Janji Ditepati 55 tahun Malaysia Merdeka

Hari Kemerdekaan Malaysia – Merdeka 2012

In Artikel by neu8 Comments

Merdeka…Merdeka…Merdeka…Mungkin itu antara laungan keramat malam 31 Ogos nanti. Laungan semangat, laungan keramat, laungan sakti yang akan dilaungkan oleh semua rakyat Malaysia apabila tibanya tanggal 31 Ogos setiap tahun. Saya dan keluarga jarang ke stadium untuk sambutan sebegini, cukup dengan laungan “Kemerdekaan” yang dilaungkan di hati kecil – tanda syukur saya sebagai rakyat sebuah negara yang aman dan makmur.

Tapi adakah cukup dengan laungan lantang Merdeka…Merdeka…Merdeka, untuk menyatakan bahawa negara, rakyat serta ANDA telah mencapai kemerdekaan. Tepuk dada tanya diri.

Artikel kali ini cukup mudah, temanya Merdeka bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia 2012. Saya belum pernah menulis entri sebegini namun terpanggil untuk mencoretkan sesuatu apabila membaca entri yang serupa mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia – Merdeka 2012 oleh rakan blogger saya – Akma Omar. Jangan lupa ke blog beliau, asyik juga membaca entri-entri beliau.

Jadi sudah Merdeka kah anda? Anda Perlu menjawab “YA”. Namun adakah anda telah benar-benar Merdeka? “?” Tinggalkan tanda soal di situ, habiskan entri ini.

Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kemerdekaan

Merdeka ertinya BEBAS. Ya, Bebas. Bebas di sini bermaksud bebas dari segala bentuk penindasan, bebas dari penindasan rejim kolonial, bebas dari belenggu penjajah. Namun adakah bebas dari penjajahan kolonialism sudah cukup untuk mengatakan bahawa ANDA telah Merdeka.

Jika persoalaan adakah anda sudah merdeka dilontarkan kepada anak-anak muda, mungkin jawapan yang akan mereka berikan ialah “YA KITA SUDAH MERDEKA“. Ini kerana mereka sudah pun di ajar untuk mengatakan tentang Kemerdekaan apabila tibanya tanggal 31 Ogos oleh para guru dan anda sebagai ibu bapa. Namun benarkah kita sudah merdeka?

Jika mengambilkira aspek penjajahan, kita sememangnya sudah merdeka, bagaimana pula dengan kemerdekaan ekonomi, kemerdekaan politik, kemerdekaan sosial. Adakah kita benar-benar merdeka?

Jadi, Bagaimana Hendak Merdeka

Saya ingin menjawab persoalan ini walaupun saya bukan ahli ilmiah, ahli politik dan juga ahli ekonomi. Namun atas kesedaran kemerdekaan saya yang cetek, berikut merupakan satu kesimpulan mengenai kemerdekaan.

Kemerdekaan bererti KEBEBASAN dan KESEJAHTERAAN. Kebesasan dan kesejahteraan bukan sahaja dari aspek penjajahan namun merangkumi keseluruhan kehidupan rakyat di dalam sesebuah negara. Sama ada kebebasan ekonomi, politik dan sosial. Rakyatnya adalah “bebas”. Rakyatnya bebas dari semua belenggu kehidupan dalam sesebuah negara.

Merdeka…Merdeka…Laungan Sahaja Tidak Cukup

Ya laungan sahaja tidak cukup untuk mengambar kemerdekaan sesebuah negara sekiranya;

  1. Anda masih lagi berada dalam belenggu kemiskinan.
  2. Merdeka bererti anda berjaya memerdekakan diri anda dari belenggu pendidikan yang banyak menyebabkan rakyat dalam sesebuah negara tidak merdeka.
  3. Merdeka ertinya anda berjaya merubah tahap sosio-ekonomi anda ke satu tahap yang lebih baik dari sebelum.

Hari Kemerdekaan Malaysia 2012

Temanya Kemerdekaan kali ini cukup menarik iaitu “Janji Ditepati”. Ya, “Janji Ditepati” di pilih sebagai tema Merdeka untuk tahun 2012. Apa kata anda mengenai pemilihan tema kemerdekaan Malaysia 2012, ruang komen untuk anda.

Merdeka 2012 – Kata Aku

Tidak banyak ingin saya cakapkan mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia 2012. Cukuplah dengan mengatakan bahawa saya amat bertuah kerana dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Cukup dengan sujud syukur sebagai seorang rakyat.

Namun sekiranya anda seorang bangsa sebuah negara yang merdeka pada tanggal 31 Ogos nanti maka anda harus tahu di mana anda berada. Renung sejauh mana anda telah capai dalam negara yang sudah merdeka. Jangan anda hanya bersorak riang, melaungkan Merdeka…Merdeka…Merdeka… Sedangkan anda masih belum merdeka.

Jadi, selamat hari Merdeka 2012 dari saya untuk rakan semua.

Di atas merupakan pendapat peribadi saya mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia – Merdeka 2012. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Lahir generasi selepas Merdeka secara jujurnya agar sukar untuk memahami dan tanda syukur erti ‘merdeka’ itu sendiri kerana segala-gala sudah terhidang. Berbanding generasi pasca merdeka perlu berjuang untuk mendapatkan kebebasan dari penjajah.

    Segala kepayahah dan keperitan hanya digambar dengan perkataan tetapi sukar diselami.

  2. Kemerdekaan negara sememangnya perlu dihargai walaupun pengertian tidak seluas mana. Cuma tidak gemar dengan kecelaruan beberapa perkara yang membelenggu sambutan kemerdekaan tahun ini baik dari segi tema dan logo. Kemudian ada juga beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan dihari yang bersejarah ini dengan menyebarkan racun pemikiran kepada rakyat utk menukar bendera rasmi negara..
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted…Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-55My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge