Saya Tidak Bekerja Cikgu, Tetapi Saya Bukan Penganggur

Bulan lepas saya telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran khas untuk meraikan majlis ulang tahun anak yang ke-3. Kenduri kecil-kecilan namun ramai saudara, rakan dan jiran telah saya jemput. Hidangan laksa kuah asam dan thai menjadi juadah utama.

Baca juga: Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia

Lebih kurang jam 3 petang, ramai tetamu datang, rata-ratanya jiran berhampiran. Dalam kerancakan menjamu selera, salah seorang jiran depan rumah saya bertanya kepada saya.

Jadi Dah Lama Tak Kerja? Buat apa sekarang?

Lebih kurang begitu soalan yang beliau ajukan kepada saya yang sedang rancak melayan tetamu lain. Soalan begitu memang telah saya agak akan saya terima, mahu tidak mahu saya perlu menjawab. Jadi saya pun menjawab dengan ringkas.

Tidak kerja Cikgu (beliau seorang cikgu), dah lama saya tak kerja, dok di rumah sahaja.

Jawapan ringkas saya berikan kepada beliau. Mendengar jawapan saya, beliau tersenyum, mungkin beliau berpuas hati mendengar jawapan saya atau ramalan beliau bahawa saya tidak bekerja adalah benar. Saya pula menyambung tugas melayan tetamu. Jadi perbualan dan pertanyaan yang mungkin terjadi terhenti di situ.

Sebelum Maghrib majlis tersebut selesai, tetapi pertanyaan jiran saya tadi masih bermain di kepala. Terfikir pula, aku bekerjakah?

Jadi benarkah saya tidak bekerja? Jika bekerja, apa kerja saya?

Bertanya pula saya soalan tersebut kepada diri sendiri. Mungkin ada benarnya saya “tidak bekerja”.

2 Sebab Utama Saya Menjawab “Saya Tidak Bekerja”…

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya menjawab saya tidak bekerja, sedangkan dengan mudah saya boleh menjawab – saya seorang blogger cikgu. Saya boleh menjawab demikian, ini kerana saya banyak menghabiskan masa dengan blog – dan blog merupakan punca rezeki saya. Jadi mengapa saya memilih untuk menjawab “saya tidak bekerja”.

Jawapan saya mudah, berikut dua sebab utama mengapa saya menjawab saya tidak bekerja bagi soalan yang diajukan oleh jiran saya.

Mengelakkan Lebih Banyak Pertanyaan

Untuk mengelakkan dari diajukan lebih banyak pertanyaan jika saya menjawab saya bekerja. Mungkin soalannya selepas itu – apa kerja kamu? Sedangkan saya sedang sibuk melayan tetamu yang datang.

Siapa Hendak Melayan Tetamu, Jika Saya Sibuk Menerangkan Apa itu Blogger

Jika saya menjawab saya seorang “blogger” maka akan habis masa saya melayan beliau untuk menerangkan bagaimana blogger berkerja. Mungkin beliau akan bertanya berapa gaji saya? apa yang blogger lakukan? dan sebagainya.

Untuk mengelakkan perkara di atas, saya menjawab saya tidak bekerja. Ringkas dan senang cerita.

Blogger

Oleh itu Bagaimana Blogger Bekerja…

Entri kali ini hanya ingin bercerita, menerangkan dan menghurai bagaimana saya bekerja sebagai seorang blogger dan apa yang saya lakukan untuk menjana pendapatan dari blog. Mungkin selepas ini saya akan tunjukkan entri ini kepada jiran saya, saya akan minta dia baca entri ini untuk mengetahui apa kerja saya.

Jadi Apa Kerja Awak Bro…Sila Terangkan

Persoalan yang sedikit subjektif disebabkan cara blogger bekerja adalah berbeza, bagaimana blogger bekerja juga tidak sama antara satu sama lain. Cara anda dan cara saya mungkin berbeza. Mungkin cara anda berblog dan bagaimana anda menjana wang dari blog dengan apa yang saya lakukan tidak sama.

Pendapatan yang kita jana juga mungkin berbeza disebabkan penulisan blog sudah saya anggap sebagai satu kerja.

Jadi Apa yang Saya Buat Sebagai Blogger

Ini antara apa yang saya lakukan sepanjang tahun dan bagaimana saya menjana sedikit pendapatan dari blog.

Saya bina blog berautoriti

Autoriti yang saya tekankan untuk semua blog saya seperti berikut;

a – Pagerank
b – Alexa Rank
c – Keywords Rank
d – Perlu menjana pendapatan bulanan

Di atas merupakan apa yang tekankan dalam setiap blog yang saya bangunkan. Ini kerana…

Blog Tersebut Saya Akan JUAL

Ya ini target saya, setiap blog yang saya hasilkan saya akan jual. Sebabnya, ini cara saya menjana pendapatan sebagai seorang blogger.

Perlunya Blog Pagerank Tinggi

Setiap blog yang saya hasilkan, Pagerank akan menjadi keutamaan saya. Sebolehnya setiap blog mempunyai pagerank 2 ke atas. Kenapa Pagerank menjadi keutamaan?

Pagerank menjadi keutamaan saya disebabkan pengiklanan luar lebih mementingkan Pagerank untuk beriklan. Lebih tinggi Pagerank maka lebih lumayan pendapatan. Secara logiknya begitulah kira-kira mudah saya untuk setiap blog yang saya hasilkan.

Pemilihan Niche Blog Yang Baik

Selalunya ini saya tekankan dalam penghasilan blog saya, apa pun yang saya cuba lakukan – pemilihan niche yang baik perlu diutamakan. Ini kerana niche blog menentukan apa yang saya cuba lakukan di point ke 2 di atas.

Menjadi Penyedia Servis

Salah satu cara saya menjana pendapatan dari blog. Servis SEO, website, content creation dan sebagainya menjadi sumber pendapatan.

Dia atas antara sebahagian dari cara saya menjana wang dari blog. Penulisan dan penghasilan blog yang baik menjadi target utama saya apabila saya menganggap blog sebagai punca rezeki saya sekeluarga.

Kesemua point di atas jika anda rangkumkan, disatukan atau digabungkan pula boleh dijadikan pula asas-asas untuk membina blog yang baik. Ini kerana blog yang baik sudah semestinya dapat menyumbang sesuatu kepada anda.

Jadi berapa Pendapatan Bulanan Bro…

Cukup untuk saya katakan yang pendapatan bulanan saya secara tetap adalah sama dengan apa yang di jana oleh seorang Pegawai Kerajaan. Mungkin lebih jika dimurahkan rezeki. Seperti kata orang tua-tua – “rezeki harimau”.

Apa yang penting – sabar, buat apa yang anda suka dan usah peduli apa yang orang lain kata. Biar kita tidak dikenali sebagai blogger popular, namun anda berjaya buat seperti apa yang blogger popular lakukan.

Bagaimana pula anda menjana pendapatan dari blog

Akhir kata bagaimana pula anda menjana pendapatan dari blog, apa yang anda lakukan untuk menjana pendapatan? adakah sama seperti saya? adakah anda hanya menulis untuk suka-suka? adakah anda menulis hanya ingin popular? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah. Saya bersyukur kerana menulis tidak seberat kerja yang dilakukan oleh perkerja di bawah.

2013 – Ini tulisan pertama saya setelah kembali mengambil alih blog ini. Agak panjang sedikit dari kebiasaan.

Comments

  1. says

    Tidak dinafikan ada sesetengah orang geli geleman mendengar nama blogger. Jadi elok juga bro matikan perbualan tersebut.

    Cuma saya keliru didalam persekitaran blogging di Malaysia. Ada blog mempunyai PR rank yang baik coth PR3 tetapi SEO dan trafik kurang mantap. Kebanyakkan advertiser di Malaysia mahu bukti UV trafik. Masalah blog-blog yang saya nyatakan diatas. Orang diluar sana faham PR tinggi tentu trafik tinggi dan SEO juga mantap tetapi tidak berlaku di sesetengah blog. Minta tolong jelas kalau boleh? Untuk pengetahuan dan diskusi.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Cek NuffnangMy Profile

    • says


      Twitter:
      Sebenarnya ada pelbagai jenis advertiser bro – yang hendakkan PR tinggi ni advertiser yang inginkan backlink. Backlink sama ada melalui sponsored post (artikel) atau melalui Text Link – selalu dekat Homepage. Golongan advertiser jenis ni tak kisah tentang trafik tu semua, dia hanya kisah PR tinggi sahaja sbb dia mungkin cuba rankkan website dia melalui keywords yg dia beli dari website PR tadi. Sebenarnya bakclink dari site PR4 ke atas sukar nak dapat, jarang orang link secara free, jadi kalau dia nak dia kena bayar. Advertiser jenis sebegini kat Malaysia tak banyak, RARE dan mungkin tak da.

      Yang pentingkan Traffik tu banyak kat Malaysia sbb mungkin dia nak tarik trafik, hendak cuba marketkan website dia @ nak naikkan trafik dia. Berkemungkinan itu alasan dia pentingkan UV dan PV tu semua. Jadilah trend pentingkan trafik tu semua kat negara kita. Walau PR0 tapi kalau trafik tinggi mmg orang berebut nak iklan. Tapi dari satu segi apa kelebihan dia selain dari trafik? apakah conversion rate dia? tak ramai yg kaji ni semua unt beriklan.

      Contoh saya penah ambil review dari si Titan walaupun website dia PR1/2 di sebabkan Domain Autoriti dia tinggi. Ada kelebihan dia kat situ.
      neu recently posted..Saya Tidak Bekerja Cikgu, Tetapi Saya Bukan PenganggurMy Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.