…Menjadi Blogger Yang Baik…
Bagaimana? Ada caranya atau tidak? Boleh atau tidak…..
Untuk menjadi blogger yang baik atau penulis yang baik bukan mudah dan ianya bukan kejayaan yang boleh dicapai dalam satu malam dan bukan kerja mudah yang dapat dilakukan seharian – indah kalau boleh dilakukan dalam satu malam sahaja. Sebenarnya, setiap individu mempunyai laluan yang berbeza untuk berjaya dalam dunia blog, sama ada berjaya secara pantas atau sebaliknya.
Ramai mengatakan untuk berjaya dalam dunia blog dan penulisan anda memerlukan bakat serta talent atau perlu mempunyai idea untuk “menjual”. Bagi saya bakat atau talent merupakan nilai tambah untuk lebih berjaya, apa yang penting ialah minat mendalam dan anda bersedia untuk berjaya.
Berkemungkinan ada yang tidak bersetuju dengan saya, mungkin ada yang akan menjawab aku menulis hanya untuk suka-suka. Walaupun anda menulis hanya untuk suka-suka atau hanya untuk mengisi masa lapang, sekiranya anda tidak selitkan sedikit nilai yang saya sebutkan di atas maka mustahil untuk anda menghabiskan artikel anda. Bagi saya banyak bezanya “suka menulis” dengan “suka-suka menulis”, apa pun terserah kepada anda.
Percaya atau tidak banyak blog dari luar berjaya disebabkan mereka mempunyai minat yang mendalam untuk menulis serta berkongsi kepakaran mereka, mereka telah menyemai minat serta tabiat untuk menulis menjadi sebahagian dari aktiviti harian mereka. Oleh itu mereka telah melakukan sedikit pengorbanan kecil untuk membina blog mereka.
Blog yang terkenal seperti problogger, Chris Brogan, CopyBlogger dan sebagainya berjaya membina kredibiliti dan menjenamakan blog mereka dengan tabiat suka menulis. Tidak percaya sila anda baca tentang kejayaan problogger, dari awal penglibatan beliau sebagai penulis – mungkin boleh menjadi sumber inspirasi anda.
Manakala untuk berjaya juga anda perlu melakukan sedikit pengorbanan. Pengorbanan tidak semestinya melibatkan wang ringgit tetapi lebih kepada pengorbanan anda untuk mencipta blog yang baik dan dapat diterima oleh kebanyakan pembaca. Terdapat pelbagai cara untuk melakukannya, namun apa yang paling penting ialah ianya dapat di bina melalui proses pengulangan dan pembelajaran berterusan. Ini merupakan kunci utama untuk menjadi seorang blogger yang baik.
Projek Terbaru…..
Banyak projek melibatkan blog berada dalam fikiran namun masih dalam peringkat pembangunan dan tidak lagi benar-benar dilancarkan secara rasmi. Antara projek terbaru ialah:
- WordPress Themes Site
- Blog Informasi Berbahasa Melayu
- WordPress Site Review
- Blog Networking
Seperti biasa banyak projek lebih terarah ke WordPress. Ini kerana dari segi pemintaan dan nilai untuk blog sebegitu adalah amat tinggi dan adalah lebih mudah dari segi affiliate.
Kesemua blog di atas masih lagi dalam peringkat pembangunan kandungan. Seperti kebiasaan blog-blog tersebut dihasilkan untuk projek jangka panjang dan targetnya kali ini ialah Flippa.
Sudah seminggu sakit mata akibat penangan merenung lappy…agak baik hari ini dan moga dipermudahkan urusan..Amin…
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013

Tukar lagi theme untuk blog ini. Kalau menulis dari hati tentu pembaca membaca terasa penulisannya.
Kotak komen blog bro ada masalah kerana butang submit hidden atau sama warna putih dengan background
oh ya ker bro – nanti saya cek komen tu
tukar theme sbb xda kerja –
banyak projek aku tak jalan. terlibat sangat dengan banyak kerja sekarang ni. huh..
Mula2 “suka-suka menulis” lepas dah sekian lama jadi “suka menulis” bila ada yang memberi respon dan lepas dapat sedikit income jadi lain matlamat pulak he3..
bnyknya projek..huhu
nak jadi hebat kena bnyak bersabar…
projek nombor satu tu aku dah nak expired nama domainnya..masih tak buat lagi projek tu..insyallah bulan Julai ni akan start berblogging balik.dah balik ke market luar..:D
kalau nak expired baik ko jual bro – market luar kalau start mmg bagus bro