Apa Yang Saya Dapat di eNTERWIP 2016?

In Blog by neu0 Comments

Mungkin lebih sesuai tajuknya “apa yang saya belajar dari peserta eNTERWIP 2016”.

Selesai sudah program ilmu 2 hari eNTERWIP 2016. Seperti tahun lepas saya terlibat sama dalam program ilmu kali ini. Sudah tentu saya bercerita tentang blog.

Sepanjang sesi berikut antara masalah yang dapat saya kenalpasti:

Bagaimana Hendak Mula Menulis Blog

Jawapan mudah saya ialah… Mula tulis apa yang anda MINAT dahulu.

Hendak menulis blog dengan mudah. Cuba tulis apa yang anda suka, tulis apa yang anda tahu, tulis apa yang anda mahir. Mana tahu minat anda mungkin dikongsi individu lain.

Tulis apa yang anda minat adalah stage pembelajaran anda. Jadi tulis sekerap mungkin, dapatkan flownya dan cuba complete the puzzle berblog itu.

Bagaimana Blog Buat Duit?

Ramai yang blurr…mereka kurang pasti bagaimana blog buat duit. Sebenarnya mudah sahaja. Anda perlu terus belajar…

Maknanya dari minat tadi anda kena mahirkan diri dengan selok-belok blog itu sendiri. Mula belajar sedikit sistem buat duit dengan blog. Semuanya ada sistem walau tidak bertulis.

Nak buat duit dengan produk review. Cari blog bagaimana menjadi pilihan advertiser. Apa niche yang membayar. Kekal menulis secara konsisten pasti advertiser cari anda.

Nak buat duit dengan affiliate. Mudah cari produk dahulu dan bina blog di sekitar produk tersebut. Kongsi maklumat, beri jawapan kepada persoalan pelawat dan seterusnya lakukan rekomendasi produk. Jualan berlaku anda untung.

Nak buat duit dengan adsense? Cari sistem bagaimana adsense membayar. Basicnya adsense mengungtungkan blog yang tinggi trafiknya. Jumlah klik dan niche juga main peranan. Jadi sekarang mula tulis dan hasilkan pula sesuatu yang ada demand. Mudah untuk anda jana pendapatan nanti.

Ubah Diri Lihat Blog Itu…

Elakkan diri dari takut melakukan perubahan, kena cuba. Jika tak cuba takkan tahu. Memang susah awalnya, tapi dari kesusahan itulah baru dapat senang.

Tetapi elakkan buat hari ini esok hendak senang.

Blog pertama saya share nulled content. Nulled content maknanya saya share benda premium secara percuma.

Selepas 6 bulan saya mula tukar hala. Mula share affiliate link di blog sama. Hasilnya memang berbeza, mula advertiser datang mencari. Untuk review dan pengiklanan berbayar.

Sedikut perubahan saya buat meningkatkan nilai blog “nulled content” tadi hingga dapat di jual walau sebelumnya advertiser tak pandang pun

Mula Sekarang…

Jadi jangan tunggu mula buat sekarang.

Kepada peserta yang join kelas blog saya di #enterwip pastikan anda mula sekarang.

Anda masih dalam mood high energi, ia bakal mudahkan kerja anda..

Insya’allah bakal kongsikan lagi cerita dari eNTERWIP 2016..

Servis Blog Sempena eNTERWIP

Saya masih buka servis untuk 3 tempahan lagi. Jadi hubungi saya segera sekiranya berminat mendapatkan servis blog saya.

p/s: Personally saya akan setup kesemua blog peserta eNTERWIP nanti. Jangan terlepas

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Leave a Comment

CommentLuv badge