blogging idea

Idea Dan Blogger

In Blog, Penulis Jemputan, Siri Penulisan Blog by zeo9 Comments

Artikel sumbangan penulis jemputan, Wan Zawawi

Salah satu cabaran sebagai seorang blogger adalah untuk menarik minat pembaca. Oleh itu, setiap blogger perlu bijak di dalam menghasilkan sesebuah artikel yang boleh menarik minat pembaca untuk singgah ke blog. Seterusnya membaca artikel-artikel yang telah dihasilkan.

Bukan itu sahaja, seorang blogger yang baik dan yang memberi “nilai” dalam penulisan tentulah blogger yang berjaya berkongsikan idea menarik dan bernas dalam sesuatu penceritaan. Akibatnya, seorang blogger sentiasa memerlukan idea-idea yang bernas dan menarik untuk dikongsikan.

Bagi sesetengah blogger, mencari idea penulisan baik yang hendak dipersembahkan mungkin merupakan antara salah satu masalah kecil yang memberi impak besar dalam penulisan. Tidak juga menolak yang ianya merupakan antara masalah yang sering kali bermain dalam fikiran.

Di sini saya akan kongsikan beberapa tips untuk rakan-rakan blogger untuk mendapatkan idea menarik dalam penulisan sebuah blog. Antaranya ialah:

Mengikuti Perkembangan Semasa

Sebagai blogger juga kita harus sentiasa peka dan ambil tahu setiap perkembangan semasa tidak kira sama ada di dalam atau di luar negara. Ini adalah untuk menjamin idea yang kita kongsikan nanti sentiasa “up to date”.

Antara contoh yang paling mudah ialah sentiasa membaca akhbar-akhbar tempatan kerana ia mempunyai pelbagai sumber idea dari pelbagai topik perbincangan yang menarik terutama di dalam ruangan sembang atau forum bersama pengarang dan tokoh-tokoh terkenal.

Maklumat Dan Sumber Yang Benar

Pastikan dalam mengolah idea-idea yang menarik para blogger juga harus mendapat maklumat dan sumber yang benar serta sahih. Ia adalah untuk membina keyakinan anda sebagai seorang penulis blog kerana blogger juga perlu bertanggungjawab di dalam apa yang ditulisnya.

Baca juga: Blogger Trafik Hunter

Berani Mencuba

Untuk idea yang lebih menarik, seseorang blogger juga harus berani mencuba perkara baru di dalam penulisan blog tetapi jangan sampai ianya melanggar undang-undang.

Definisi berani mencuba di sini ialah seperti membuat pembaharuan dengan menulis topik-topik yang lebih mendapat perhatian pembaca dan pelawat blog terutama seperti ulasan buku yang berkonsepkan perniagaan dan juga keusahawanan.

idea dan blogger

Kreatif

Di dalam usaha mendapatkan idea , anda juga perlulah kreatif di dalam memanipulasi pelbagai tajuk yang tersedia di dalam blog sendiri. Kreatif di sini bermaksud anda perlulah rajin menambah sedikit cita rasa dan olahan di dalam penulisan agar ia menjadi kelainan di samping tajuk-tajuk artikel yang sedia ada.

Baca juga: Pengubahsuaian Dalam Penulisan

Mempunyai Ramai Kenalan

Sebagai blogger juga sudah tentu anda mempunyai ramai kenalan terutamanya di seluruh Malaysia. Jadi amat mudah bagi anda bertukar – tukar idea sesama blogger untuk memantapkan lagi skill penulisan di dalam blog. Secara tidak langsung anda juga akan dapat idea-idea yang lebih bernas daripada perbincangan dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Idea dan Blogger – Apa Kata Anda

Sebagai kesimpulannya, seorang blogger hendaklah berfikir dengan lebih mendalam untuk mendapatkan idea yang sentiasa mencurah-curah untuk menghasilkan artikel yang berkualiti tinggi. Semoga dengan sedikit panduan yang saya berikan ini berguna kepada semua blogger.

Kredit Gambar: ShutterStock

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

    1. yup itu yang boleh dijadikan panduan untuk blogger baru, kita bermula dari bawah ,kalau ada perkara yang tidak faham boleh tanya kepada blogger yang lebih arif tentang masalah yang dihadapi .

  1. Pingback: Ke Mana Perginya Idea? - doulnut.com

  2. Pingback: Mencari Mood Yang Hilang — wanzawawi[dot]com

Leave a Comment

CommentLuv badge