Kerja di rumah secara online

Buat Duit Affiliate Dengan Blog

In Blog, Tips Affiliate by zeo35 Comments

Beberapa hari lepas saya berpeluang berkongsi pengalaman dalam satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh Denai Hati Network dengan kerjasama KarangKraf.

image

Perkongsian saya lebih terarah kepada perkongsian pengalaman dan apa yang dilakukan untuk menjana pendapatan dengan blog.

Secara umumnya seminar buat duit affiliate dengan blog merupakan antara program ilmu yang pasti membuka mata para peserta yang hadir pada hari itu.

Berikut apa yang sempat saya kongsikan dengan para peserta yang hadir.

BAGAIMANA BUAT DUIT AFFILIATE DENGAN BLOG

Untuk mendapatkan hasil terbaik dari program affiliate, seorang blogger perlu lihat perkara-perkara utama berikut:

Bagaimana Memilih Program Affiliate yang baik:

  1. Pilih program yang membayar.
  2. Pilih program affiliate yang mempunyai permintaan tinggi terhadap produk.
  3. Produk affiliate perlulah berkualiti

Bagaimana Mendapatkan Hasil Terbaik dari Program Affiliate melalui Blog.

Ini apa yang blogger perlu lakukan:

  1. Ketahui siapa target sasaran (audience)
  2. Permintaan dan sambutan pembeli. Bagaimana permintaan terhadap produk tersebut.
  3. Pemilihan domain yang sesuai – domain perlu dapat “menarik perhatian audience”, domain yang baik akan cerminkan kandungan.
  4. Kesesuaian blog dari segi persembahan kandungan, penulisan dan design.
  5. Kandungan blog perlu relevan dengan maklumat yang di cari pembaca.
  6. Dapatkan keyakinan pembaca. Mereka dahagakan input. Beri mereka input yang di cari dan lakukan “rekomendasi” produk jualan.

CARA MEMAKSIMAKAN EARNING AFFILIATE

  1. Blog
    • Memberi informasi
    • Memberi solusi kepada permasalahan
    • Lain-lain – design dan tema blog
  2. Bina Mailing List
    • Sediakan Opt In
    • Sediakan Landing Page yang sesuai
    • Follow up pembeli yang benar-benar berminat
    • Jangan “sesekali memaksa” dan jangan spam bakal pembeli
  3. SEO
    • Bina blog berautoriti yang mempunyai kekuatan bersaing di enjin carian
    • Optimasikan blog dengan teknik SEO terbaik. Jangan lakukan SPAM
    • Blog dengan kekuatan SEO akan meningkatkan pelawat, pembaca dan senarai pembeli. Menyumbang kepada pendapatan anda.
    • Blog dengan kekuatan SEO akan membantu promosi anda. Anda tidak perlu risau dari mana datangnya pembeli anda selagi pembeli tersebut menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat.
    • Blog + SEO = Menjimatkan. Anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk mengiklan semata-mata ingin menjual.
  4. Kandungan Blog Yang Baik
    • Content is King – Jadikan blog affiliate sebagai blog yang mempunyai informasi dan bernilai kepada pelawat. Walaupun tujuan utama blog affiliate ingin “menjual produk” tanggungjawab memberi informasi tidak boleh di lupa.
    • Kandungan blog yang baik akan membuatkan pelawat mengingati blog anda. Mereka ini akan lakukan promosi percuma untuk anda tanpa perlu di minta. Mereka akan share blog anda di media sosial, dengan saudara dan rakan mereka. Seterusnya akan meningkatkan pendapaatan anda.
    • Beri penerangan mengapa mereka perlu kepada produk anda tanpa memaksa mereka membeli. Jangan tukar setiap artikel menjadi mesin jualan. Lakukan rekomendasi produk, bukan menjual produk – ada bezanya.

BLOG MERUPAKAN SUMBER PENDAPATAN TANPA HAD

Menjana pendapatan dengan blog tidak terhad melalui promosi program affiliate sahaja. Seorang blogger boleh lakukan lebih dari promosi affiliate di blognya bergantung dengan kesesuaian blog. Hanya perlu sedikit kreatif dan mencari jalan mempelbagaikan sumber pendapatan.

Kejayaan anda berblog pasti boleh diterjemahkan dengan angka-angka sekiranya blog merupakan kerjaya utama anda.

Berikut apa yang anda boleh hasilkan dengan blog yang baik.

WEBSITE FLIPPING

Salah sebuah blog yang saya yang terjual di Flippa.com

Duit Dari Blog

DIRECT ADVERTISING

Bayaran yang diterima untuk pengiklanan di blog.

History   PayPal

Dan pelbagai lagi…Ia tidak terhad

KESIMPULAN

image

  • Amal dan pratik setiap ilmu yang diperolehi dalam majlis tersebut dan gayakan mengikut cara anda.
  • Usaha yang baik dari pihak Denai Hati, lebih kepada usaha mendidik blogger mempelbagaikan sumber pendapatan. Jangan dihadkan cara menjana pendapatan.
  • Blog anda, perniagaan anda. Lakukan perubahan kecil yang boleh memberi impak besar dalam proses anda berblog.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info… Tuan Zeo Unic merupakan pilihan yang tepat untuk berkongsi rahsia kejayaan kepada blogger.. Sayang sekali sebab saya tak dapat datang mendengar perkongsian tersebut dalam kedua-dua majlis iaitu Gathering IKR dan Buat Duit Blog dengan Affiliate anjuran Team Denaihati…

    In Shaa Allah, kalau ada rezeki satu hari nanti, saya dapat belajar ilmu-ulmi tersebut dari tuan…
    Anuar recently posted…Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

  2. Memang terbaik. Perkongsian orang lama. Teringatkan bro ZeoUnic pernah menulis post awal-awal di blog Multees menulis mengenai berhenti blogging sekejap dan comeback semasa peringkat awal blog Multees dibuka. Tak sangka cepat sungguh semua yang terjadi.

  3. Terima kasih bro Zeo Unic aka Neu berkongsi ifo di sini kesimpulan daripada seminar buat duit affiliate anjuran Denaihati tempoh hari. Saya tak dapat hadir, ada kerja lain masa tu. Semoga info ini dapat memberi sedikit sebanyak cara terbaik nak dapat income melalui affiliate.
    sensasi2020 recently posted…Apa Itu Lejen IMMy Profile

  4. Pingback: Sekitar Persiapan Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog - Eizil.com

  5. Perkongsian yang menarik tuan Zeo. Dapat juga saya sedut sedikit sebanyak ilmu tuan, walaupun tak dapat menghadirkan diri atas urusan keluarga… Teruskan usaha tuan 😉

  6. Banyak dah dengar tentang buat duit dengan blog….dan sebelum ni mmg sukar nak malkukannya. Tapi selepas ini….mungkin akan ada perbezaan. Insya allah.

Leave a Comment

CommentLuv badge