Kepentingan Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

In Blog by zeo16 Comments

Ramai mengatakan mudah menghasilkan blog. Mudahnya blogging dan sesiapa sahaja boleh mempunyai blog. Benarkah begitu mudah? Individu jenis mana yang mengatakan mudahnya menghasilkan blog?

Sebenarnya, jika anda sudah biasa dengan blog, maka sudah tentu proses untuk menghasilkan blog mudah sahaja. Tinggalkan dahulu aspek pengisian kandungan, proses SEO, proses menjana pendapatan, bagaimana menarik minat pembaca dan proses lain yang lebih advance dan memerlukan masa matang.

Namun…

Bagaimana pula dengan blogger atau individu yang baru hendak bermula. Yang hendak bermula menghasilkan blog, membeli domain, membeli hosting dan menulis. Yang mahu bermula dari “kosong”. Adakah mudah bagi golongan ini.

Sudah tentu sukar dan saya pernah merasainya semasa hendak bermula dulu.

Penulisan kali ini saya ingin kongsikan 3 ilmu blogspot blogger Malaysia yang saya rasakan sesuai untuk sesiapa sahaja di luar sana yang berkeinginan untuk menghasilkan blog yang baik.

Tidak menggira platform blog yang anda gunakan, apa yang saya catatkan di bawah merupakan apa yang saya lakukan sebelum ini dan digunakan dalam setiap penghasilan blog saya.

Sebaik berkongsi cerita, biarlah dari pengalaman sendiri…

…dan di bawah merupakan antara 3 ilmu blogspot blogger Malaysia yang saya praktikkan selama ini…

Kepentingan Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

KEPENTINGAN ILMU

Jika dalam kehidupan kita di tuntut mempelajari “ilmu” maka dalam penghasilan dan pembinaan blog ianya tidak terkecuali. Untuk menjadi blogger yang baik, membina blog yang baik dan mempunyai “nilai” anda perlulah mempunyai ilmu sebagai seorang blogger.

Percayakah anda jika saya katakan, blogger terkenal yang anda kenali sekarang semuanya bermula dengan “kosong” satu masa dahulu. Namun, mereka boleh menjadi terkenal sekarang kerana dahulunya mereka tidak jemu mencari ilmu untuk pembinaan blog mereka. Apa yang boleh saya katakan ialah saya juga bermula dari bawah, saya juga “belajar cara susah untuk senang”.

Jadi ilmu sebagaimana yang harus di cari dan di kuasai oleh seorang blogger…

Ilmu Penulisan

Satu perkara yang pasti, kejayaan sesebuah blog bergantung kepada pengisian dan penghasilan kandungan yang baik. Ia bermula dengan setiap baris penulisan yang anda hasilkan. Percayalah bahawa itu merupakan ramuan utama pembinaan blog yang baik.

Jika bercakap tentang ilmu penulisan, saya tidak maksudkan sahaja ilmu penulisan yang berkaitan dengan ejaan, tatabahasa, ayat yang digunakan atau penggunaan format penulisan tertentu. Ini kerana itu merupakan ilmu asas yang telah dikuasai kebanyakan dari kita semenjak dari zaman persekolahan lagi. Jadi tidak sukar untuk kembali menguasai asas ini, hanya perlu sedikit latihan dari anda.

Ilmu penulisan yang saya maksudkan di sini adalah lebih dari perkara asas di atas. Sebenarnya…

Ilmu penulisan blog juga berkaitan dengan bagaimana anda menyampaikan maklumat. Bagaimana anda berhubung dengan pembaca perlu di ambil kira, bagaimana anda menjawab setiap pertanyaan dan bagaimana penulisan anda dapat menyelesaikan masalah individu lain antara ilmu penulisan yang paling utama dalam proses berblog.

Antara ilmu penulisan yang anda boleh cuba praktikkan ialah dengan mencari cara menghasilkan kandungan yang dapat memberi nilai kepada pembaca anda. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik, gaya bahasa yang jelas dan menulis tanpa cacat tanda bahasanya merupakan ilmu penulisan yang perlu dipunyai oleh seorang blogger.

Bagi saya tiada tips dan teknik yang baik untuk mempunyai ilmu penulisan yang baik jika tidak datang dari diri anda sendiri. Namun, salah satu cara untuk mempunyai ilmu penulisan yang baik adalah dengan “membaca” dan “menulis”. Banyakkan membaca, membaca, membaca dan disertai dengan proses penulisan. Cuba anda lakukan dan lihat hasilnya nanti.

Ilmu penulisan yang baik juga perlulah disertai dengan…

Ilmu Teknikal

Sebagai seorang blogger, anda perlu mempunyai ilmu teknikal yang berkaitan dengan blog anda. Tidak kira sama ada blog berplatform WordPress atau Blogspot. Anda perlu mempunyai sedikit ilmu teknikal tentang blog.

Ilmu teknikal yang saya maksudkan di sini ialah ilmu yang berkaitan dengan proses berblog itu sendiri. Sama ada yang berkaitan dengan domain, hosting, proses SEO dan sebagainya yang perlu untuk pembinaan blog anda nanti.

Kenapa penting?

Ilmu teknikal berguna sekiranya blog anda menghadapi masalah kemudian hari. Sama ada masalah berkaitan blogging, hosting, domain dan sebagainya. Dengan ilmu teknikal sudah tentu anda berupaya untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa perlu untuk anda panjangkan kepada pihak ketiga. Yang sudah tentu mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan masalah mudah anda.

Jika blogging merupakan minat anda, maka ilmu penulisan dan teknikal perlulah anda kuasai secara asas.

Ilmu Blog

AMALKAN ILMU SECARA PRAKTIKAL

Realitinya kita dilahirkan berbeza, begitu juga dengan ilmu yang kita miliki, sudah tentu ianya berbeza. Ada pendapat mengatakan “ilmu tanpa amal tidak berguna”.

Ya, pendapat itu ada benarnya. Apa juga ilmu blog yang anda baca dan pelajari perlu diamalkan untuk pembinaan blog anda. Tidak kisah dari mana ilmu itu anda perolehi, yang penting anda amalkan ilmu tersebut.

Contohnya, anda baru sahaja mempelajari beberapa teknik terbaru menjana pendapatan melalui blog dari seminar yang anda hadiri. Maka anda perlu cuba amal dan praktikkan ilmu tersebut untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dan keberkesanan teknik yang dipelajari anda. Gunakan hasil dari apa yang anda praktikkan khas untuk blog anda.

Ingat untuk menjadi blogger yang baik, anda tidak hanya boleh menerima input baru tanpa mencubanya terlebih dahulu. Sahkan dahulu input yang baru anda terima melalui proses amal dan praktik ini.

Sebagai blogger 2 situasi di bawah menunjukkan mengapa anda perlu amalkan ilmu secara praktikal.

Buat Duit Dengan Blog

Topik popular yang banyak di tulis dan dikongsikan oleh blogger luar dan dalam negara. Pelbagai tips dikongsikan bagaimana hendak buat duit dengan blog. Melalui penulisan mereka banyak kongsikan kejayaan mereka buat duit dengan blog dan cara-cara untuk anda menghasilkan pendapatan yang sama seperti mereka. Saya banyak membaca tips sebegini, ia menarik dan ia memberi rangsangan untuk saya lebih berusaha.

Namun untuk buat duit dengan blog, pembacaan anda mengenai kejayaan individu lain buat duit dengan blog sebenarnya tidak mendatangkan manfaat kepada pembinaan blog anda. Pembacaan anda mengenai kejayaan mereka perlulah disertai dengan usaha anda untuk turut sama buat duit seperti mereka. Praktikkan apa jua tips yang individu tersebut kongsikan, baru anda akan ketahui baik benar tips yang individu tersebut kongsikan.

Bukan sekadar membaca dan teruja mengenai kejayaan mereka.

Proses SEO

Saya percaya anda mempunyai pelbagai ilmu tentang SEO hasil dari pembacaan anda. Namun persoalannya pernahkah anda mempraktikkan ilmu SEO tersebut atau anda hanya menerima bulat-buat tips yang diberikan. Untuk pengetahuan, apa jua tips SEO yang anda baca dan temui perlulah di cuba. Mencuba untuk mengetahui keberkesanan, mencuba untuk mengesahkan tips tersebut dan dari pencubaan barulah anda tahu kebenaran tips yang dikongsikan.

Percayalah apa jua teknik yang anda cuba akan memberi kelebihan kepada anda. Malahan ilmu anda akan bertambah melalui proses mencuba dan praktik ini.

Bukan itu saja, apa jua ilmu yang anda amal dan praktikkan akan menjadi sebati dengan diri anda dan ianya akan sentiasa berkembang. Jadi ianya amat berguna untuk pembinaan blog anda nanti terutamanya jika anda mempunyai keinginan untuk menjana pendapatan melalui blog.

idea blogging

JANA PENDAPATAN DARI BLOG

Apabila anda mempunyai ilmu, anda amal dan anda pratikkan maka kini anda telah mempunyai blog yang cukup baik untuk anda lakukan pelbagai perkara dengan blog anda.

Ilmu + Praktik = Pendapatan

Kini tiba masanya untuk menjana pendapatan. Untuk pengetahuan terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan melalui blog. Pilihan di tangan anda dan proses menjana pendapatan melalui blog berbeza antara individu. Namun secara asasnya, seorang blogger boleh menjana pendapatan melalui blog sekiranya anda mencuba tips berikut.

Bijak Menjual

Sebagai seorang blogger yang mempunyai ilmu penulisan yang baik sudah tentu dengan mudah anda boleh menjana pendapatan melalui blog. Caranya mudah, jadilah seorang penjual yang bijak, yang menjual barangan, servis dan produk melalui penulisan.

Untuk menjana pendapatan dengan menjual penulisan mungkin anda boleh cuba promosikan produk affiliate. Promosikan produk kecantikan dan tawarkan servis review produk di blog anda untuk membantu usahawan kecil di kawasan anda.

Dalam setiap tugasan yang anda lakukan, cuba beri yang terbaik. Lakukan kerja yang setimpal dengan kadar cas yang anda kenakan. Puaskan hati pengiklan anda yang mungkin akan bercerita tentang “kehebatan” servis penulisan anda dengan rakannya yang lain. Ingat, cerita dari mulut ke mulut akan memberi kelebihan kepada blog anda.

Kuncinya, “ilmu penulisan” yang saya sebutkan di atas tadi.

Sebagai seorang blogger anda juga perlu bijak untuk…

Ambil Kesempatan

Ilmu penulisan disertai dengan ilmu teknikal akan menggandakan peluang untuk anda menjana pendapatan melalui blog.

Bagaimana caranya?

Blog yang baik dalam pembinaannya akan mempunyai kekuatan tetentu, terutamanya yang berkaitan dengan proses ranking dan SEO. Jadi ini kesempatan yang anda boleh gunakan. Caranya, tawarkan kekuatan tersebut dalam proses anda menjana pendapatan dengan blog.

Berikan sebab mengapa pengiklan perlu mengiklan dengan blog anda. Tunjukkan bukti ranking keywords dan SEO blog anda. Apa kekuatan blog anda berbanding blog lain di luar sana.

Keupayaan anda meyakinkan pengiklan akan membuka lebih peluang untuk anda menjana pendapatan. Tambahan pula blog anda telah mempunyai kekuatan tetentu yang tidak di punyai blog lain.

Dalam menjana pendapatan, anda juga boleh “meniru”.

Meniru

Meniru di sini ialah mengikut apa yang blogger lain buat yang terbukti telah berjaya menghasilkan pendapatan untuk mereka. Caranya lihat bagaimana blogger lain menjana pendapatan. Gunakan kelebihan blog anda untuk sama-sama menjana pendapatan seperti blog tersebut yang diketahui telah berjaya.

Untuk pengetahuan saya juga banyak meniru blogger yang telah berjaya di luar sana. Bukan hanya dalam proses menjana pendapatan, malahan dalam proses lain pembinaan blog-blog saya.

Persoalannya sekarang, salahkah meniru? Bagi saya, tidak salah meniru sekiranya anda juga ingin menjadi baik sepertinya.

BLOGGING PERLUKAN ILMU – ITU PASTI

Kesimpulan mudah yang boleh saya buat dari penulisan dan tips di atas ialah “blogging memerlukan ilmu”. Tidak ingin menambah, cukup jika saya katakan anda perlu mempunyai ilmu dalam proses berblog.

Tips hanya untuk blog WordPress!!! Tidak Sesuai Untuk Blogspot.

Buang pemikiran negatif anda, tinggalkan jauh-jauh pemikiran membeza- bezakan sesama blogger. Kita dipisahkan oleh “gelaran” yang dicipta oleh kita sendiri yang tidak memberi apa-apa makna. Sebenarnya apa yang saya kongsikan dalam penulisan ini sesuai untuk sesiapa sahaja, blogger yang menggunakan WordPress atau Blogspot. Ambil input positif yang saya kongsikan dan aplikasikan ke blog anda.

Untuk pengetahuan anda, blog pertama saya merupakan blog Blogspot dan sehingga kini saya masih menggunakannya walaupun sebagai tempat saya meletakkan artikel dan post yang tidak relevan. Tidak percaya, lawat blog saya di sini.

APA KATA ANDA?

Untuk pengetahuan, apa yang saya kongsikan di sini merupakan sebahagian dari pengalaman saya selama berblog. Bagaimana saya bermula dengan blog tanpa satu ilmu blogging, tiada kemahiran teknikal dan tiada guru yang mengajar. Semuanya atas try dan error sendiri dan pembacaan hanya atas minat berblog itu sendiri.

Maka saya tidak menidakkan kepentingan ilmu di sini….

Jadi, apa kata anda, ada pendapat ingin dikongsikan. Berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Artikel ini juga merupakan perkongsian khas untuk…

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta.

Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong Komisen Jobdirumah serta iBiasiswa.my.

Kredit Gambar: ShutterStock dan Solovyova Lyudmyla

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. hatiputera
    Twitter:

    Memang benar apa yang ditulis oleh penulis bahawa semuanya bermula dari langkah kosong. Tidak ada seorang terus bermula pada langkah ke sepuluh. Cuma yang membezakan antara kita cara kita mendapatkan ilmu,mempraktikkan ilmu, daya usaha dan juga keikhlasan kita mencari ilmu blogger. Sebagai contoh saya mempraktikkan SEO berdasarkan pemahaman dan kajian saya dengan keadaan sekeliling. Setelah faham saya akan mennyertai contest seo untuk mengetahui sejauh mana kebenaran pemahaman saya. By the way terima kasih kerana berkongsi maklumat.
    hatiputera recently posted…20 Negara Internet Terpantas DuniaMy Profile

  2. hafizmd
    Twitter:

    Semuanya mmg bermula dgn kosong bagi kita ni..teringat masa mula2 setting blog sendiri…nasib baik ada ebook sifu smartzul…bolehlah gagah setup sendiri…walaupun sikit susah tp byk benda yg boleh kita belajar sendiri…

    thanks bro neu..puas hati baca walaupun panjang lebar…

    good luck bro!
    hafizmd recently posted…Celoteh Hariz #1 Hariz Nak Baby!My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge