Blogger ShutterStock

Blogger ShutterStock?

In Blog by zeo8 Comments

Blogger ShutterStock? ShutterStock Blogger!!! Itu antara peluang yang diberikan kepada saya oleh pihak ShutterStock sendiri.

Untuk pengetahuan ShutterStock merupakan antara laman bergambar terbesar di dunia. Gambar yang dihostkan di ShutterStock adalah gambar yang dioutsourcekan kepada jurugambar dan individu professional di seluruh dunia.

Serius, peluang yang diberikan adalah peluang besar untuk saya mencuba servis dari ShutterStock dan menggunakan gambar-gambar menarik dari laman tersebut. Walaupun sebelum ini tidak pernah tergerak di hati saya untuk menggunakan servis laman tersebut.

Ya, Google Image sudah cukup bagus bagi saya.

Untuk makluman, tidak semua blogger mendapat peluang sebegini tambahan pula harga keahlian standard sahaja sudah mencecah US$249 sebulan. Berikut senarai harga dan keahlian, berbeza bagi setiap keahlian yang anda pilih.

Harga Keahlian Shutterstock

Mengapa Saya Terpilih

Mereka mempunyai pelan promosi yang mensasarkan blog-blog terbaik dalam kategori tetentu untuk mempromosikan perkhidmatan dan servis mereka. Berkemungkinan blog PR5 yang saya uruskan menepati kehendak pihak ShutterStock.

Ianya merupakan antara pelan pemasaran yang dilakukan oleh pihak ShutterStock itu sendiri. Menghampiri blogger yang menggunakan imej dan gambar dalam setiap penulisan mereka dan memberikan peluang untuk blogger tersebut menggunakan gambar dari laman mereka. Ya, jika anda ke laman Inspired Magz, hampir setiap post saya mempunyai gambar.

Ini juga merupakan salah satu langkah untuk meluaskan jaringan pemasaran dan langkah promosi besar-besaran menggunakan blogger.

Apa pertaruhannya? Jika keahlian percuma diberikan kepada saya, sudah tentu mereka juga mahukan sesuatu sebagai balasan. Mudah, setiap imej atau gambar yang saya gunakan perlu diberikan kredit kembali ke laman ShutterStock.

6 Laman Saya Terpilih Menyertai Program Ini

Pada mulanya peluang ini diberikan kepada laman Inspired Magz. Namun saya memberanikan diri menyenaraikan 5 lagi laman saya untuk di bawa masuk ke dalam program tersebut. Cubaan yang berani dan akhirnya 6 laman saya di terima. Walaupun ada di antara laman tersebut masih lagi baru saya bangunkan.

Untuk di terima tidak mudah namun apabila mendapat peluang jarang-jarang sebegini tidak salah untuk mencuba.

Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge