Selamat Tahun Baru 2014

Blogging: Pencapaian Sepanjang 2013 dan Harapan Tahun 2014

In Blog by zeo27 Comments

Ada sesetengah mengatakan blogging mengubah hidup mereka. Mungkin ada benarnya bagi sesetengah individu.

Bagi saya, blog juga berjaya merubah persekitaran online saya. Sebenarnya tidak menyangka juga saya boleh melakukan pelbagai perkara dengan blog. Sekiranya anda masih baru di laman ini, ada baik anda baca sedikit tentang saya.

Pelbagai perkara — bertemu rakan, berkawan, menghasilkan pendapatan, mencuba sesuatu yang baru dan bermacam lagi yang saya rasakan di luar jangkaan sebelum ini berjaya saya lakukan.

Mungkin ini artikel penutup bagi tahun 2013. Jendela 2014 semakin menghampiri dan di ruangan penulisan saya ini, ingin dikongsikan beberapa cerita yang telah saya capai sepanjang berblog pada tahun 2013 dan apa yang ingin dilakukan pada 2014.

dunia blog 2014

Mungkin sedikit cerita manis bersama sedikit statistik dan nombor akan bermain dalam artikel ini.

PERMULAAN BLOGGING TAHUN 2013

Sebenarnya saya bermula agak lewat untuk menulis pada tahun ini. Artikel pertama saya bertarikh 9 Januari dan hanya 2 artikel sempat saya kongsikan di sini. Itu pun banyak artikel yang telah saya ubahsuai dan di publishkan kembali. Tidak mengapa biar lewat dari tidak berkongsi langsung.

Untuk menceritakan mengenai permulaan blogging tahun ini adalah lebih baik saya mempamerkan sedikit statistik dalam bentuk angka dan nombor.

STATISTIK BLOG MULTEES 2013

  • Artikel dihasilkan – 70
  • Alexa Rank: 200, 000 ++
  • Page Rank: PR4
  • Pendapatan di jana: RM0
  • Komen ditinggalkan: 1000++
  • Link dari pelbagai blog rakan lain

Hanya satu kesimpulan yang saya boleh lakukan berdasarkan angka-angka tersebut;

70 artikel, 1500 komen dan dengan alexa rank 200,000+ maknanya blog saya masih mempunyai kalangan pembaca yang tersendiri. Yang masih datang untuk memberi sokongan dan komen di blog ini.

 

Lewat bermula juga disebabkan saya agak sibuk di blog-blog yang lain. Pada masa yang sama, saya banyak mewujudkan blog-blog sampingan yang lain. Sekadar sebagai sokongan kepada blog terdahulu.

PELBAGAI BLOG, YA PELBAGAI

Dalam kesibukan menguruskan blog-blog sedia ada. Saya beranikan diri lagi menghasilkan blog sampingan yang lain. Terutamanya blog yang berkaitan dengan niche yang diminati oleh saya.

Umumnya, berikut merupakan niche utama pilihan saya.

NICHE UTAMA BLOG PILIHAN

  • WordPress Themes – masih menguruskan 3 blog
  • Design
  • Technology
  • Android – ini benar-benar sesuatu yang baru. Tiada ilmu sebenarnya, namun pemintaan untuk blog sebegini amat tinggi.
  • Travel – niche yang ingin saya tumpu bermula pada tahun 2014. Menarik untuk mempunyai blog travel.
  • Kerjaya – ini merupakan niche blog berbahasa melayu yang saya ceburi. Kini saya sudah punyai 2 blog utama kerjaya.

PELBAGAI YANG TELAH DICAPAI DAN DILAKUKAN

Tahun ini juga saya telah capai pelbagai perkara, terutamanya perkara-perkara yang saya ingin lakukan. Jadi, dalam artikel ini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berjaya saya capai dan lakukan dengan blog sepanjang tahun ini.

Ianya merupakan pengalaman blogging menarik tersendiri sepanjang tahun 2013.

RANGKAIAN BLOG SENDIRI

Ya, ini yang saya ingin lakukan pada awal tahun 2013 dan sebelum itu lagi, dan saya berjaya laksanakan tugasan ini pada tahun 2013.

Rangkaian blog saya kini mempunyai lebih dari 10 blog dalam pelbagai niche utama di atas. Di harapkan saya mempunyai kesempatan untuk menguruskan blog-blog tersebut.

RUANGAN VIP BLOGGER

Hanya mewujudkan ruangan VIP ini untuk membantu rakan dan pada masa yang sama berkongsi apa yang saya ada. Ramai juga rakan-rakan yang berminat dan saya berharap mereka akan berjaya dengan blog masing-masing.

Tidak tahu apa itu ruangan VIP Blogger, sila baca post ini.

MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG

Ini juga merupakan target utama saya. Baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana saya menghasilkan duit dengan blog  dan berapa banyak yang telah saya hasilkan hanya dengan blogging.

Sepanjang 2013, berikut merupakan income breakdown saya, hanya dengan blog.

Pendapatan ini saya ambil kira pendapatan dari 2 blog affiliate kerjaya dan pengiklanan terus yang di terima oleh 3 blog utama setiap bulan, tidak termasuk hasil dari Adsense dan servis yang dilakukan.

Direct Advertising

Direct advertising merupakan penyumbang utama melalui 3 blog di bawah rangkaian saya. Blog utama tersebut ialah Star Magazine, Inspired Magazine dan PSD Mod.

Termasuk juga hasil dari jualan laman CSS Poet di Flippa.

PENDAPATAN: US$18424.03/RM55272.09

Affiliate Kerjaya

Affiliate kerjaya juga merupakan penyumbang pendapatan, pada mulanya hanya berkongsi secara suka-suka. Dari suka-suka menulis, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan pendapatan.

Pendapatan di sumbang oleh laman Jobs Hub dan juga laman Exam PTD.

PENDAPATAN: RM3575

Secara total, banyak juga saya berjaya hasilkan melalui blog. Tidak menggunakan khidmat penyedia pekhidmatan pengiklanan dan hanya dilakukan sendiri.

Menarik juga apabila difikirkan kembali.

ADAKAH ITU KEJAYAAN?

Ya, saya boleh mengatakan itu antara kejayaan yang saya telah capai melalui blog dan apa yang anda juga boleh lakukan melalui blog anda.

Dan, saya berbangga kerana…

  • Sebenarnya saya berbangga dengan percapaian kecil ini. Ini kerana saya bermula dari “kosong” dan tidak menjual apa-apa produk untuk menjana sedikit wang. Hanya blog teman baik dan teman kerja.
  • Sebenarnya apa yang saya lakukan dan capai adalah dari hasil usaha saya berseorangan. Tiada partner walaupun si isteri kini menyokong sepenuhnya apa yang saya lakukan.
  • Belajar dari bagaimana individu lain berjaya. Mereka yang berjaya ini merupakan mentor saya.
  • Dan, saya berusaha mencari apa yang terbaik untuk dilakukan dengan blog.
  • Tutup mulut, gerakkan usah. Dan, saya percaya bahawa itu lebih baik dari bercakap tanpa isi seperti “tin kosong” yang berbunyi hanya apabila di canang.

Tinggal lagi kini perlu belajar bagaimana hendak mengekalkan rentak tersebut.

usaha blogging

2014 APA YANG INGIN DI CAPAI?

Dunia blogging saya pada tahun 2014 mungkin tidak banyak bezanya dengan tahun 2013. Target utama ialah saya hanya ingin cuba mengekalkan apa yang ada dan menambah apa yang tiada.

Namun, pada 2014 ini target saya…

MENCARI “GENG” BLOGGER

Rasanya telah banyak komuniti blogger, rakan blogger dan network blogger di arena blog kita. Ingin mencuba kelainan sedikit, saya ingin mencari “geng” blogger yang mungkin boleh bantu-membantu sesama kita. Jika berminat untuk menjadi geng blogger saya, tunggu update terbaru saya nanti. Mungkin kita boleh bersama berkongsi idea nanti.

Saya juga berharap dapat meluaskan rangkaian jika ada blogger yang berminat untuk bersama-sama dalam “projek” peribadi ini.

MEMBERI KHIDMAT PENGIKLANAN

Ini telah saya cuba hasilkan pada tahun ini, iaitu memberi khidmat pengiklanan tersendiri kepada yang berminat. Ianya lebih kepada direct advertising yang tidak menggunakan khidmat pihak ke 3.

Ideanya telah menghasilkan AD Syncs, sebuah laman yang memberikan khidmat pengiklanan melalui “promoted story”. Dan permulaan perlancaran berjaya mendapatkan dua pengiklan yang berminat untuk mencuba servis saya.

AD Syncs

MENGEKALKAN DAN MENAMBAH

Ini mungkin satu cabaran, iaitu ingin mengekalkan blog-blog saya dan menambah mana yang perlu. Bagaimana? Biarlah, 2014 bermula… 

MENULIS SEKERAP YANG MUNGKIN

Ini saya cuba lakukan pada 2013, namun masih tidak berjaya dilakukan. Maka ianya akan di bawa ke tahun 2014.

DUNIA BLOGGING 2014, HERE I COME…

Pahit, manis, kegagalan dan kejayaan tidak bermakna jika anda tidak mencuba. Dan, saya merasakan saya telah mencuba sebaik mungkin untuk mencapai perkara tersebut.

Kejayaan dan kegagalan juga datangnya dari Allah SWT dan saya bersyukur dengan rezeki tersebut.

Kejayaan dan kegagalan juga di harap akan menjadi panduan agar menjadi lebih baik di masa hadapan. Bukan sebaliknya.

Dan dunia blogging 2014, here I come…

P/S – maaf jika bahagian penutup agak hype, seperti teruja pula 🙂

Artikel ini mengandungi lebih dari 1000 patah perkataan dan terima kasih jika anda habis membacanya.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Pingback: Selamat Tahun Baru 2014

Leave a Comment

CommentLuv badge