
Bagaimana meningkatkan traffik ke blog? Tips Meningkatkan Traffik? terdapat pelbagai lagi tajuk artikel yang berkaitan dengan traffik seringkali dibicarakan oleh para penulis blog luar sana. Sebagai blogger, apa sahaja yang berkaitan dengan traffik akan dibaca oleh kita. Mengapa tidak, sekiranya ianya mempunyai kebaikan untuk pembinaan blog bukan.
Mengapa traffik?
Sebagai seorang blogger anda tentu menyedari tentang kepentingan traffik, pelawat dan pembaca. Bagi saya traffik mempunyai kepentingannya yang tersendiri – traffik membolehkan anda menghasilkan sedikit pendapatan dari blog, traffik merupakan penanda aras bahawa blog anda berada di landasan yang tepat dalam dunia penulisan dan traffik juga boleh membuatkan blog anda terkenal.
Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan traffik yang seringkali diperkatakan dan sering dibaca oleh kita. Antaranya seperti berikut:
- SEO
- Media Sosial
- Blog Komen
- Pengiklanan
- Penulis Jemputan dan lain lagi
Itu merupakan perkara yang sering di ajar oleh blogger yang sudah berjaya. Mungkin sudah old fashion bagi sesetengah dari kita dan mungkin ada dari kita baru hendak mencuba. Apa pun sesuaikan dengan kemampuan masing-masing.
Melalui artikel ini saya hanya ingin kongsikan cara baru hendak meningkatkan traffik ke blog. Cara baru yang dimaksudkan disini ialah cara blogger traffik hunter mendapatkan traffik. Yup…cara blogger traffik hunter. Ingin tahu, anda perlu habiskan artikel ini.
Blogger Traffik Hunter
Kebelakangan arena blog negara gempar dengan cerita blogger traffik hunter – ada yang memberi pelbagai reaksi, ada pula yang melompat dan tidak kurang yang mengulas mengenai hal tersebut.
Apa Blogger Traffik Hunter? Sebenarnya tiada yang jelas mengenai isu blogger traffik hunter ini. Apa pula definisi traffik hunter – tiada pula blogger yang benar-benar mempunyai autoriti untuk memberikan definisi yang tepat. Secara umum blogger traffik hunter boleh dikelaskan sebagai blogger gila traffik. Namun adakah salah untuk gila traffik?
Bagi saya tidak salah untuk gila traffik tetapi anda perlu tahu bagaimana hendak gila traffik secara betul dan berhemah. Kita perlu berbalik kepada isu moral dan etika ini kerana kita hidup dalam negara yang penuh dengan nilai murni dan adab kesopanan. Jadi nilai etika dan moral perlu di ambil kira, tolak ketepi dahulu soal agama. Ini kerana secara asasnya apa yang baik dari sudut moral dan etika adalah selari dengan sudut agama.
Sedikit contoh – adalah salah untuk mendapatkan traffik dari kematian seseorang (salah dari sudut moral, etika dan tentu salah dari sudut agama). Jadi sekiranya anda menggunakan kematian seseorang hanya untuk menarik traffik ke blog anda, maka ianya merupakan sesuatu yang salah dan bertentangan dengan ajaran kita.
6 Cara Meningkatkan Traffik Ke Blog – Ini Cara Blogger Traffik Hunter
Kepada yang pernah mencuba cara meningkatkan traffik di bawah, mungkin artikel ini bukan untuk anda. Ini kerana anda memang sudah advance….
Serang Ketua, Serang Leader atau Serang “Kepala Puak”
Anda hendak traffik dengan cepat ke blog anda, anda cuba taktik ini. Cuba anda serang Ketua Negara. Cabar mereka, lemparkan tohmahan dan sebagainya. Anda berani lakukan ini – dengan pantas anda akan terkenal. Tidak mustahil anda akan menjadi lebih terkenal dari blog anda dalam masa yang singkat. Tunggu sahaja pintu rumah anda diketuk….
Menyerang ketua tidak sahaja terhad kepada ketua negara. Sekiranya dalam dunia blog cuba anda serang mereka ini yang mempunyai autoriti dalam dunia blog seperti Problogger, Chris Brogan, Brian clark dan sebagainya. Mengusik mereka ini seperti mengusik sarang tebuan, ini kerana reaksi yang anda akan dapat melalui pengikut mereka mungkin anda tidak dapat bayangkan. Siapa peduli, anda hendak traffik sahaja kan.
Pornografi, Porno atau Porn
Anda hendak traffik bukan, cuba porno – letak gambar porno, sebar cerita budak sekolah, sebar cerita jiran main. Huhhh… sekejap sahaja blog anda akan dibanjiri traffik porno. Siapa kisah bukan sekiranya pageviews menjadi kegilaan anda – mungkin Innity menjadi sumber kewangan anda selepas ini. Siapa tahu…
Guna Malware
Anda sedikit genius, anda hackers, anda gila traffik. Anda cuba cara ini, mudah sahaja inject torrent, iklan atau bahan download percuma dengan malware untuk hijack komputer pengguna yang mana anda akan menghantar si pengguna ke laman blog anda sekiranya beliau online. Bijak bukan…siapa kisah anda gila traffik.
Cuba Pula SPAM
Anda ada duit – jika ada cuba beli software yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan email peribadi pengguna di internet atau yang anda boleh gunakan untuk dapatkan email dari mana-mana laman sosial. Selepas itu anda auto email mereka, banjirkan inbox mereka dengan SPAM…paksa mereka lawat laman web anda. Traffik…traffik…traffik…
Godam Mana-mana Laman Sosial Popular
Anda seorang yang sedikit hardcore, anda cuba cara ini. Facebook dan Twitter mungkin sasaran terbaik anda. Caranya anda cipta virus yang membolehkan anda pecah masuk akaun pengguna laman sosial tersebut. Melalui virus tersebut anda boleh auto tweet atau auto update status perngguna tersebut secara automatik di Twitter dan juga Facebook. Bayangkan anda berjaya mengodam 20 000 akaun pengguna laman sosial tersebut dalam satu hari, buat sedikit congakkan berapa traffik yang anda akan perolehi sekiranya anda mengodam selama sebulan.
Manipulasi Kematian Celebriti
Merupakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan traffik secara cepat dan pantas. Cuba anda jaja dan mainkan sedikit isu mengenai kematian mana-mana artis popular. Terbaru kematian Amy Winehouse banyak dimanipulasikan oleh blogger luar negara hanya untuk traffik. Bayangkan berapa banyak carian yang dilakukan oleh peminat artis tersebut. Mungkin isu yang dimanipulasikan oleh anda akan berada di muka pertama Google – bayangkan traffik yang akan anda perolehi. Sedikit info – hampir 1 juta carian melibatkan kematian Amy Winehouse setiap bulan dilakukan di Google sahaja.
Blogger Traffik Hunter – Kata Anda
Topik mengenai cara meningkatkan traffik blog merupakan antara yang popular dibincangkan saya rasa (aku suka baca tips mengenai traffik), kebanyakan mempunyai tips tersendiri yang dibincangkan mengenai cara meningkatkan traffik serta pelawat ke blog. Apa yang saya cuba sampaikan jangan pula dipandang serong oleh rakan blogger luar sana – hanya sedikit informasi saya ingin kongsikan, jika anda pernah melakukan perkara di atas. Maka anda perlu menentukan adakah cara tersebut baik untuk anda atau sebaliknya.
Jangan hanya anda menjadi seorang blogger atau penulis yang hanya “menghalalkan cara”. Anda perlu tentukan baik serta buruk suatu perbuatan yang anda lakukan. Etika, moral serta nilai masyarakat timur perlu di jaga. “Jangan nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai Blogger Traffik Hunter. Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.
Akhir sekali kepada rakan blogger yang selalu berkunjung disini, aku harap anda semua boleh menolong aku. Anda nampak butang Google+ di footer Homepage aku. Sekiranya tidak keberatan sila anda share blog aku di Google+ ok.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013
Nice !
Cara2 nakal ni rasanya boleh buat kita jadi popular. heee
Please stop porn, sape boleh halang porn?
Jap sape kepala dlm dunia blog ni? ;P
Last sekali ak tak suka spam bot.
nizamghazi recently posted..What Need to Study Untuk Jadi Stylish Web Designer ?
ada yg guna cara ni nizam – sbb aku penah kena sekali, bila bukak browser jer terus dia redirect aku ke website lain..
(dofollow)
neu recently posted..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Traffik
heheh cara2 hebat untuk dapat trafik yg banyak lagi pantas..cuma kena berani tanggung risiko kemudian harilah
dah tekan plusone button
izwannizam recently posted..Wanita dan IzwannizamruslimDotCom
TQ izwan…
(dofollow)
neu recently posted..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Traffik
bab trafik ni susah nak cakap. bagi sesetengah blogger, trafik penting. bagi yang lain, tak berapa penting. Tak leh salahkan diorang. Ada yang full time benda ni, jadi trafik ni penting bagi mereka. So far bagi aku, trafik sangatlah penting. Tapi agak-agaklah sikit..jangan mengarut sudah la..
Janji pandai bawa diri dan pandai apa yang patut. Kalau nak trafik, buat cara nak trafik. Kalau tak nak..tak apa..
cuma biasalah, ada orang suka, ada orang tak suka.. bagi aku, blogger kita memang takkan lari dari hal trafik ni. dah jadi darah daging agaknya..alah bisa, tegal biasa..
titan recently posted..Isu kucing dan Petknode
semua perlu traffik, cuma persoalan cara mendapatkanya sj – aku jg tak kisah cara mn digunakan – kisah hal org tak membawa keuntungan kpd kita sebenarnya
(dofollow)
neu recently posted..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Traffik
kalau la dapat duit dengan cara porno tu,renungkan la kehidupan dikemudian hari.tak cium bau syurga tu…
apa yg aku tulis perlu dibaca secara baik oleh rakan semua – aku tidak menghentam sesiapa disini atau mengatakan sesiapa salah. hanya menyebut ttg blogger traffik hunter tidak bermakna aku menghentam mereka.
yup pasifista kalau dah buat “blue” nya cerita unt trafik mmg sedikit kotor aku rasa….tp siapa kisahkan…untuk traffik
(dofollow)
neu recently posted..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Traffik
bila disebut pasal traffik, amat penting bagi mereka yang terlibat dgn dunia online. katakan webite atau blog mana yang tak perlukan traffik. blog yang tak ada traffik pun akan hidup setahun atau kurang. cuma bagaimana mendapatkn itu menjadi persoalan ..hati manusia bro
rambut sama hitam tapi hati kih kih kih
yup itu maksud aku dgn artikel ni bro
(dofollow)
neu recently posted..Bagaimana Menyemai Tabiat Menulis Blog
sesetgh org tidak memahami perluan traffik ini….semata krn duit
yup, betul la apa yang dikatakan kalau betul gila traffic.. byk faedahnya dalam menjana duit dari blog..
Mr Leypark recently posted..[Gambar] Kad Perkahwinan Nabil Dan Zira Yang Simple Bertemakan Imej Kartun
Menarik..
Trafik bergantu kepada tujuan individu, ada yang nak gunakan untuk dapatkan hasil, dan ada yang perlukan trafik utuk sebarkan nasihat dan berdakwah… , yang pasti biar dengan cara yang betul
Ps : Ilmu dan tulisan power tapi tak ada yang membaca, kan membazir tu…
dnoBiz recently posted..Misi Bantuan Kemanusiaan ke Somalia – Presiden Kelab Putera 1Malaysia jawab tuduhan
sebenarnya cara yg perlu betul – tp masing-masing ada hak buat keputusan sendri, jd baik buruk diri sendri boleh tentukan
(dofollow)
neu recently posted..Buat Duit Dengan BuySellAds – Pengalaman Peribadi Aku
spamming memang satu skill yang best lah boleh dikatakan kalau ada software. kalau susah sangat, cari sahaja php-script untuk spam shoutmix chatbox… itupun sudah dikira okay berbanding nak spam entri orang lain…. huhu
paling aku xsuka ialah spam komen – biasa ler bro
(dofollow)
neu recently posted..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Traffik
Cara 1 – memang nempah maut, cara 2 nempah dosa, cara 3,4 & 5 menempah sumpah, cara 6 mungkin boleh la… tapi takut dia datang tupang komen kat entry…
ehehhh…dia komen kita reply jer
(dofollow)
neu recently posted..Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda – Baca Ini Dahulu
ohh..ada banyak rupanya cara nak tingkatkan trafik.
ohcikgu recently posted..Permohonan Minta Maaf Petknode ditolak mentah-mentah..
Hmmm…macam nak cubee..
tapi x tergamakkkkkk
juanita recently posted..Nuffnang Premiere Screening – Apollo 18
jgn cik juanita – kang famous
(dofollow)
neu recently posted..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Traffik
memang teknik hardcore ni. tapi kalau sampai dibenci orang susah juga. biarlah kita dikenali sebagai blogger yang clean. baru nampak kredibiliti.
terkenal dengan cara lain akan lebih dihargai – terima kasih sadara sudi komen
(dofollow)
neu recently posted..101 Alasan Mengapa Anda Perlu Menulis Blog
Kalau ikut 6 cara tu betul2 dapat trafikk yg tinggi…:) Kita blogger kena menilai yg mana baik dan buruk untuk kita.Yang penting jangan buat cara jahat
azman recently posted..Persatuan Veteran Tentera Melayu demo di Pejabat Pas
diri sendiri perlu tentukan baik dan buruk sesuat perkara -setuju dengan bro azman
(dofollow)
neu recently posted..Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda – Baca Ini Dahulu
Kalau menulis perkara-perkasa seperti gossip, politik, porno, dunia hiburan dan sebagainya memang mudah mendapat perhatian tapi earning pula kita kena fikir halal haram. Kalau tidak kisah lain lah
Apa pun cara yang digunakan untuk mendapatkan trafik kalau boleh biarlah cara yang betul dan win-win situation kepada semua pihak yang terlibat…
Erm, kalau buffer blog yang main keyword dia keyword panas macam mana pula ya?
Fahmi recently posted..Siapa Hero Sebenar?
yg main keywords tu pun sama jg jenis yg suka kepada traffik – ttp cara yg digunakan tak betul fahmi..
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Perlu Kepada Pengubahsuaian
traffic utk blog th3b0r3dsha mmg pnting tp bg sya buat ms ni sya sendiri yg kene aktif mengupdate blog..huhuhuhuhuhu
spam paling aku pantang… abis email penuh dgn spam.. dah jadi keje harian aku delete email spam ni.. adess bisnes2 gak..jgn sampai menyusahkan org.
Twitter: tokputih
hmmm menarik
sekadar baca dan cuba fahami…
auc dot com recently posted..Buah Kundang | Colek Kundang
trafik memang penting. no trafik, no money. setiap blogger ada matlamat diorang. ada kesah pasal trafik..ada tak kesah langsung. cuma yang kesah itu, (orang muslim) kena la pikir adakah halal atau haram pendapatan mereka perolehi.