Menulis

Job Di Rumah 2014

In Blog by zeo13 Comments

Berikut antara 5+ kerja Job Di Rumah paling popular yang anda boleh lakukan secara sambilan, part-time atau “tetap” sekiranya anda serius.

FREELANCE WRITER

Freelance Writer merupakan kerjaya yang memerlukan anda mempunyai minat menulis dan kepakaran dalam bidang tetentu. Jika anda berminat dengan kerja menulis di rumah maka anda perlu lawat laman di bawah. Pelbagai peluang ditawarkan.

Pilih kerjaya sebagaimana yang sesuai dengan anda dan cuba berhubung dengan pengiklan. Mungkin rezeki anda di sana.

Tips mudah: Pilih tahap kerja yang mudah dan sesuai dengan tahap anda sebagai seorang penulis. Nilai kemampuan diri sebelum cuba mengambil mana-mana kerja di rumah.

Bayaran: Bergantung kepada tahap kesukaran kerja dan selalunya anda mempunyai pilihan untuk mengenakan bayaran pendahuluan sebelum anda melaksanakan kerja ini.

MENINGGALKAN BLOG KOMEN

Ini kerja yang hanya memerlukan anda melakukan blog komen. Selalunya anda akan di bayar berdasarkan jumlah komen yang anda lakukan. Selalunya bayaran sekitar $10/RM30 untuk 50 komen.

  • ODESK
  • FACEBOOK GROUP – aktif di Facebook blogger luar negara.
  • HUBUNGI SAYA – saya juga membayar jumlah yang sama untuk 50 komen. Jika anda berminat, boleh saja terus hubungi saya.

Tips mudah: Ketahui dengan lebih lanjut kemahuan pengiklan, dapatkan maklumat terperinci mengenai tugas komen yang diiklankan. Selalunya anda perlu meninggalkan komen di blog-blog berniche tetentu.

Bayaran: Selepas tugasan selesai dan kesemua komen yang anda tinggalkan berjaya. Anda perlu menyediakan report.

SEDIA KHIDMAT PENULISAN

Jika anda mempunyai kemahiran menulis, anda boleh mencuba menyediakan khidmat penulisan. Pilih topik-topik menarik tetentu dan sediakan servis menyediakan kandungan kepada yang berminat.

  • ODESK
  • MUDAH
  • FACEBOOK
  • BLOG SENDIRI

SERVIS DESIGN

Kepada yang mempunyai skill design, apa kata anda tawarkan servis design anda kepada yang berminat. Saya punyai ramai rakan yang menawarkan khidmat ini dan mereka hanya menggunakan platform Facebook dan blog personal untuk mencari pelanggan.

Gunakan platform percuma untuk mencari client. Antaranya gunakan Facebook, Facebook Fan Page, Blog, forum dan direktori yang membenarkan anda mengiklan kemahiran anda.

MENULIS BLOG

Yang mahir menulis dan mempunyai kesabaran, maka blog juga boleh anda jadikan sebagai sumber pendapatan. Namun usah terlalu cepat mengharapkan pulangan mudah. Menjana pendapatan melalui blog memerlukan niat dan usaha ke arah itu. Namun anda boleh mula menulis apa yang anda suka dahulu.

Blogger ShutterStock

Sekiranya anda ingin menjana pendapatan dengan blog, anda juga perlu mempunyai perancangan dalam penulisan, idea dan kreativiti perlu juga bergerak seiring. Jangan hanya kerana anda gagal dalam percubaan pertama, anda telah berhenti menulis di bulan berikutnya.

MENJUAL KREATIVITI

Jika anda kreatif dan mahir menggunakan kamera. Cuba jual kreativiti anda di platform berikut, khas untuk yang suka menggunakan kamera.

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi platform yang anda boleh cuba. Apa yang saya sebutkan hanyalah sebahagian dari laman yang anda boleh gunakan untuk menjual kreativiti anda.

BERNIAGA ONLINE

Masalah “tiada barang” untuk diniagakan bukan satu masalah sekiranya anda ingin berniaga secara online sekarang.

Anda boleh cuba, rasanya terdapat pelbagai program dropship di laman internet yang tidak memerlukan anda membayar dahulu untuk menjadi sebahagian dari pengedar mereka.

PILIH JOB DI RUMAH YANG SESUAI

Apa jua yang anda lakukan pastikan anda memeriksaan kesahihan kerja yang ditawarkan oleh pihak terbabit.

Baca juga: Kerja di Rumah Secara Online: Awas Jangan Mudah Tertipu

Apa yang boleh lakukan ialah melihat latar belakang penyedia kerja tersebut. Bagaimana feedback dari “pekerja” terdahulu dan sebagainya perlu di ambil kira.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Terbaik bro!

    Ingatkan promote JDR 😛

    Sampai pandai design boleh sediakan khidmat design. Fiverr pun ok. Pandai menulis, buat khidmat copywriting. Kalau tak pandai English, rasanya bukan masalah besar kot hehe

Leave a Comment

CommentLuv badge