Kejamnya Dunia Blog

kejamnya dunia blog
kejamnya dunia blog

Tiger Child by MakeArt NotWar

Sebagai seorang penulis blog, terdapat beberapa perkara yang bermain difikiran anda sebelum anda menghasilkan sesebuah artikel. Terutamanya yang berkaitan dengan apa artikel yang akan anda hasilkan pada waktu itu dan apakah reaksi pembaca anda mengenai artikel tersebut. Namun sekiranya idea menulis datang, dengan mudah sahaja anda dapat menyiapkan sebuah artikel yang berkualiti – tanpa mengambil kira niche blog anda. Pada masa ini tentu anda berharap artikel tersebut akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pembaca.

Baca juga: Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia

Pernahkan anda terfikir – Berapa banyak masa yang anda habiskan untuk menghasilkan sesebuah artikel yang berkualiti? Berbaloikah dengan masa yang anda habiskan dengan maklumbalas yang anda terima dari penulisan tersebut? Apa maklumbalas pembaca anda – baik atau sebaliknya? Betulkah tips menulis blog yang anda beri? Semua persoalan ini kadang kala bermain dalam kotak fikiran kebanyakan penulis blog.

Selepas anda menekan butang publish perkara yang paling diharapkan oleh seorang penulis blog ialah – maklumbalas pembaca, mendapat komen membina, retweet atau artikel anda akan dikongsikan di ruangan Facebook atau Google+. Dengan kata mudah kebanyakan penulis blog mengharapkan artikel mereka mendapat perhatian yang sewajarnya dari pembaca. Mengapa tidak bukan – sekiranya artikel yang anda hasilkan benar-benar berkualiti dan berjaya menarik minat pembaca.

Dunia Blog Tidak Semestinya Indah

Namun bagaimana pula anda rasa sekiranya apa yang anda harapkan tidak berlaku – sebaliknya tiada seorang pun yang membaca artikel anda dan lebih lagi tiada seorang pun peduli tentang apa yang anda ingin sampaikan. Anda pula hanya menunggu masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia blog. Tidak semudah itu, mungkin anda jenis yang tidak cepat berputus asa dan mahu terus mencuba.

Jadi seperti selalu, anda akan mencuba lagi..hmmm…anda akan mencuba lagi, menulis, menulis dan terus menulis. Disebabkan anda suka kepada bidang penulisan, anda masih lagi menulis walaupun tiada seorang pun yang mempedulikan blog anda. Sekiranya situasi ini merupakan kitaran dalam pembinaan blog anda, berapa lama anda boleh bertahan dengan kitaran tersebut sekiranya ianya berlanjutan untuk satu jangkamasa yang panjang.

Tentu anda akan berasa sedikit hampa bukan. Kini tiba masanya untuk anda mengatakan;

Kejamnya Dunia Blog

Anda mungkin akan mengungkapkan kata-kata ini sekiranya anda tidak berjaya memperolehi hasil yang diingini dari blog anda. Tambahan pula tiada aktiviti yang berlaku di blog anda walaupun anda telah berusaha sedaya anda. Anda merasakan penat menulis anda tidak “dihargai”, idea anda tidak di terima dan pelbagai lagi yang anda lakukan masih gagal untuk menarik minat pembaca. Disebalik usaha yang anda lakukan, blog anda masih ditakuk lama. Mungkin anda silap, sebenarnya…..

Dunia Blog Tidak Kejam

Sekiranya anda membuat sedikit analisa dan pemerhatian. Anda akan dapati banyak blog yang baik penulisannya tidak dapat bertahan lama namun blog yang boleh kategorikan sebagai “tiada nilai” berjaya dihidupkan oleh penulisnya. Mengapa ini berlaku, mungkin anda sebagai penulis blog perlu bertanya kepada diri anda sekiranya situasi ini menimpa anda.

Dunia penulisan dan blog sebenarnya tidak sekejam yang anda sangka. Untuk berjaya membina blog yang baik, menghasilkan sedikit pendapatan darinya dan mendapat sedikit pengiktirafan dari pembaca – anda perlu berkorban. Memerlukan anda berkerja dengan lebih keras untuk membina blog yang baik.

Untuk bermula anda perlu melihat kepada asas sesebuah blog yang baik. “Baik” disini lebih terarah kepada penghasilan sesebuah artikel atau entri atau blog post (tidak kisah apa panggilan anda), ini kerana itu merupakan asas dalam mana-mana penulisan blog. Pembaca serta pelawat datang ke blog anda adalah untuk maklumat dan informasi yang anda salurkan melalui artikel anda tidak kerana kecantikan design atau keunikan theme anda.

Sebelum anda melakukan perkara lain, asas penulisan artikel anda perlu sedikit pengubahsuaian supaya pembaca memberi perhatian kepada apa yang anda cuba sampaikan melalui artikel tersebut…

Di bawah saya hanya ingin kongsikan sedikit tips untuk menghasilkan artikel yang berkualiti, berinteraksi dengan pembaca dan apa yang anda boleh lakukan untuk menarik perhatian pembaca melalui penulisan anda. Mungkin anda telah melakukannya, kepada yang belum pernah mencuba – tips ini untuk anda. Kepada yang tidak bersetuju ruang komen terbuka untuk anda.

Bagaimana Menghasilkan Artikel Yang Berkualiti

Setiap artikel yang anda hasilkan merupakan curahan idea anda, melalui penulisan tersebut anda boleh meluahkan pendapat anda dan sebagainya. Artikel yang baik dapat menarik minat pembaca anda untuk turut sama menyumbangkan idea. Oleh itu anda perlu berfikir bagaimana menghasilkan artikel yang baik di samping menarik minat pembaca anda untuk turut sama menghargai artikel yang anda hasilkan.

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan artikel serta penulisan yang baik. Semuanya bergantung kepada apa yang anda ingin sampaikan dan apakah pembaca sasaran anda. Pelbagai tips menulis anda boleh aplikasikan untuk menghasilkan artikel yang baik serta berkualiti dan seterusnya dapat menarik perhatian pembaca, antaranya ialah…..

Cipta Tajuk Artikel Yang Kreatif – Pelaburan Utama Anda

Jika anda mengatakan emas merupakan komoditi yang berharga kepada pelabur, maka sebagai penulis blog anda perlu mengatakan tajuk artikel anda merupakan kunci utama untuk menarik minat pembaca membaca keseluruhan isi artikel anda.

Untuk menghasilkan artikel yang baik anda perlu sedikit kreatif. Ini kerana tajuk artikel merupakan perkara pertama yang diberi perhatian dan dibaca oleh pelawat yang singgah ke blog anda. Tajuk merupakan alat untuk menarik minat pelawat anda membaca keseluruhan isi artikel anda dan membuat mereka tertarik kepada sesuatu perkara yang anda ingin sampaikan.

Mari cipta satu situasi – mana akan menarik minat pembaca sekiranya anda mahu menghasilkan artikel mengenai cara menghasilkan duit dari blog, di dalam artikel tersebut anda ada menyelitkan beberapa tips untuk menghasilkan duit dari blog. Antara tajuk yang bermain di fikiran anda ialah;

  1. Cara-cara Menghasilkan Duit Dari Blog
  2. 10 Cara Menghasilkan Duit Dari Blog

Mana satu akan menjadi pilihan anda? Jawapannya saya tinggalkan kepada anda.

Namun, pemilihan tajuk artikel yang kreatif dan baik sahaja tidak menjamin yang pembaca akan menghabiskan artikel tersebut. Atau benar-benar memahami apa yang anda cuba sampaikan melalui artikel tersebut. Tajuk artikel hanyalah berfungsi sebagai penerangan ringkas kepada apa yang ingin anda sampaikan. Untuk menarik minat pembaca anda supaya berkongsi dengan rakan serta komuniti pembaca lain anda perlu melakukan lebih dari pemilihan tajuk artikel yang hanya kreatif. Jadi anda perlu…..

Menghasilkan Artikel Yang Baik Sebagai Susulan

Setelah anda berjaya menghasilkan sebuah tajuk artikel yang baik untuk menulis. Kini tiba masanya anda menghasilkan sebuah artikel yang baik sebagai susulan. Artikel atau entri blog yang mempunyai pengenalan yang baik dapat menarik perhatian pembaca untuk menghabiskan ayat serta mencari isi penting berikutnya yang anda cuba sampaikan.

Terbaik anda cuba kaitkan setiap perenggan dengan perenggan yang lain. Sekiranya setiap perenggan mempunyai kaitan antara satu sama lain, mudah pembaca untuk memahami apa yang anda ingin sampaikan. Ringkasnya, setiap perenggan perlu membawa minat pembaca anda untuk membaca perenggan yang berikutnya.

Sebagai contoh, sekiranya anda membicarakan tentang tips bercinta. Di awalan artikel anda boleh membicarakan tentang masalah-masalah dalam pencintaan dan dalam perenggan berikutnya anda selitkan tips bercinta serta penyelesaian kepada masalah tersebut. Walaupun anda bukan seorang pakar, setidaknya anda memberi informasi berguna kepada pembaca berdasarkan pengalaman anda.

Begitu juga sekiranya artikel anda membicarakan tentang persoalan lain.

Menggalakkan Interaksi

Sekiranya anda menulis dan berjaya menjawab sebahagian dari persoalan pembaca anda maka anda sebenarnya sudah berjaya menyelesaikan sebahagian dari permasalahan pembaca anda. Selalunya pembaca yang tertarik dengan penulisan anda akan meninggalkan komen sebagai tanda terima kasih atau tanda sokongan kepada anda. Komen merupakan ganjaran kecil yang paling berharga kepada mana-mana penulis blog. Komen merupakan asas interaksi dalam penulisan blog, jadi interaksi antara anda dengan pembaca anda melalui aktiviti maklumbalas serta komen telah membawa interaksi tersebut ke satu tahap perhubungan yang baru.

Untuk menggalakkan interaksi anda boleh melakukan pelbagai perkara. Antaranya meninggalkan persoalan, bertanya soalan, mencipta situasi yang memerlukan pembaca anda memberi pendapat dan sebagainya mengikut cara penyampaian anda.

Antara tujuan melakukan ini adalah untuk menggalakkan seberapa banyak interaksi yang boleh dihasilkan melalui penulisan artikel tersebut. Setidaknya ia memberi semangat untuk anda terus menghasilkan artikel yang baik.

Tunjukkan Kepada Pembaca Lain, Interaksi Sebenarnya Telah Berlaku

Sekiranya pembaca meninggalkan komen sebaiknya anda membalas komen tersebut, walaupun dengan sepatah ucapan “terima kasih”. Ini menunjukkan anda menghargai komen pembaca anda. Selalunya pembaca yang baik akan membaca keseluruhan artikel dan maklum balas yang ditinggalkan sebelum mereka meninggalkan komen peribadi. Sekiranya anda membalas komen terdahulu anda memberi first impression yang baik kepada pembaca anda bahawa interaksi sedang berlaku dalam blog anda.

Sudah menjadi lumrah, pembaca yang meninggalkan komen sebenarnya mahu kata atau pendapat yang disuarakan mereka didengari, jadi sekiranya anda membalas komen-komen yang ditinggalkan. Tidak mustahil mereka akan menjadi pembaca setia blog anda.

Pernahkah anda terfikir berapa banyak komen yang anda tinggalkan mendapat komen balas dan bagaimana pula anda meninggalkan komen. Atau anda hanya komen untuk sesuatu kepentingan. Saya selalu meninggalkan komen dan langgan komen tersebut untuk melihat adakah komen saya dibalas. Bukan untuk dihargai tetapi berminat untuk mengetahui adakah komen yang saya tinggalkan mendapat perhatian dari penulis. Cara saya meninggalkan komen di blog personal dan blog yang mempunyai niche sebenarnya sedikit berbeza.

Terima Kasih – Mempunyai Maksud Mendalam

Terima Kasih mungkin antara sepatah perkataan yang kita ucapkan dalam kehidupan seharian kita. Namun ramai dari kita tidak menyedari bahawa perkataan tersebut membawa pengertian yang mendalam. Sekiranya pembaca meninggalkan komen di blog anda dan anda tiada idea untuk membalas, terima kasih mungkin amat sesuai untuk anda gunakan. Berterima kasih kepada mereka kerana sudi meninggalkan komen dan sebagainya sudah cukup untuk menghargai pembaca anda.

Sekiranya saya sebagai pembaca, saya amat menyukai sekiranya komen saya dibalas. Sudah cukup dengan sepatah kata terima kasih. Ini kerana saya akan kembali dengan pelbagai komen baru dan menjadi pembaca blog tersebut.

Bagaimana Dengan Anda

Apa yang anda telah lakukan untuk mengalakan interaksi berlaku dalam blog anda? Terutamanya sekiranya anda masih lagi baru dalam bidang ini seperti saya. Apa pula yang anda lakukan untuk menarik minat dan perhatian pembaca anda?

Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin anda ada sesuatu untuk diperkatakan.

Dah baca entri terbaru Eyriqazz vs Denaihati – pastikan anda berbuat demikian, banyak yang saya kongsikan di sana.

Comments

  1. Pacifista says

    buat masa ni tak kejam lagi.bagi aku,kejam lagi orang yang ‘membunuh’ dalam berblog ni…
    rasanya interaksi yang berlaku dalam blog aku sekarang agak kurang memberangsangkan sebab kekadang aku putus idea untuk membalas semua komen2 yang diberikan.bukan tak menghargai pembaca tapi blank otak ni nak balas apa.ucapan terima kasih pun macam tak berapa kena kalau semuanya nak balas dengan ayat yang sama.ada pandangan lain bro?

    • says

      org yg membunuh dlm berblog ada maksud tersendiri bro – jadi abaikan golongan tersebut

      untuk membalas komen atau tidak kita kena sesuaikan dengan keadaan jg..terima kasih just untuk pelawat yang baru menjadi pembaca blog kita adalah terbaik..

      p/s kena abaikan tajuk artikel aku bro – aku saja letak jer tajuk tu, apa yg aku ingin sampaikan tak bekaitan dgn tajuk tu

    • says

      Perkara yang akan alami oleh semua blogger. Apabila jumlah komentator semakin besar dan lebih banyak masa perlu diperuntukkan untuk membalas komen pengunjung tapi adalah mustahil untuk membalas semuanya cubalah yang setakat mampu.

  2. says

    Salam aidil fitri!

    Masa mula mula belajar menulis blog dulu,memang aku rasakan dunia blog ni kejam..tetapi setelah dikaji dari berbagai sudut tertanya tidak sebenarnya.Kita kekurangan ilmu bagaimana untuk membuat blog kita sendiri menjadi blog yg disukai dan penuh dgn bahan ilmiah.

    Tentang komen tu ada sestgh orang tidak menghiraukan komen yg diberi oleh pembaca,bagi aku kalau sekali dua tak mengapa tetapi kalau setiap komen tidak dibalas nampak sgt komen kita seperti komen sampah tidak dihargai.Tetapi kalau dapat berpuluh puluh komen letih juga tuan blog nak balas.Yang penting kita jgn ambik hati sgt kalau komen kita tak berbalas,nanti kita juga yg mati mood nak berblogging.

    • says

      mood raya lagi bro azman – saya ada rumah terbuka lg ni kat depan rumah :)

      masih ada lg bro yg tak menghiraukan komen, mainly blogger besar luar sana..mungkin dah letih nak menjawab rasanya cam bro cakap tu ada kebenarannya…

  3. says

    Tak semua artikle kita yg tak de tindak balas .. kena usaha tanpa jemu lah .. tak boleh salahkan blog kejam kalau org tak suka .. kadang2 artikle tu berkualiti cuma cara penyampaian tu boring menyebab kan org tk dpt komen heheheh ..sekian

  4. W.R says

    susah nak puaskan hati manusia ttp kita dianggap hebat jika berjaya menawan hati manusia kejam ini hihihih…:) happy berblogging bro…mmg kena fikirkan juga hati insan lain tapi kadang kena juga abaikan hahaha…:)

  5. says

    kejamnya dunia blog…haha blogger tu sendiri kadang2 berlaku kejam pada diri dan blognya.nak berada setaraf dengan blogger yg dah berjaya namun usaha kurang atau masa nak capai tu terlampau singkat.mahu pulangan segera..apabila matlamat tak dicapai,mulalah rasa dunia blog ini kejam.salahkan pembaca yg kurang atau komen membina tiada..

    saya tengok blog ini sebagai satu pelaburan.sama ada untuk dunia mahupun akhirat.kalau ilmu yg bermanfaat,sampai mati pun dia beri pulangan pada kita.jadi kena terus berblog.terus beri ilmu.lama2 pasti ada yg mencari ilmu tu.rasanya itu satu nikmat berblog yg wajar kita kejar selain alexa,pagerank dan sebagainya :)

  6. Izwan says

    blogging macam buat matematik.. kena try & error banyak formula nak tahu apa yang orang nak dan apa yang kita mahir untuk sampaikan.. aku sedang belajar dari bawah lagi benda-benda ni.. banyak yang belum diketahui.. nice article.. padat habis gitu.. :D

  7. namia says

    dunia blog tidak kejam tp sesetenag penulis blog yang kejam
    ada kalanya cara enulisan mereka agak melampau dan tidak berasas..
    bukan mudah untuk sesebuah blog di kenali kena banyak kan usaha..

    jangan mudah putus asa jika entry yang di tulis tidak mendapat sambutan atau tidak ada siapa yang membaca apa yang kita tulis.. jdi gunakan sosial network yang kita bina sebaik mungkin..
    mungkin entry yang kita tulis di katakan entry sampah tapi cuba perbaiki kelemahan kita
    terima nasihat dan komen yang di berikan dengan positif..

    entry yang sangat menarik tuan blog
    teruskan usaha … semoga lebih maju untuk masa akan datang

    • says

      terima kasih sudi komen. sebenarnya untuk membina reader base kita perlu berusaha ke arah itu. jika hanya menulis tanpa berusaha mmg sukar untuk membina reader base blog kita

  8. says

    dunia blogging ni sangat luas dan sangat menarik. buat apa-apapun, biarlah dari zero. baru puas hati dan banyak pengalaman jatuh bangun tu ;)

  9. says

    Bagus jugak tajuk entri ni. Mmmg killer habis :)
    Bgi ak apa yg penting adalah kita menulis apa yg kita minat.
    Tpi kena ambil kira juga apa yg readers mahu kan.
    Mcm ak minat dunia geek, tpi sejak akhir2 ni ak kena balance kan utk readers pompuan jgk

  10. says

    Kejamnya dunia blog bila ada sikap x baik :D . usaha kena lebih kan neo :D . Anyway paling kejam skang ni google panda. Problogger.net facebook pon dia kasi PR0 . ntah sok lusa dia bg blk or tak. hadoi, maybe tiada istilah PR dah skang?

  11. says

    memang terbaik la post ni. style penulisan tu stylo. macam karangan. step by step, dari kenapa dan penyelesaian. kalau mengikut pengalaman saya sebelum blog yang ini. sebab blog dulu ada masalah. semua hilang . terpaksa mula baru. jadi dulu mula-mula rasa macam dunia blog ni memang kejam. tapi kalau di fikir balik, masa tu saya kurang komited lagi dalam dunia blog.

  12. says

    I will make my blog better.Langkah yang sesuai sekarang adalah memberi sepenuh tumpuan dalam menghasilkan post yang dikira sangat berpuas hati sblm publish.

Trackbacks

  1. [...] Neo.Terus dapat idea nak menulis.Moga murah rezeki beliau kerana memberikan idea ini.InsyaAllah .Kejamnya dunia blog bagi aku kerana sikap blogger itu sendiri .Dia kejam terhadap diri dan blognya .Dia meletakkan [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>