kecantikan dalaman lelaki kacak

Kecantikan Dalaman Lelaki

In Hebahan by neu6 Comments

Sebagai Lelaki, pada satu jangkamasa, kebanyakan dari kita mungkin akan merasakan bahawa kita tidak cukup menarik. Setiap manusia mahu, teringin dan akan mencuba untuk kelihatan kacak pada satu tahap tertentu. Tidak kisah anda muda, remaja atau tua – anda mahu kelihatan cantik, kacak dan menarik pada pandangan individu lain.

Untuk kelihatan kacak pada pandangan individu lain adalah satu kemestian bagi seorang lelaki – sama ada lelaki kacak atau tidak.

Anda Ingin Menjadi Seorang Lelaki Kacak. Jadi adakah Kacak itu hanya di nilai dari penampilan luaran. Bagaimana pula dengan kecantikan dalaman? Di mana kedudukannya.

Jika penampilan luaran diambil kira, sudah semestinya anda mahu kelihatan kacak dari pelbagai aspek, terutamanya yang berkaitan dengan “penampilan diri” anda. Maka untuk kelihatan kacak anda akan mula menjaga dandanan (grooming), anda akan menjaga aspek permakanan anda, menjaga gaya dan trend pemakaian dan anda akan melakukan pelbagai perkara untuk kekal kacak. Itu  merupakan fakta dalam dunia moden lelaki metroseksual.

Namun persoalannya adakah kacak itu hanya di nilai dari aspek luaran – penampilan, dandanan, bentuk badan, penjagaan diri dan sebagainya. Bagaimana pula dengan aspek lain yang berkaitan dengan diri anda, iaitu kecantikan dalaman seperti nilai keagamaan, nilai diri dan sebagainya.

Adakah kecantikan dalaman tidak membawa sebarang makna? Adakah kecantikan itu di nilai berdasarkan aspek luaran sahaja.

Kecantikan Dalaman – Lelaki

Jika anda benar-benar mahu kelihatan kacak di mata anda dan di mata pihak ketiga maka ianya bermula dengan kecantikan dalaman dan ianya merupakan perkara terpenting yang anda perlu berikan perhatian. Ini kerana kecantikan luaran adalah bermula dari dalam. Jadi seorang lelaki yang mahu kelihatan kacak perlu memberi perhatian kepada kecantikan dalaman, ini kerana ianya merupakan asas kecantikan tersebut.

Beri jasad anda makanan rohani yang baik maka anda akan mempunyai kecantikan dalaman yang baik. Jika anda hanya menjaga kecantikan luaran tanpa melihat kepentingan kecantikan dalaman yang berkait dengan nilai kerohanian anda maka anda telah melakukan kesilapan yang amat besar.

Bagaimana anda ingin kelihatan cantik, kacak dan sebagainya sekiranya “dalaman” anda “terseksa”. Mungkin dari satu segi anda kelihatan cantik namun berapa lama kecantikan tersebut akan bertahan.

Kecantikan Dalaman Dari Perspektif Islam

Selalunya orang akan menilai seseorang yang lain daripada segi kecantikan luaran yang serba subjektif. Namun berlainan pula dengan kecantikan yang di nilai dari sudut Islam. Berikut merupakan kecantikan dalaman dari perspektif Islam

Kecantikan dalaman yang utama ialah mengesakan Allah pada tauhid Rububiyyah dan pemerintahanNya. Iaitu beriktikad bahawa Allah sebagai pemilik mutlak dan memiliki serta menguasai seluruh alam, Pencipta setiap sesuatu dan Pemberi rezeki.

Kesemuanya di alam semesta dan bimasakti berada di bawah kehendak-Nya, pengetahuan dan ilmu-Nya serta kebijaksanaan-Nya yang Maha Suci. Oleh itu setiap perkataan, perbuatan atau iktikad yang mengingkari elemen khusus tauhid Rububiyyah ini atau pengingkaran terhadap sebahagian atau sedikit daripadanya akan membawa kepada kufur dan murtad.

Jadi mana pilihan anda, kecantikan luaran, kecantikan dalaman sahaja atau keseimbangan di antara kecantikan luaran yang datangnya dari dalam? Lelaki Kacak, pilihan di tangan anda.

Kecantikan Dalaman Seorang Lelaki Kacak – Kata Aku

Semuanya bermula dari dalam – baik, buruk, hodoh, kacak, cantik dan sebagainya adalah penilaian manusia yang subjektif. Ada perkara yang anda rasakan baik di pandangan anda tetapi tidak di pandangan individu lain. Begitu juga kecantikan serta kekacakan, penilaian sebegini adalah bersifat subjektif dan berbeza antara individu. Namun kecantikan dalaman adalah melebihi segalanya. Kacak itu bermula dari dalam.

Ada pendapat ingin dikongsikan, buat di ruangan komen di bawah. Lelaki Kacak perlu memberi pendapat, lelaki kacak juga bijak berhujah dan lelaki kacak juga pandai bermain dengan perkataan.

Sebenarnya, cabaran SEO sebegini bukan hanya berkaitan dengan keupayaan anda bermain dengan keywords “lelaki kacak” semata-mata untuk mendapatkan kedudukan yang baik sepanjang berlangsungnya cabaran tersebut. Anda boleh buat lebih dari itu, artikel serta entri yang baik serta berfaedah akan kekal selamanya, manakala artikel berkaitan lelaki kacak yang hanya dihasilkan semata-mata untuk bermain dengan keywords tidak akan kemana-mana.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge