Kategori Blog

kategori blog

Grilled Satay - Ayam dan Daging Berlainan Kategori

Sebagai penulis blog, kebanyakan dari kita menulis kerana minat, menulis untuk kepuasan diri dan juga memberi kepuasan kepada pembaca blog kita. Oleh itu terdapat beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh kita semasa menghasilkan sesebuah artikel. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah seperti niche blog, topik artikel yang akan anda bincangkan, kesesuaian topik dengan blog anda dan juga kategori blog yang akan anda wujudkan untuk menempatkan artikel yang dihasilkan.

Salah satu dari perkara terbaik yang anda boleh lakukan sebelum menghasilkan apa-apa artikel untuk blog anda ialah memikirkan tentang kesesuaian Kategori dengan Blog anda. Untuk mewujudkan kategori blog yang baik, anda perlu melihat kepada kepentingan kategori tersebut, jenis penulisan anda, niche blog anda dan pelbagai faktor lain perlu di ambil kira. Walaupun kategori blog nampak seperti satu perkara kecil, namun ia banyak memainkan peranan dalam menghasilkan sesebuah blog yang baik.

Berapa banyak kategori yang perlu anda wujudkan untuk blog anda? Jenis kategori? dan, Apa yang perlu anda tempatkan dalam Kategori tersebut? Artikel atau entri bagaimana yang sesuai? Mungkin anda merasakan Kategori blog merupakan satu aspek yang kecil, anda boleh menggunakan pelbagai kategori dan sebagainya. Mungkin juga anda boleh mengatakan bahawa tulis dahulu, Kategori kemudian.

Tidak salah anda menghasilkan pelbagai Kategori. Anda hendak menulis dahulu dan menghasilkan Kategori kemudian juga tidak salah – ini kerana itu cara anda. Namun anda pernah membaca blog yang sudah berjaya di luar sana, pernah anda perhatikan Kategori blog mereka. Berapa banyak Kategori blog yang mereka hasilkan untuk menempatkan penulisan terbaik mereka. Ada yang mempunyai senarai Kategori yang panjang dan sebaliknya – mengikut keperluan.

Kepentingan Kategori Blog

  • Memudahkan pembaca dan pelawat mencari maklumat.
  • Anda boleh menggunakan Kategori untuk memudahkan Navigasi.
  • Menghubungkaitkan antara artikel dengan Kategori.
  • Kategori membantu untuk menerangkan apa sebenarnya blog anda.
  • Di sebalik Kategori anda terkumpul sebahagian maklumat, pembaca akan mempunyai idea tentang maklumat tersebut melalui Kategori blog anda.

Untuk pembinaan blog, anda perlu mempunyai Kategori yang tersusun, memudahkan navigasi pembaca, dapat menyampaikan idea secara kasar dan Kategori juga mempunyai kepentingan SEO yang tertentu.

Jadi berapa Kategori yang ideal untuk sesebuah blog. Untuk memberi jawapan yang tepat sememangnya saya tidak mampu. Terbaik saya boleh katakan “terpulang kepada keperluan” blog anda. Sekiranya anda merasakan blog anda perlu mempunyai 20 Kategori yang berbeza, maka itu adalah hak anda. Cumanya saya ingin menyentuh tentang  pemilihan Kategori blog yang baik akan menyumbang kepada pembinaan blog anda.

Kategori Blog Anda, Merupakan Fokus Kandungan Blog Anda

Jika anda masih belum membaca artikel saya mengenai kepentingan fokus dalam penulisan blog, maka anda perlu berbuat berbuat demikian. Ini kerana artikel ini mempunyai hubungkait secara tidak langsung.

Sebenar setiap Kategori blog yang anda hasilkan mencerminkan apa sebenarnya blog anda, apa fokus penceritaan anda, apa artikel yang akan disampaikan oleh anda dan apakah minat anda. Apa kaitan Kategori blog dengan fokus serta minat?

Jawapannya mudah, Kategori blog yang diwujudkan oleh anda secara keseluruhannya perlu menerangkan apa yang ingin disampaikan oleh anda di dalam blog tersebut. Pemilihan kategori yang baik dapat menerangkan apa kepakaran anda, fokus penceritaan anda dan apa nilai yang akan anda sampaikan dalam setiap artikel yang anda hasilkan.

Pemilihan kategori yang baik juga dapat memberi panduan dan membimbing anda untuk terus kekal menulis topik dan artikel yang berkaitan dengan minat dan fokus anda. Ini penting jika anda mempunyai blog berniche tertentu supaya setiap artikel yang anda hasilkan dapat disesuaikan dengan niche anda.

Selain itu, kategori yang anda wujudkan juga memberi gambaran awal kepada pembaca mengenai apa yang akan anda sampaikan melalui blog tersebut.

Niche + Kategori + Tag = Mempunyai Kaitan Rapat

Sebagai contoh – anda mempunyai sebuah blog berniche, topik penulisan anda lebih ke arah tips-tips menulis blog. Antara kategori yang anda boleh wujudkan untuk menerangkan mengenai topik yang akan terkandung di dalam kategori dan blog anda ialah seperti Tips Penulisan, Tips Membina Blog dan sebagainya.

Sekiranya pelawat dan pembaca baru singgah ke blog anda, secara tidak langsung kategori yang digunakan oleh anda dapat menerangkan kandungan yang akan anda sampaikan. Ini kerana visitor first impression itu penting – isi kandungan, tajuk dan kategori merupakan antara yang terawal diperhatikan oleh pelawat baru blog anda.

Bagaimana Kategori Blog Menyumbang Kepada Pembinaan Blog Anda

kategori blog yang tersusun

Kategori Blog Mengikut Kepentingan

  • Anda akan lebih fokus dalam menghasilkan sesebuah artikel berdasarkan kepentingan kategori yang anda hasilkan.
  • Pemilihan kategori yang baik akan memberi panduan kepada anda. Apa yang hendak disampaikan, diceritakan dan di tulis akan diseseuaikan dengan kategori tersebut.
  • Kategori yang tersusun membantu pembaca anda dan pelawat yang baru sampai ke blog anda. Secara ringkas kategori yang baik akan memudahkan navigasi pembaca untuk membaca tiap artikel yang terkandung dalam kategori tetentu.
  • Mulakan blog anda dengan kategori yang kecil dan kembangkan kategori tersebut mengikut keperluan. Elakkan kategori yang tidak perlu dan membawa maksud yang sama.
  • Kepentingan SEO – pemilihan kategori dan penulisan yang baik secara tidak langsung boleh menyumbang kepada SEO blog anda. Kategori yang kecil memudahkan anda untuk optimasikan dengan SEO.
  • Sekiranya blog anda mempunyai kategori yang kecil, anda dengan mudah dapat mengekalkan rentak dan momentum penulisan anda.

Kata Anda – Kategori Blog Yang Ideal

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai Kategori Blog. Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagi saya apa jua kategori blog yang akan anda hasilkan bergantung kepada kepentingan dan keperluan anda, apa yang hendak anda sampaikan dan yang paling penting kategori blog anda dapat menerangkan apa yang anda cuba sampaikan melalui blog anda.

UPDATE – Anda boleh baca mengenai kepentingan Kategori blog yang di tulis oleh Derek Halpern di DiyThemes tentang kepentingan kategori blog. Ulasan beliau lebih menarik dan apa kaitan kategori – SEO.

About neu

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Saya merupakan seorang penulis "freelancer" yang menulis kebanyakan artikel untuk optimasi SEO. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Servis SEO di sini.

Comments

  1. Lizz says:

    to be honest, memang part kategori kat my blog tu masih berterabur. sepatutnya dah kena arrange balik ikut kesesuaian minat.hehehehe

    • neu says:

      bukan satu masalah yang besar cik lizz…wordpress platform paling baik sbb pengguna boleh arrange balik tiap kategori dalam blog..ada function untuk arrange tab dan jg kategori..tapi kalau dah selesa sebegitu, usah ubah apa-apa :)

      • sabri69 says:

        Sekadar ingin minta ilmu, iaitu bagaimanakah caranya untuk membuat reply komen seperti yang awak buat ini. Cantik dan sistematik.

        Mohon bantuan.

      • Blogspot pon boleh neo hahaha nyampuk jap..

        Anyway kateori bukan benda yg kecil pada aku neo :D . Sebab itu personality keseluruhan content dan penulisan kita. Di mana kategori yg bnyk artikel bermakna author lebih cenderung kepada tu :D

        Untuk pengguna WP beruntung sebab link “Tag” di index di google. Manakala BP link “Label” x di index. Walhal benda ni besar potensi untuk di link-link kan :D

        Nice article

  2. akubiomed says:

    Kategori di blog saya dahulu agak berkecamuk sekarang ini semakin sedikit dan fokus. Kalau banyak sangat kategori nanti menyusahkan diri ketika ingin meletakka entri di kategori mana :-)

  3. Pacifista says:

    kategori blog aku pun tak sebagus mana.hanya tau update je.susunan pulak berterabur.alahai…

  4. Juan says:

    kategori aku berterabur sana sini, ingat nak baiki semua, tp dah banyak sngat

  5. izwannizam says:

    masih belum banyak kategori.sekarang pun fokus kepada kewangan.mungkin akan perbanyakkan sub-kategori pulak :D

  6. titan says:

    serius, dulu aku tak pentingkan kategori. Tapi sekarang, kategori memang banyak membantu. :)

  7. huhu..betul3x..tapi sampai skang saye x dpt cari niche tuk blog saye..blog pribadi ade niche gak x??

  8. nizamghazi says:

    kategori blog ak dah berterabur.
    ssh nk manage skrg ni, Tpi still dlm skop web inspiration
    Mmg sgt penting kategori ni.

Trackbacks

  1. [...] di cuba. Sebagai blogger, anda perlu ingat bahawa ramai lagi penulis di luar sana yang mempunyai kategori blog yang sama dengan anda, mempunyai penulisan yang baik dan fokus penulisan mereka mungkin sama [...]

Speak Your Mind

*