antara apa yang perlu anda lakukan. Usah hanya mendengar rekomen dan pandangan dari rakan blogger lain sahaja, yang paling penting anda perlu mencuba sendiri.

Mencuba Sesuatu Yang Baru

Darren Rowse ada menulis tentang mempelbagaikan sumber pendapatan blogger, menariknya beliau telah berkongsi aliran pendapatan beliau yang hanya tidak terhad kepada pembangunan blog sahaja. Lebih dari itu, beliau mula memperbaiki penyampaian ilmu melalui penulisan ebook, mereka bentuk dan berekseprimen dengan pelbagai sumber hanya untuk menambah dan mempelbagaikan lagi pendapatan beliau.

Ini saya buat: Menjual produk kecantikan wanita, menjual ubat kurus, berniaga t-shirt dan menulis blog. Apa yang anda lakukan selain menulis blog? Kongsi sedikit kerja kedua dan ketiga anda di ruang komen nanti.

1 Blog, 2 Blog, 3 Blog…Berapa Banyak Blog?

Berapa banyak blog yang perlu dihasilkan? Persoalan yang amat menarik dan saya pernah diajukan dengan soalan yang serupa. Berapa banyak blog yang saya uruskan? Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya bergantung kepada anda sendiri. Berapa blog yang anda rasakan cukup? Bolehkah anda uruskan blog-blog tersebut?

Bagi saya berapa banyak blog perlu dihasilkan adalah bergantung kepada kemahuan anda. Tiada limit, bergantung kepada kemampuan anda menguruskan tiap blog tersebut…

Namun untuk menghasilkan blog yang pelbagai anda perlu pastikan anda telah pun berjaya menghasilkan satu blog utama yang dapat menjadi penyumbang utama pendapatan bulanan anda. Dengan kata mudah anda telah pun berjaya menghasilkan satu blog yang baik dan dapat dijadikan loncatan untuk anda menghasilkan blog lain.

Jika telah berjaya menghasilkan blog utama, maka, adalah tidak salah untuk anda bergerak setapak kehadapan dengan mewujudkan blog-blog baru selagi anda mampu uruskan blog-blog tersebut untuk menambah pendapatan bulanan anda.

Saya menguruskan lebih dari satu blog hanya atas alasan ingin menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan saya sebagai seorang penulis blog. Itu pun setelah melihat kepada kemampuan dan keperluan untuk saya menghasilkan blog baru.

Blogger Perlu Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda

Mengapa Perlu Banyak Blog. Tips Untuk Anda

Sebenarnya jika anda berurusan dengan pihak pengiklanan luar atau pihak ketiga dalam pengiklanan maka anda akan menyedari tentang kepentingan menghasilkan pelbagai blog yang baik. Sebenarnya satu blog tidak cukup sekiranya anda benar-benar mahu menjadikan blogging sebagai kerjaya utama anda.

Mengapa satu blog tidak cukup? Situasi mudah di bawah mungkin dapat menerangkan serba sedikit mengapa satu blog kadang kala tidak cukup:

Pengiklan A tidak akan beriklan di blog (anda) yang sama setelah beliau mendapatkan khidmat pengiklanan dari anda. Pengiklanan A tadi hanya akan kembali beriklan dengan anda setelah cukup “tempoh matang” yang telah mereka tetapkan, sama ada 3-6 bulan berikutnya. Ini selalunya untuk kepentingan SEO mereka, mereka tidak akan kembali beriklan dengan anda kurang dari jangkamasa tersebut.

Maknanya, jika Pengiklan A membeli/mendapatkan review berbayar dari Blog B anda maka Pengiklan A tersebut hanya akan kembali membeli review di blog yang sama hanya selepas 3-6 bulan berikutnya.

Bagi saya tempoh masa 3-6 bulan merupakan satu tempoh yang cukup lama, tambahan pula blog merupakan sumber pendapatan utama. Jadi untuk “memaksa” Pengiklan A tadi beriklan lagi dengan anda, maka anda perlu hasilkan Blog C yang sama baik dengan Blog B anda tadi. Di sini pentingnya anda mempunyai beberapa blog berlainan yang baik.

Di atas antara sebab mengapa blogger luar negara mempunyai lebih dari satu blog. Anda sahaja projek blog yang dihasilkan oleh mereka dalam pelbagai niche yang berlainan. Semuanya dihasilkan untuk menambahkan lagi pendapatan mereka dengan blog.

Blogger: Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai Blogger: Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. 

Tidak relevan: agak panjang penulisan kali ini, perlu berhenti di sini. Oh jangan lupa baca juga mengenai contest SEO Eridy di sini ya.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Betullah bro neu.
    Tips pasal perlukan blog utama kemudian berkembang dgn beberepa blog lagi. Yg ni mmg benar2 kasi up motivasi ambe utk tambah lagi blog lain.

    Kalau dulu, main redah jer buat…sekarang baru macam nmpak rentak yg sebenar lepas jenguk2 blog bro neu ni..

    thanks bro utk entri sesuper saiya ni!
    hafizmd recently posted…Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan vs Johor DT 29 JunMy Profile

    1. bukan tak boleh bergantung kepada 1 blog sahaja. boleh jika blog tersebut benar-benar bagus seperti Hong Kiat. kita jg tiada halangan unt cipta lebih dr satu blog asal mampu uruskan semua. namun perlu dahulu ada satu blog yg baik sebagai asas. itu sahaja.
      neu recently posted…Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Julai 2013My Profile

  2. Pingback: Kontes Review Klinik Cinta - "Cinta Itu Pahit, Masam dan Manis"

Leave a Comment

CommentLuv badge