Blogging Sepanjang 2014

Blogging Sepanjang 2014

In Blog by zeo30 Comments

2007 hingga kini bakal memasuki 2015 banyak telah saya pelajari melalui blog. Jika itu perjalanan maka ia perjalanan jauh dengan pelbagai “cerita”. Perjalanan yang telah banyak mengajar dan mematangkan cara saya berblog, cara saya menulis dan cara saya menjana pendapatan dengan blog.

Blogging Sepanjang 2014

Secara personal saya melihat ianya satu proses dengan pelbagai kepelbagaian yang akan mematangkan sesiapa sahaja.

Saya pernah mengatakan blog telah berjaya mengubah persekitaran online saya. Dari hanya pengguna biasa ke satu tahap yang difikirkan tidak mampu di capai satu masa dahulu. Ia terbukti benar dengan pelbagai coretan hebat sebagai seorang blogger sepenuh masa.

Sudah tentu sepanjang 2014 banyak yang telah saya capai melalui blog anda berikut antara sebahagian dari apa yang telah saya lakukan sepanjang 2014.

Ini coretan mudah, tiada isu teknikal di sini. Hanya perkongsian pengalaman dan cerita santai-santai untuk memudahkan anda “hadam” nanti.

SEPANJANG 2014, MULANYA NICHE BLOG BARU

2014 merupakan tahun saya terjun ke niche baru blogging yang sebelum ini saya langsung tidak ambil peduli. Niche baru dengan pelbagai potensi dan lebih banyak ruang untuk diterokai.

Niche yang saya maksudkan ialah niche kerjaya. Untuk pengetahuan, sepanjang 2014, niche kerjaya merupakan niche dominan yang diberikan tumpuan sepenuhnya oleh saya.

Blog baru, niche baru sudah tentu akan mengajar perkara baru.

MULAKAN PROMOSI AFFILIATE KERJAYA

Affiliate kerjaya graduan merupakan bidang baru yang saya cuba. Boleh dikatakan saya merupakan “orang baru” dalam arena affiliate tempatan. Walaupun saya telah lama mempromosikan produk affiliate luar negara.

Ya, asasnya ilmu dan pengalaman mempromosikan produk luar negara banyak diaplikasikan ke dalam cara saya mempromosikan affiliate kerjaya graduan ini.

Apa yang perlu saya lakukan ialah ubah dan sesuaikan dengan persekitaran baru.

Maka, saya mula mengerti kepentingan..

EMAIL LIST

Blog 2014

Email list merupakan perkara baru bagi saya, mula mengumpul email list pada April 2013 dan lebih rancak pada tahun ini.

Sepanjang tahun ini saya berjaya mengumpul hampir 10 ribu email list dalam niche kerjaya. Bukan satu angka yang besar tetapi ia permulaan yang baik bagi orang baru dalam niche ini.

Apa yang dipelajari ialah, email marketing merupakan cara paling berkesan menjana pendapatan dan cara percuma mendapatkan trafik ke blog.

Untuk mengumpul email list pelbagai teknik yang saya cuba dan kenalpasti berkesan. Paling utama berikan nilai dalam kandungan dan sebagai balasan pelawat tidak teragak-agak memberikan email mereka kepada anda sebagai tanda “terima kasih” atau “saya nantikan info seterusnya”.

Niche baru dan blog baru juga menandakan saya telah ke tahap yang seterusnya dalam memaksimakan pendapatan yang saya jana melalui blog.

BLOG-BLOG SAYA

Seperti kebiasaan, pendapatan utama masih disumbangkan oleh blog-blog utama saya. Terutamanya blog Inspired Magazine. Blog baru diwujudkan sebagai blog sampingan sebagai sokongan kepada blog utama.

Hingga kini sepanjang 2014, hampir 30 blog diwujudkan di bawah rangkaian Inspired Magz.

Banyak? Oh ya, hanya yang tetentu dibangunkan ikut keperluan.

MENAMBAH ASET BLOG

Selain dari bina dan hasilkan sendiri blog sebagai aset hartanah maya, saya juga telah melabur sedikit dari pendapatan yang saya jana melalui blog untuk membeli 2 blog baru yang saya rasakan punya potensi untuk dikembangkan.

Berikut 2 blog baru di bawah Inspired Magz Network

  1. [+] 92 Pixels
  2. [+] Jawatan Kosong Terkini

MANIS SEPANJANG BLOGGING 2014

Coretan kecil sepanjang 2014 ini agak “manis”. Saya boleh mengatakan itu antara kejayaan yang saya telah capai melalui blog dan apa yang anda juga boleh lakukan melalui blog anda.

Dan, saya berbangga kerana…

  • Sebenarnya saya berbangga dengan percapaian kecil ini. Ini kerana saya bermula dari “kosong” dan tidak menjual apa-apa produk untuk menjana sedikit wang. Hanya blog teman baik dan teman kerja.
  • Sebenarnya apa yang saya lakukan dan capai adalah dari hasil usaha saya berseorangan.
  • Belajar dari bagaimana individu lain berjaya. Mereka yang berjaya ini merupakan mentor saya.
  • Dan, saya berusaha mencari apa yang terbaik untuk dilakukan dengan blog.
  • Tutup mulut, gerakkan usah. Dan, saya percaya bahawa itu lebih baik dari bercakap tanpa isi seperti “tin kosong” yang berbunyi hanya apabila di canang.

Tinggal lagi kini perlu belajar bagaimana hendak mengekalkan rentak tersebut.

2015 BERUSAHA UNTUK LEBIH BAIK

Pahit, manis, kegagalan dan kejayaan tidak bermakna jika anda tidak mencuba. Dan, saya merasakan saya telah mencuba sebaik mungkin untuk mencapai perkara tersebut.

Kejayaan dan kegagalan juga datangnya dari Allah SWT dan saya bersyukur dengan rezeki tersebut.

Kejayaan dan kegagalan juga di harap akan menjadi panduan agar menjadi lebih baik di masa hadapan. Bukan sebaliknya.

Bagaimana dengan anda? Ada apa-apa ingin dikongsikan? Gunakan ruangan komen di bawah dengan sebaiknya, kongsikan cerita anda.

Kredit gambar: ShutterStock

Comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info yang saya kira cukup bermanfaat sebagai penutup tahun 2014…

    Sepanjang tahun 2014 banyak ilmu pemasaran yang telah saya pelajari secara tidak langsung menerusi rakan-rakan dalam Group Tim Infokerjaya…

    Walaupun agak terlewat untuk saya mempraktikkan strategi pemasaran yang telah saya pelajari… Tetapi sekurang-kurangnya saya telah melakukannya dalam cabaran terakhir rujukan peperiksaan online Tim Infokerjaya…

    Syukur akhirnya berjaya juga menempatkan nama dalam carta affiliate Tim Infokerjaya dan seterusnya menyelitkan diri dalam senarai affiliate elite Tim Infokerjaya…

    Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada bro, dan juga sifu-sifu lain yang telah banyak membantu…

    In Shaa Allah pada tahun 2015 nanti, saya akan cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada… Supaya berjaya meningkatkan pendapatan sampingan secara online…

    Semoga segalanya dipermudahkan Allah S.W.T… In Shaa Allah..
    Anuar recently posted…Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

  2. tahniah bro! saya yakin saingan bagi cabaran pastinya menjadi lebih competitive dengan pendedahan yang saya rasa banyak membuka peluang kepada blogger lain untuk turut serta dalam cabaran IKR.

    apa yang pasti, bersaing secara sihat dan membina hubungan kekeluargaan dalam konteks komuniti blogger itu juga penting antara satu sama lain. keep it up bro! tahniah sekali lagi.
    khairul asrol recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Ya betul tu. . Saya setuju. . Bila berada dalam group team Info kerjaya, saya dapat rasakan kita berada dalam satu keluarga. .. sifu2 sangat sporting. . Tak lokek berkongsi ilmu kejayaan mereka… In Shaa Allah, mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki termasuk juga tuan Zeo Unic. .
      anuar recently posted…Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

  3. Berjuta-juta terima kasih kongsikan pengalaman yang sangat berharga ini. Tak boleh saya bayangkan bagaimana tuan boleh kendalikan berpuluh-puluh blog. Harapan saya tuan akan terbitkan sebuah ebook panduan untuk menjadi blogger berwawasan, beretika, bermisi dan bervisi sehebat tuan 🙂
    Zolkie recently posted…Jangan Selalu Prasangkan Dengan Anak KitaMy Profile

    1. jika lihat blog sebagai “blog” maka kita hanya akan menulis blog. saya pula tidak lihat blog hanya sebagai blog untuk menulis suka-suka…

      doakan saya ada kesempatan hasilkan panduan ringkas nanti tuan.
      neu recently posted…Blogging Sepanjang 2014My Profile

  4. Memang tidak saya nafikan bahawa tuan neu lah yang memperkenalkan saya kepada affiliate kerjaya. Pada awal pembabitan banyak tunjuk ajar dan khidmat nasihat yang saya dapat dari sini. terima kasih atas segala tunjuk ajar dan tips yang diberikan.

  5. Gua dah mula usyar blog Multees ni dah lama, tapi tak sangka pula tuan punya blog ni terlibat dalam IKR, masuk masuk terus masyuk … terkesima pulak. Nampaknya gua sangat lambat guna pendekatan email list tu.

    Awal2 masuk leh la dapat komisen best-best guna blog, tapi silap tak guna email list.

    Terima kasih atas entri ini yang cukup bermakna. Pasti akan gunakan strategi serupa untuk dapatkan list sendiri.

    Terima kasih kerana kongsi bab SEO, dan buka peluang pada orang lain untuk berjaya.
    Hasrul Hassan recently posted…Top 20 Affiliate Ashadee.com 2014My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge