Eyriqazz vs Denaihati SEO Contest

Eyriqazz vs Denaihati – Antara Kelebihan, Cabaran dan Manfaat SEO Eyriqazz Denaihati

In Blog by neu5 Comments

Eyriqazz vs Denaihati merupakan cabaran SEO terbaru yang dianjurkan oleh kedua blogger tersebut. Untuk cabaran kali ini ramai blogger menyertainya mungkin disebabkan oleh beberapa alasan tertentu dan tarikan ganjaran yang ditawarkan.

Walau apa pun alasan anda menyertainya, entri ini hanya ingin mengulas secara ringkas tentang kelebihan menyertai cabaran SEO sebegini. Pastikan anda habiskan entri Eyriqazz vs Denaihati – Antara Kelebihan, Cabaran dan Manfaat SEO Eyriqazz Denaihati.

Tidak ingin bercerita panjang tentang butiran peribadi kedua blogger Eyriqazz vs Denaihati disebabkan secara personal saya tidak mengenali kedua blogger tersebut, namun Denaihati.com merupakan antara blog yang seringkali dijenguk untuk mendapatkan maklumat tertentu.

Tidak keterlaluan juga mengatakan bahawa Eyriqazz dan Denaihati juga merupakan antara dua blogger yang mempunyai jumlah pengikut dan pembaca setia yang ramai. Tengok sahaja jumlah komen dan pengikut mereka, terutamanya Denaihati yang mempunyai jumlah pengikut dan pembaca setia yang ramai bukan sahaja di Malaysia, malahan Indonesia.

Kelebihan Menyertai Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

Sebenarnya apa kelebihan dan kebaikan menyertai contest serta cabaran SEO sebegini. Entri ini hanya sekadar ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai kelebihan menyertai cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, terutamanya kepada kedua pihak yang terlibat iaitu – penganjur dan juga peserta.

Mungkin ramai akan mengatakan bahawa hanya penganjur iaitu blogger Eyriqazz vs Denaihati dan blogger yang terlibat sahaja akan mendapat faedah dari penganjuran cabaran sebegini. Adakah benar begitu? Bagaimana dengan peserta? Apa kebaikan dan kelebihan sebagai seorang peserta yang bertungkus lumus menghasilkan entri serta artikel berkaitan dengan Eyriqazz vs Denaihati.

Apa pun pandangan peribadi anda, setiap cabaran SEO sebegini mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri, di bawah jawapan mudah tentang kelebihan cabaran SEO Eyriqazz dan Denaihati.

Kelebihan Sebagai Penganjur – Eyriqazz dan Denaihati

Untuk melihat kelebihan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, entri ini akan menyentuh kelebihan yang diperolehi sebagai penganjur dan juga kelebihan sebagai seorang peserta.

Backlinks

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Ini merupakan antara manfaat utama yang bakal diperolehi oleh Eyriqazz vs Denaihati dan penganjur lain yang turut menyumbang. Setiap entri yang dihasilkan perlu memberi backlinks ke laman penganjur. Secara tidak langsung diakhir pertandingan nanti backlinks para penganjur contest SEO Eyriqazz vs Denaihati akan bertambah.

Bukan hendak bercakap kosong, namun ramai lagi yang bersetuju tentang kepentingan backlinks.

Pendedahan

Mungkin blogger Eyriqazz vs Denaihati tidak lagi perlu diperkenalkan ini kerana rata-rata blogger pernah singgah ke laman blog mereka. Namun contest SEO sebegini merupakan platform terbaik kepada penganjur lain yang kurang dikenali untuk mendapatkan sedikit trafik serta pembaca melalui backlinks yang diberikan oleh para peserta.

Autoriti

Satu tips kepada penganjur, sebolehnya gunakan keywords terbaik yang dapat menerangkan apa laman web anda sebenarnya. Ini kerana setiap link yang diletakan di blog peserta membawa pemberat tetentu. Jadi sebagai penganjur inilah masa untuk anda meningkatkan autoriti blog anda melalui pemilihan keywords yang baik untuk mewakili blog anda. Terbaik gunakan keywords yang dapat mewakili laman web anda, memberi nilai kepada anda dan membawa “brand” anda.

Keywords Popular

Sebelum bermulanya contest SEO ini, keywords Eyriqazz vs Denaihati mungkin bukan merupakan keywords popular, dan menjadi pilihan ramai blogger untuk cuba dirankkan. Berlangsungnya cabaran ini, keywords Eyriqazz vs Denaihati merupakan keywords popular yang menjadi pilihan para perserta untuk dirankkan.

Atas merupakan sedikit kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi oleh penganjur dan peserta cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Di bawah sedikit ulasan tentang manfaat yang bakal diperolehi oleh peserta yang menyertai cabaran SEO ini.

Manfaat yang diperolehi Peserta Contest Cabaran SEO Eyriqazz dan Denaihati

Kepuasan Sebagai Peserta

Setiap cabaran atau pertandingan sebenarnya memberi kepuasan kepada peserta yang menyertainya, pertandingan akan membawa keterujaan yang tertentu, mempunyai excitement dan anda tentu akan berasa puas hati apabila melihat laman web anda berjaya mendapat ranking yang baik melalui teknik SEO yang anda aplikasikan. Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati mungkin platform terbaik untuk anda mencuba setiap teknik SEO yang anda ketahui melalui pembacaan anda atau melalui ebook yang anda beli.

Jadi jangan hanya memandang kepada hadiah dan juga keinginan untuk mendapat tempat yang baik, gunakan ia sebagai platform untuk anda mencuba kebolehan anda.

Apa itu SEO sebenarnya.

Dengan menyertai contest sebegini ramai akan lebih alert mengenai apa itu SEO. Setiap peserta akan cuba menghasilkan yang terbaik untuk mereka mendapatkan kedudukan serta ranking yang baik dalam cabaran ini.

Ramai menulis untuk kepentingan SEO blog di luar sana, tidak terkecuali anda – mungkin anda berjaya mendapat ranking yang di ingini sebelum ini, namun dalam contest sebegini setiap peserta akan menghasilkan yang terbaik dalam penulisan mereka. Sudah semestinya persaingan yang wujud akan membuatkan sedikit sukar untuk anda mendapatkan ranking yang baik. Jadi di mana entri anda berada sepanjang berlangsungnya cabaran SEO ini.

Belajar dari Kesilapan (Trial & Error)

Anda boleh gunakan cabaran SEO sebegini sebagai platform untuk anda belajar sesuatu yang baru dan praktikan apa yang anda ketahui. Jangan hanya pandai memberi teori dan membuat andaian tetapi gunakan kemahiran di dada untuk sesama bersaing secara sihat.

Jika apa yang anda lakukan berjaya meletakkan entri anda di hadapan, maka secara tidak langsung membawa maksud teknik serta skill SEO yang anda gunakan menjadi. Sepanjang belangsungnya cabaran anda boleh mengkaji apa yang dilakukan oleh pesaing anda untuk meletakan entri mereka di muka pertama. Entri mereka bagaimana, penceritaan mereka bagaimana dan bagaimana mereka bermain dengan keywords tersebut.

Ketahui Kepentingan Backlinks

Untuk rank sesuatu keywords, umum mengetahui backlinks merupakan sesuatu yang perlu – tidak kira anda cuba rank sesuatu keywords ke homepage atau post anda, backlinks sesuatu yang perlu. Mungkin tanpa backlinks anda boleh mendominasi keywords yang tidak popular dan tidak mempunyai persaingan.

6 bulan dahulu mungkin keywords ini tidak popular dan dengan menghasilkan entri yang mempunyai keywords Eyriqazz vs Denaihati sudah mencukupi untuk anda berada di muka pertama Google. Apabila contest ini berlangsung, adakah dengan menghasilkan entri berkaitan Eyriqazz vs Denaihati sudah mencukupi untuk entri anda berada di muka pertama.

Mungkin boleh jika laman web anda mempunyai autoriti, Page Rank yang tinggi, usia domain anda dan pelbagai lagi faktor perlu di ambil kira. Tetapi agak sukar untuk laman blog yang dihasilkan sebulan yang lalu hanya untuk menyertai contest ini mendapat tempat yang baik tanpa backlinks yang secukupnya.

Eyriqazz vs Denaihati – Antara Kelebihan, Cabaran & Manfaat

Sebenarnya pelbagai kelebihan serta kebaikan menyertai cabaran SEO sebegini boleh diberikan begantung kepada penilaian dan bagaimana anda menilai cabaran SEO sebegini.

Jika anda seorang yang sukakan cabaran, ingin mempelajari sesuatu atau motivasi anda lebih kepada hadiah yang ditawarkan maka cabaran SEO sebegini sesuai untuk anda. Kongsi pendapat anda mengenai Eyriqazz vs Denaihati – Antara Kelebihan, Cabaran dan Manfaat SEO Eyriqazz Denaihati di ruangan komen di bawah.

Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Anda

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

    1. Author

      full review ker cik akma….wah best ker 🙂 kembang kecut semacam sj nih…xpa nanti blnja makan aiskrim

Leave a Comment

CommentLuv badge