Penulis Jemputan

Idea Penulis Jemputan

In Blog, Penulis Jemputan by zeo21 Comments

Jom menulis di blog saya sebagai blogger dan penulis jemputan….

Sebenarnya tawaran yang sama telah saya buka beberapa bulan yang lepas, dan saya juga turut menawarkan insentif tunai pada waktu itu.

Namun, sambutan agak menyepi… Jadi saya ingin menjemput buat kesekian kali mana-mana blogger yang berminat untuk menjadi penulis jemputan di blog ini agar menghubungi saya.

Anda sudah tentu sedia maklum tentang kelebihan “guest blogging” dan idea di sebalik penulis jemputan yang telah menjadi fenomena di luar sana. Jadi saya merasakan kelebihan sebagai penulis jemputan tidak perlu untuk dihuraikan dengan lebih panjang di sini.

Jadi Bagaimana Hendak Menjadi Penulis Jemputan di sini

Untuk menjadi penulis jemputan atau menghantar karya penulisan anda di laman Multees.com adalah cukup mudah, saya percaya kepada konsep kelebihan yang akan diperolehi secara bersama. Oleh itu tiada syarat ketat akan dikenakan untuk anda menghantar penulisan anda di laman ini.

Namun seperti biasa terdapat syarat dan kriteria tetentu telah saya tetapkan agar setiap hasil penulisan yang di hantar dan disiarkan di laman ini masih mengekalkan kualitinya.

Berikut merupakan syarat mudah yang saya rasakan boleh diikuti sekiranya anda berminat untuk menjadi penulis jemputan di sini.

SYARAT & KRITERIA YANG DIPERLUKAN

Originality
Artikel yang dihasilkan mestilah artikel yang asli dan belum pernah diletakkan di blog asal anda ataupun pada blog lain. Bukan artikel “recycle” yang anda telah hasilkan di blog anda atau di mana-mana laman terdahulu.

Topik penulisan
Idea penulisan anda mestilah berkisar tentang dunia internet, blogging, tips dan tutorial menarik yang boleh memberi manfaat kepada pembaca.

Penulis Jemputan MulteesBahasa
Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh semua peringkat umur. Jadi tiada bahasa rojak, bahasa pasar dan bahasa SMS boleh digunakan dalam setiap artikel atau entri. Ia boleh digunakan sekiranya memerlukan untuk anda berbuat demikian.

Format penulisan
Setiap artikel yang ingin di hantar perlulah berformat tetentu untuk memudahkan pembacaan dan proses semakan dilakukan. Artikel boleh di tulis dalam format Microsoft Word. Hendaklah berperenggan, berserta penggunaan Heading (Tag H2) dan maklumat lain yang diperlukan dalam sesebuah artikel.

Panjang Artikel
Minimum 400 patah perkataan setiap artikel. Tiada had maksimum.

Link
Anda boleh sertakan 2 link berkaitan (link ke laman anda) untuk diletakkan di bahagian author bio.

Tugas Editing
Pihak saya akan edit kembali artikel anda sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa atau penggunaan ayat dan apabila ingin meletak link berkaitan.

CONTOH ARTIKEL PENULIS JEMPUTAN

Anda boleh ke bahagian Penulis Jemputan untuk melihat beberapa artikel terdahulu yang telah saya siarkan di laman ini.

BAGAIMANA HENDAK BERMULA

Hubungi saya, sekiranya anda berminat untuk menjadi penulis jemputan di laman ini.

Pihak saya akan menerima setiap artikel yang di hantar tanpa menggira status. Sama ada anda “otai”, pakar, mempunyai pengalaman tidak terkalah, newbie yang tiada pengalaman tidak terkalah dan sebagainya adalah di jemput menghantar artikel terbaik anda.

Idea Penulis Jemputan Tidak Terkalah, Bagaimana dengan Sambutan…

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge